Tuesday, March 26, 2013

Permohonan Kemasukan Program Pra Universiti Kementerian Pelajaran 2013

KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA1. Hanya calon yang berstatus atlet negara atau berada di dalam Program Majlis Sukan Negara/Negeri sahaja yang layak memohon kursus ini.

2. Umur tidak melebihi 20 tahun pada tarikh kemasukan.

3. Tarikh tutup permohonan adalah pada 31 MAC 2013. Sebarang permohonan yang diterima selepas tarikh tersebut tidak akan dilayan.

4. Anda boleh mengemaskini maklumat peribadi anda TANPA HAD sebelum tarikh tutup permohonan. Namun begitu, anda perlu mengepos borang dan sijil SEKALI SAHAJA walaupun terdapat pengemaskinian maklumat peribadi.


Panduan Permohonan:

Semua pemohon dikehendaki mengikut prosedur permohonan seperti berikut:

1. Mengisi borang permohonan secara online dengan lengkap.Kemudian, tekan butang SIMPAN

2. Mencetak borang tersebut serta-merta. Kemudian isikan maklumat pada ruangan berikut dengan lengkap

a. Ruang E. Ulasan Jurulatih

b. Ruang F. Ulasan Penolong Kanan Sukan

c. Ruang G. Perakuan

d. Ruang H. Pengesahan

3. Poskan borang yang telah lengkap diisi beserta sijil-sijil kepada:

PENGARAH
BAHAGIAN SUKAN
KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA
ARAS 1 & 7, BLOK E13, PARCEL E,
PUSAT PENTADBIRAN KERAJAAN PERSEKUTUAN
62604 PUTRAJAYA
(U.P: UNIT SEKOLAH SUKAN MALAYSIA)

sebelum tarikh tutup permohonan

Nota penting:

Kegagalan pihak Jabatan untuk menerima borang lengkap yang diposkan seperti di perkara 3 di atas akan menyebabkan permohonan anda terbatal

Anda digalakkan membuat satu salinan borang yang telah lengkap untuk rujukan sendiri

Remarks :
Rujuk : http://apps.moe.gov.my/prau/prau_ori2.cfm
Borang Permohonan KLIK SINI

No comments:
Write comments

Note: Only a member of this blog may post a comment.