JUMLAH rakyat Filipina yang lari daripada Sabah ekoran krisis antara kerajaan Malaysia dan 'Tentera Diraja Sulu' kini mencecah angka 4,771, lapor Majlis Pengurusan dan Pengurangan Risiko Bencana Kebangsaan (NDRRMC) Filipina.
Menurut NDRRMC, sehingga semalam, keseluruhan 944 keluarga sudah meninggalkan Sabah menuju ke Basulta (Basilan, Sulu and Tawi-Tawi) dan dibantu oleh kerajaan republik itu, lapor InterAksyon.
Daripada jumlah itu, seramai 2,861 orang dewasa dan 1,860 lagi kanak-kanak. Ia dijangka meningkat ekoran krisis yang bermula di Lahad Datu itu masih belum selesai.
Kerajaan Malaysia juga terus memburu, termasuk mereka yang disyaki menyokong kumpulan Jamalul Kiram III itu atau individu tanpa pengenalan diri.
Manila menyediakan enam sekolah di Bongao, Tawi-Tawi, untuk menampung kebanjiran warga mereka yang pulang dari Sabah. Setiap sekolah mampu memuatkan 60 anggota keluarga. (MKINI)
Sunday, March 31, 2013
Sudah 4771 Filipina Lari Ke Basulta
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
halau jer bangsa2 tu dr Sabah agar keamanan dan keselamatan komuniti lebih trjamin. Aku memang takut ke Lahad datu bukan sekarang pun, tahun2 lepas pun rasa mcm tak selamat kalau saja2 nak Leisure Trip ke sana utk window shopping atau ke pasar basah. Ramai sgt kaum tausug mnyamar atau yg terang2 brkeliaran di sana. Memang kes jenayah juga tak terbendong oleh polis ( ntah2 polis pun ramai kaum tausug juga angkara ic palsu UMNO dulu ).
ReplyDeletedendang perantau..lagu P.Ramlee..
ReplyDeleteSebenarnya itu langkah terbaik utk mereka...balik kenegara asal.. mereka bukan pelarian seperti Rohinyga yg tidak iiktiraf sebagai rakyat Myamar.. tapi mereka adalah rakyat filipina yg sah dan mempunyai kad pengenalan diri...
ReplyDeleteAngkara Pemimpin UMNO haramjadah..Projek IC Mamak Madey Kutty
ReplyDeletePopulasi yang dianggarkan berdasarkan kumpulan etnik pada tahun 2010 adalah seperti berikut:[61]
ReplyDeleteKadazan-Dusun: 17.82% (555,647)
Bajau: 14% (436,672)
Melayu Brunei: 5.71% (178,029)
Murut: 3.22% (100,631)
Lain-lain bumiputera:[60] 20.56% (640,964) – yang meliputi kaum Rungus, Iranun, Bisaya, Tatana, Lun Bawang dan Lun Dayeh, Tindal, Tobilung, Kimaragang, Suluk, Ubian, Tagal, Timogun, Nabay, Kedayan, Orang Sungai, Makiang, Minokok, Mangka’ak, Lobu, Bonggi, Tidong, Bugis, Ida’an (Idahan), Begahak, Kagayan, Talantang, Tinagas, Banjar, Gana, Kuijau, Tombonuo, Dumpas, Peluan, Baukan, Sino, Jawa
Cina (majoriti Hakka): 9.11% (284,049)
Lain-lain bukan bumiputera: 1.5% (47,052)
Warga Asing (Filipina, Indonesia): 27.81% (867,190)
Tiga pusat pemeriksaan Imigresen, Kastam, Kuarantin dan Keselamatan (ICQS) akan beroperasi di Kawasan Keselamatan Khas Pantai Timur Sabah (ESSCOM) mulai Selasa ini.
ReplyDeleteMenteri Dalam Negeri Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein berkata tiga pejabat sementara yang diwujudkan itu akan beroperasi di Lahad Datu, Kudat dan Pos Kawalan Imigresen Bersepadu Kerakit, Pulau Banggi.
“Dua belas kabin akan diguna sebagai pejabat sementara yang merangkumi enam kabin di ICQS Lahad Datu, empat kabin di Kudat dan dua di Pulau Banggi. Semua kabin telah tiba di lokasi Khamis lepas,” katanya kepada pemberita ketika melawat tapak ICQS Lahad Datu di Lahad Datu hari ini.
ReplyDeleteHishammuddin berkata 14 pegawai akan ditempatkan sementara di setiap ICQS dan pos kawalan yang turut dianggotai unit Risikan dan penguatkuasaan Jabatan Imigresen Malaysia.
“Inisiatif mewujudkan ICQS dan pos kawalan adalah sebagai satu daripada langkah mengetatkan kawalan setempat di pantai timur Sabah di samping memberi kemudahan laluan masuk kepada warga asing dari perairan pantai timur yang mempunyai dokumen perjalanan yang sah menggunakan laluan yang diwartakan ” katanya.
ReplyDeleteBeliau percaya pelaksanaan ESSCOM yang akan dipantau Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak selaku pengerusi jawatankuasa pemantau dan Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Musa Aman sebagai pengerusi Zon Selamat Sabah Timur (ESSZONE) serta Pengarah ESSCOM Datuk Mohammad Mentek menjadi komponen penting bagi menjamin keselamatan negeri ini.
ReplyDeleteHishammuddin turut melawat tiga kabin ESSCOM yang ditempatkan di Markas Operasi Pasukan Polis Marin Wilayah 4 Lahad Datu ini.
Sementara itu, Ketua Pengarah Jabatan Imigresen Datuk Alias Ahmad berkata pembinaan pusat sementara itu dapat menutup beberapa tempat pendaratan yang menjadi pintu tidak sah termasuk 30 lorong di sekitar perairan pantai timur yang digunakan rakyat asing untuk memasuki negeri ini secara haram.
ReplyDeleteApa dn dmana prginya fungsi APMM, Mks ATM, Mks ATB , Mks 1 Div atau yg sewaktu dgn nya kalau nak kena set-up bnda baru pula dpt ESZONE atau ESSCOM. Bila kita kondem ketumbukan tentera yg ada dkatanya pngkhianat negara, bila kita kondem krjaan negeri Sabah yg ada dikatanya ejen luar. Itu prangai umno
ReplyDeletebaliklah ramai2.. kurang jg filipin di Sabah
ReplyDelete