Saturday, March 30, 2013

MENGAJAK DEBAT TETAPI SAYA DIKATA “BODOH”

MULAnya isu ucapan Anwar yang dikatakannya anti perkauman dan dia bangkitkan soal runding tentukan syarat tanding jumlah kerusi/Entah benar entah tidak bersyarat itu kurang pasti.

Saya mengulas soal makna racist itu dan kalau disebut anti perkauman dan dikaitkan dengan runding bersyarat, itu sama sekali tiada kaitan langsung.

Mereka ini anti Malaya dan itulah yang dikatakannya dan saya katakan sebenarnya perkataan anti Malaya itu sudah jelas bersifat perkauman dan alasannya pula itu nasional. Jawaban yang tidak lojik. Apa saja namanya anti bangsa/suku bangsa meski dia dalam negeri, luar negeri itu juga maksudnya anti perkauman.

Di Sabah, ramai orang Malaya dan kalau sudah dikatakan anti parti Malaya makna itu anti orang Malaya dan apa pula perasaan orang Malaya ketika perkataan itu dilontarkan dan mahukah orang Malaya ini mengundi parti anti Malaya? Soal bahasa ini kita kena hati2 dan fahami dulu.

Dikatakannya PAKATAN ini tamak, dan apakah mereka yang mahu mereka saja tanding 60 DUN dan 25 MP tidak tamak? Kalau mereka mahu semuanya, bagaimana pemimpin PKR, DAP dan PAS yang sudah bertahun2 memimpin PKR, DAP dan PAS di Sabah ini? Apa akan dibiarkan gigit jari?

Misalnya PAKATAN kasih saja kepada mereka tanding dan menang dan kebetulan PAKATAN menang tipis di nasional dan bukankah itu bakal digunakan untuk mendapat offer lompatan yang lebih mahal, sama ada BN dan PAKATAN bakal beli dan tentunya BN punya wang billion tak akan mampu PAKATAN beli/katakan saja. Jadi, di sini jelas ada unsur2 niaga individu untung rakyat meLOMPONG.

Maaf, yang saya katakan hanyalah kemungkinan2 yang kekadang bisa jadi mungkin segala!

Saya diajak debat dan saya mengulas apa yang dicatat di status iaitu soal racist dan rundingan dan setiap rundingan mestilah ada bersikap WIN WIN, iaitu semua pihak senang hati dan happy, barulah namanya runding, tetapi kalau sudah dijelaskan 60 kerusi DUN dan 25 MP mereka duduki atas alasan di Sabah, jelas ini bukan runding namanya tetapi POTONG HABIS sisa juga tiada. Jadi saya simpulkan kalau begitu silakan sama bertanding dan siapa rasa kuat, tidak usahlah khuatir kalah.

Mereka katakan saya ini bukan orang parti dan bukan ahli parti sebaiknya janganlah menulis dan nampak dia tak kenal saya. Saya jelaskan undi Tukang Cici Jamban sama undi TYT/KM sama nilai undinya iaitu satu dan sama berhak bersuara asal tidak menyalahi undang2.

Saya tidak menyatakan saya ahli parti dan pernah jadi orang kuat parti di peringkat negeri, tetapi kesan KDM masuk beramai2, maka saya rela lepaskan dan dikasih peluang orang lain dan tumpu dalam bidang penulisan dan cipta sekitar 80 page2 PKR seluruh Sabah dan Sarawak yang ahli juta orang disamping jadi admin sekitar 120 pages seluruh Malaysia.

Saya katakana ISU kita bincang isu Racist dan rundingan kerusi dan sebaiknya saya kata jangan lari dari tajuk ISU dan jelas sesudah mereka tak dapat jawab hujjah saya, maka di kata saya BODOH dan mulanya saya tak kesah dikatakan oleh seseorang, tetapi yang lain juga/geng2 sama semacam keroyok kata saya BODOH dan saya tak pernah membalas, cuma saya katakan kalau debat tumpu ISU dan hujjah lawan hujjah/hal yang berkaitan jangan bangkit, apa lagi berkata kasar/kesat dan memaki. Itu saya elak.

Soal saya bukan ahlikah atau ahli parti, itu bukan ISUnya tetapi ISUnya tajuk yang diangkat dan sepatut itu saja yang didebatkan dan saya sebagai rakyat Malaysia tiada siapa berhak mengarahkan agar saya jangan menulis dan jangan mengulas dan selagi saya diTAG dan diajak berhujjah, maka saya siap berhujjah tetapi kalau sudah ada maki hamun dan perkataan BODOH, makanya tadi saya berpantun. Ini pantun saja:~

TOK IMAN TOK LEBAI
SEKIAN GOOD BYE.

ISMAILY BUNGSU
30 MAC, 2013

NOTA: Iman Gzalie kata “saya tahan debat dengan 10 ilmuan
tetapi tak tahan dengan 1 orang jahil ilmu”

25 comments:
Write comments
  1. Berhati-hatilah bila berkata-kata, kata orang cakap siang pandang-pandang, cakap malam dengar-dengar.Kurangkan berkata-kata kerana banyak juta berkata-kata, disitu juga banyak juta kata dusta. Hanya menambah dosa pada bicara yang tiada fakta, semuanya auta. Oleh itu,muhasabahlah sebelum menutur bicara. Wslm.

    ReplyDelete
  2. Senario politik Pakatan Pembangkang yang dilihat semakin kritikal ekoran ketidaksefahaman dan kesepakatan antara parti-parti gabungan di dalam beberapa isu, ditambah pula dengan kemelut dalaman yang berlaku di dalam parti masing-masing, diumpamakan seperti ‘time bomb’ oleh Bekas Ketua Penerangan Parti Keadilan Rakyat (PKR), Roslan Kassim.

    ReplyDelete
  3. Beliau berkata sedemikian berdasarkan senario politik Pakatan Pembangkang yang memperlihatkan ketidaksefahaman di antara parti-parti gabungan Pakatan Pembangkang, ditambah pula dengan kemelut dalaman yang berlaku di dalam parti masing-masing dalam tempoh masa yang agak lama.

    ReplyDelete
  4. Sebagai contoh kata Ruslan, pengalamannya selama lima tahun bersama PKR ketika mula ditubuhkan lagi, memperlihatkan pertembungan ideologi sesama puak-puak yang wujud di dalam PKR ketika itu sudah mula menampakkan tanda-tanda perbalahan dan ketidaksefahaman yang bakal mewarnai senario politik parti tersebut.

    ReplyDelete
  5. “Saya akui begitu banyak pertembungan ideologi antara puak-puak tertentu seperti pendokong idelogi perjuangan Islam, sosialis, cauvinis dari bangsa India, Cina, liberalis dan lain-lain lagi yang bergerak di dalam parti tersebut.

    ReplyDelete
  6. “Apa yang menjadi masalahnya apabila setiap puak berusaha untuk menjadikan ideologi mereka itu supaya menjadi dasar atau teras idelogi politik bagi parti. Ia bukan lagi perjuangan untuk agama, bangsa dan negara sebaliknya sudah bertukar menjadi perjuangan mempertegakkan kepentingan peribadi atau puak masing-masing di dalam parti.

    ReplyDelete
  7. “Perkara ini pasti mewujudkan pertembungan ideologi yang cukup ketara diantara sesama ahli yang pada ketika itu telah mula menampakkan bibit-bibit awal perpecahan di dalam parti,” ujarnya

    ReplyDelete
  8. Perkara yang sama menurut beliau berlaku turut berlaku di dalam DAP dan juga Pas apabila kemelut pertembungan ideologi politik dalaman kedua-dua parti kini semakin ketara.

    ReplyDelete
  9. “Sebagai contoh di dalam DAP, pertembungan ideologi cauvinis yang didokong oleh Dinasti Lim dan pendokong ideologi liberal tidak dapat disorokkan lagi. Kita boleh lihat adanya desas-desus penyingkiran Karpal sewaktu pemilihan parti, pemilihan CEC yang penuh kontroversi dan tindakan beberapa ahli DAP yang tampil membantah keputusan kepimpinan pusat sejak akhir-akhir ini.

    ReplyDelete
  10. “Begitu juga di dalam Pas, pertembungan antara pendokong ideologi sekular,liberal dan pendokong ideologi kepimpinan ulama sudah tidak dapat dirahsiakan lagi. Kita dapat lihat hari ini, beberapa ahli-ahli atau kepimpinan yang tidak mendokong pergerakan sekular dan liberalis di dalam Pas, akan dipecat atau dipinggirkan.

    ReplyDelete
  11. “Malah ramai ahli-ahli dan juga kepimpinan Pas yang mendokong ideologi kepimpinan ulama mula memprotes malah ada yang bertindak keluar parti,” ujarnya.

    ReplyDelete
  12. Justeru itu beliau meyeru rakyat agar tidak tertipu dengan lakonan yang diperlihatkan oleh kepimpinan Pakatan Pembangkang yang menggambarkan seolah-olah mereka itu mempunyai persefahaman yang baik dan bersatu padu.

    ReplyDelete
  13. “Seperti yang saya katakan tadi, Pakatan Pembangkang seumpama ‘time bomb’ yang bila-bila masa boleh meletup. Katakanlah jika kita serahkan pentadbiran negara kepada mereka, tiba-tiba mereka meletup , hancur lalu menyebabkan ketidakstabilan politik berlaku di negara kita. Sudah tentulah yang menjadi mangsa adalah kita, sebagai rakyat di negara ini,” ujarnya.

    ReplyDelete
  14. Hurm jangan timbulkan soal perkauman sekarang.

    ReplyDelete
  15. What is happening in PKR now?

    ReplyDelete
  16. Seem like they are too desperate to make something out of it.

    ReplyDelete
  17. Mengajak debat untuk tujuan apa pula?

    ReplyDelete
  18. Anwar should just back off la.

    ReplyDelete
  19. Hari hari bising tak bosan ka?

    ReplyDelete
  20. They want publicity.

    ReplyDelete
  21. And they want sympathy.

    ReplyDelete
  22. Anwar bertaubat la sebelum terlambat.

    ReplyDelete
  23. Jangan bergelumang dengan dosa lagi.

    ReplyDelete
  24. Hanya ingin meraih undi rakyat sahaja.

    ReplyDelete

Note: Only a member of this blog may post a comment.