Di banyak tempat sekarang ini, perang poster sudah bermula. Bukan saja poster parti-parti pembangkang PR yang menunjukkan kesungguhan luar biasa mereka untuk menawan Putrajaya yang kelihatan berkibar megah, poster dan gambar dacing juga kelihatan di mana-mana seolah-olah Parlimen sudah dibubarkan. Keadaan ini kelihatan agar luar biasa berbanding pilihanraya sebelum ini di mana poster BN hanya banyak dipasang setelah Parlimen dibubarkan
Tetapi kali ini sebelum Najib membubarkan Parlimen lagi, perang poster sudah bermula.
Jika parti-parti pembangkang seperti Pas, Pkr dan DAP yang ghairah memasang poster di tepi-tepi jalan, di atas pokok dan di puncak bukit, ia tidaklah terlalu menghairankan kerana pilihanraya kali ini disifatkan peluang terbaik untuk mereka. Maka usaha dan kesungguhan dari awal lagi bukanlah sesuatu yang pelik.
Namun agak pelik juga bila UMNO dan BN turut berbuat demikian. Kebanjiran poster-poster BN ketika ini sudah mula kelihatan di pasang di beberapa jalan utama di sekitar WP, Selangor, Perak dan beberapa negeri lainnya. Poster yang memaparkan gambar calon juga turut kelihatan seolah-oleh mereka sudah pasti dipilih semula.
Walaupun DUN Negeri Sembilan sudah terbubar secara automatik dan tempoh lima tahun Parlimen juga sudah hampir berakhir, Najib masih lagi takut untuk membubarkan Parlimen. Kemeriahan perang poster ini juga masih lagi tidak merangsang keberanian Najib.
Sudah beberapa tarikh diramalkan Najib akan membubarkan Parlimen, tapi semuanya meleset. Terbaru Parlimen dikatakan akan dibubarkan selepas Jumaat hari ini, 29 Mac. Ada juga yang berkata pembubaran Parlimen akan dilakukan selepas LIMA yang berakhir 30 Mac ini. Entah betul entah tidak, tunggu sajalah. Selagi semangat berani tidak menjelma dalam diri Najib, selagi itulah Parlimen tidak akan dibubarkan.
Dengan berlakunya perang poster di banyak tempat sekarang ini, memperlihatkan seolah-olah ahli UMNO lebih berani daripada Najib sendiri. Mereka sudah berani memasang poster dan bersedia menghadapi pilihanraya walaupun Najib masih dalam ketakutan.
Keberanian itu juga seperti mereka sedang memerli Najib supaya segera membubarkan Parlimen. Bagi kebanyakan ahli UMNO, apa mahu ditunggu lagi. Jika dikira daripada tarikh mengundi pada pilihanraya lalu iaitu 8 Mac 2008, tempohnya sudah pun melebihi lima tahun. Tarikh 28 April yang dianggap rasmi sebagai genap lima tahun hanyalah berdasarkan tarikh sidang Parlimen yang pertama diadakan dan bukannya tarikh pilihanraya diadakan.
Lagi pula DUN Negeri Sembilan juga sudah terbubar dengan sendirinya. Bukan saja mengadakan pilihanraya begitu hampir dengan tempoh lima tahun sebagai memalukan Najib, bahkan tidak membubarkan Parlimen setelah sesebuah DUN terbubar juga amat mengaibkan bagi seorang Perdana Menteri sebenarnya. Ia tidak pernah berlaku sebelum ini. Nama Najib akan tercatat dalam Hari Ini Dalam Sejarah dalam konteks ini.
Tetapi yang jelasnya, lagi lambat Parlimen dibubarkan, beban yang ditanggung Najib juga semakin berat. Pelbagai isu yang muncul kebelakangan ini menampakkan semuanya tidak memihak kepada Najib dan BN. Dalam masa yang sama, semangat parti-parti pembangkang juga semakin tinggi dan meningkat hari demi hari. Keyakinan mereka bahawa perubahan pasti akan berlaku kali ini menjadikan semangat dan daya juang mereka tidak pernah menurun.
Walaupun Mahathir yang diharapkan Najib akan membantunya dalam memastikan kemenangan BN kali ini, kadangkala bekas PM itu juga menyusahkannya. Sejak kebelakangan ini Mahathir banyak menyokong program dan dasar Najib, termasuk sanggup merasmikan buku biografi Rosmah Mansor dan menyatakan keadaan di mana DUN Negeri Sembilan terbubar dengan sendirinya tidak akan memberi kesan kepada BN walaupun ianya sebenarnya boleh dipertikaikan.
Mahathir juga sudah pergi ke banyak tempat berkempen memastikan supaya BN dipilih semula. Tetapi di ketika beliau pergi ke banyak tempat dan bercakap banyak perkara, kadang-kadang beliau juga menyusahkan Najib. Kenyataannya baru-baru ini yang menyatakan Najib terpaksa berundur jika gagal menunjukkan prestasi yang baik dalam pilihanraya akan datang sama-sekali tidak membantu Najib.
Kenyataan ini memperlihatkan bahawa Mahathir sudah mula memberi signal kepada pertukaran pemimpin selepas pilihanraya nanti. Ia menyerlahkan lagi hakikat Najib sebagai pemimpin yang lemah dan mesti ditukar. Meskipun Mahathir mulai diterima secara berbelah bagi oleh rakyat, namun pengaruhnya dalam UMNO masih ada. Cakapnya tentu saja mempengaruhi pemikiran kebanyakan ahli UMNO.
Oleh yang demikian, jika Mahathir sudah mula bercakap soal Najib perlu berundur, maka ianya akan menimbulkan perasaan berbelah bagi ahli UMNO terhadap Najib sendiri. Mereka mungkin berusaha untuk memastikan kemenangan BN tetapi bila-bila masa boleh menolak Najib selepas itu.
Najib tentunya tidak gembira dengan kenyataan Mahathir itu. Dalam keadaan pilihanraya makin hampir, kenyataan Mahathir itu tidak membantu Najib langsung. Ia hanya menguntungkan pesaing Najib dalam UMNO iaitu Muhyiddin Yassin yang hanya menunggu detik dan ketika yang sesuai untuk mengangkat kaki kanannya melangkah naik setakuk lagi dalam hireaki UMNO dan kerajaan.
Lagi lama Najib menangguh pilihanraya, mungkin lagi banyak bahana yang menimpanya. Mahathir juga mungkin bercakap macam-macam perkara lagi yang turut menyusahkan Najib, baik secara langsung mahupun tidak langsung. Semua ini berpunca daripada sifat penakut Najib. Jika beliau ada keberanian terhadap Mahathir dan tidak takut pula mengadakan pilihanraya lebih awal, semua ini mungkin tidak berlaku.
Oleh Shahbudin Husin (DD)
Friday, March 29, 2013
Ahli UMNO Lebih Berani Daripada Presiden UMNO
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Ketua Pemuda Umno Bahagian Kota Bharu Datuk Rosmadi Ismail tidak menolak kemungkinan akan ramai lagi ahli Pas mengambil tindakan keluar parti disebabkan kenyataan pemimpinnya menyinggung ramai pihak.
ReplyDeleteBeliau berkata ia satu penghinaan yang ketara berdasarkan kenyataan Menteri Besar Kelantan Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat dengan menyamakan pemberian pelbagai bentuk bantuan kewangan oleh kerajaan kepada rakyat termasuk BR1M sebagai memberi hampas kelapa, padi dan jerami kepada haiwan ayam dan lembu.
ReplyDelete“Sedangkan pada tahun lepas Nik Abdul Aziz sendiri pernah meminta agar ahli Pas dan rakyat Kelantan supaya memohon bantuan itu,” katanya.
ReplyDeleteBeliau berkata kemungkinan tindakan ahli Pas keluar parti akan menjadi satu apidemik yang akan memberi kesan pada pilihan raya umum nanti disebabkan isu berkenaan.
ReplyDeleteBeliau mengulas mengenai 78 ahli dan penyokong tegar Pas menyertai UMNO selepas kecewa dengan kenyataan Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat yang menyamakan penerima bantuan Kerajaan Pusat dengan `haiwan.’
ReplyDeleteKesemua mereka yang berasal dari Kampung Tasek Bakong, Padang Licin dan Tok Pelanduk di sini turut menyatakan kecewa terhadap pemimpin-pemimpin Pas yang didakwa gagal mempertahankan kesucian agama Islam di negara ini terutama dalam isu kalimah Allah.
ReplyDeleteBorang keahlian mereka telah diserahkan kepada Ketua UMNO Rantau Panjang, Datuk Abdullah Mat Yasim dalam Majlis Selamat Tinggal Pas di Kampung Tasek Bakong.
ReplyDeleteRahmah Che Noh, 53, ketika ditemui berkata, dia telah lama menjadi ahli Pas namun kenyataan Nik Abdul Aziz itu membuatkannya kecewa dan merasa sangat terhina.
ReplyDelete“Saya sudah 15 tahun dalam Pas, sepanjang masa itu tiada apa-apa pun bantuan yang diberikan, apabila Kerajaan Pusat beri bantuan beliau pula menghina kami.
ReplyDelete“Saya rasa kecewa, kesal dan sangat marah apabila tok guru menghina sesama Islam dia seperti tidak tahu kita adalah sesama manusia,” katanya.
Former Prime Minister Tun Dr Mahathir Mohamad said today Barisan Nasional (BN) would do well in the 13th General Election despite the coalition being seen as not as strong as it should be.
ReplyDeleteThe BN was recovering from the political “tsunami” of the 2008 General Election, he said, and added that it was not easy to make a comeback after losing many seats and states in the last general election.
“For the first time, BN is not seen as strong as it should be. BN will still do well (in the 13th General Election) but the question is how many seats it will win,” he told reporters after the “Majlis Sepetang Bersama Tun Dr Mahathir” (An Evening with Tun Dr Mahathir) at the convocation hall of the Al-Bukhary International University, here today.
ReplyDeleteHe said the 13th General Election was a very important election because the opposition was making a strong effort to unseat the BN government.
He said the people should not want to change a government when they were receiving various benefits.
ReplyDelete“We like to find fault. Some people do not appreciate what they receive. They allege that the government is cruel, that it oppresses the people and does not provide freedom, when we receive all kinds of benefits.
“They have no valid reason to change the government. They seek to do so just because of hatred. One must ponder carefully, give preference to those who serve, not those who cannot be accepted at all,” he said.
ReplyDeleteReferring to Kedah, he said the present PAS-led administration was inefficient.
“Much of the development has been undertaken by the federal government. One has to decide who can (bring development) and who cannot. There must be a credible government; otherwise, we will suffer. Do not vote with anger,” he said.
“The opposition have come together so that they can challenge the BN ... but they come together not as a coalition, it’s just “pakatan” (pact). They don’t even have one single symbol nor do they have a proper agenda. I think the people will be able to make a good choice,” he said.
ReplyDeleteEarlier, in his talk, Dr Mahathir said the people should count their blessings and not fall prey to the intimidation of certain quarters to change the current government in the next general election.
Pengundi di kawasan Ledang tidak mempunyai sebab untuk menolak Barisan Nasional (BN) pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) untuk terus mentadbir negara bagi tempoh lima tahun akan datang
ReplyDeleteMenurutnya, Ledang tidak terkecuali menerima pembangunan melibatkan projek mega iaitu pembinaan Plaza Tol Bukit Gambir oleh PLUS Expressways Bhd (PLUS) dengan kos RM80 juta.
ReplyDelete“Plaza tol berkenaan yang dijadualkan siap pada Disember ini mempunyai laluan keluar masuk masuk ke lebuh raya, dibina demi keselesaan dan kemudahan pengguna lebuh raya yang kini semakin bertambah.
ReplyDelete“Ia adalah kejayaan paling besar BN. Malah, Ledang mengalami pertambahan penduduk yang tinggi kesan daripada limpahan pembangunan di Bukit Gambir,” katanya kepada Sinar Harian, di sini, semalam.
ReplyDeleteBeliau yang juga Ahli Parlimen Ledang berkata, projek yang dibina pada tahun lalu itu akan menjadi laluan alternatif buat pengguna lebuh raya kerana Plaza Tol Tangkak dan Plaza Tol Pagoh kian sesak, sejak kebelakangan ini.
ReplyDeletePerang bendera itu normal bila dah nak PRU... Ganjil pula kan kalau tiba-tiba takda bendera. haha
ReplyDeleteSaya tak sabar mahu mengundi tapi makin ditunggu terasa makin lama pula PRU. huhu.
ReplyDeletePernahkah kita terfikir apa akan jadi dengan negara in case kerajaan sedia ada kalah???
ReplyDeleteSaya tak kisah siapa yang akan menang nanti tapi sejujurnya saya risau jika yang menang itu tidak mampu mengekalkan keharmonian negara. Walaupun rakyat tak sekaya mana namun saya bersyukur hidup di bumi Malaysia.
ReplyDeletejangan lupa Laporan The Economist Intelligence Unit meramalkan bahawa BN akan menang besar pada PRU13 ini..
ReplyDeleteEconomist Intelligence Unit (EIU), sebahagian daripada majalah terkenal berpangkalan di London, The Economist, meramalkan Barisan Nasional (BN) akan memenangi pilihan raya umum ke-13 (PRU-13) berdasarkan kepada rekod pencapaiannya yang baik, agenda pembaharuan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak serta kepimpinan ekonomi beliau yang berjaya.
jangan lupa Laporan The Economist Intelligence Unit meramalkan bahawa BN akan menang besar pada PRU13 ini..
ReplyDeleteBagi pemerhati antarabangsa, keputusan pilihan raya akan datang sudah jelas, bahawa BN akan menang, kata EIU. Ia berkata pembangkang Pakatan Rakyat telah membuat 'janji lumayan' untuk mendapatkan kuasa, dan ini merupakan penghalang yang besar.
jangan lupa Laporan The Economist Intelligence Unit meramalkan bahawa BN akan menang besar pada PRU13 ini..
ReplyDeleteBerdasarkan semua ini, Pakatan Rakyat berada jauh ketinggalan, menyebabkan EIU meramalkan BN akan menjadi 'pemenang'. EIU, pemikir yang menyediakan analisis risiko, industri dan negara berkala, berkata 'adalah jelas tidak sesuai' bagi Pakatan untuk melaksanakan semua janji kempennya.
jangan lupa Laporan The Economist Intelligence Unit meramalkan bahawa BN akan menang besar pada PRU13 ini..
ReplyDelete"Sebagai contoh, menyediakan pendidikan menengah percuma akan menyebabkan kerajaan berbelanja RM43 bilion, dengan memansuhkan duti kereta akan mengurangkan perolehan cukai sebanyak RM4.6 bilion setahun," katanya.
jangan lupa Laporan The Economist Intelligence Unit meramalkan bahawa BN akan menang besar pada PRU13 ini..
ReplyDeleteMenurut EIU, Pakatan Rakyat telah memungkiri banyak janjinya sebelum ini, termasuk bantuan kewangan bagi pendidikan pra-sekolah, penuntut universiti, warga emas dan orang kelainan upaya; penjagaan kesihatan percuma bagi mereka yang berumur lebih 65 tahun; cukai hartanah yang lebih rendah dan bantuan untuk pembeli rumah.
jangan lupa Laporan The Economist Intelligence Unit meramalkan bahawa BN akan menang besar pada PRU13 ini..
ReplyDeleteBagi semua perkara ini, populisme Pakatan kekal tidak mempunyai hasil yang praktikal. Di Selangor, misalnya, BN mendakwa bahawa Pakatan Rakyat melaksanakan hanya 15 peratus daripada 31 janji pilihan raya, bernilai RM2.4 bilion yang dibuat dalam manifesto pada 2008. "Menteri Besar Selangor (Tan Sri Abdul) Khalid Ibrahim mengulas bahawa manifesto bukan janji tetapi mengakui bahawa pengundi mungkin berfikir sebaliknya," kata EIU.
jangan lupa Laporan The Economist Intelligence Unit meramalkan bahawa BN akan menang besar pada PRU13 ini..
ReplyDeleteBandingkannya dengan rekod kejayaan BN dalam memenuhi janji-janjinya, dan anda mempunyai perbezaan yang jelas dalam pendekatan. Sebagai contoh, Najib telah menjanjikan Pulau Pinang dengan 20,000 rumah mampu milik dan monorel untuk mengurangkan kesesakan lalu lintas, dan jika BN berkuasa di negeri itu, pengundi boleh yakin rancangan ini akan dilaksanakan.
jangan lupa Laporan The Economist Intelligence Unit meramalkan bahawa BN akan menang besar pada PRU13 ini..
ReplyDeleteSatu lagi sebab utama kelebihan bagi parti pemerintah ialah pertumbuhan 5.2 peratus yang negara ini nikmati di bawah kepimpinan Najib, bersama-sama dengan peningkatan dalam pelaburan domestik dan asing.
jangan lupa Laporan The Economist Intelligence Unit meramalkan bahawa BN akan menang besar pada PRU13 ini..
ReplyDeleteDan selain itu, pendapatan per kapita mencecah US$9,700 daripada US$7,500 pada tahun 2010. EIU bersetuju dengan trajektori menaik: "Berikutan pengembangan anggaran daripada 5.2 peratus pada tahun 2012, kami menjangka KDNK berkembang pada kadar yang sama semasa tempoh ramalan 2013-17."
jangan lupa Laporan The Economist Intelligence Unit meramalkan bahawa BN akan menang besar pada PRU13 ini..
ReplyDeleteAngka pertumbuhan yang diumumkan semalam oleh Jabatan Perangkaan menunjukkan bahawa ekonomi berkembang kepada 6.4 peratus pertumbuhan pada suku terakhir 2012 dan menyokong pertumbuhan tahun penuh untuk berkembang sebanyak 5.6 peratus daripada 5.1 peratus tahun sebelumnya.
jangan lupa Laporan The Economist Intelligence Unit meramalkan bahawa BN akan menang besar pada PRU13 ini..
ReplyDeleteBerlatarbelakangkan keadaan sedemikian, EIU berkata: "Jelas bahawa adalah sukar untuk Pakatan yang kini cuba membariskan satu pembangkang yang bersatu antara pemimpinnya yang sering bertengkar sejurus sebelum PRU-13".
BUBAR 22 APRIL: GAPS SIFATKAN BUKTI PENTADBIRAN PR GAGAL
ReplyDeletePengumuman Menteri Besar Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim akan membubarkan Dewan Undangan Negeri (Dun) Selangor pada 22 April ini membuktikan kegagalan Pakatan Rakyat (PR) mentadbir Negeri tersebut dengan baik.
BUBAR 22 APRIL: GAPS SIFATKAN BUKTI PENTADBIRAN PR GAGAL
ReplyDeletePresiden Gagasan Anti Penyelewengan Selangor (GAPS), Hamidzun Khairuddin berkata, keputusan Kerajaan Negeri itu sekadar 'latihan akademik' semata-mata setelah berdepan dengan pelbagai reaksi rakyat yang kian muak dengan kepimpinan PR.
BUBAR 22 APRIL: GAPS SIFATKAN BUKTI PENTADBIRAN PR GAGAL
ReplyDelete"Samada cepat atau lambat lagi pembubaran Dun Selangor, GAPS yakin ianya sekadar latihan akademik semata-mata. Selama 4 tahun 11 bulan regim pakatan PKR, DAP dan PAS memerintah Selangor, rakyat sudah semakin muak dan loya dengan kegagalan demi kegagalan Kerajaan Negeri," katanya dalam satu kenyataan yang dikeluarkan hari ini.
BUBAR 22 APRIL: GAPS SIFATKAN BUKTI PENTADBIRAN PR GAGAL
ReplyDeleteBeliau merujuk keputusan Kerajaan Negeri Selangor yang akan membubarkan Dun Selangor pada 22 April ini jika Perdana Menteri enggan berbuat demikian dalam tempoh terdekat. Dalam pada itu, Hamidzun turut mempersoalkan tindakan Kerajaan Negeri yang meletakkan harga rumah mampu milik dengan jumlah yang agak tinggi walaupun pembinaan dilaksanakan di kawasan penduduk luar bandar.
BUBAR 22 APRIL: GAPS SIFATKAN BUKTI PENTADBIRAN PR GAGAL
ReplyDeleteTegasnya, Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS) sewajarnya bertindak membantu rakyat Selangor memiliki rumah dengan menawarkan harga yang lebih berpatutan. "Apabila Menteri Besar menyebut akan membina rumah mampu milik di Sabak Bernam dengan harga RM100,000, rakyat berasa pelik kenapa nak bina rumah mampu milik di luar bandar macam Sabak Bernam pun harganya sangat tinggi?
BUBAR 22 APRIL: GAPS SIFATKAN BUKTI PENTADBIRAN PR GAGAL
ReplyDelete"Untuk rekod di zaman BN sebelum ini rumah, harga murah dijual pada harga RM42,000. Tetapi malang PKR, DAP dan PAS buat rumah murah pada harga 130% lebih mahal dari zaman BN, walaupun di luar bandar," ujarnya. Projek tersebut yang bakal dibina di Ladang Air Manis Panchang Bedena itu melibatkan kos pembangunan kasar kira-kira RM85 juta.
ramai ahli UMNO dah sedia menghadapi PRU.
ReplyDeleteBarisan Nasional will be able to recapture nine parliamentary seats that it narrowly lost in the 2008 general election, paving the way for it to win two-thirds majority in the 13th General Election. Political analysts have opined that the various initiatives implemented by the government have increased public support for the ruling coalition, and if coupled with the correct strategies and suitable candidates, all the nine seats could be won back.
ReplyDelete
ReplyDeleteThe nine seats are Padang Terap, which BN lost by 369 votes, Sik (481), Ketereh (400), Balik Pulau (708), Kuala Selangor (862), Kuala Langat (989), Bakri (812), Indera Mahkota (1,027) and Wangsa Maju (150).All these seats were won by BN in 2004 with majority votes of more than 2,000.
ReplyDeleteAt present, BN has 137 parliamentary seats and needs 11 more seats to make 148 in order to win the election with a two-thirds majority. To achieve this, BN needed to give more attention to these seats, besides retaining the seats it won in 2008, said Assoc Prof Dr Sivamurugan Pandian of Universiti Sains Malaysia.
ReplyDeleteHe said what was crucial was how much work had been done by BN in these nine areas since the last election in 2008 as the constituents would be the ones judging BN's performance.
ReplyDelete"Their decision will also be influenced by the suitability of candidates fielded." Another political analyst, Prof Datuk Dr Zainal Abidin Borhan, of Universiti Malaya said candidates were the most important factor in wresting back these seats.
ReplyDeleteHe believed that the contest for seats would be more intense this time."I observe that BN has done a lot of good work, but now it all depends on the candidates."
Prof Datuk Dr Zainal Kling, who holds the Tun Abdul Ghafar Baba Chair at Universiti Pendidikan Sultan Idris, is confident that with the various efforts undertaken by the government and increasing public support, BN could win back the nine seats.However, he believed that the opposition would fight hard to retain those seats, what more if they were located in states they controlled.
ReplyDelete