Calon Barisan Nasional (BN) Kedah pada pilihan raya umum akan datang belum dimuktamad namun mereka yang boleh menang sahaja yang akan dipilih, kata Timbalan Pengerusi Umno Kedah, Datuk Mukhriz Mahathir.
Beliau berkata Perdana Menteri yang juga Pengerusi BN Datuk Seri Najib Razak masih mahu melihat pandangan beberapa pihak lain sebelum memuktamad senarai calon walaupun keutamaan adalah senarai yang dikemukakan Pengerusi Badan Perhubungan Umno Kedah Datuk Ahmad Bashah Md Hanipah.
"Dalam pertemuan dengan perdana menteri semalam, beliau meletakkan calon mesti boleh menang sebagai kriteria utama untuk dipilih," kata Mukhriz kepada pemberita di sini hari ini.
Beliau yang juga Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri menyaksikan penyerahan perjanjian kolaborasi antara Malaysia Automotive Institute dengan Institut Latihan Perindustrian Jitra dan Politeknik Sultan Abdul Halim.
Beliau berkata, perbincangan dengan Najib turut menyentuh usaha menawan kawasan kuat pembangkang.
Katanya, calon yang bakal ditampilkan kali ini melalui proses tapisan ketat termasuk oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah dan dari segi kesihatan.
Terdapat keseimbangan antara calon lama dan baru yang pertama kali dipilih bertanding di kerusi Dewan Undangan Negeri dan Parlimen, tambahnya.
Mengenai komen Menteri Besar Datuk Seri Azizan Abdul Razak bahawa bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad tidak lagi berpengaruh kerana kerap turun berjumpa rakyat, Mukhriz berkata, beliau tidak perlu risau dengan komen itu yang membawa maksud Azizan merasa tergugat dengan keadaan demikian. — Bernama
Sunday, March 31, 2013
Senarai calon BN Kedah belum muktamad
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Mula2 sekali ayuh rakyat kita buang jauh2 keturunan mamak kutty kemudian kita buang pemimpin yang menggunakan lambang dacing karat...ABU .. ABCD..
ReplyDeleteJika org Melayu Kedah yg merupakan pengundi dominan diKedah memilih utk mengekakan kerajaan PAS yg sedia ada.. bererti mereka meletakkan Islam mengatasi bangsa.. dan jika mereka memilih UMNO.. bererti mereka meletakkan kepentingan bangsa mengatasi Islam.....ingatlah sebelum membuat keputusan yg akan dihisab diakhirat nanti...
ReplyDeleteSlogan ‘Kedah Sejahtera Nikmat Untuk Semua’ yang dilaungkan kerajaan negeri pimpinan Pas itu hanya sekadar slogan kerana selepas lima tahun mentadbir tidak ada apa yang dapat dibanggakan mereka.
ReplyDeletePengerusi Barisan Nasional (BN) Kedah Datuk Ahmad Bashah Md Hanipah berkata sebarang pembangunan yang ada sejak 2008 hingga sekarang merupakan kesinambungan usaha kerajaan BN terdahulu dan projek baharu pula adalah inisiatif kerajaan pusat yang tidak mahu melihat rakyat di Kedah tercicir.
ReplyDelete“Kerajaan janji sejahtera, tak nampak sejahteranya. Apa kerajaan buat dalam tempoh lima tahun ini. Orang cerita masalah perumahan, peluang pekerjaan, pembangunan dan macam-macam. Selepas lima tahun mana sejahteranya,” katanya
ReplyDeleteKatanya rakyat yang ditemui di pelbagai peringkat mengeluh dengan suasana di Kedah sekarang dan rata-rata mahu BN kembali mengambil alih kerajaan negeri.
ReplyDeleteBN tampil dengan slogan ‘BN Menang Kedah Senang’ kerana mahu memastikan kehidupan lebih baik kepada rakyat berbanding keadaan mereka sekarang dan BN telah membuktikan setiap janji dikota, katanya.
ReplyDelete“Langkawi adalah bahagian ketiga selepas Padang Terap dan Pokok Sena. Ini adalah pusingan terakhir untuk perjumpaan dengan jentera parti dan kita akan pergi ke semua 15 bahagian,” katanya.
ReplyDeleteKatanya persiapan BN Kedah kini berada pada tahap yang baik dan perjumpaan dengan pengundi telah dilakukan tiga kali.
ReplyDelete“‘Mood’ orang-orang kami cukup baik dan semangat tinggi. Pertemuan seperti ini penting bagi memastikan semangat itu dapat dipertingkatkan,” katanya.
ReplyDeleteBekas Perdana Menteri Tun Abdullah Ahmad Badawi yakin dengan keupayaan BN untuk menang besar pada pilihan raya umum ke-13 (PRU-13).
ReplyDeleteBeliau berkata ini berikutan BN telah berusaha keras membawa perubahan besar kepada negara dan rakyat menerusi pelbagai perancangan dan program transformasi.
ReplyDelete“Nak kerajaan yang kuat perlu menang dua pertiga kerusi Parlimen dan saya yakin BN boleh dapat kerana mereka telah bekerja keras.
ReplyDelete“Saya harap mereka (rakyat) akan terus bagi sokongan (kepada BN) supaya segala program transformasi dan perancangan dapat diteruskan pada masa hadapan. Itu semua adalah untuk rakyat juga,” katanya
Umno Kedah yakin golongan muda di negeri ini mampu ditarik untuk memberi sokongan kepada Barisan Nasional (BN) dalam pilihan raya umum ke-13 (PRU13) jika mereka diberikan penerangan jelas tentang kemampuan BN menerajui kerajaan.
ReplyDeleteTimbalan Pengerusi Badan Perhubungan Umno Negeri Kedah Datuk Mukhriz Tun Dr Mahathir berkata golongan muda mendengar daripada banyak pihak sebelum membuat keputusan menyokong pihak yang mana pada PRU13 dan disebabkan itu jentera BN perlu lebih giat mendekati mereka.
ReplyDelete"Masih ramai yang belum buat keputusan (menyokong parti mana), masih atas pagar dan tak mahu dengar daripada satu pihak. Tugas kami untuk menerangkan pelbagai isu berbangkit supaya mereka yakin untuk memberi mandat kepada BN.
ReplyDelete"Jika kami kata orang dah mula kembali kepada BN sepenuhnya, ia mungkin syok sendiri. Kami masih kena berusaha. Selain selesaikan masalah rakyat seperti masalah rumah, elektik, air, jalan, peluang pekerjaan, kebajikan, bantuan orang sakit, penerangan pun perlu diadakan," katanya.
ReplyDeleteKatanya walaupun golongan muda suka mendapatkan maklumat daripada Internet yang mungkin sarat dengan tohmahan tetapi mereka juga mahu mendengar penerangan daripada BN secara bersemuka.
ReplyDeletepilih yang terbaik dan boleh menang untuk menjadi calon.
ReplyDelete