Friday, March 22, 2013

Langsung 10 minit bentang manifesto diperlukan

Parti-parti politik dibenar untuk membentangkan manifesto pilihan raya masing-masing menerusi siaran Radio Televisyen Malaysia (RTM) selama 10 minit selepas pembubaran Dewan Rakyat yang memberi laluan kepada pilihan raya umum ke-13.

Menteri Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan Datuk Seri Dr Rais Yatim berkata peluang itu diberikan kepada parti Barisan Nasional (BN) dan juga pihak pembangkang, tetapi pembentangan itu akan dirakam terlebih dahulu.

"Semua parti politik yang berganding dan bertanding akan dapat peluang untuk mengumumkan manifesto mereka selama 10 minit, dan kami beri peluang ini sekaligus, baik kepada BN ataupun pihak pembangkang.

"Tinggal lagi sama ada mereka menggunakannya atau tidak, ini terserah kepada mereka, tetapi kami di kementerian telah bersedia untuk melaksanakannya," katanya kepada pemberita di Angkasapuri hari ini.

Beliau berkata peluang itu ialah satu penghormatan kepada sistem demokrasi negara, dan berharap 10 minit yang diberikan itu, cukup untuk mereka mengemukakan skop dan pengisian manifesto masing-masing.

Rais berkata pembentangan manifesto itu perlu dilakukan mengikut peraturan dan syarat yang ditetapkan, dan akan dibuat secara rakaman, tertakluk kepada peraturan RTM di bawah kawalan ketua setiausaha kementerian dan ketua pengarah penyiaran serta anggota panelnya.

"Saya dan mana-mana menteri tidak terlibat dalam proses ini," katanya.

Rais berkata manifesto yang dibentangkan tidak boleh mengkeji atau memfitnah orang, mensabitkan perkara berhubung dengan keselamatan negara, mencerca Yang di-Pertuan Agong atau mana-mana Raja, memperkecil hak asasi manusia ataupun mereka yang dalam keadaan perlu dibela.

"Syarat-syarat ini dan lain-lain akan kami beri dan maklumkan dengan jelas kepada pembentang manifesto dan akan juga diserahkan kepada Suruhanjaya Pilihan Raya.

"Usaha ini telah dijalankan tahun demi tahun, dan pada kali ini ia dibuat secara kemas dan tidak akan ada melibatkan apa-apa syak wasangka," katanya.

- Bernama

10 comments:
Write comments
  1. Rais dengan bangganya mengumumkan memberi 10 MINIT pada parti parti berkempen..sedangkan UMNOBN diberi 247 utk berkempen bila bila masa ...Dato Sri Rais...ni cadangan ker solan..??? hehe

    ReplyDelete
  2. Oii Rais Yatim cerita Mr Bean pun 30 min, ni 10 min bru nk bentang dh cukup time.......apa lah punya expired menteri ........

    ReplyDelete
  3. macam mana lah BN nak menang pru13 nanti. kami rakyat biasa menilai setiap tingkah laku kedua dua belah pihak samada BN atau PR. nampak sangat BN main bias. kenapa perlu di rekod dulu? tak boleh kah secara live? RTM milik kerajaan atau milik BN?

    ReplyDelete
  4. UMNO kontrol semua media massa, apa nak diherankan. Kena kontrol bebb, kalu tak nanti trdedah kepincangan mereka semasa jd kerajaan padah bebb!! Bukan setakat kena ampu UMNO,mereka diarahkn supaya mmfitnah serta melondeh kerajaan PR. Itu hasrat UMNO.

    ReplyDelete
  5. Umno setiap hari, tapi pembangkang 10 minit.... adil ke demokrasi namanya.... aniaya...

    ReplyDelete
  6. tempoh masa 10 minit dengan syarat yang tidak relevan, ini untuk apa? Untuk memberitahu dunia media kita bebas dan memegang prinsip demokrasi?

    ReplyDelete
  7. Apa yang boleh disampaikan dlm masa 10 minit, ini urusan nak perintah Kerajaan Malaysia dan rakyat berhak diberikan penerangan yang jelas dari kandungan manifesto setiap dasar yang ingin dikemukakan. Huraian yang lebih terperinci dan meliputi semua aspek agar semua rakyat jelata faham dengan hala tuju yg akan dibawa oleh bakal Kerajaan Baru. Ini bukan nak main pondok pondok terang dlm masa 10 minit semua pihak diminta faham dan selepas itu buat keputusan nak pilih siapa yang layak memerintah Malaysia. Semua yang bertanding diberi ruang dan peluang yg samarata dan adil.

    ReplyDelete
  8. bapa kau punyo rtm ke rais. ble parlimen dah bubar maknanya dah xde kerajaan, kau pun dah xde kuasa lagi, apasal kau sibuk2 nak atur program.undang2 mana kau pakai.sedar diri tu cikit.nak muntah aku.

    ReplyDelete
  9. bapa kau punyo rtm ke rais. ble parlimen dah bubar maknanya dah xde kerajaan, kau pun dah xde kuasa lagi, apasal kau sibuk2 nak atur program.undang2 mana kau pakai.sedar diri tu cikit.nak muntah aku.

    ReplyDelete
  10. KEPADA RAIS YATIM.AKU HORMAT KITA SEBAGAI MENTERI MELAYU.TETAPI AKU TAK HOMAT KO DENGAN APA YANG HANG KATA,APA YANG KITA BOLEH UCAPKAN DGN MASA 10 MINIT NAK BERAK PUN MAHU 30 MINIT,JGN LAH FOBIA SANGAT DGN PAKATAN RAKYAT,kata bn berjiwa rakyat jadi tunjukkan lah keberanian kita sebagai pemimpin ASALAMMUALAIKUM DATUK

    ReplyDelete

Note: Only a member of this blog may post a comment.