Wednesday, March 27, 2013

VIDEO : Tun Daim Takut Kekayaan Dirampas Jika PR Menang

Tun Daim Zainuddin didakwa takut dengan kemungkinan Pakatan Rakyat akan mentadbir Putrajaya selepas pilihanraya ke-`13 kerana bekas Menteri Kewangan itu adalah antara kroni terbesar Umno yang akan hilang kekayaan yang mereka.

Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata Daim telah menyalahgunakan kuasanya sebagai menteri apabila mengaut keuntungan dan kekayaan saham Bumiputera bernilai ratusan juta ringgit untuk diagihkan kepada kroni dan keluarganya.

Anwar mendakwa, beliau mempunyai rekod yang membuktikan salah guna kuasa Daim semasa memegang jawatan sebagai Menteri Kewangan dari tahun 1984 hingga 1991.

“Tun Daim itu bimbang dengan kekayaan yang diambil secara haram daripada negara. Apa yang saya tidak setuju ialah ekonomi negara itu digunakan untuk memperkayakan keluarga dan kroni.

“Tun Daim sendiri tahu ratusan juta wang Bumiputera miskin diagihkan kepada kroni beliau.

“Saya tahu dan faham rekod yang ada kerana saya menggantikan tempatnya sebagai Menteri Kewangan selepas itu,” katanya dalam satu sesi temuramah bersama Radio Free Malaysia (RFM) malam tadi.

Dalam wawancara dengan akhbar pro-Umno New Sunday Times, Daim berkata Anwar bukan calon yang tepat untuk menjadi Perdana Menteri.

Daim mendakwa Anwar akan mengucar-kacirkan negara dengan memimpin dengan nasihat Tabung Kewangan Antarabangsa (IMF) dan Bank Dunia.

Beliau turut mendakwa, tiada suatu idea signifikan datang daripada Anwar selaku Penasihat Ekonomi Kerajaan Selangor.

Anwar menegaskan, semasa beliau dilantik sebagai Menteri Kewangan, ekonomi negara membangun pesat antara 9 hingga 10 peratus setahun di samping hutang dan defisit negara dikurangkan.

Anwar berkata beliau yakin ekonomi negara akan bertambah lebih baik sekiranya Pakatan Rakyat (PR) diberi mandat untuk memerintah dalam Pilihan Raya Umum (PRU) akan datang.

“Soal ekonomi negara saya yakin ia dapat ditambah baik seperti yang dilakukan Kerajaan PR di Selangor dan Pulau Pinang yang jauh lebih baik pengurusannya.

“Jadi bagaimana kita katakan pengurusan ekonomi PR itu lemah berbanding Umno-BN sebelum ini?” soalnya.

73 comments:
Write comments
  1. Takut ke daim.... beritahu rakyat hal sebenar...

    ReplyDelete
  2. Mahkamah telah memutuskan Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai seorang tokoh politik yang korup apabila didapati bersalah menyalahgunakan kuasanya sebagai Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Kewangan untuk melindungi hubungan seks dan aktiviti liwat.

    ReplyDelete
  3. Pengamal undang-undang, Mohd Khairul Azam Abdul Aziz berkata dalam kes salah guna kuasa itu Anwar telah tewas di mahkamah untuk semua peringkat iaitu di Mahkamah Tinggi, Mahkamah Rayuan dan Mahkamah Persekutuan.

    ReplyDelete
  4. Anwar tidak sedar diri sedangkan diri sendiri lagi teruk.

    ReplyDelete
  5. Khairul Azam juga menjelaskan satu persatu berkenaan dua kes di mahkamah yang membabitkan Anwar pada tahun 1998, iaitu kes salah guna kuasa dan kes liwat.

    ReplyDelete
  6. Kes pertama (Salah guna kuasa) mula dibicarakan pada 2 November 1998 di hadapan Hakim Mahkamah Tinggi, Datuk S. Augustine Paul. Pada 14 April 1999, mahkamah memutuskan Anwar bersalah dan dijatuhi hukuman 6 tahun penjara.

    ReplyDelete
  7. Kes kedua (liwat I) mula dibicarakan pada 7 Jun 1999 di hadapan Hakim Mahkamah Tinggi, Datuk Ariffin Jaka. Anwar dituduh bersama adik angkatnya, Sukma Darmawan bersubahat melakukan persetubuhan di luar tabii terhadap Azizan Abu Bakar di unit No. 10-7-2, di Tivoli Villa, Jalan Medang Tanduk, Bangsar di sini pada satu malam, pukul 7.45, antara Januari hingga Mac 1993.

    ReplyDelete
  8. Pada 8 Ogos 2000, Mahkamah Tinggi menjatuhkan hukuman bersalah ke atas Anwar dengan penjara sembilan tahun dan adik angkatnya pula dijatuhi hukuman penjara enam tahun dan empat kali sebatan.

    ReplyDelete
  9. Dalam kes salah guna kuasa, Anwar gagal di semua peringkat, termasuk di Mahkamah Persekutuan pada September 2004.

    ReplyDelete
  10. Ahli Parlimen Kota Belud, Abdul Rahman Dahlan mempersoalkan apakah jasa Datuk Seri Anwar Ibrahim kepada agama, bangsa dan negara sepanjang lebih 17 tahun Ketua Umum PKR itu menerajui Umno Barisan Nasional (BN).

    ReplyDelete
  11. Rahman berkata Anwar yang kini menjadi ketua pembangkang lantang mengkritik segala dasar yang dikemukakan kerajaan persekutuan, tetapi Ahli Parlimen Permatang Pauh itu terlupa bahawa banyak perkara yang tidak pernah beliau lakukan ketika memiliki kuasa pentadbiran sebelum ini.

    ReplyDelete
  12. "Amat senang untuk mengkritik apabila kita tidak mempunyai kuasa, nak buat itu, nak buat ini, kritik itu, kritik ini, tetapi dia pegang kuasa dulu, kita boleh tengok apa yang beliau buat untuk orang Melayu dan juga negara.

    ReplyDelete
  13. "Kita kena ingat 1997, 1998 (semasa Anwar di dalam BN), beliau hampir memufliskan negara kita ini, ini kita tidak boleh lupakan, ini dasar dia dan cara dia (Anwar) mengaturkan ekonomi negara pada waktu itu," katanya.

    ReplyDelete
  14. Beliau berkata demikian mengulas kenyataan Anwar bahawa Pakatan Rakyat berjaya memainkan peranan pembangkang yang baik sepanjang tempoh lima tahun ini.

    ReplyDelete
  15. Rahman juga berkata Anwar sepatutnya melihat keperibadiannya terlebih dahulu sebelum menuding jari kepada pemimpin Umno BN, yang padanya sarat dengan masalah kewibawaan.

    ReplyDelete
  16. "Orang sudah tahu sangat perangai Datuk Seri Anwar, saya ingat orang Melayu cukup faham Datuk Seri Anwar ini.

    ReplyDelete
  17. "Ingat ya, kita kena ingat sejarah Datuk Seri Anwar ini, beliau bukanlah seorang pemimpin yang naik seperti biasa, kita angkat dia dalam UMNO, kita angkat dia seperti helikopter, daripada ahli biasa terus jadi ketua pemuda, kemudian jadi menteri kewangan, kemudian Timbalan Perdana Menteri, bukan sahaja beliau berada di dalam UMNO selama 18 tahun tetapi memegang jawatan-jawatan penting," katanya kepada AntaraPos ketika dihubungi tadi.

    ReplyDelete
  18. Rahman berkata Anwar dan pemimpin Pakatan Rakyat seringkali mengkritik kerajaan persekutuan biarpun segala dasar yang diumumkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak adalah untuk kepentingan rakyat marhaen.

    ReplyDelete
  19. "Jadi kalau dia hendak mendesak kerajaan menjadi kerajaan yang bertaraf dunia, demokrasi dan keterbukaan dan bermain secara padang yang sama rata.

    ReplyDelete
  20. "Yang saya kecewa sangat inilah, inilah tahap kemampuan Perdana Menteri Pakatan Rakyat (Anwar). Kalau begini caranya Pakatan Rakyat berfikir, saya yakin negara ini akan bankrap, dia marah...tetapi cuba kita tengok saya ingat kalau dia katakan pendidikan percuma, itu boleh dibuat tetapi kosnya apa ?

    ReplyDelete
  21. Hakikatnya, Pakatan Rakyat yang berjaya menawan Selangor - sebuah negeri yang terkaya dalam negara - juga gagal melaksanakan segala janji manifesto yang dibuatnya sebelum Pilihan Raya Umum ke-12 (PRU12) pada 2008.

    ReplyDelete
  22. daim; lepas GE13 kami akan buka fail kau satu persatu...

    ReplyDelete
  23. Filling his new Cabinet with young blood will help strengthen support for Datuk Seri Najib Razak, Tun Dr Mahathir Mohamad said today, backing Tun Daim Zainuddin’s view that the prime minister’s administration was saddled with political “deadwood”.

    ReplyDelete
  24. Influential former finance minister Daim was quoted by the New Sunday Times as saying that although Najib was doing a “fairly good job”, the country’s sixth PM was carrying “too many deadwoods”, necessitating he reorganize his administrators and drop non-performers.

    ReplyDelete
  25. Influential former finance minister Daim was quoted by the New Sunday Times as saying that although Najib was doing a “fairly good job”, the country’s sixth PM was carrying “too many deadwoods”, necessitating he reorganize his administrators and drop non-performers.

    ReplyDelete
  26. “Najib should reshuffle the Cabinet. Bring new faces. People think he is carrying too much deadwood in the Cabinet.

    ReplyDelete
  27. “Most are already past their use-by date,” he said.

    ReplyDelete
  28. “I agree entirely. Lots of deadwood should be chopped down and thrown away and new trees grown,” he told reporters after launching a corporate event here.

    ReplyDelete
  29. KEHADIRAN WARGA ASING KE SABAH PENGKHIANATAN ANWAR

    Adakah ini permulaan rancangan Anwar Ibrahim untuk melancarkan revolusi ala Arab-Spring sekiranya pakatan tewas pada PRU 13 nanti?


    Keselamatan Negara tergugat apabila kehadiran warga asing yang bersenjata dan belum dikenalpasti identiti dan motif sebenar kehadiran mereka di Lahad Datu, Sabah. Negeri Sabah pernah dikejutkan dengan rompakan bank oleh 15 orang lanun di Lahad Datu, Sabah pada 25 September 1995. Insiden ini telah menyebabkan 6 kematian.

    ReplyDelete
  30. KEHADIRAN WARGA ASING KE SABAH PENGKHIANATAN ANWAR

    Adakah ini permulaan rancangan Anwar Ibrahim untuk melancarkan revolusi ala Arab-Spring sekiranya pakatan tewas pada PRU 13 nanti?


    Sebelum ini, kehadiran kumpulan bersenjata warga asing mempunyai motif yang jelas iaitu dengan tujuan mendapatkan sumber kewangan dengan cara kekerasan.

    Kehadiran kumpulan berpakaian tentera bersenjata masuk ke Lahad Datu tidak diketahui sebarang motif yang jelas. Daripada maklumat yang boleh dipercayai, kumpulan ini merupakan anggota MNLF pada suatu ketika dulu di bawah pimpinan Nur Misuari.

    ReplyDelete
  31. KEHADIRAN WARGA ASING KE SABAH PENGKHIANATAN ANWAR

    Adakah ini permulaan rancangan Anwar Ibrahim untuk melancarkan revolusi ala Arab-Spring sekiranya pakatan tewas pada PRU 13 nanti?


    Mereka diperalatkan oleh elemen luar dan hal ini tidak boleh dinafikan. Hubungan rapat di antara Anwar dengan Nur Misuari memang telah lama wujud dan diketahui umum.

    "Jika Datuk Seri Najib tak sanggup memujuk MNLF dan MILF, kita hanya ada satu jalan iaitu mengutus Datuk Seri Anwar Ibrahim kerana Nur Misuari adalah sahabat kamcing Datuk Seri Anwar Ibrahim"-(Blog Kesultanan Sulu bertajuk “Perhimpunan MNLF: Bolehkah MNLF dan MILF berkongsi kuasa”)

    ReplyDelete
  32. KEHADIRAN WARGA ASING KE SABAH PENGKHIANATAN ANWAR

    Adakah ini permulaan rancangan Anwar Ibrahim untuk melancarkan revolusi ala Arab-Spring sekiranya pakatan tewas pada PRU 13 nanti?


    Ketika Nur Misuari memimpin MNLF dan berjaya dilantik sebagai Gabenor di Mindanao, Anwar Ibrahim adalah TPM dan berkawan rapat dengan Joseph Estrada.

    "Saya menentang Kerajaan Malaysia campur tangan dalam hal ehwal Negara Filipina" (Joseph Estrada, Blog Kesultanan Sulu).

    ReplyDelete
  33. KEHADIRAN WARGA ASING KE SABAH PENGKHIANATAN ANWAR

    Adakah ini permulaan rancangan Anwar Ibrahim untuk melancarkan revolusi ala Arab-Spring sekiranya pakatan tewas pada PRU 13 nanti?


    Hubungan lama ketiga-tiga mereka digunakan semula untuk merosakkan keamanan di Selatan Filipina setelah kejayaan Rundingan Damai MILF-Manila.

    Dalam suasana Malaysia akan mengadakan pilihan raya dalam masa yang terdekat, pada 4 bulan yang lepas, Anwar telah berjumpa dengan Nur Misuari. Anwar telah meminta bantuan Nur Misuari supaya membuat sesuatu “crime” dan yang terkini menghantar kumpulan Suluk berpakaian tentera ke Lahad Datu.

    ReplyDelete
  34. Kalau bukan kerana projek IC BN, pendatang filipina tidak berani angkat senjata di sabah. tetapi mereka sedar bangsa mereka di sabah hampir mencecah 1 juta orang jadi mereka tidak akan takut malah mereka jangka dengan jumlah yang begitu ramai, mudah untuk mereka tawan sabah sekiranya bangsa mereka membelot.

    siapa yang sebenarnya pengkhinat negara? ''UMNO/BN''

    ingat org sabah bodoh kah? ini kali laaa

    ReplyDelete
  35. Macam juga musa aman + kroninya

    ReplyDelete
  36. KEHADIRAN WARGA ASING KE SABAH PENGKHIANATAN ANWAR

    Adakah ini permulaan rancangan Anwar Ibrahim untuk melancarkan revolusi ala Arab-Spring sekiranya pakatan tewas pada PRU 13 nanti?


    Situasi ini adalah cara-cara Anwar menarik sokongan dan menghuru-harakan negara. Dengan nasehat Anwar dan dengan bantuan Misuari, mereka mencuba menghuru-harakan keadaan.

    Dalam tempoh yang sama juga, DS Najib membuat lawatan dua hari ke Sabah. Pendaratan kumpulan bersenjata dalam tempoh yang sama dengan lawatan DS Najib ke Sabah mempunyai niat untuk mengalihkan fokus rakyat dan seterusnya menghuru-harakan keamanan Malaysia khususnya di Sabah.

    ReplyDelete
  37. KEHADIRAN WARGA ASING KE SABAH PENGKHIANATAN ANWAR

    Adakah ini permulaan rancangan Anwar Ibrahim untuk melancarkan revolusi ala Arab-Spring sekiranya pakatan tewas pada PRU 13 nanti?


    Hari ini, negara Malaysia menjadi tumpuan seluruh dunia. Singapura menuduh keamanan di Malaysia tergugat. Agen-agen Yahudi pernah memasuki Sabah melalui Selatan Filipina. Manakala Anwar diketahui umum digunakan oleh agen-agen Israel seperti IRI, NED dan NDI untuk memporak-perandakan keamanan negara-negara Islam, demi kuasa (Anwar perlukan kuasa iaitu menjadi PM).
    Anwar menasihati Nur Misuari supaya menghantar kumpulan tentera ke Lahad Datu, supaya wujud suasana “ketakutan keselamatan”. Tujuan utama supaya berlaku tembak-menembak dan kematian di pihak kumpulan tentera Suluk dan Anwar akan mengambil kesempatan.

    ReplyDelete
  38. KEHADIRAN WARGA ASING KE SABAH PENGKHIANATAN ANWAR

    Adakah ini permulaan rancangan Anwar Ibrahim untuk melancarkan revolusi ala Arab-Spring sekiranya pakatan tewas pada PRU 13 nanti?


    Seperti sebelum ini, Anwar sanggup melakukan apa sahaja untuk mencapai cita-cita politiknya walaupun sanggup menggadai keselamatan dan kedaulatan negara.

    Elemen luar ini telah diketahui mempunyai kaitan dengan ketua pembangkang, Anwar Ibrahim. Ini dapat dikaitkan dengan hubungan Nur Misuari – Anwar yang telah berlangsung lama ketika Anwar sebagai TPM dan Nur Misuari sebagai Ketua MNLF. (Suara Keadilan dalam akhbar mereka mengaitkan hubungan intim antara Anwar dan Misuari)

    ReplyDelete
  39. Prime Minister Datuk Seri Najib Tun Razak is ready to take the country forward after overcoming challenges and trying times, said former finance minister Tun Daim Zainuddin.

    ReplyDelete
  40. He said since 1976, Najib (then UMNO Youth executive council member) had shown his ability in riding political waves to hone his talent and expertise, and took advantage of his seniority, experience and better networks over his contemporaries and senior UMNO members.

    ReplyDelete
  41. “If you differentiate the characteristics of the two leaders, Anwar (opposition leader Datuk Seri Anwar Ibrahim) and Najib, you will be inclined to give higher marks to Najib, who in my view, has benefited a lot as a son of Tun Razak.

    ReplyDelete
  42. “He had been in UMNO Youth for several years before Anwar joined the party.

    ReplyDelete
  43. “He is familiar with personalities and issues arising and proven to have a very sharp mind in closed-door meetings. He is very confident and able to face the public,” he said

    ReplyDelete
  44. Expressing his optimism on the political environment this year, he said the political reforms adopted by the government seemed to be effective, especially with the abolition of the Internal Security Act (ISA).

    ReplyDelete
  45. “The government has taken several initiatives and actions clamoured by Pakatan Rakyat such as abolishing the ISA. I think the Peaceful Assembly Act is a major catalyst for change.

    ReplyDelete
  46. “At first, it triggered a barrage of criticism, but the decision to allow Anwar’s supporters to gather outside the court on Jan 2 in the spirit of the new Act, which had yet to be gazetted, had silenced critics,” said Daim.

    ReplyDelete
  47. Daim, who was also UMNO treasurer for 17 years, said the most important issue at hand was whether the Barisan Nasional (BN) was ready to move forward with Najib.

    ReplyDelete
  48. On the 13th general election, Daim said he believed the BN had the advantage over the opposition to perform very well after the debacle in the last general election.

    ReplyDelete
  49. He likened the next general election to a keenly contested tennis match with the BN having the edge over the opposition.

    ReplyDelete
  50. On disparaging remarks made by Anwar against the government abroad, Daim said it was not something new as Anwar had done it since former prime minister Tun Dr Mahathir Mohamad’s administration.

    ReplyDelete
  51. “On the one hand, Najib-Anwar does not evoke a situation similar to many Mahathir-Anwar episodes. This is partly due to Najib ignoring the onslaughts by not expressing strong sentiments against Anwar,” he said.

    ReplyDelete
  52. Daim said there might be lobbyists travelling abroad perpetrating Najib-Anwar news slant to prevent the news development from dying out.

    ReplyDelete
  53. Dalam UMNGOK ada 3 kategori:

    1, mamang bodoh
    2, suka diperbodoh
    4. bodoh sombong

    Hidup di Sabah kat mana ekk???

    ReplyDelete
  54. 'Datuk Seri Anwar Ibrahim tidak harus diberi terlalu banyak ruang berita kerana itulah apa yang beliau suka, sebaliknya usah hiraukannya kerana beliau tidak suka apabila tidak dipedulikan, kata bekas Menteri Kewangan Tun Daim Zainuddin.'
    Berita apa yg dia dpt, yg kamu nak jeles sgt?? Dlm 15 thn ini, hanya berita negatif & fitnah yg dia dpt dlm media perdana. Itu pun kamu nak kecoh ker? Daim, berubahlah jadi baik! Jgn nak ditunjukkan sikap negatif memanjang. Apa kamu rasa, klau org ramai mendo'akan kamu pendek umur, dek krn kelancangan mulut kamu? Kamu nak ker??....

    ReplyDelete
  55. Sepatutnya Daimlah yg harus diam.." Daim yg Diam ini muncul lagi.. Ini semua kerana Takut Umno kalah dgn Pakatan yg dipimpin oleh Anwar.. Daim ini jugalah perompak wang negara semasa menjadi menteri kewangan di zaman Mahathir dulu. Daim walaupun diam tapi kaya dan kekayaannya tidak disiasat kerana pengaruh Mahathir yg kuat.. Mereka bersama sama mencipta kekayaan dan merosakkan negara.. Daim mempunyai banyak kekayaan di luar negara. Kalau nak tahu kebenaran ini, pastikan Pakatan menang di PRU13 nanti.. barulah dapat diadakan siasatan dan seterusnya mengheret mereka2 ini ke muka penggadilan yg mana sangat2 ditakuti oleh mereka.

    ReplyDelete
  56. Dah jadi trend.. veteran UMNO diberi peluang utk memberi pandangan.. dan seperti biasa pandangan mereka dangkal dan terpenjara dlm minda era mereka... aku heran.. disaat bangsa melayu dan rakyat malaysia bergerak dan melakukan penghijrahan minda.. mereka masih bercerita seperti diera 80 dan 90an...dimana pandangan mereka diangkat sebagai doktrin yg diserapkan dipemikiran rakyat..

    ReplyDelete
  57. dia risau sykt spenco milik dia tutup jike Pakatan menang nanti sbb takde lg kenderaan2 kerajaan dihantar servis ke spenco dan tak dpt sewe kete rasmi utk peg2 tinggi jabatan! hehehehe

    ReplyDelete
  58. Malaysia dipimpin oleh segelintir yang hanya bertindak demi rakyat apabila tiba musim pilihanraya sahaja. Kenapa ye? Hanya pada masa sebegini sahaja baru nampak semua pemimpin dari kerajaan BN bertungkus lumus cuba memenangi hati rakyat. Tiba-tiba duit turun mencurah ditaburkan kepada rakyat. Adakah ini penyelesaian mutlak dalam membantu rakyat? Kenapa tidak dilakukan semasa hari pertama menjawat jawatan tertinggi negara? Musykil, apa yang susah sangat nak dibubarkan parlimen tanpa menunggu saat-saat akhir pemerintahan? Kalau berucap seolah-olah esok akan diadakan pilihanraya! Dengan penuh keyakinan yang rakyat akan terus bersama dengan kerajaan sekarang! Apa lagi! Bubarkanlah! Adakah anda yang belum sedia atau rakyat yang selalu dikatakan tidak bersedia? Selembab-lembab Pak Lah, tapi beliau mempunyai keberanian untuk bertindak. Benarlah kata bidalan - Berani Kerana Benar, Takut Kerana Salah!

    ReplyDelete
  59. Tun mahathir, daim & mereka yg bersekutu dgnnya takut bn kalah sbb segala penyelewengan mereka akan terbongkar & mereka akan dibicara & dihumban dlm penjara

    ReplyDelete
  60. Daim was quoted sayaing that PM was carring "too many deadwoods". In that case Daim's comment towards DS Anuar should not be applicable any more because his level of age with those "deadwoods" leaders really the same. Daim dipetik berkata bahawa PM membawa "terlalu banyak kayu mati". Dalam kes ini, komen Daim terhadap DS Anuar tidak boleh pakai lagi kerana peringkat umurnya dengan pemimpin "kayu mati" tersebut sebanarnya sama.

    ReplyDelete
  61. Kalau pun DS Anuar berjumpa dengan mana jua pemimpin tidaklah selayaknya semua dituduh dengan perkara yang negatif. Dr. Mahathir bukan sekali bertemu dengan Presiden Bush dan banyak lagi pemimpin yang tidak disenangi Rakyat Malaysia termasuk George Soros. Beliau juga pernah menulis surat kepada Perdana Menteri Israel dengan kata pendahuluan "Tuan Yang Terutama", seolah-olah mengiktiraf pemimpin Israel, kenapa tidak mau komen hal ini, kenapa Anuar saja.

    ReplyDelete
  62. kekayaan luar biasa Anwar pula bagaimana

    ReplyDelete
  63. In his speech, Ismail said the contributions showed the deep concern of the ministry for the sacrifices made by the security forces in ensuring that national sovereignty and security were protected.

    ReplyDelete
  64. The intrusion incident since Feb 12 had resulted in the death of 10 members of the security forces comprising eight police personnel and two military personnel.

    What used to be a hideout for armed Filipino intruders may soon be turned into a tourist spot.

    ReplyDelete

  65. Realising the tourism potential of the area around Kpg Tanduo, the District Officer here, Zulkifli Nasir, said if everything went well, tenders would be called soon to invite potential investors to develop the area.

    “The beach is beautiful,” said Zulkifli when asked about the main attraction of the area.

    ReplyDelete
  66. He believed that the security presence in the area would attract investors to build resorts there as the security of the area would be assured.

    ReplyDelete
  67. Located some 15 kilometres from here, Kpg Tanduo, where the Filipino intruders first landed and later holed up when they were spotted on Feb 12, will be permanently closed.

    ReplyDelete

  68. Most of the 15 houses, which are scattered around the area, were destroyed when security forces launched an offensive against the Sulu gunmen on March 5.

    ReplyDelete

  69. Zulkifli said villagers with valid documents would be relocated to a proposed 300-acre resettlement area at Kpg Sungai Merah, some 20km away from Kpg Tanduo.

    ReplyDelete

  70. “The new settlement would be equipped with basic facilities such as surau, kindergarten and clinic. Villagers are also assured with better security and comfort.”

    ReplyDelete
  71. He added that the proposal to tap the tourism potential of Kpg Tanduo would be further discussed with State Security Tan Sri Sukarti Wakiman on Monday before submission to Chief Minister Datuk Seri Musa Aman for approval.

    ReplyDelete
  72. “We are also proposing to erect a monument in the area to remind people of the historical event that took place there.

    ReplyDelete

  73. “The incident has served as a wakeup call and indeed opened up the government’s eyes on the importance to beef up security measures in the district,” he said when met at Kpg Tanjung Batu yesterday.

    ReplyDelete

Note: Only a member of this blog may post a comment.