Monday, March 25, 2013

Seorang Lagi Pengganas Serah Diri

LAHAD DATU: Seorang pengganas Sulu ditahan selepas menyerah diri ketika terserempak dengan pasukan keselamatan yang menjalankan operasi penggeledahan di Tanjung Batu, di sini, lewat hari Isnin.

Dalam kejadian kira-kira pukul 5 petang itu, sepasukan unit Gerak GempurKhas (GGK) Angkatan Tentera Malaysia (ATM) sedang melakukan operasi di satu kawasan paya sebelum terserempak dengan pengganas itu.

Dia kemudian melarikan diri sebelum dikejar dan akhirnya menyerah diri.

Lelaki dipercayai tanpa senjata itu menyerah diri dengan mengangkat tangandan meminta pasukan keselamatan tidak melepaskan tembakan terhadapnya. Difahamkan dua kereta perisai berantai dikerahkan untuk operasipemantauan berterusan bagi mengesan pengganas lain.

Kereta perisai itu dipercayai dikerahkan kerana bimbang penyerahan diri yangdilakukan itu sebagai taktik kotor untuk pengganas lain melepaskan tembakanterhadap pasukan keselamatan.

Bagaimanapun, sebaik mendapati tiada yang mencurigakan dan tidak membahayakan, pasukan keselamatan menahan pengganas berkenaan.

Pengganas itu kemudian diserahkan kepada pasukan VAT69 dan dibawa ke lokaptahanan sementara untuk disoal siasat.

Panglima Tentera Darat Jen Tan Sri Dato' Seri Zulkifli Zainal Abidin ketikadihubungi mengesahkan kejadian itu.

Timbalan Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar pula berkata pasukannya(VAT69) telah menerima pengganas tersebut dari GGK ATM dan sidang media bersamaATM akan diadakan esok.

Sehingga kini, jumlah tahanan mengikut Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) 2012 (SOSMA) meningkat kepada 111 orang, pengganas ditembak mati 67 dan mayat dibawa keluar 42. - BERNAMA

28 comments:
Write comments
  1. Berhubung statistik terkini Operasi Daulat, Khalid berkata seramai 429 individu telah ditangkap dan daripada jumlah itu 116 ditahan di bawah Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) 2012 (Sosma) dengan 42 daripadanya telah dibebaskan.

    ReplyDelete
  2. Beliau berkata 42 mayat musuh telah dibawa keluar dari kawasan pertempuran termasuk dua mayat kanak-kanak yang terbunuh dalam pertempuran di Kampung Tanjung Batu dua hari lepas, manakala 29 mayat telah dikebumikan.

    ReplyDelete
  3. Dalam pada itu, Khalid berkata 20 ketua keluarga dari Kampung Tanduo telah dibawa masuk ke perkampungan terbabit pagi ini bersama pegawai dari Pejabat Daerah Lahad Datu bagi membolehkan mereka melawat rumah dan harta benda masing-masing.

    ReplyDelete
  4. Ini adalah sebahagian daripada proses penilaian yang sedang dijalankan Majlis Keselamatan Negara serta Majlis Daerah Lahad Datu, dan dibantu Majlis Keselamatan Negeri bagi menilai kerosakan dan jumlah ganti rugi yang perlu diberikan.

    ReplyDelete
  5. Berhubung seorang pengganas Sulu yang menyerah diri di kawasan Kampung Tanjung Batu petang semalam, Khalid berkata keadaan fizikal militan itu yang lesu setelah 15 hari tidak menjamah makanan adalah gambaran kepada keadaan yang dialami saki-baki pengganas yang bersembunyi di kampung terbabit.

    ReplyDelete
  6. "Jadi kita harap pengganas lain yang berada di dalam semak dan paya berhampiran supaya turut berbuat demikian kerana sudah ketiadaan bekalan makanan selain kehilangan arah berikutan pemerintah tentera mereka telah ditangkap," katanya.

    ReplyDelete
  7. Menteri Pertahanan, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata, pengganas Sulu harus dibicarakan mengikut undang-undang Malaysia kerana telah bertindak kejam dan tidak berperikemanusiaan.

    Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Dalam_Negeri/20130310/dn_34/Pengganas-Sulu-harus-dibicara-ikut-undang-undang-Malaysia#ixzz2Oi6DZJiX
    © Utusan Melayu (M) Bhd

    ReplyDelete
  8. Beliau berkata, kerajaan Malaysia tidak akan berkompromi selain menahan kumpulan penceroboh dari selatan Filipina itu kerana mereka telah bertindak kejam membunuh lapan anggota polis dalam insiden pencerobohan di Lahad Datu, Sabah.

    Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Dalam_Negeri/20130310/dn_34/Pengganas-Sulu-harus-dibicara-ikut-undang-undang-Malaysia#ixzz2Oi6GZyX3
    © Utusan Melayu (M) Bhd

    ReplyDelete
  9. "Jangan ada seorang pun penceroboh terlepas...kita mahu penceroboh militan ini sama ada ditembak mati atau ditangkap hidup-hidup," katanya

    Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Dalam_Negeri/20130310/dn_34/Pengganas-Sulu-harus-dibicara-ikut-undang-undang-Malaysia#ixzz2Oi6QnmyF
    © Utusan Melayu (M) Bhd

    ReplyDelete
  10. "ATM (Angkatan Tentera Malaysia) apabila kita berada di barisan hadapan, kita harus musnahkan musuh...kita hormati bidang kuasa yang ada pada polis dan kita serahkan kepada polis dalam menjalankan tugas mengikut perundangan," katanya.

    Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Dalam_Negeri/20130310/dn_34/Pengganas-Sulu-harus-dibicara-ikut-undang-undang-Malaysia#ixzz2Oi6m12Sx
    © Utusan Melayu (M) Bhd

    ReplyDelete
  11. Ahmad Zahid menegaskan mana-mana pihak tidak perlu mempersoalkan tindakan pasukan keselamatan iaitu Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan ATM dalam insiden pencerobohan itu.

    Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Dalam_Negeri/20130310/dn_34/Pengganas-Sulu-harus-dibicara-ikut-undang-undang-Malaysia#ixzz2Oi6tDfLD
    © Utusan Melayu (M) Bhd

    ReplyDelete
  12. TAHNIAH KEPADA SEMUA PASUKAN KESELAMATAN KERANA KERJASAMA YANG BEGITU KUAT!

    Keberkesanan program Strategi Lautan Biru Negara (NBOS) yang melibatkan kerjasama antara pasukan polis dan tentera terserlah sepanjang gerakan ofensif pasukan keselamatan menangani insiden pencero-bohan di Lahad Datu.

    Timbalan Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar berkata gabungan unit-unit gerak gempur polis dibantu komitmen sepenuhnya daripada angkatan tentera benar-benar menggerunkan musuh sehingga militan Sulu kehilangan arah.

    ReplyDelete
  13. TAHNIAH KEPADA SEMUA PASUKAN KESELAMATAN KERANA KERJASAMA YANG BEGITU KUAT!

    “Gabungan unit-unit di bawah PDRM (Polis Diraja Malaysia), antaranya Pasukan Gerakan Am, Gerak Khas, Vat69, Pasukan Gerakan Marin serta Unit Udara dan dibantu penuh komitmen oleh ATM (Angkatan Ten-tera Malaysia) menyerlahkan kegagahan pasukan keselamatan negara dalam meme-rangi pengganas.

    “Dan ternyata setelah Operasi Daulat dilancar, ke-rjasama PDRM-ATM melalui NBOS ini amat berkesan dan berjaya memperkukuh kekuatan pasukan keselamatan dalam mempertahan kedaulatan negara,” katanya ketika berucap pada jamuan tengah hari sempena Sambutan Hari Polis Ke-206 di FELDA Residence, FELDA Sahabat 16 di sini semalam.

    ReplyDelete
  14. TAHNIAH KEPADA SEMUA PASUKAN KESELAMATAN KERANA KERJASAMA YANG BEGITU KUAT!

    Hadir sama Panglima Medan Tentera Darat Leftenan Jeneral Datuk Seri Zulkiple Kassim, Timbalan Pesuruhjaya Polis Sabah Datuk Tan Kok Liang, pengurusan FELDA, ketua-ketua kampung dan ketua masyarakat dari sekitar kawasan berkenaan.

    Khalid berkata jika diteruskan, konsep NBOS iaitu pendekatan aplikasi secara kreatif dan inovatif antara polis dan tentera, mampu menangani sebarang anasir yang cuba mengganggu gugat kedaulatan negara pada masa depan.

    Melalui NBOS, pendekatan oleh PDRM dan ATM bagi mengeratkan lagi hubungan kedua-dua pihak ialah mengadakan rondaan bersama di seluruh negara untuk membanteras jenayah.

    ReplyDelete
  15. TAHNIAH KEPADA SEMUA PASUKAN KESELAMATAN KERANA KERJASAMA YANG BEGITU KUAT!

    Sementara itu, Khalid diberi kejutan apabila sekumpulan anggota tentera diketuai Panglima Tentera Darat Jeneral Tan Sri Zulkifli Zainal Abidin secara tiba-tiba muncul menyanyikan ‘Selamat Hari Polis’ dan membawa kek sempena sambutan memperingati Hari Polis Ke-206 semalam.

    Zulkifli berkata selain menyambut Hari Polis, penyerahan kek berserta sejambak bunga raya yang diikat dengan baju celoreng unit komando ATM itu juga membuktikan keutuhan kerjasama antara dua pasukan dalam mempertahankan negara, khususnya semasa berhadapan insiden pencerobohan di Lahad Datu.

    ReplyDelete
  16. TAHNIAH KEPADA SEMUA PASUKAN KESELAMATAN KERANA KERJASAMA YANG BEGITU KUAT!

    “Saya mewakili seluruh warga ATM mengucapkan selamat Hari Polis dan yakin bahawa semua warga tentera walau di mana sahaja mereka berkhidmat termasuk yang paling istimewa daripada anggota yang kini bertugas di Kampung Tanduo dan Kampung Tanjung Batu turut berkongsi kegembiraan sama,” katanya.

    ReplyDelete
  17. Semoga semua pencerobioh ini menyerah diri. Jangan buat serangan yang tidak memanfaatkan mana-mana pihak.

    ReplyDelete
  18. Pasti ada yang masih bebas dari tindakan, pihak berkuasa harus teruskan buruannya.

    ReplyDelete
  19. Penceroboh ini harus dikenakan tindakan yang kuat.

    ReplyDelete
  20. Ucapan takziah kepada mangsa yang terkorban.

    ReplyDelete
  21. Jangan buat serangan yang tidak baloi, serah diri dan biarkan mahkamah menentukan hukuman ke atasnya.

    ReplyDelete
  22. Tidak lain lagi, serah diri sahaja.

    ReplyDelete
  23. Benar, buruan harus diteruskan lagi. Isu ini belum berakhir.

    ReplyDelete
  24. Kerja memulihkan perumahan perlu dilaksanakan.

    ReplyDelete
  25. Mereka diserah untuk mahkamah menentukan tindakan undang-undang terhadapnya.

    ReplyDelete
  26. Serangan yang menyebabkan begitu banyak kematian, tidak baloi langsung etrhadap tindakan bodoh ini.

    ReplyDelete
  27. pengganas kini makin lemah kerana dah terlalu lama bersembunyi tanpa makanan dan minuman

    ReplyDelete
  28. harap lebih ramai pengganas akan serah diri, itu lebih baik daripada terus sengsara dikejar

    ReplyDelete

Note: Only a member of this blog may post a comment.