Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) hari ini mperjelaskan bahawa tarikh sebenar pembubaran Dewan Rakyat secara automatik ialah pada 30 April dan bukan 28 April seperti yang banyak dilaporkan sebelum ini.
Pengerusinya Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof berkata ini berikutan tarikh 28 April itu jatuh pada hari Ahad.
Beliau berkata tempoh matang dibawa ke hari Isnin, 29 April dan Dewan Rakyat akan terbubar secara automatik pada tengah malam hari itu bagi membolehkan Pilihan Raya Umum (PRU) ke-13 diadakan sekiranya tidak dibubarkan lebih awal.
"Perubahan tarikh itu adalah berdasarkan peraturan yang ditetapkan SPR dan disahkan oleh bahagian undang-undang suruhanjaya ini," katanya ketika dihubungi Bernama hari ini.
"Ini adalah pengiraan yang dibuat oleh bahagian undang-undang SPR di mana ada tarikh-tarikh cuti yang tidak boleh dikira," katanya.
Sebelum ini, banyak pihak membuat andaian bahawa Dewan Rakyat sepatutnya terbubar sendiri pada 9 Mac lepas berikutan PRU ke-12 diadakan pada 8 Mac 2008.
Bagaimanapun, tarikh cukup tempoh satu penggal atau lima tahun pilihan raya umum dikira berdasarkan tarikh hari pertama Dewan Rakyat bersidang selepas pilihan raya umum diadakan, bukan berdasarkan tarikh pilihan raya berlangsung.
Dewan Rakyat bersidang buat kali pertama pada 28 April 2008, iaitu 51 hari selepas tarikh PRU ke-12. - Bernama
Thursday, March 28, 2013
Tarikh akhir pembubaran Parlimen 30 April
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Malaysia dipimpin oleh segelintir yang hanya bertindak demi rakyat apabila tiba musim pilihanraya sahaja. Kenapa ye? Hanya pada masa sebegini sahaja baru nampak semua pemimpin dari kerajaan BN bertungkus lumus cuba memenangi hati rakyat. Tiba-tiba duit turun mencurah ditaburkan kepada rakyat. Adakah ini penyelesaian mutlak dalam membantu rakyat? Kenapa tidak dilakukan semasa hari pertama menjawat jawatan tertinggi negara? Musykil, apa yang susah sangat nak dibubarkan parlimen tanpa menunggu saat-saat akhir pemerintahan? Kalau berucap seolah-olah esok akan diadakan pilihanraya! Dengan penuh keyakinan yang rakyat akan terus bersama dengan kerajaan sekarang! Apa lagi! Bubarkanlah! Adakah anda yang belum sedia atau rakyat yang selalu dikatakan tidak bersedia? Selembab-lembab Pak Lah, tapi beliau mempunyai keberanian untuk bertindak. Benarlah kata bidalan - Berani Kerana Benar, Takut Kerana Salah!
ReplyDeleteDi era Najib juga skandal rasuah Pusat Fidlot Nasional (NFC) bernilai RM250 juta berbangkit. Datuk Seri Dr Khir Toyo didapati bersalah kerana rasuah beberapa tahun yang lepas, manakala dakwaan rasuah sebanyak RM 40 juta Umno Sabah melibatkan ketua menterinya Datuk Seri Musa Aman dan taikun balak, Michael Chia, juga berlaku di era Najib. Skandal paling besar yang sedang meletup melibatkan Ketua Menteri Sarawak Tan Sri Taib Mahmud mengenai penglibatan keluarga beliau dalam aktiviti penyelewengan mereka tersebar luas ketika ini.
ReplyDeleteini menjadi bukti betapa PM gagal mentransformasikan kerajaan menjadi kerajaan yang bersih, amanah dan adil. Ketika rakyat dibuaikan dengan pelbagai inisiatif dan insentif, rakyat pula tidak lupa bagaimana lemahnya PM memerangi rasuah dan penyelewengan di zamannya. Negara menjadi hampir lingkup oleh sikap ketamakan segelintir pemimpin negara membolot harta negara. Cukuplah mandat yang sebegini lama untuk Najib, menandakan berakhirnya era BN memerintah negara ini.
ReplyDelete