Ketersasaulan juruhebah perempuan Radio Klasik Nasional kira-kira jam 3:55 minit petang tadi untuk membawa para pendengar ke Putrajaya bagi mengikuti pengumuman pembubaran parlimen oleh perdana menteri Najib Razak tetapi tidak jadi, menjadi tanda tanya ramai.
Juruhebah berkenaan selepas membuat pengumuman itu terus meralat semula kononnya siaran langsung itu tidak dapat diadakan kemudian pengumuman itu ditenggelami dengan muzik. Beberapa minit selepas itu juruhebah itu terus diam dan soal pembubaran parlimen menjadi sepi.
Persoalan timbul kenapa juruhebah berkenaan membuat pengumuman dan seolah-olah bersedia untuk berhubung dengan rakan setugasnya di Putrajaya bagi melaporkan pembubaran parlimen yang memang dinanti-nantikan rakyat? Apakah dia sengaja pandai-pandai atau satu gurauan? Gurau beruk?
Kebiasaanya apa-apa yang diucapkan oleh juruhebah ia adalah atas arahan penerbit. Bukan sembarangan kata-kata atau pengucapan apa lagi perkara sepenting itu boleh dilapazkan oleh seseorang juruhebah.
Apakah petang tadi sememangnya Najib hendak mengumumkan pembubaran parlimen? Sejak kelmarin lagi terdengar desas desus Najib akan mengumumkan pembubaran parlimen hari ini. Katanya satu solat hajat meminta proses pembubaran itu berjalan lancar telah diadakan malam tadi.
Kemungkinan itu menjadi lebih serius lagi kerana hari ini Najib mengadakan pertemuan dengan beberapa pemimpin Barisan Nasional dan Pengerusi Badan Perhubungan Umno Negeri-negeri di peringkat akhir. Perjumpaan itu mengenai pembahagian kerusi justeru ia dianggap perjumpaan terakhir dan pengumuman pembubaran parlimen dilakukan selepas perjumpaan itu?
Khabarnya pejabat perdana meteri di Putrajaya petang tadi dihadiri oleh ratusan wartawan dari dalam dan luar negeri untuk menanti kenyataan pembubaran parlimen oleh Najib. Bagaimana pun mereka semuanya pulang dengan kecewa kerana apa dinanti-nantikan tidak menjadi kenyataan. Setengah siap sedia untuk membuat siaran langsung termasuklah RTM, TV3 dan segala macamnya.
Dalam pada itu ada maklumat mengatakan memang Najib berhajat untuk membuat pengumuman pembubaran parlimen pada petang tadi. Katanya Najib sendiri memilih petang Jumaat untuk berbuat demikian. Namun kata sumber itu disebabkan ada beberapa perkara yang belum beres menyebabkan hasrat itu dibatalkan.
Apakah semasa mesyuarat tadi berlaku pertikaian atau pun ada pihak yang belum bersedia kalau parlimen dibubar hari ini? Perkara ini tidak dapat disahkan tetapi katanya ada beberapa pemimpin yang mahu Najib lanjutkan tempoh dan berharap parlimen biarlah terbubar dengan sendiri. Alasan lain kenapa parlimen tidak dibubarkan hari ini khabarnya soal pembahagian kerusi di antara komponen BN masih belum selesai.
MCA adalah parti yang lantang menuntut kerusi dan memberi kata dua kepada Najib. Parti itu tidak berpuas hati dengan pembahagian kerusi di mana kuota yang diperuntukkan kepadanya selama ini ditarik balik. Khabarnya ada suara ugutan dari MCA akan memulaukan pilihan raya sekiranya soal pembahagian kerusi tidak lengsai?
Alasan lain diberikan kepada Najib, elok Najib membubar parlimen selepas 4 April di mana genap empat tahun beliau menjadi perdana menteri setelah mengambil alih dari Abdullah Ahmad Badawi. Kalau Najib mengumumkan pembubaran parlimen hari ini, ia bermakna Najib menjadi PM tidak sampai empat tahun. Tempoh perkhidmatannya baru tiga tahun tiga suku. Mereka tidak mahu Najib digelar sebagai PM tiga tahun tiga suku.
Dalam pada itu diramalkan besar kemungkinan Najib akan mengumumkan pembubaran parlimen paling lewat 16 April ini. Beliau akan berusaha juga untuk mengelakkan parlimen terbubar dengan sendiri untuk menjaga reputasinya
http://msomelayu.blogspot.com
Sunday, March 31, 2013
Mengapa Najib Tak Bubar Parlimen Hari Ini?
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
aku pun hairan sebagai rakyat malaysia kalau memang BN dah kuat apa lagi kasih bubar saja.kita sebagai rakyat sebagai penentu jgn takut
ReplyDeleteSebelum ni TV 3 mmbuat kesilapan tersasul selepas Pembaca Berita mnyebut Perdana Menteri Malaysia.. DS Anwar kini berada diii oopppsss. Silap DS najib berada di Afrka. Haa,klu ke atau blues clues??
ReplyDeletejangan tanya bila PRU tapi tanya apakah persiapanya.
ReplyDeleteBetul.. jangan leka dgn TEKA TEKI PRU13.. DEKATI HATI RAKYAT dan dengar masalah mereka.. cuba selesaikan.. Rakyat sekarang tak minat pada CALON yg kuat bersorak... Menyalak mcm ZUL NORDIN KATAK tu.. jadikan iktibar utk semua.
ReplyDeleteadudu,, kalut smpai teragak2 nk bubar parlimen.
ReplyDeletebetul2....yang utama gerak kerja mesti sentiasa bersedia....siap siaga menunggu pembubaran parlimen...Syabas saya ucapkan kpd PR...sebuah parti yg sentiasa kosisten dalam menegakkan kebenaran untuk semua...PR for all...PR to replace the corrupt UMNO.
ReplyDeleteAKU BENCI UMNO....
ReplyDeleteAKU BENCI UMNO AKU UNDI PR
ReplyDeleteYang dok melalak d sini pun ada yg blum jd pengundi brdftar, bising ja:-),
ReplyDeleteParliament will be dissolved before April 30 when the Barisan Nasional (BN) government’s mandate expires to pave the way for national polls, Tan Sri Muhyiddin Yassin said today.
ReplyDeleteThe deputy prime minister said Prime Minister Datuk Seri Najib Razak is unlikely to allow the automatic dissolution of Parliament before calling for the 13th general elections.
“I do not think the prime minister will wait the full five years before dissolving Parliament.
ReplyDelete“Elections will be held in the next few weeks this April,” he told a news conference after gracing the Federal Territory-level Barisan 1 Malaysia gathering at Titiwangsa Stadium in the city.
Muhyiddin said he was aware that the people are restless over the election date but urged Malaysians to be patient and to carry out their duty when the time comes.
ReplyDelete“Election won’t be long... I know the people say they have been waiting, they’re tired of waiting.
“But I am confident they who have been waiting for so long are impatient to mark a cross for Barisan Nasional,” he said to loud cheers and applause from thousands of non-government organisation representatives who braved the earlier rain to fill the covered stadium.
ReplyDeleteThe 13-member coalition’s deputy chairman also reminded voters to make the right choice and not back those who would spark chaos within the country or practised racial politics.
“Choose the government that can look after the country... don’t choose those who carry inverse politics, racism.
ReplyDelete“I am not trying to scare you all, but to remind you all to not make an error,” he said.
Chief Minister Datuk Seri Musa Aman has described Sabah Progressive Party's (SAPP) by-election campaign slogan -- "Sabah for Sabahan" and "fighting for the return of autonomy for Sabah" -- as outdated and not in line with the country's aspirations.
ReplyDeleteMusa said the people, including those in Sabah, are now living in harmony under Malaysia.
"This (slogan) is now an old story," Musa said, "It is no longer needed."
We have accepted the fact that we are Malaysians and we must now speak as a Malaysian. Let's not be too parochial." Musa said.
ReplyDeletePembubaran Parlimen bagi membuka laluan kepada pilihan raya umum dilihat mungkin berlaku hanya selepas minggu kedua pada April apabila Datuk Seri Najib Tun Razak dijadualkan akan menunaikan umrah .Sumber berkata, Perdana Menteri dijangka berlepas ke Arab Saudi pada 3 April selepas mempengerusikan mesyuarat Kabinet akan datang dan mengambil bahagian dalam acara berbasikal di Putrajaya.
ReplyDeleteBeliau dijangka pulang dua hari selepas itu.
ReplyDeleteBagi orang Islam, umrah kadang-kala dilakukan untuk mendapatkan petunjuk sebelum membuat keputusan utama dan Najib, ia dijadikan sebagai upacara tahunan.
Spekulasi tersebar luas mengenai Perdana Menteri, yang akan menandakan tahun keempat beliau di pejabat pada Rabu depan, mungkin akan menghampiri ke lima penggal penuh dalam Parlimen pada masa ini, yang akan tamat pada 30 April, sebelum pilihan raya diumumkan.
"Kami sudah bersedia tetapi parti komponen Barisan Nasional dan jentera sentiasa boleh menggunakan mana-mana masa tambahan yang ada untuk memastikan bahawa kita akan bersedia sehabis baik untuk pilihan raya umum," kata Ketua Penerangan Barisan Nasional, Datuk Ahmad Maslan.
ReplyDeleteDewan Undangan Negeri (DUN) Negeri Sembilan tamat pada Khamis tetapi ia akan diikuti dengan tiga negeri sekiranya Perdana Menteri memutuskan untuk membenarkan Parlimen mencukupi penggal penuh.
Negeri-negeri itu ialah Pulau Pinang yang tamat pada 2 Mei, serta Kedah dan Terengganu, dengan kedua-duanya tamat pada 6 Mei.
ReplyDeleteSejak beberapa hari lepas, Perdana Menteri telah mempengerusikan siri mesyuarat dengan pemimpin-pemimpin parti komponen dan pemimpin negeri Barisan Nasional untuk memuktamadkan senarai calon.
Selain mengerjakan umrah, difahamkan bahawa Najib juga akan mengadakan lawatan singkat ke Brunei pada 24 April bagi menghadiri Sidang Kemuncak Asean.
ReplyDeleteTiada Perdana Menteri Malaysia yang terlepas menghadiri mesyuarat itu kerana Asean adalah asas dasar luar negara.
kita tnggu ja pengumuman pembubarkan parlimen oleh Najib.
ReplyDelete