Tuesday, March 26, 2013

Penduduk : Rumah di Tanduo musnah dan hancur

LAHAD DATU, — Rata-rata rumah di Kampung Tanduo hancur dan musnah selepas pengganas dari selatan Filipina menceroboh dan menawan kawasan yang dijadikan lokasi pertempuran dengan pasukan keselamatan itu sejak hampir sebulan kini.

Ada rumah yang mempunyai kesan tembakan dan pertempuran selain ada yang hanya tinggal tiang, atap atau serba serbi tidak lengkap.

Barang-barang keperluan, harta dan juga dokumen peribadi yang ditinggalkan di dalam rumah juga hilang atau dicuri.

Inilah gambaran yang diberikan dan diceritakan penduduk kepada Bernama selepas 20 ketua keluarga Kampung Tanduo dibawa masuk melawat rumah dan harta benda mereka pagi ini.

Pasukan keselamatan hari ini membenarkan mereka bersama-sama Pegawai Daerah dan Majlis Keselamatan Negara masuk ke kampung itu buat pertama kali sejak ia dijadikan lokasi pertempuran.

Sewaktu pengganas Sulu mula menceroboh kampung mereka Februari lalu, penduduk berkata mereka melarikan diri sehelai sepinggang kerana bimbang keselamatan dan nyawa terancam.

Asaad Majijil, 70, berkata rumahnya hancur dan dokumen peribadi keluarganya hilang.

"Saya tinggal di sini sejak 50 tahun lepas tapi ini pertama kali kejadian seumpama ini berlaku.

"Ia sangat dahsyat dan menakutkan apabila melihat keadaan rumah saya dan sekitarnya tadi. Memang teruk," katanya yang masih terkejut.

Jirannya, Apollo Hajirun, 42, berkata dua rumahnya hancur termasuk sebuah rumah yang hanya tinggal dinding dan mempunyai kesan tembakan.

Katanya pelbagai harta termasuk keretanya hilang selain barang keperluan turut lesap.

Beliau yakin pengganas Sulu itu bertindak sedemikian kerana terdesak hingga mencuri makanan di dalam rumahnya.

Seorang lagi penduduk, Atareh Sabtal, 39, berkata penduduk berharap kerajaan memberi pampasan atau membuat perumahan rakyat kepada mereka.

"Saya tidak mahu tinggal di sini lagi jika tiada pasukan keselamatan menjaga kawasan ini.

"Saya juga tidak mahu tinggal dalam komuniti yang mempunyai musuh dalam selimut, jadi perlu ada sistem perumahan yang teratur," katanya.

Pasukan keselamatan mula memasuki Kampung Tanduo kira-kira pukul 10.30 pagi tadi dengan kereta perisai polis Zabri mengetuai konvoi hampir 20 buah pelbagai kenderaan itu termasuk aset Angkatan Tentera Malaysia (ATM).

Beberapa wakil media turut mengikuti konvoi itu secara haram dan mendapati perjalanan dari papan tanda "Ke Kampung Tanduo" hingga ke lokasi mengambil masa kira-kira sejam melalui kawasan ladang kelapa sawit yang tebal dan sedikit berpaya.

Turut kelihatan pekerja ladang yang dibenarkan mula bekerja pada hari ini untuk mengutip hasil kelapa sawit selepas operasi ditutup ekoran insiden pencerobohan pengganas itu.

Beberapa pusat kawalan ATM ditemui ketika perjalanan dengan suasana tenang dan sunyi sebelum konvoi tiba di kampung berkenaan.

Pasukan keselamatan yang menyedari kelibat media kemudian mengarahkan mereka pulang dan rombongan penduduk itu pula pulang ke kawasan pemindahan kira-kira pukul 1 petang.

Dilaporkan, pada 9 Feb lepas, pengganas Sulu memasuki perairan negara menggunakan bot pancung dan berkumpul secara berperingkat di Felda Sahabat 17, Kampung Tanduo.

Pada 12 Feb, penduduk kampung dan nelayan melihat kumpulan pengganas itu lengkap berpakaian ala tentera dan bersenjata berkumpul di kampung mereka sebelum membuat laporan polis.

Pada 1 Mac, anggota keselamatan diserang pengganas Sulu di Kampung Tanduo yang menyaksikan dua anggota komando polis terkorban, tiga cedera dan 12 pengganas Sulu terbunuh dalam pertempuran setengah jam itu. — Bernama

44 comments:
Write comments
  1. Kerajaan mengumumkan tiga bantuan untuk penduduk kampung yang terjejas dalam Operasi Daulat berikutan insiden pencerobohan pengganas di Kampung Tanduo dan Tanjung Batu,LD.

    ReplyDelete
  2. Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin mengumumkan bahawa bantuan itu ialah pemberian bantuan ehsan wang tunai RM1,000 kepada setiap keluarga, bantuan pembinaan semula rumah yang musnah dengan kos setiap rumah RM50,000 serta pembaikan kecil untuk rumah yang rosak, dan penjadualan semula bayaran pinjaman kepada penduduk yang berniaga dan meminjam daripada Majlis Amanah Rakyat (MARA), Tabung Ekonomi Usahawan Nasional (Tekun Nasional) dan Amanah Ikhtiar.

    ReplyDelete
  3. Bagi pembinaan semula, Muhyiddin berkata penduduk boleh memilih sama ada menerima bantuan itu atau berpakat dan berbincang dengan pemimpin setempat untuk berpindah ke satu lokasi dan kerajaan akan membina projek perumahan rakyat.

    ReplyDelete
  4. Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini merasmikan satu daripada pameran pertahanan terkemuka dunia dan menyatakan rasa kesalnya bahawa beliau terpaksa melakukannya di bawah mendung suasana pencerobohan pengganas di Sabah.

    ReplyDelete
  5. “Ini pertama kali pasukan keselamatan dikerah bertugas di bumi Malaysia sendiri sejak 1989,” katanya semasa merasmikan Pameran Antarabangsa Maritim dan Udara Langkawi (LIMA 2013) di Langkawi. Tahun 1989 menyaksikan Parti Komunis Malaya (PKM) yang diharamkan menandatangani perjanjian damai dengan kerajaan Malaysia lantas menamatkan ancaman pengganas komunis di negara ini.

    ReplyDelete
  6. Berkongsi rasa dengan para perwakilan dan pegawai tentera negara ini dan luar negara di LIMA 2013, Najib berkata beliau pernah berkhidmat sebagai menteri pertahanan, sebagai timbalan perdana menteri dan kini perdana menteri dan telah
    berucap pada pameran ini dan yang serupa dengannya, tetapi ini pertama kali beliau menyampaikan ucapan sebegini ketika negara menghadapi ancaman pengganas Sulu di Sabah.

    ReplyDelete
  7. Sejak enam minggu lalu insiden itu telah menjadi ancaman keselamatan terbesar negara sejak berakhirnya pemberontakan komunis, katanya.Beliau menjelaskan bahawa kerajaan Malaysia dan Filipina cuba menamatkan kemelut itu secara aman dengan pengganas Sulu dari selatan Filipina tetapi usaha itu menemui kegagalan.Malaysia kemudian memutuskan kehadiran kumpulan penceroboh itu tidak boleh lagi diterima dan melancarkan operasi ketenteraan, katanya.

    ReplyDelete
  8. Tindakan ofensif ‘Operasi Daulat’ terhadap pengganas Sulu itu dilancarkan pada 5 Mac dan menyebabkan 65 pengganas terbunuh. Pengganas itu pada mulanya menyerang hendap dan membunuh lapan anggota polis Malaysia. Seorang anggota tentera juga terkorban dalam pertempuran dengan pengganas berkenaan.

    ReplyDelete
  9. awas'' itu yang bilang dokumen peribadi tu jangan2 PTI tu yng menyamar sbgai penduduk tempatan. hati2 dengan bangsa sulu ni.

    ReplyDelete
  10. jangan biar pisang berbuah 2 kali. mesti ada pihak yng ambil kesempatan dgn tragedi LD ni. selidik dulu siapa yang hilang dokumen peribadi tu. silap2 haribulan, nahas kepada pasukan keselamatan dan sabah khasnya.

    ReplyDelete
  11. Polis sahkan penangkapan panglima tentera Sulu

    Pasukan keselamatan semalam mengesahkan panglima tentera Sulu yang ditangkap di Semporna semalam ialah Datu Amir Bahar Hushin Kiram.
    Timbalan Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar berkata lelaki berusia lewat 40-an yang juga menteri pertahanan Sulu itu bertindak sebagai panglima yang memberi arahan sejak pencerobohan di Lahad Datu 12 Februari lepas.


    Read more: http://www.theborneopost.com/2013/03/25/polis-sahkan-penangkapan-panglima-tentera-sulu/#ixzz2OiOjGBmv

    ReplyDelete
  12. Polis sahkan penangkapan panglima tentera Sulu

    “Dia kini ditahan di bawah Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-langkah Khas) (Sosma) 2012,” katanya pada sidang akhbar bersama Panglima Angkatan Tentera Tan Sri Zulkifeli Mohd Zin di Markas Operasi FELDA Sahabat 16, dekat sini semalam.
    Semalam, pasukan keselamatan menahan seorang pemerintah kumpulan penceroboh itu bersama isterinya di sebuah kawasan paya pada jam 1.30 pagi.
    Mengenai penduduk Kampung Tanduo yang dipindahkan, Khalid berkata pihaknya telah mencapai persetujuan bersama ketua-ketua keluarga dan ketua kampung itu untuk membawa mereka masuk ke kampung berkenaan Selasa ini.

    ReplyDelete
  13. Polis sahkan penangkapan panglima tentera Sulu

    Langkah itu adalah sebahagian daripada proses penilaian yang sedang dijalankan Majlis Keselamatan Negara dan mereka akan diiringi pegawai daripada Pejabat Daerah Lahad Datu dan pasukan keselamatan.

    Mengenai statistik terkini Operasi Daulat, Khalid berkata sehingga kini 416 individu ditangkap dan daripada jumlah itu 110 orang ditahan mengikut Sosma.

    Dua tangkapan terbaharu Sosma itu ialah panglima tentera Sulu terbabit dan isterinya.

    ReplyDelete
  14. Polis sahkan penangkapan panglima tentera Sulu

    Sementara itu, Zulkifeli berkata kawasan Kampung Tanduo kini bersih sepenuhnya daripada ancaman pengganas dengan bilangan pasukan keselamatan yang ditugaskan di kampung itu turut dikecilkan.

    Mengenai Operasi Daulat, beliau berkata operasi itu masih diteruskan.
    “Kini, fokus utama Operasi Daulat ialah meneruskan pembersihan di kawasan Kampung Tanjung Batu dan yakin ia mampu diselesaikan dalam masa terdekat,” katanya.


    ReplyDelete
  15. Aspirasi NKRA memepertingkatkan pencapaian pelajar berhasrat untuk melahirkan generasi syumul dalam pencapaian holistik dari segi intelektual, emosi, rohani dan jasmani.

    ReplyDelete
  16. NRKA Mempertingkatkan Pencapaian Pelajar, atau dikenali juga sebagai NKRA pendidikan, telah diwujudkan untuk memangkin masa depan negara melalui pembangunan minda, bakat dan kebolehan generasi masa secara lebih universal.

    ReplyDelete
  17. Sokongan Berterusan kepada agensi dan pengusaha prasekolah

    ReplyDelete
  18. Sokongan turut diperluaskan kepada pengusaha prasekolah swasta melalui beberapa insentif untuk meningkatkan penyertaan mereka. Kurikulum Standard Prasekolah Kebangsaan (National Pre-school Curriculum Standard - NPCS) telah diinduksikan dengan kerjasama sektor swasta, manakala Persatuan Majlis Penjagaan dan Pendidikan Awal Kanak-kanak (Early Child Care Education, ECCE) telah ditubuhkan untuk menyokong dan mengalaw kualiti prasekolah swasta

    ReplyDelete
  19. Melalui program Literasi dan Numerasi (Linus), pada tahun 2011, kohort pertama pelajar Tahun 2 telah menjalani tiga saringan LINUS. Kohort kedua pelajar Tahun 1 juga telah melalui saringan yang sama. Secara purata, kira-kira 900,000 kanak- kanak di seluruh negara telah didaftarkan dalam program LINUS pada tahun 2011 sahaja.

    ReplyDelete
  20. Progres kanak-kanak berkenaan dipantau dengan kerjasama antara guru-guru LINUS terlatih dan FasiLINUS (fasilitator khusus yang memberikan sokongan profesional kepada guru-guru LINUS) dan kementerian.

    ReplyDelete
  21. Sejajar dengan hasrat mempunyai rekod 100 SBT pada tahun 2012, Kementerian Pelajaran sekarang masih berusaha untuk mengenalpasti lebilh banyak SBT lagi.

    ReplyDelete
  22. Sekolah berpotensi untuk menjadi SBT diberi bimbinhan oleh pihak kementerian dalam Program ‘Handholding” untuk melonjakkan sekolah tersebut agar setaraf dengan sekolah di peringkat antarabangsa.

    ReplyDelete
  23. Tawaran ganjaran kecemerlangan untuk semua

    ReplyDelete
  24. Kesian pnduduk kg yg telah kehilangan harta di kg asal angkara kebodohan BN. Ada ke patut,penceroboh boleh pulak ceroboh negara kita tapi nak brtindak prtahankn kedaulatan negara..kena ikut konvensyen GENEVA. Dbiarnya tentera Sulu brkeliaran selama 3 mnggu baru nak gempur. DAYUSnya pasukan keselamtan kita setelah diKASI oleh BN.

    ReplyDelete
  25. Dokumen peribadi yang dicuri...!!!! yang lain tu memang tiada dokumen pun...!!! dalam suasa begini dia ambil kesempatan laaa...ketua kampungitu patut dihukum kerana membiarkan/tidak melaporkan kepada pihak berkuasa kedatangan pengganas pada awalnya...konon untuk tidak berprasangka buruk...!!!! SIAL PUNYA KETUA KAMPUNG...!!!

    ReplyDelete
  26. Semoga rakyat di LD dapat kembali kehidupan seperti biasa jikalau benar dipindah ke tempat yang bersesuaian.

    ReplyDelete
  27. Banyak lagi perlu diusahakan selepas pencerobohan dibuat.

    ReplyDelete
  28. Mereka boleh tukar identiti dengan begitu mudah sekali sebab mykad boleh didapat dengan mudah sekali.

    ReplyDelete
  29. Apakah cara penggantian kerugian dari kerajaan?

    ReplyDelete
  30. Semoga projek perumahan dijalan dengan lancar agar rakyat dapat memulakan kehidupan.

    ReplyDelete
  31. Silap-silap penduduk di kg. Tonduo itu pun orang asing tapi diberi projek ic

    ReplyDelete
  32. Pasukan keselamatan memutuskan bahawa Kampung Tanduo yang menjadi lokasi pendaratan kumpulan penceroboh militan Sulu akan ditutup dan tidak lagi menjadi kawasan petempatan penduduk.

    ReplyDelete
  33. esuruhjaya Polis Sabah Datuk Hamza Taib berkata semua penduduk kampung itu yang kini menghuni pusat pemindahan sementara akan dipindahkan ke satu lokasi baru yang akan diputuskan kemudian.

    ReplyDelete
  34. Beliau berkata keputusan itu dibuat selepas pihak keselamatan mendapati kawasan yang menjadi kubu pengganas sejak pencerobohan 12 Februari lepas itu terjejas teruk susulan gerakan ofensif yang dilancarkan 5 Mac lepas.

    ReplyDelete
  35. Setakat ini, itu yang kita putuskan, kita akan bincang perkara ini lagi tetapi perbincangan di peringkat pasukan keselamatan mendapati lebih sesuai penduduk kampung itu yang jumlahnya tidak begitu ramai ditempatkan di satu tempat yang akan dikenal pasti kemudian,” katanya pada sidang akhbar di Markas Operasi Felda Sahabat 16, dekat sini, Rabu.

    ReplyDelete
  36. Beliau berkata penempatan semula penghuni 12 rumah di kampung itu akan dibuat di kawasan berdekatan Kampung Tanduo dan lokasinya akan dikenal pasti dengan kerjasama pengurusan Felda Sahabat.

    ReplyDelete
  37. Hamza turut memaklumkan kawasan Kampung Tanjung Batu kini bebas daripada ancaman pengganas dan pihaknya akan bermesyuarat bersama Majlis Keselamatan Negara, Pejabat Daerah Lahad Datu dan ketua masyarakat kampung berkenaan bagi membincangkan proses membenarkan penduduk untuk kembali ke rumah masing-masing.

    ReplyDelete
  38. Proses penggeledahan dan pembersihan kini diteruskan ke Tanjung Labian dan Tanagian sebelum memasuki kawasan Sungai Bilis dan beliau yakin proses itu mampu diselesaikan segera sebelum memutuskan untuk membenarkan penduduk kembali ke rumah atau sebaliknya, katanya.

    ReplyDelete
  39. kempen pembinaan rumah harus dilaksanakan dalam masa terdekat agar rakyat yang kehilangan tempat duduk dapat kembali kehidupan seperti biasa.

    ReplyDelete
  40. kerajaan akan buat yang terbaik agar mereka yang kehilangan rumah dapat dibantu.

    ReplyDelete
  41. Adakah penceroboh ini sudah masuk ke kampung dan menyamal warga negara dengan mykad palsu>?

    ReplyDelete
  42. Serangan harus berhenti, saki baki harus menyerah diri.

    ReplyDelete
  43. Bantuan dan kerjasama semua golonagn kepada kanak-kanak adalah amat diperlukan.

    ReplyDelete

Note: Only a member of this blog may post a comment.