Friday, March 22, 2013

Bukti penceroboh Lahad Datu rakyat Malaysia?

Sejak pencerobohan di Lahad Datu berlaku, pelbagai spekulasi timbul akibat maklumat yang samar-samar yang diberikan oleh Dato’ Seri Najib Tun Razak, sebagai penjawat awam tertinggi yang bertanggungjawab kepada rakyat.

Salah satu persoalan yang paling besar ialah latar belakang kumpulan bersenjata ini.

Walaupun secara rasminya mereka diisytiharkan sebagai orang asing dari satu kumpulan yang mewakili Kesultanan Sulu, banyak spekulasi timbul apabila ada tokoh-tokoh pimpinan tertentu dari kumpulan itu yang dikatakan rakyat Malaysia.

Perkara ini penting kerana ia membayangkan kesan sampingan Projek IC yang dikaitkan dengan Tun Mahathir Mohamad dan setakat ini disahkan oleh keterangan-keterangan kepada Suruhanjaya diRaja Mengenai Kerakyatan di Sabah.

Wujudnya tokoh-tokoh dari kumpulan bersenjata Sulu ini dari kalangan rakyat Malaysia mengesahkan keresahan rakyat bahawa pemberian kerakyatan bagi tujuan politik tanpa melalui proses yang sah mengundang ancaman keselamatan.

Sejak tercetusnya pencerobohan di Lahad Datu, KEADILAN telah mengadakan pertemuan dengan penduduk tempatan untuk cuba mendapat maklumat lanjut mengenai latar belakang tokoh-tokoh ini.

Salah seorang yang sering disebut ialah ketua kumpulan itu sendiri yang menggelarkan dirinya Raja Muda Sulu, bernama Agbimudin @ Azzimuddie Kiram.

Maklumat awal penduduk tempatan menyatakan bahawa dia pernah bertugas sebagai pegawai kerajaan di Pejabat Daerah Kudat dan mengesahkan bahawa dia adalah rakyat Malaysia setelah diberikan kad pengenalan.

Dari maklumat tersebut, Timbalan Setiausaha Agong KEADILAN, Sdr Darell Leiking telah menjejaki maklumat kakitangan Kerajaan Negeri Sabah di beberapa tempat termasuklah di Jabatan Arkib Negara Sabah.

Dari maklumat Senarai Kakitangan 1975, Perkhidmatan Awam Sabah seperti yang disimpan di Jabatan Arkib Negara Sabah, disahkan bahawa Datu Agbimudin Kiram tersenarai sebagai Pegawai Pentadbir Muda di Pejabat Daerah Kudat dengan lantikan bermula 1 Mac 1974 bergaji RM610 sebulan.

(Sila rujuk dokumen Senarai Kakitangan 1975 yang disertakan bersama)

Dengan maklumat ini, Dato’ Seri Najib Tun Razak tidak lagi boleh bersembunyi disebalik alasan keselamatan nasional untuk mengelak dari menjawab soalan-soalan yang berlegar di pemikiran rakyat:

1. Berapa orang setakat ini dari kalangan penceroboh bersenjata merupakan rakyat Malaysia yang berasal dari Filipina yang diberikan kad pengenalan biru seperti Agbimudin Kiram?

2. Berapa orang setakat ini dari kalangan penceroboh bersenjata rakyat Malaysia itu adalah ahli Umno?

3. Kenapa Dato’ Seri Najib Tun Razak tidak berterus terang dengan rakyat bahawa ketua kumpulan bersenjata ini adalah rakyat Malaysia berasal dari Filipina yang diberikan kad pengenalan biru?

Penemuan ini membuka dimensi baru mengenai pencerobohan ini yang jelasnya mengesahkan hubung kait di antara pencerobohan bersenjata dengan Projek IC yang dikaitkan dengan Tun Mahathir Mohamad dan Umno.

Untuk mengupas perkara ini dengan lebih lanjut, KEADILAN akan meganjurkan Bicara Kedaulatan dan Keselamatan Negara (BKKN) dalam bentuk forum yang disertai oleh Leftenan Jeneral (B) Dato’ Abdul Ghafir Abdul Hamid (mantan Timbalan Panglima Tentera Darat) dan Tuan Yusuf Barji (mantan Penolong Pesuruhjaya Polis/ACP dan Pengarah Cawangan Khas PDRM Sabah) di Kuala Lumpur, Sungai Petani dan Johor Bahru.

BKKN yang pertama akan berlangsung di Dewan Dato’ Ahmad Razali Ampang pada hari Khamis, 21 Mac 2013 jam 9 malam dan akan dipengerusikan oleh saya sendiri.

Melaui BKKN, persoalan hubungkait Projek IC dan ancaman keselamatan akibat dari semborono Umno itu akan dikupas dengan sejelasnya, selain dari isu-isu kedaulatan dan keselamatan negara yang lain.

KEADILAN menunggu jawapan dari Dato’ Seri Najib Tun Razak dan Tun Mahathir Mohamad agar perkara sebenarnya dapat dijelaskan kepada rakyat.

Oleh RAFIZI RAMLI

56 comments:
Write comments
  1. Senang saja dapat ic tapi orang tempat susah dapat ,penjara saja pengkhianat negara sementara ini kita cuba dulu tukar politik negara, ini kalilah PR

    ReplyDelete
  2. Parti Maju Sabah (SAPP) melahirkan kekesalan bahawa insiden pencerobohan pengganas di Kg Tanduo Lahad Datu baru-baru ini yang turut mengaitkan pemilik MyKad pada segelintir pengganas itu, kerana jikalau benar berlaku; jelas merupakan satu petanda buruk kepada sistem pendokumentasian penting Negara ini.

    ReplyDelete
  3. Seharusnya, hanya rakyat jati Negara ini sahaja yang layak mendapat dokumen diri tersebut, namun persoalannya mengapa jatuh ke tangan seorang pengganas yang cuba merampas hak rakyat Negara ini yang telah merdeka dan berdaulat.

    ReplyDelete
  4. Gesaan itu dinyatakan Ahli Majlis Tertinggi SAPP, Roger Stimin ketika sesi turun padang bertemu masyarakat dikawasan Kg Batu 90-Baab dihadiri kira-kira seratus orang dan seterusnya mencadangkan kepada kerajaan agar membatalkan MyKad dan kewarganegaraan kepada semua pemilik yang meragukan itu setelah menjalankan penyelidikan rapi ke atas latar belakang mereka.

    ReplyDelete
  5. Baik siasat secara teliti terlebih dahulu tentang latar belakang kumpulan bersenjata ini.

    ReplyDelete
  6. Isu pencerobohan pengganas di Lahad Datu ini haruslah dipandang secara serius.

    ReplyDelete
  7. Pasukan keselamatan menembak mati seorang pengganas ketika operasi penggeledahan di Kampung Tanjung Batu pada kira-kira 1.30 tengah hari semalam, menjadikan jumlah keseluruhan yang maut 63 orang.

    ReplyDelete
  8. Seorang militan wanita berusia lewat 40-an serta tidak bersenjata turut ditahan dalam operasi itu.

    Panglima Angkatan Tentera Jen Tan Sri Zulkifeli Mohd Zin berkata kejadian itu susulan daripada pertempuran yang tercetus pada 11.30 pagi yang menyebabkan seorang anggota tentera cedera di jari kiri akibat terkena serpihan peluru.

    ReplyDelete
  9. "Susulan itu, pasukan keselamatan terus menjejaki musuh dan berlaku pertempuran di mana pasukan kita telah membunuh seorang daripada mereka serta menahan seorang wanita.

    "Anggota tentera yang tercedera dibawa ke hospital berdekatan dan selepas pembedahan, keadaannya stabil," katanya pada sidang akhbar bersama Timbalan Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar di Markas Operasi Felda Sahabat 16, dekat Lahad Datu hari ini.

    ReplyDelete
  10. Berhubung kemungkinan penduduk Kampung Tanduo boleh kembali ke kediaman masing-masing, Zulkifeli berkata pasukan penilaian terdiri daripada Majlis Keselamatan Negara (MKN), Majlis Daerah Lahad Datu dan Ibu Pejabat Polis Lahad Datu akan digerakkan ke kampung itu selewat-lewatnya esok bagi melakukan penilaian keseluruhan sebelum penduduk dibenar pulang.

    ReplyDelete
  11. Beliau berkata kelewatan membenarkan penduduk pulang ke rumah ialah bagi memastikan kawasan kampung itu yang di kelilingi paya, hutan dan semak samun, benar-benar selamat daripada ancaman selepas ia menjadi sasaran utama militan selain berlaku banyak pertempuran di situ sebelum ini.

    ReplyDelete
  12. "Dari segi kerosakan fizikal agak mudah untuk dinilai tetapi dalam aspek keselamatan kami perlu pastikan keadaan benar-benar bersih dan selamat sebelum penduduk dibenar kembali ke kediaman mereka," katanya dan memberitahu bahawa hanya terdapat 12 rumah penduduk di kampung itu.

    ReplyDelete
  13. Dalam perkembangan berkaitan, Zulkifeli turut menafikan dakwaan bahawa sekumpulan lelaki dari Sabah akan dihantar ke Filipina untuk membunuh Kiram, dan berkata dakwaan itu tidak berasas dan mengarut.

    ReplyDelete
  14. Sementara itu, Khalid ketika ditanya sama ada pihak berkuasa mempunyai bukti sehingga lapan militan didakwa di mahkamah berkata: "Sudah tentu, tapi kita tidak boleh dedahkan dan jika tiada bukti bagaimana kita boleh mendakwa mereka.

    Beliau berkata mana-mana pihak yang cuba mempertikai tindakan itu perlu menunggu sehingga perbicaraan dan sekiranya mempunyai sebarang persoalan ia boleh dirujuk kepada Wisma Putra.

    ReplyDelete
  15. Lapan rakyat Filipina hari ini didakwa di Mahkamah Tinggi di Tawau dan dua daripadanya bakal berdepan hukuman mati kerana dituduh melancarkan perang terhadap Yang di-Pertuan Agong dan menjadi anggota kumpulan pengganas.

    Empat lagi didakwa menjadi anggota kumpulan pengganas manakala dua yang lain didakwa cuba melindungi sekumpulan pengganas.

    ReplyDelete
  16. Kesemua mereka ialah antara 108 individu yang disiasat mengikut Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) (SOSMA) 2012.

    Berhubung statistik terkini pencerobohan, Khalid berkata 30 mayat militan berjaya dikeluarkan dan selesai dibedah siasat, namun sehingga kini tiada pihak tampil menuntut mayat-mayat itu.

    Jumlah tangkapan di bawah SOSMA kekal 108 orang, manakala 268 individu ditahan mengikut lain-lain akta setakat ini, katanya.

    ReplyDelete
  17. Jgn hnya kumpuln penceroboh yg disiasat TETAPI en Jimmy wong telah disahkan oleh kerajaqan Negeri dn dipertikaikan dalm Dewan Negeri didapti bahawa En Jimmy wong didapti dan disahkan TIDAK LAYAK memiliki tarf bumi putera harus di tarik dn dibatalkan kerakyatannya dg SERTA MERTA!!!!!!!!!!! Sy mencabar kerajaan Negeri Saabah dibawah pentadbiran kerajaan UMNO/BN ketua Menteri Datuk seri Musa Aman segera Bertindak jgn pengecut dn hanya bercakap mnjaga hak org2 tempatn.

    ReplyDelete
  18. Agbimuddin Kiram adalah bekas penjawat awam di pejabat daerah di Sabah, kata jurucakap Jamalul Kiram III yang mendakwa dirinya Sultan Sulu, tetapi menafikan menerima kewarganegaraan Malaysia.

    ReplyDelete
  19. Abraham Idjirani, Setiausaha Agung ‘Kesultanan’ tersebut, memberitahu media Filipina di Manila bahawa Agbimuddin pernah bekerja selaku pembantu pegawai daerah di Kudat, menyokong kenyataan PKR pagi ini, berdasarkan pencarian dari slip gaji kerajaan Sabah dari arkib negeri.

    ReplyDelete
  20. Azzimudie Kiram dan ketua pembangkang masing-masing mempunyai perbezaan baik dari asal-usul dan, keturunan dan bentuk fizikal badan. Namun kedua-duanya mempunyai persamaan. Nak tau apa persamaan mereka?

    ReplyDelete
  21. Kedua-duanya lari dari medan perang\perjuangan. Azzimudie Kiram cabut dan menyorok tinggalkan pengikutnya manakala ketua pembangkang kita pula akan cabut meninggalkan pengundinya di Permatang Pauh di PRU13 yang akan datang. Kesimpulannya kedua-duanya suka cabut dan mementingkan diri sendiri. Pengikut-pengikut dan penyokong nak pergi mampos ker nak tergolek ker mereka tidak peduli apa. Janji aku selamat.

    ReplyDelete
  22. Serangan besar-besaran pasukan keselamatan Malaysia ke atas kumpulan penceroboh bersenjata, yang menggelar diri mereka sebagai tentera Kesultanan Sulu, bermula semalam mendapat sokongan dan amat dinanti-nantikan oleh rakyat Malaysia, meskipun ada pihak yang menganggapnya agak lewat.

    ReplyDelete
  23. Buat pertama kalinya juga, pasukan Polis Diraja Malaysia dan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) bersatu tenaga menggunakan segala aset dan kekuatan bersama untuk menumpaskan musuh negara, sejak era komunis berakhir.

    ReplyDelete
  24. Walaupun, ada pihak mengkritik atas kelewatan pasukan keselamatan menggempur musuh yang menceroboh bumi Malaysia di Sabah, sejak 11 Februari lalu, namun tindakan itu dilihat wajar kerana kerajaan Malaysia mengambil kira banyak perkara demi memastikan krisis itu dapat diselesaikan dengan baik tanpa pertumpahan darah.

    ReplyDelete
  25. Kerajaan perlu menimbangkan soal hubungan dua hala antara Malaysia dan Filipina, soal persaudaraan Islam, memandangkan penceroboh adalah beragama Islam, soal kemanusiaan, mengelak berlakunya pertumpahan darah dan yang paling penting mematuhi Konvensyen Geneva 1949, tanpa menggadaikan kedaulatan dan keselamatan negara.

    ReplyDelete
  26. Perkara itu diakui sendiri oleh Asisten Ketua Staf Perkhidmatan Anggota ATM, Mejar Jeneral Datuk Abdul Aziz Ibrahim.

    ReplyDelete
  27. i love Abu and Abcd

    ReplyDelete
  28. What proof you are going to show me?

    ReplyDelete
  29. I just dont understand why they keep on blaming Najib?

    ReplyDelete
  30. Bukti pencerobohan? Hurm.

    ReplyDelete
  31. We never want these men to intrude our home and yet they are here so please stop blaming us.

    ReplyDelete
  32. Pencacai-pencacai Umno da mari guna nama sabah lagi.... silap2 org ini ic projek juga

    ReplyDelete
  33. The Lahad Datu intrusion by an armed group from the southern Philippines has been regarded by some political analysts as an attempt to create instability in Malaysia in the face of the impending general election.

    ReplyDelete
  34. Associate Prof Dr Sivamurugan Pandian from Universiti Sains Malaysia (USM) noting that certain quarters were using the Sulu sultanate's claim on Sabah in their attempt (to intrude into Sabah), despite it being considered redundant, believed the incident could influence the voting pattern of the people.

    ReplyDelete
  35. The Malaysian people can make their own evaluation by looking at how the government is effectively tackling the issu

    ReplyDelete
  36. On claims that the government had acted too slowly in addressing the incident, Sivamurugan believed it was because the government had to consider several aspects before acting.

    ReplyDelete
  37. Associate Prof Datuk Zainal Abidin Borhan viewed the intrusion as a bid by certain quarters to create a confrontation between Malaysia and the Philippines by reverting to the Sabah claim by self-proclaimed Sulu sultan Jamalul Kiram III

    ReplyDelete
  38. He said the government's decision to initiate negotiations before resorting to an offensive was appropriate and not a weakness.

    ReplyDelete
  39. Sekarang baru aku faham kenapa dahulu.. sape2 yang menimbulkan masalah pasal IC jer akan diISAkan... sensitif sangattt..

    ReplyDelete
  40. Polis memutuskan untuk bertindak berlandaskan undang-undang negara selepas mengambil kira pelbagai faktor bagi merungkai isu pencerobohan warga Filipina yang mendarat di Kampung Tanduo.

    ReplyDelete
  41. Pesuruhjaya Polis Sabah Datuk Hamza Taib berkata polis akan menggunakan undang-undang berkaitan untuk mendakwa mereka yang kini dalam kepungan pihakkeselamatan bagi memastikan tiada yang terlepas keluar dan tiada kemasukan orang yang tidak berkenaan ke kawasan itu.

    ReplyDelete
  42. "Kita akan membuat keputusan selepas melihat pelbagai faktor termasuk mengkaji kawasan persekitaran dan dalaman sebelum bertindak. Kita menunggu masa yang sesuai dan ini bermakna tiada lagi rundingan. Kita akan berlandaskan undang undang...kalau ingin dakwa di mahkamah kita akan gunakan...ini terpulang kepada kita.

    ReplyDelete
  43. "Kami tidak kira mereka datang dari mana sama ada dari Kesultanan Sulu...tapi kita tahu mereka adalah orang luar yang datang ke negara kita dan mencabuli undang-undang dan kedaultan negara.

    ReplyDelete
  44. "Kita boleh lihat kesalahan itu banyak. Mungkin kita boleh mengambil tindakan di bawah kesalahan Kanun Keseksaan atau bersama undang-undang yang berkaitan," katanya kepada pemberita di Kompleks Pasukan Polis Marin Lahad Datu .

    ReplyDelete
  45. Hamza berkata polis akan menggunakan pendekatan yang bersesuaian dan tidak akan berkrompomi terhadap isu pencerobohan ke atas negara ini bagi menjamin dan mempertahankan kedaulatan tanah air.

    ReplyDelete
  46. Pemberian ic di Malaysia adalah kerja yang senang sahaja. Inilah Malaysia dibanjiri PATI.

    ReplyDelete
  47. Kawalan masih diperlukan. Tubuhkan RCI atau kertas putih untuk membuat siasatan terperinci.

    ReplyDelete
  48. Saling menunjuk jari. Adakah lebih baik jika selesaikan isu bersama.

    ReplyDelete
  49. Siapakah dalangnya? Adakah semua ini bertujuan untuk memenangi PRU?

    ReplyDelete
  50. Apakah tindakan lanjut terhadap golonagn tahanan tersebut?

    ReplyDelete
  51. 3. Kenapa Dato’ Seri Najib Tun Razak tidak berterus terang dengan rakyat bahawa ketua kumpulan bersenjata ini adalah rakyat Malaysia berasal dari Filipina yang diberikan kad pengenalan biru?

    Isu ini menghairankan juga. Mungkin ada agenda tersirat yang tidak diketahui dan memerlukan siasatan terperinci.

    ReplyDelete
  52. Pemberian ic secara tiada kawalan dan mengikuti prosedur adalah amat keji dimana ia seolah mengkhianat negara.

    ReplyDelete
  53. Kami menanti apakah tindakan dan hukuman akan dikenakan terhadap penceroboh tersebut.

    ReplyDelete
  54. Maklumat awal penduduk tempatan menyatakan bahawa dia pernah bertugas sebagai pegawai kerajaan di Pejabat Daerah Kudat dan mengesahkan bahawa dia adalah rakyat Malaysia setelah diberikan kad pengenalan.

    Dengan maklumat yang diberi, ia memberi anggapan bahawa tindakan mereka ini dikaitkan rapat dengan kepentingan politik.

    ReplyDelete
  55. Penceroboh ini diupah untuk berbuat demikian?

    ReplyDelete
  56. Malaysian bertindak terhadap Malaysian. Apakah tujuannya?

    ReplyDelete

Note: Only a member of this blog may post a comment.