Friday, March 29, 2013

Najib takut bubar kerana tekanan dalaman Umno?

Najib takut bubar kerana tekanan dalaman Umno?Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak gagal bertemu dengan tarikh untuk membubarkan parlimen setelah satu setengah tahun sebenarnya adalah kerana tekanan dalam Umno.

Sebenarnya, Najib dah ada tarikh bubar sejak 2011 yang boleh membawa kemenangan kepada BN.

Tapi mengapa Najib masih tidak bubar sehingga kini?

Ini kerana beliau sedang menunggu tarikh bubar yang membolehkan BN menang dan isteri beliau Datin Rosmah Mansor boleh kekal sebagai isteri Perdana Menteri.

Bagi Najib, untuk beliau mengekalkan kerusi Presiden Umno, beliau harus lebih cemerlang daripada Tun Abdullah Badawi, iaitu membawa BN kembali ke zaman menguasai 2/3 parlimen seperti dulu.

Beliau tahu sejak awal Tun Dr Mahathir Mohamad dan timbalannya Tan Sri Muhyiddin Yassin tidak akan melepaskan peluang untuk menghumban beliau seperti Pak Lah sekiranya keputusan PRU13 tidak cemerlang seperti yang diharapkan ahli-ahli Umno.

Maka, Najib menunggu dan menunggu – Muhyiddin juga tertunggu-tunggu, dan Mahathir semakin tidak sabar menunggu.

“Kerana menyedari bahawa nyawanya sebagai Presiden Umno bakal terancam jika BN gagal mendapat 2/3 di parlimen, Najib mengambil keputusan menunggu sehingga keadaan mengizinkannya untuk memanggil PRU13 di mana BN boleh menang dengan cemerlang dan juga mengukuhkan kedudukannya sebagai Presiden Umno. Tapi tarikh yang dicari tidak dijumpai,” kata sumber Umno kepada Harakahdaily.

Muhyiddin, katanya, yang menanti di tepi untuk menjadi Perdana Menteri dengan menolak Najib daripada kerusi Presiden Umno jika keputusan PRU13 Najib tidak setanding Pak Lah, kini berhadapan dengan situasi yang sangat mencabar.

“Jika BN tewas, Najib tetap akan ditolak. Tapi apakah Muhyiddin sanggup mengambil kerusi Presiden Umno ketika itu? Kerusi itu bakal membuatkan Muhyiddin dilantik sebagai Ketua Pembangkang menggantikan Anwar Ibrahim jika BN tersilap,” kata sumber itu lagi.

Sumber itu turut berkata jikalau amaran Dr Mahathir dan Muhyiddin tidak menunjukkan bahawa beliau tidak sabar untuk menjadi PM, Najib sudah lama memanggil PRU13.

“Tapi sayang. Mereka menekan Najib. Najib mencari jalan keluar dengan menunggu sehingga beliau boleh menjamin keselamatannya di dalam Umno. Sekarang masa dah suntuk, dan Najib masih tidak berjumpa tarikh. Penungguan Najib bakal menyebabkan BN tertewas dan menghancurkan impian Muhyiddin untuk menjadi Perdana Menteri,” tambah sumber Umno itu lagi.

Ketika diajukan soalan, apakah BN akan menang kali ini, berikut adalah jawapan sumber Umno.

“Sekarang nak print poster, bunting dan sebagainya, printer pun dah mula minta Umno bayar dulu secara tunai, tak boleh hutang. Malah, orang-orang yang dulunya penyokong tegar Umno sudah mempercayai bahawa Umno akan tumbang kali ini.

"Dulu tiada orang akan percaya Umno akan tumbang. Tapi kali ini sehinggakan budak-budak sekolah pun merasa Umno akan tumbang. Saya sendiri meletakkan 50-50, dengan kelebihan masih di BN dengan syarat Najib kena bubar cepat sebelum negeri kedua terbubar secara automatik,” tambahnya.

-Harakahdaily

49 comments:
Write comments
  1. Bomoh najib dah awal-awal angkat bendera putih.... tu sebabnya tak jumpa-jumpa jugak tarikhnya.... he he...

    ReplyDelete
  2. Di Sabah UMNO masih menang.

    ReplyDelete
  3. Sabah dn Johor msih majoriti BN dlm 1-2 krusi. Hanya scara kumulatifnya BN mampuss di Putrajaya.

    Ruj: maklumat JPM

    ReplyDelete
  4. "Kita mesti pencenkan dinasour-dinasour politik yang sedia ada samada di pihak BN ataupun Pakatam. Di samping semua mereka ada sumbangan tersendiri dan kita menghargainya, tetapi mereka telah membawa dendam warisan, politik era lama yang tidak sesuai lagi bagi generasi yang mahu ke hadapan"..

    AKU SUKA PERNYATAAN INI...

    ReplyDelete
  5. No.1 Najib takut dengan Muhyiddin, Madey brsembunyi di belakangnya. No.2 Najib takut dengan Rosmah yg masih belum puas shopping. Ke dua-dua kita kasi KO sama dia!!!! BN NAZAKKKK!!!!!

    ReplyDelete
  6. Former Prime Minister Tun Dr Mahathir Mohamad said today Barisan Nasional (BN) would do well in the 13th General Election despite the coalition being seen as not as strong as it should be.

    ReplyDelete
  7. The BN was recovering from the political “tsunami” of the 2008 General Election, he said, and added that it was not easy to make a comeback after losing many seats and states in the last general election.

    ReplyDelete
  8. “For the first time, BN is not seen as strong as it should be. BN will still do well (in the 13th General Election) but the question is how many seats it will win,” he told reporters

    ReplyDelete
  9. He said the 13th General Election was a very important election because the opposition was making a strong effort to unseat the BN government.

    ReplyDelete
  10. “The opposition have come together so that they can challenge the BN ... but they come together not as a coalition, it’s just “pakatan” (pact). They don’t even have one single symbol nor do they have a proper agenda. I think the people will be able to make a good choice,” he said.

    ReplyDelete
  11. haji logiut najib takut sama c roastporkmah, mcm taib mahmud yg 'dibelasah' bini mudanya...ha ha ha

    ReplyDelete
  12. Datuk Seri Najib Razak mencipta rekod pertama dalam sejarah negara sebagai Perdana Menteri yang membiarkan Dewan Undangan Negeri (DUN) terbubar dengan sendirinya – Negeri Sembilan pada 28 Mac.

    ReplyDelete
  13. Dengan pembubaran itu, tinggal 11 negeri lagi, kecuali Sarawak dan Parlimen, yang masih belum dibubarkan.

    ReplyDelete
  14. Bermula 28 Mac, rakyat boleh mengira detik 30 hari sehingga tarikh pembubaran secara automatik bagi Parlimen Malaysia pada 28 April 2013.

    ReplyDelete
  15. Jika dalam tempoh ini tiada pembubaran Parlimen, Najib akan menjadi pemimpin negara pertama yang membiarkan Parlimen terbubar sendiri, setelah mandat lima tahun berakhir.

    ReplyDelete
  16. Selepas Negeri Sembilan, DUN yang akan terbubar secara automatik dalam bulan April adalah Pahang (7), Johor (21), Selangor (22). Diikuti Perak (24), Melaka (26), Kelantan dan Perlis (28), sementara Sabah (29).Manakala Pulau Pinang dan Terengganu masing-masing akan terbubar pada 2 dan 5 Mei.

    ReplyDelete
  17. Nampak gaya semangat UMNO sudah merosot (extinction) kerana percaturan yg begitu lama sehingga ke masa tambahan yg lagi menyebabkan mereka penat.

    Kalau dilihat bendera2 yg telah digantung bertahun2 yg lalu pun sudah mula reput menyembah bumi seolah2 menandakan mereka sudah berlepas tangan utk meneruskan perjuangan.

    Wallahu'alam...

    ReplyDelete
  18. Oleh itu pilihan raya adalah wasilah yang memberi ruang kepada rakyat memilih kerajaan yang mereka kehendaki. Rakyat mempunyai hak sepenuhnya membuat pilihan.Rakyat mempunyai hak menentukan kriteria kerajaan dan wakil rakyat yang hendak mereka pilih, iaitu kerajaan yang mampu memegang amanah, berintegriti, telus, menjauhi rasuah, kronisme dan pelbagai penyelewengan dan seumpamanya.Ia mempunyai kuasa yang boleh menukar kerajaan dalam sebuah pilihan raya lima tahun sekali dan ia tentunya bukan ‘anjing menyalak bukit’.

    ReplyDelete
  19. ini lah dlm sejarah yg PM teramat takuttttttt nak bubur perlimen walau pun hayat nya habis dan mengaku BN terlalu kuat hingga x dapat tarikh tapi PRU tetap akan datang

    ReplyDelete
  20. PM nampak risau tapi PM ( isteri) nampak relax je.

    ReplyDelete
  21. Saya percaya Najib mempunyai alasan munasabah kenapa dia belum bubarkan parlimen lagi.

    ReplyDelete
  22. Mahathir: Ada sebab PM tak bubar Parlimen

    Bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad yakin pembubaran automatik Dewan Undangan Negeri (DUN) Negeri Sembilan tengah malam tadi tidak akan memberi kesan kepada prestasi BN pada pilihan raya umum ke-13 (PRU13).

    "Banyak benda kalau tak pernah mesti ada 'pertama kali', kita tengoklah macam mana," katanya kepada media selepas menyaksikan majlis menandatangani perjanjian antara PWN Excellence Sdn Bhd dan Weststar Aviation Service Sdn Bhd, di Langkawi.

    ReplyDelete
  23. Dr Mahathir diminta mengulas mengenai pembubaran DUN Negeri Sembilan secara automatik yang merupakan pertama kali dalam sejarah politik negara dan sama ada ia baik atau tidak untuk BN.

    "Pagi ini saya baca suratkhabar...ada sebab-sebabnya kenapa Datuk (Seri) Najib (Razak) tak bubar parlimen, ada beberapa perkara yang nak diselesaikan," katanya.

    Beliau juga yakin pilihan raya umum dapat diadakan serentak bagi negeri-negeri dan persekutuan.

    Diminta mengulas jumlah peruntukan pertahanan yang sedikit dalam belanjawan berbanding dengan negara-negara Asean lain, beliau berkata prioriti kerajaan ialah untuk pendidikan.

    "Kita biasa belanja hingga 25 peratus (daripada belanjawan tahunan) untuk tujuan itu. Pertahanan, kita tidak anggap sebagai yang diutamakan, memandangkan kita tidak mempunyai musuh di sekeliling kita. Tapi kita biasa dengan perang gerila," jelasnya.

    ReplyDelete
  24. Dr Mahathir berkata apa yang diperlukan oleh sektor pertahanan negara sekarang ialah bekalan dan peralatan untuk 'perang gerila' dan sempadan laut.

    Beliau juga yakin kerajaan akan menambah kemampuan pertahanan terutama untuk maritim, sebagai contoh Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) yang baru ditubuhkan sekarang memiliki lebih 200 bot, termasuk yang berkelajuan sehingga 60 batu sejam.

    "Setakat ini kita mampu pertahan negara dengan kelengkapan yang ada tapi kita harus buat persediaan mungkin akan ada tindakan yang lebih besar dari sekarang.

    "Dalam pertahanan, kita mesti mempunyai kemampuan pertahanan melebihi kemungkinan serangan dari pihak lain," kata Dr Mahathir.

    ReplyDelete
  25. Sementara itu, beliau berkata penjualan senjata kecil dan ringan perlu dikawal kerana ia didapati banyak dijual kepada pihak tertentu.

    Perkara ini sedang dibincangkan di mesyuarat Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu berkenaan kawalan pengeluaran dan penjualan senjata jenis itu, katanya.

    "Sementara senjata yang besar tidak begitu laris dan tidak digunakan oleh gerila, yang digunakan oleh mereka dan pasukan yang tidak bertanggungjawab ialah senjata ringan," katanya.

    Ketika ditanya bilakah masa yang sesuai untuk menubuhkan suruhanjaya siasatan Diraja (RCI) untuk menyiasat dalang di sebalik pencerobohan di Sabah, beliau berkata:

    "Saya berpendapat bahawa orang ini akan teruskan serangan. Jadi kita tak perlu tunggu, ada masa yang sesuai kita buatlah."

    ReplyDelete
  26. When the time comes, Najib will surely dissolve the parliment.

    ReplyDelete
  27. Saya tidak fikir Mohd Najib masih belum membubarkan Parlimen kerana takut kalah. Ini kerana kajian dan pemerhatian pelbagai pihak sama oleh jentera Barisan Nasional, badan-badan pemerhati bebas, mahu pun penganalisis politik dan ekonomi antarabangsa meramalkan Barisan Nasional akan kembali memenangi pilihan raya kali ini dengan pencapain yang lebih baik dari tahun 2008.

    ReplyDelete
  28. Misalnya, The Economist Intelligence Unit (EIU), sebuah unit penyelidikan majalah terkemuka The Economist, meramalkan Barisan Nasional akan memenangi Pilihan Raya Umum ke-13 ini. Malahan The Economist menyatakan bahawa pada pandangan pemerhati antarabangsa, keputusan pilihan raya jelas akan memihak kepada Barisan Nasional.

    ReplyDelete
  29. Kaji selidik oleh Merdeka Centre dan Pusat Kajian Demokrasi Dan Pilihan Raya Universiti Malaya (UMCEDEL) juga mendapati Barisan Nasional akan kembali memerintah kerajaan Persekutuan.

    ReplyDelete
  30. Ketua Penerangan UMNO, Datuk Ahmad Maslan menyatakan kajian pasukannya mendapati Barisan Nasional akan memenangi 160 kerusi Parlimen dalam pilihan raya akan datang. Sungguhpun saya agak skeptikal dengan kajian ini, namun ia bukanlah mustahil.

    ReplyDelete
  31. Malahan Tun Daim Zainuddin sendiri yang terkenal dengan bacaan politik beliau yang sangat ampuh juga meramalkan BN akan menang dalam pilihan raya kali ini.

    ReplyDelete
  32. Berdasarkan pandangan pelbagai pihak dalam dan luar Negara, kajian bebas atau dilakukan oleh parti, BN akan kembali memerintah Malaysia untuk lima tahun akan datang. Justeru tidak timbul andaian dan tuduhan sesetengah pihak bahawa Mohd Najib tidak membubarkan Parlimen kerana takut kalah.

    ReplyDelete
  33. Sudah acap kali khalayak di dendangkan dengan propaganda pembangkang yang mendakwa Perdana Menteri, Dato' Seri Najib Tun Razak takut untuk membubarkan Parlimen kerana bimbang dengan kekuatan PR. Propaganda sedemikian sedikit sebanyak termakan juga oleh sesetengah penyokong PR menyebabkan mereka lupa bahawa empat buah negeri yang dikuasai PR iaitu Selangor, Kedah, Kelantan dan Pulau Pinang hingga sekarang belum ada satu pun yang di bubarkan.

    ReplyDelete
  34. Walhal, jika PR merasakan PM takut membubarkan Parlimen, logiknya PR yang kelihatan seperti sudah tidak sabar untuk menghadapi pilihan raya patutnya sejak berbulan-bulan lalu sudah mengambil inisiatif sendiri segera membubarkan DUN di semua negeri PR, bukan begitu? Bagi BN pula, soal bila Parlimen akan dibubarkan tidak pernah menjadi isu apatah lagi untuk dipropagandakan.

    ReplyDelete
  35. Jika 6 bulan lepas atau sebulan lalu mahupun esok atau lusa Parlimen dibubarkan, berdasarkan kaji selidik dan trend sokongan rakyat kepada BN, tiada masalah untuk BN mendapat hampir 2/3 kerusi Parlimen atau lebih sedikit.

    ReplyDelete
  36. Tapi disebabkan tumpuan utama tetap fokus untuk bekerja untuk rakyat, selagi masa masih berbaki selagi itu kerja buat dan jasa bakti terus dilaksanakan. Lagi semakin lama PR berteka-teki lebih bagus untuk BN sementelah di waktu kritikal ini makin ramai pemimpin PR yang pancit sebelum wisel permulaan ditiupkan.

    ReplyDelete
  37. Hakikatnya, tujuan sebenar PR menghambur celaan, sindiran dan propaganda mengenai isu pembubaran Parlimen tujuannya sekadar untuk mewujudkan persepsi kononnya PR benar-benar kuat. Dengan demikian, masalah pertelingkahan sesama sendiri dalam PR akan terkalih dari perhatian umum.

    ReplyDelete
  38. Menariknya di sebalik propaganda itu semua, ada sumber dalaman PR memberitahu semua keempat-empat negeri yang diperintah oleh gabungan tidak berdaftar itu telah mencapai kata sepakat untuk membubarkan DUN hanya selepas Parlimen dibubarkan. Tarikh yang telah mereka sepakati ialah 22 April 2013. Persoalannya kenapa 22 April 2013, mengapa tidak dua tiga bulan lalu atau sebelum bulan Mac 2013 berakhir?

    ReplyDelete
  39. Ada muslihatnya. PR menjangkakan Parlimen mungkin akan dibubarkan pada seawal April 2013, jadi bila Parlimen di bubarkan semua negeri yang dikuasai PR tidak akan turut sama membubarkan DUN. Dengan lain perkataan, PR mahu membubarkan DUN lewat dari pembubaran Parlimen dan proses pengundian pula akan dijalankan selepas selesai pengundian di negeri-negeri lain.

    ReplyDelete
  40. Mereka percaya langkah ini dapat mengurangkan risiko kalah teruk dan mengurangkan impak terhadap prestasi PR di DUN-DUN negeri yang sedang dikuasai sekarang. Perkhabaran ini tidak mengejutkan kerana sudah lama PR memberi bayangannya tetapi cuba diselubungi dengan propaganda kononnya BN pula yang takut berdepan dengan penghakiman rakyat. Realitinya yang takut tewas dan ditolak rakyat ialah PR.

    ReplyDelete
  41. Sebab itu di Selangor, Menteri Besarnya sering berdolak-dalik sekejap kata mahu bubar DUN selepas Chap Goh Mei, sekejap panggil sidang akhbar untuk pembubaran kemudian tiada pengumuman dilakukan, alih-alih semuanya hanya gempak sahaja bertujuan untuk mengaburi mata umum dari mengesan ketakutan PR berdepan dengan PRU 13.

    ReplyDelete
  42. Walau apa pun, PRU 13 tetap akan tiba jua bila sampai masanya, apa sahaja taktikal strategi atau game plan yang dimainkan oleh PR, kata putus bila tarikh pengundian sama ada serentak atau berasingan tetap di tangan SPR selaku badan bebas yang mengendalikan pilihan raya.

    ReplyDelete
  43. Keputusan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak yang masih belum membubarkan Parlimen bagi membolehkan Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13) diadakan bukan bermaksud Barisan Nasional (BN) takut menghadapi pembangkang.

    ReplyDelete
  44. Setiausaha Politik Perdana Menteri, Datuk Mohamad Fatmi Che Salleh sebaliknya menjelaskan, ia bagi membolehkan semua perkara terutama transformasi yang dilakukan kerajaan untuk faedah rakyat termasuk manifesto BN, dilaksanakan terlebih dahulu.

    ReplyDelete
  45. Menurutnya, sebagai Perdana Menteri, Najib seorang pemimpin yang amat berhati-hati dalam membuat keputusan bagi mengelak timbul sebarang masalah di kemudian hari.

    ReplyDelete
  46. "Tidak timbul soal takut atau berani, beliau (Perdana Menteri) seorang yang amat berhati-hati.

    ReplyDelete
  47. Beliau mahu semuanya sedia sebelum pilihan raya terutamanya janji-janji kerana janji yang dibuat dalam manifesto akan dinilai terlebih dahulu adakah ia mampu dilaksanakan sepenuhnya

    ReplyDelete
  48. Beliau tidak seperti pembangkang yang menjanjikan bulan dan bintang tetapi tidak mampu untuk menunaikannya.

    ReplyDelete
  49. "Pilihan raya bukan perkara main-main, ia merupakan komitmen kerajaan dengan rakyat, jadi ia perlu dihalusi agar rakyat tidak menjadi mangsa.

    ReplyDelete

Note: Only a member of this blog may post a comment.