Wednesday, March 27, 2013

Mengapa PR TOLAK Kerjasama Dengan SAPP dan STAR?

Selepas ini tiada lagi perbincangan akan dibuat Pakatan Rakyat bersama dengan Parti Maju Sabah (SAPP) dan Parti Reformasi Sabah (STAR).

Keputusan tegas itu dibuat Ketua Pembangkang, Anwar Ibrahim selepas mengadakan pertemuan dengan semua jentera Pakatan Rakyat iaitu PAS, DAP dan KEADILAN bersama-sama dengan dua lagi sekutu baru iaitu Angkatan Perubahan Sabah (APS) yang diketuai ahli parlimen Tuaran, Wilfred Bumburing dan Pertubuhan Pakatan Perubahan Sabah (PPPS) dipengerusikan ahli parlimen Beaufort, Lajim Ukin.

Walaupun terpaksa menerima keputusan tersebut dengan rasa 'berat hati', Anwar menjelaskan Pakatan Rakyat sudah banyak kali mengadakan pertemuan dengan mereka tetapi mereka bertegas dengan formula 'kerusi parlimen Pakatan boleh bertanding tetapi kerusi DUN biar kami yang menentang Barisan Nasional (BN)'.

Sumber dalaman memberitahu, SAPP yang ketuanya Yong Teck Lee dan STAR yang dipimpin Jeffrey Kitingan tidak mahu formula Pakatan Rakyat dilaksanakan, iaitu majoriti kerusi parlimen diperuntukkan kepada parti dalam pakatan itu manakala bagi kerusi DUN, pembahagian mengikut kekuatan parti akan digunakan untuk memilih kawasan bertanding.

Jika formula Pakatan Rakyat ini dibuat, ini bermakna SAPP dan STAR cuma mampu bertanding kira-kira 10 kerusi parlimen dan 20 kerusi DUN manakala Pakatan Rakyat akan meletakkan calon mereka di kerusi selebihnya, 15 di parlimen dan 40 di DUN.

Alasan Pakatan jelas, ia realistik sesuai dengan kekuatan jentera Pakatan Rakyat yang lebih tersusun selain dana mencukupi untuk menghadapi pilihanraya berbanding dua parti negeri itu yang kurang mendapat sambutan walaupun pada awalnya dikatakan 180,000 rakyat negeri ini sudah menyertai STAR.

Harapkan panas hingga ke petang rupanya hujan di tengah hari bagi STAR apabila sedikit demi sedikit ahli yang baru menyertai parti itu sudah keluar dan bersama Pakatan Rakyat terutamanya KEADILAN di Tenom, Sipitang dan Kudat.

Terbaru seramai 79 ahli STAR keluar di Tenom, salah satu kubu kuat mereka.

Manakala di Pensiangan, lebih 277 ahli PBS keluar dan mengisytiharkan diri mereka bersama Pakatan Rakyat dan menyertai KEADILAN.

Bagaimanapun tegas Anwar, walaupun mereka tidak bekerjasama dengan SAPP dan STAR dalam soal pembahagian kerusi, Pakatan Rakyat tidak akan menyerang mereka kerana fokus untuk menumbangkan BN kekal menjadi sasaran utama.

Kemungkinan untuk pertandingan satu-lawan-satu sudah dianggap tipis namun Pakatan Rakyat akan cuba untuk mengelak perkara tersebut semaksimum mungkin.

Tuduh-menuduh sudah tidak berguna lagi dan sekarang masanya untuk bekerja menumbangkan BN yang juga bermasalah terutamanya krisis antara ketua menteri, Musa Aman dengan Naib Presiden Umno, Shafie Apdal.

Bagaimanapun dengan perkembangan terbaru selaras dengan keputusan perdana menteri, Najib Altantuya mengarahkan supaya 10 daerah merangkumi 15 kerusi parlimen menjadi zon selamat akan menyukarkan Pakatan Rakyat untuk membuat kejutan.

Mengapa tidak, kerana Najib Altantuya akan memastikan 15 kerusi tersebut kekal di tangan BN sekaligus mengelak tsunami politik kedua dalam sejarah megeri itu setelah Parti Bersatu Sabah (PBS) melakukannya era 90-an dulu.

Peluang untuk membuat kejutam tetap ada namun tindakan licik Najib Altantuya dijangka akan menyelamatkan BN dari kehilangan Sabah kepada Pakatan Rakyat.

Tetapi Anwar optimis Pakatan Rakyat sudah diterima di negeri ini dan biarlah Najib Altantuya menipu dalam pilihanraya, yang pasti rakyat Sabah akan membuat pilihan dan BN akan tahu nasib sebenarnya nanti.

Sumber: Jalan Pulang

43 comments:
Write comments
  1. Kan dah kta..jgn dlayan si Yong dgn si Jeffrey tu. Buang msa dn dia fikir ada pngaruh le tu.

    ReplyDelete
  2. Bodohlah yong dan jefry, kedua2 pun tak jelas arah politik sekarang. Tujuan pkr jelas mahu bentuk kerajaan. Klu pkr da sapp menang tanpa pkr x boleh bentuk kerajaan juga. Nak jadi pembangkang ikutlah gabungan pembangkang. 1Sabah akan tolak sapp dan star. Sebab kalau menang nanti jadi katak susah, kalau katak nih lompat ke pkr bagus juga. Fikirlah kamu yang ahli star....


    ReplyDelete
  3. Ahli Jawatankuasa Kerja pusat parti(MIC), Mohana Muniandy, berkata manifesto pembangkang tidak memberi tumpuan kepada usaha mengekang inflasi dalam jangka panjang untuk mewujudkan masyarakat dan ekonomi yang penuh bertenaga.

    ReplyDelete
  4. “Ia juga gagal memperjelaskan mekanisme bagi mengurangkan kos sara hidup dan menjadikan kehidupan rakyat lebih selesa,” katanya.

    ReplyDelete
  5. Beliau memberi contoh cadangan menghapuskan cukai eksais kereta dengan matlamat menurunkan harga kereta sehingga RM25,000 dan bertanya bagaimana pembangkang akan melaksanakan cadangan itu.

    ReplyDelete
  6. Mohana, yang juga presiden Power Malaysia, sebuah badan bukan kerajaan yang mesra Barisan Nasional, berkata beliau berpendapat hasrat pembangkang untuk menghapuskan undang-undang yang melanggar hak demokrasi tidak akan membantu mengurangkan kadar jenayah.

    ReplyDelete
  7. The obvious outcome is the likelihood of three or even four-cornered fights in nearly all of the 60 state seats in Sabah.

    ReplyDelete
  8. This could dilute PR’s chances in Sabah, a BN stronghold that the opposition believes it can conquer in Election 2013.

    ReplyDelete
  9. Despite Bosi’s claim of unity among PR parties and its Sabah partners, SAPP’s Lee and STAR’s Jeffrey have very different perspectives of the state of matters on Sabah’s opposition front.

    ReplyDelete
  10. Yong told The Malaysian Insider that PR, APS, PPPS have yet to resolve their own internal issues and were offering mixed signals over their intention to work as a single, united opposition force against BN.

    ReplyDelete
  11. “Azmin said the door to negotiation has closed, Bumburing said they are closed but not locked, and then Anwar said he has reopened the door,” he pointed out, laughing.

    ReplyDelete
  12. Yong was referring to the differing statements issued over the past few months by PKR deputy president Azmin Ali, Bumburing, and Anwar. He said that PR had also offered SAPP to contest in eight state seats, despite the party’s request to contest a little more than half the state’s 60 seats to enable a local party to form a simple majority government in Sabah.

    ReplyDelete
  13. “People keep asking why can’t we accept PR’s formula but we grew suspicious when we demanded that PR announce its real formula but it could not do so after so long.

    “We told them that they are trying out the politics of divide and rule,” he said.

    ReplyDelete
  14. Yong was quoted saying that SAPP’s machinery will support STAR in seats where they are not contesting, in view of PR’s alleged refusal to negotiate.

    On Monday, Jeffrey told The Malaysian Insider that despite talk that STAR was not included in PR’s seat negotiation, his party was negotiating with the DAP on the sly.

    ReplyDelete
  15. He said STAR was only aiming to contest in between seven to 14 federal seats and between 23 and 37 state seats, while the remaining seats would be left to DAP.

    “In general, it appears not to be so,” he said, when pointed to reports saying that STAR was out of PR’s seat negotiation.

    ReplyDelete
  16. “In general, it appears not to be so,” he said, when pointed to reports saying that STAR was out of PR’s seat negotiation.

    “But we are talking to parties individually.... including Pakatan. For example, DAP and us, we are talking.

    “Because we feel there is synergy between us... with PKR, there is none, because they are duplicating our areas. We are also talking to SAPP,” he said.

    ReplyDelete
  17. kenapa pr tolak sapp dan star kerana anwar mahu sabah terus dikawal oleh persekutuan,sekiranya pr menang.Kita mahu berkerja bersama sama dengan pr bukan bekerja dibawah telunjuk pr,ini bererti kita masih belum merdeka sepenuhnya kerana masih dibawah kawalan orang lain.pr dan bn sama saja kalau begitu.

    ReplyDelete
  18. YANG PENTING KALAU BN BOLEH BUAT INI ATAU PR AKU AKAN KEMPEN DAN UNDI MEREKA.(1).HAPUSKAN PTPTN (2) TURUNKAN HARGA BARANG KEPERLUAN.(3)TURUNKAN HARGA MINYAK MAKAN DAN KERETA.(4)TURUNKAN HARGA KERETA .(5)JGN BERI KERAKYATAN PADA PATI (6) SEDIAKAN PEKERJAAN UNTUK LEPASAN UNIVERSITI.(7) PERBANYAKKAN PELUANG PEKERJAAN PADA ANAK MUDA TEMPATAN.(8)DALAM JABATAN KURANGKAN BIROKRASI.DAN AMAT PENTING BAGI KAKI TANGAN KERAJAAN KAJI GAJI SETIAP 5 TAHUN HARUS DI KAJI SESUAI DGN ARUS PENGHIDUPAN YANG TINGGI KECUALI YANG MEBEBANKAN RAKYAT HARUS DI TURUN KAN.ASALAMMUALAIKAUM

    ReplyDelete
  19. PR sudah lama ingin kerjasama dengan parti tempatan cuma mungkin syarat dan kondisi tidak mencapai.

    ReplyDelete
  20. Masing-masing ada agenda untuk dicapai.

    ReplyDelete
  21. Mereka tidak sehaluan.

    ReplyDelete
  22. Peperangan pepejuru akan berlaku di Sabah.

    ReplyDelete
  23. Pepecahan pembangkang cuma memberi lebih ruang untuk BN terus memenangi lebih kerusi.

    ReplyDelete
  24. Bagi Pengundi Pembangkang harap dapat fokas kepada Pakatan Rakyat supaya undi Penyokong Pembangkang tidak berpecah dan boleh mengalahkan BN dalam PRU13 nanti.

    ReplyDelete
  25. More reason why we should not vote for PR.

    ReplyDelete
  26. PKR will most likely loss in sabah without the cooperation with SAPP and star.

    ReplyDelete
  27. Seems like the opposition parties are confuse to how they going to win the election. BN/UMNO will surely win again.

    ReplyDelete
  28. Its difficult to tell which party is actually sincere.

    ReplyDelete
  29. May the best party win this coming election.

    ReplyDelete
  30. PR mmg tak boleh bekrjasama dgn parti pembangkang di Sabah

    ReplyDelete
  31. inilah masalah yang dihadapi oleh pihak pembangkang yang tidak akan bersatu antara mereka. Masing2 ada agenda tersendiri. Ini yang membezakan mereka dengan kerajaan.

    ReplyDelete
  32. Pendirian mereka tidak sama dan mereka hanya mementingkan kepentingan mereka sahaja

    ReplyDelete

  33. Escorted by about 70 heavily armed police commandos and soldiers, media personnel and villagers travelled in a convoy of about 30 cars to the settlement with police at about 10.30am.

    ReplyDelete
  34. Villagers who visited their houses were dumb-struck on seeing their houses either razed or damaged as a result of clashes between security forces and the intruders over the past three weeks.

    ReplyDelete
  35. They were accompanied by personnel from the district office and the National Security Council for assessments on the damage on their houses and the estimated losses incurred.

    ReplyDelete

  36. Lahad Datu district officer Zulkifli Nasir said 10 houses were a total loss after being burnt down while 12 other units were badly damaged but are repairable. He said another 107 houses only suffered minor damages.

    ReplyDelete

  37. He said the affected houses will be fixed within a month by either the federal or state government.

    ReplyDelete


  38. Kampung Tanduo, where the armed Filipino intruders were first holed up, will be permanently closed.

    ReplyDelete

  39. Tungku assemblyman Datuk Mohd Suhaili Said further disclosed that the affected villagers would be resettled at an area where they would be provided with better security and facilities.

    ReplyDelete
  40. “The new settlement would be equipped with basic facilities such as a surau, kindergarten and clinic. Villagers are then assured with better security and comfort,” he told displaced villagers yesterday.

    ReplyDelete
  41. PR mana mau parti pembangkang Sabah masuk dalam Pakatan mereka.

    ReplyDelete
  42. Tidak sehaluan dengan pari pembangkang Sabah.

    ReplyDelete
  43. Terlalu banyak agenda masing-masing dan untuk kepentingan diri sendiri pembangkang ini.

    ReplyDelete

Note: Only a member of this blog may post a comment.