UPU adalah akronim untuk Unit Pusat Universiti - dahulunya satu unit yang menguruskan kemasukan pelajar ke Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA) di Malaysia.
Kini urusan itu dikendalikan oleh Bahagian Pengurusan Kemasukan Pelajar, Jabatan Pengajian Tinggi di bawah Kementerian Pengajian Tinggi.
Bahagian ini dikenali sebagai Unit Pusat Universiti (UPU) pada awal 1970-an hingga 10 Oktober 1995. Mulai 10 Oktober 1995 hingga 31 Disember 2004 UPU dinaiktaraf dan dikenali sebagai Bahagian Pengurusan Kemasukan Pelajar IPT (BPKP IPT), Jabatan Pendidikan Tinggi. Mulai 01 Januari 2005 - dikenali sebagai Bahagian Pengurusan Kemasukan Pelajar (BPKP).
Bahagian Pengurusan Kemasukan Pelajar (BPKP) adalah satu Bahagian dalam Sektor Pengurusan IPTA, Jabatan Pengurusan IPT, Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia yang bertanggungjawab untuk mengurus dan menyelaras kemasukan pelajar ke Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA) tempatan.
Perubahan ini adalah selaras dengan penyusunan semula struktur organisasi Kementerian Pengajian Tinggi pada 01 Januari 2005, setelah Kementerian Pendidikan dipecahkan kepada dua kementerian berasingan, iaitu Kementerian Pelajaran dan Kementerian Pengajian Tinggi.
Mulai Sesi Akademik 2008/2009, tiada lagi penjualan borang permohonan. Iklan tetap dikeluarkan tetapi permohonan kemasukan ke IPTA adalah melalui Aplikasi Dalam Talian (Online) sepenuhnya.
Terdapat 2 kaedah untuk mendapatkan Nombor Unik ID bagi permohonan kemasukan ke IPTA melalui Aplikasi Dalam Talian :-
- Pesanan secara pukal melalui sekolah, dan..
- Pembelian terus di kaunter BSN serta ATM BSN dan SMS Banking bagi pemohon yang mempunyai akaun GIRO terpilih di seluruh Negeri sehari selepas iklan disiarkan.
Ada banyak fasa permohonan | semakan ke IPTA bagi calon SPM, STPM dan Diploma atau yang setaraf. Semuanya boleh dilihat di situ, seperti ePanduan, eBorang, Semakan Status Permohonan/Rayuan, termasuk tarikh-tarikh permohonan mengikut kelayakan. Bagi yang bakal menduduki peperiksaan awam penting, amat digalakkan melayari laman itu, untuk kepentingan masa depan. Pelajar yang cemerlang adalah pelajar yang telah belajar sebelum masanya.
Semoga lebih bersemangat, bersungguh-sungguh dan berjaya! Jangan lupa juga menghadiri Karnival Pengajian Tinggi Negara tahun ini. Kemasukan adalah percuma.
No comments:
Write commentsNote: Only a member of this blog may post a comment.