Tuesday, March 26, 2013

Yang berjuang hak dihukum, yang ganas dibiar

SEKUMPULAN mahasiswa memacak khemah di depan pintu gerbang Angkasapuri, Kuala Lumpur menuntut mahu berdebat dengan Perdana Menteri pada Jumaat 22 Mac lalu. Keberanian mereka menuntut hak dalam ruang demokrasi dibalas dengan tindakan polis mengheret mereka ke lokap.

Mereka yang sekadar berhimpun di sana tanpa membawa sebarang senjata dan dengan niat melawan kezaliman pemerintah diperlakukan seperti penjenayah. Diseret ke tanah, digari dan dibawa ke rumah pasung.

Pihak keselamatan begitu tangkas menangkap anak mahasiswa ini. Namun amat mengecewakan apabila mereka hanya berani dengan anak muda yang tidak punya banyak kekuatan atau daya upaya.

Pilih kasih?

Apabila samseng upahan UMNO melakukan keganasan, pihak keselamatan hanya sekadar menonton dari tepi jalan.

Sudah berapa kali bas jelajah Merdeka Rakyat diserang dengan batu, telur dan cat. Mana dia tindakan tangkas pihak keselematan ke atas petualang yang jelas melanggar undang-undang ini?

Lihat pula bagaimana Komtar yang menjadi pusat pejabat Ketua Menteri Pulau Pinang diserang bertubi-tubi saban minggu, pintu kaca ditendang terajang dengan dilempar pelbagai ugutan dan ancaman. Mana dia ketangkasan pihak keselamatan?

Pencacai UMNO akan terus berkelakuan seperti beruk, dan kebiadaban mereka itu akan berterusan selagi pihak keselamatan tidak berani bertindak. Mungkin mereka fikir UMNO akan terus berkuasa sesudah pilihan raya umum akan datang.

Biadap ganas pecacai UMNO

Keegoan UMNO ini mesti diajar, seperti mengajar anak kecil yang biadab. Ada kalanya boleh dipujuk, boleh dibawa berunding. Namun ada kalanya juga perlu bertegas, dan dicubit supaya menyedari kedudukannya sebagai pekerja rakyat Malaysia.

Masalah UMNO dan kerajaan Barisan Nasional (BN) yang tidak menyedari tarafnya sebagai pekerja rakyat dan menyangka dirinya tuan di bumi ini hanya boleh diajar dan dibetulkan melalui kotak undi. Mereka harus dimalukan dengan kekalahan, sepertimana yang terjadi kepada mereka ini ketika pilihan raya umum lalu.

Kita menolak UMNO dan BN kerana parti ini terlalu lama menyangka dirinya tuan dan menjadi begitu angkuh dan rosak sehingga tidak boleh lagi diperelok perangainya yang hodoh itu.

Ubah untuk kebaikan kita semua

Begitu buruk sekali perangai UMNO, hatta sehingga ke hari ini mash lagi cuba memperbodohkan rakyat di ambang nyawanya hampir terputus daripada badan.

Lihat sahaja bagaimana sang Perdana Menteri melengah-lengahkan pembubaran Parlimen, meski beliau dengan bongkak dan sombong mengakui sokongan rakyat sudah kembali berpihak kepadanya.

Mungkin kerana dia bijak dengan prokovasi jahat macai-macainya dan juga tindakan ganas samsengnya yang sering membuat rakyat naik darah.

Ini fakta dan kenyataan yang harus kita terima dan tidak boleh kita nafikan. Cumanya sebagai manusia yang punya akal waras, kita masih boleh bersabar; dan dalam hati mengulang sebut ‘Tuhan maha adil. Yang baik mendapat reda,yang jahat terima hukuman”.

Sekadar berdoa saja tentunya tidak cukup tanpa usaha. Jika kita sudah tidak tahan lagi dengan kebiadapan, keganasan dan keberukan yang amat memalukan bangsa Melayu dan umat Islam di negara ini, jawapannya satu saja: Ubah sekarang, bersihkan Malaysia. – Roketkini.com

19 comments:
Write comments
  1. Terpengaruh dengan politik nakal bersandarkan emosi oleh pihak yang bertujuan memperkuda mahasiswa untuk kepentingan sendiri, akan membinasakan generasi pewaris legasi negara itu, kata Timbalan Rektor Hal Ehwal Pelajar UIAM, Datuk Dr Mizan Hitam.

    ReplyDelete
  2. Beliau berkata sebaliknya politik yang berpaksi demokrasi sebenar dan berlandaskan nilai murni yang didukung rakyat Malaysia sejak sekian lama akan mengembangkan perwatakan dan memperkukuh jati diri mahasiswa bagi mensiapsiagakan mereka menerajui negara satu hari nanti.

    ReplyDelete
  3. "Mahasiswa perlu bijak menilai jenis politik yang dihidangkan kepada mereka, pihak yang mana kaca dan yang mana permata. Kesilapan memilih akan menyebabkan masa depan mahasiswa itu menjadi gelap.

    ReplyDelete
  4. "Dalam memilih, mahasiswa perlu tenang dan berfikir sedalam-dalamnya, menilai dengan fikiran matang isu yang dibawa pihak itu. Jangan nilai berdasarkan emosi dan 'darah muda' yang akan membinasakan mereka," katanya ketika ditemui Bernama.

    ReplyDelete
  5. Mengulas tentang kegiatan politik di universiti itu, beliau berkata universiti berkenaan tidak mempunyai halangan bagi pelajarnya berpolitik dan percaya pelajarnya mempunyai kematangan untuk berpolitik secara sihat tanpa memudaratkan diri sendiri dan orang lain.

    ReplyDelete
  6. "Universiti ini mempunyai dasar buka pintu kepada pelajar untuk mereka terlibat dalam apa-apa aktiviti asalkan ia sihat untuk perkembangan minda serta sahsiah diri mereka selain mematuhi batas undang-undang sedia ada.

    ReplyDelete
  7. "Seperti pindaan AUKU (Akta Universiti Kolej) kita benarkan mereka berpolitik di luar kampus namun tidak sekali-kali membawa politik kepartian dalam kampus. Saya percaya pelajar kita cukup matang untuk mematuhi akta ini," katanya.

    ReplyDelete
  8. "Kami di UIAM sentiasa membuka pintu kepada mahasiswa kami untuk meneroka bidang yang mampu mengembangkan mereka, tetapi dalam masa sama kami akan memantau mereka agar tidak sesekali diperguna atau terjebak dalam aktiviti yang tidak sihat," katanya.

    ReplyDelete
  9. The Sabah Human Resources and Information Technology Ministry today contributed RM118,409 to the Lahad Datu Heroes’ Fund.
    Its minister Datuk Dr Yee Moh Chai said the contribution was from a collection launched by the ministry and its agencies, in appreciation of the efforts of security forces protecting and safeguarding national security, especially in Sabah.

    ReplyDelete
  10. “We fully appreciate the sacrifice made by the security forces in their line of duty to protect the sovereignty of the country,” he told reporters after presenting the contribution at a ceremony in the Kota Kinabalu police headquarters near here today.

    ReplyDelete
  11. Kota Kinabalu police chief ACP Jauteh Dikun received the donation on behalf of the security forces.
    Yee said, among the agencies which contributed were the state human resources development department, Sabah Energy Corporation Sdn Bhd, Asian Supply Base Sdn Bhd, KKIP Sdn Bhd and Sabah Skills and Technology Centre.

    ReplyDelete
  12. He said the creation of a special security area, Eastern Sabah Security Command, in Sabah’s east coast was timely and appropriate to protect the interests of the local community. – Bernama


    ReplyDelete
  13. tindakan sepantas kilat klu melibatkan rakyat negara ini ttp mcm siput klu penceroboh negara di lahad datu...prioriti lembu???

    ReplyDelete
  14. tindakan mahasiswa tersebut mmg salah, patut dihukum

    ReplyDelete
  15. Mungkin ada cara lain mahasiswa ini boleh digunakan untuk bersuara.

    ReplyDelete
  16. Pihak berkuasa harus bijak bertindak manakah unsur keganasan yang benar merisikokan.

    ReplyDelete
  17. Tindakan UMNO amat mengecewakan.

    ReplyDelete
  18. Sehingga saat ini najib masih enggan mengumumkan tarikh PRU13.

    ReplyDelete
  19. Mahasiswa harus menumpu perhatian dalam pembelajaran. tidak salah juga jika menceburi politik, yang penting unsur politik tidak harus dibawa masuk ke University.

    ReplyDelete

Note: Only a member of this blog may post a comment.