Tan Sri Abdul Taib Mahmud menyalahkan ketua pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam isu video dikeluarkan NGO antarabangsa Global Witness, yang mengaitkan ketua menteri Sarawak itu dan keluarganya dengan rasuah lesen pembalakan.
Taib dalam laporan Berita Minggu hari ini mendakwa Anwar dengan licik menggunakan hubungan dengan NGO antarabangsa bagi memburukkan kerajaan Sarawak di peringkat antarabangsa.
"Macam-macam isu ditimbulkan, isu berkenaan hutan Sarawak dikatakan semuanya gondol, tidak ada yang tinggal. Tetapi kita semua tahu ini semua tidak betul, apa sahaja BN buat tidak betul, beliau (Anwar) sahaja betul," katanya seperti dipetik dalam laporan itu.
Laporan itu juga menyebut, Taib meluangkan masa selama 25 minit ketika berucap kepada kira-kira 1,000 penduduk Kampung lintang di Petra Jaya, Sarawak, bagi mempertahankan dirinya yang didakwa menjadi mangsa fitnah video itu.
Menurutnya, Anwar sepatutnya mempertahankan Sarawak daripada "propaganda bohong" pada peringkat antarabangsa jika mahu berjuang bersama rakyat Sarawak.
"Saya nasihatkan Datuk Seri Anwar mengetahui apa yang benar berlaku di negeri ini dan beliau sepatutnya mempertahankan negeri ini yang dilanda banyak propaganda bohong pada peringkat antarabangsa berkenaan hutan. Jika beliau berbuat demikian baru kita percaya dia mahu berjuang untuk rakyat negeri ini," katanya. -MK
Sunday, March 24, 2013
Rasuah Sarawak, Anwar Pula Yang Kena?
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Takut dengan bayang-bayang sendiri begitu lah sifat manusia yang tamak kaloba.. dia akan meminta simpati dan berbuat apa cara pun untuk mempertahankan harta kekayaannya...... Untuk org Sawarak.. anda lihat dan nilailah..... negeri yg mempunya hasil bumi yg banyak..tetapi anda seolah-olah maseh berada era tahun 80 an....di pendalaman.
ReplyDeleteTaib sapu balak,salah Anwar. Madey dan keluarga ada duit berbillion boleh beli kilang arak,salah Anwar jugak..Apa punya mentaliti!
ReplyDeleteaku dah agak apa saja kerja kotor umporno mesti sampai kiamat nama DSAI akan dikaitkan.
ReplyDeletememang benar apa yang di dakwa oleh ngo tersebut kerana taib mahmud tak perlu takut jika dia di pihak yang benar tapi dia yang bersalah berbagai alasan untuk menolak vedio tersebut...kalau benar saman jer ngo tersebut itu pun kalau taib ada semangat juang yang tinggi tapi nampaknya semua sudah kendur dan patut berundur....
ReplyDeleteHAI TAIB KO YANG BUAT KENAPA SALAHKAN DATUK SERI ANWAR PLAK.DA NYANOK KAH.INGAT DATUK AJAL TAK PERNAH MENUNGGU TAUBAT KITA
ReplyDeleteaduh..DSAI lagi yang salah...renung-renungkanlah ba kesalahan diri sendiri dulu..betul atau tak???
ReplyDeletesalah Anwar lag!!!!!!!
ReplyDeleteApa2 yg berlaku kat Malaysia ni semua salah Anwar. Inilah pemimpin BN, apb setiap kelemahan dan penipuan mereka terdedah, mereka terus menyalahkan Anwar. Ini bukan kerana Anwarlah Taib. dah lama rakyat benci dgn kau cuma tak ada bukti..Bila dah ada bukti sahih macam ni rakyat semakin marah dan benci pada kau bagi melepaskan rasa benci mereka yg selama 35 tahun ini terpendam..Padan muka kau Taib..////....
ReplyDeletehahaha.. dah agak dah..SEMUA SALAH ANWAR, ayam mati salah ANWAR, Lembu sakit salah ANWAR, banjir salah ANWAR, Kemarau salah ANWAR, Tu anak pak meon kena demam campak.. ANWAR juga yg salah.. tu kilang Papan bankrup pun Salah ANWAR.. Kiranya apa yg berlaku dlm dunia ni, kalau tak baik semua salah ANWAR.. esok HARI KIAMAT pun SEBAB ANWAR juga
ReplyDelete