Friday, March 29, 2013

PRU 13 Tenom : DAP vs PKR?

KEMABONG: Beberapa pemimpin cabang Parti Keadilan Rakyat (PKR) cabang Tenom merasa gusar ekoran khabar angin bertiup kencang kononnya kemungkinan DAP, rakan sepakat dalam Pakatan Rakyat (PR) diberi mandat oleh gagasan PR untuk meletakkan calonnya bagi kawasan Dun Kemabong dan Parlimen Tenom.

Kegusaran tersebut amat dirasai oleh kem Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK), Jamain Kalasang yang bertegas untuk meminta pucuk pimpinan agar menimbang semula pengagehan kuota pencalonan dalam gagasan PR supaya konsep merit perjuangan parti mengikut kesesuaian kaum masing masing harus dipraktikkan.
“Dun Kemabong dan Parlimen Tenom di mana majoriti pengundinya adalah dari masyarakat KDM dimana sepatutnya ia diberikan tanggung jawab kepada PKR mahu pun APS mencadangkan calonnya yang sesuai.

“Apakah rasionalnya DAP pula yang mewakili kawasan pedalaman yang padat pengundinya dari suku kaum KDM, sedangkan DAP itu seharusnya menfokuskan di kawasan majoriti pengundi Cina terutamanya dikawasan bandar sahaja.

“Walaupun DAP mencalonkan pemimpin KDM di kawasan pedalaman, namun tidak semestinya DAP itu boleh bertukar konsep perjuangannya menjadi KDM dalam sekelip mata.

"Dalam perjuangan seperti ini (berbilang kaum), kita kena berterus terang tanpa ada agenda disebaliknya kerana konsep perjuangan parti masing masing sudah ditetapkan fokusnya,” kata Jamain Kalasang.

Dalam pada itu, satu lagi kumpulan yang sealiran dengan kem Jamain Kalasang yang diketuai Tamiang Tumuu 52, (AJK Cabang PKR Tenom) dan Naib Ketua Cabang PKR Tenom Andreas Ambu 37 dan Cuan Taim 48, mencadangkan kepada pucuk pimpinan agar bekas Setiausaha Politik (Setpol) Datuk Douglas Lind dicalonkan untuk bertanding kerusi Parlimen Tenom pada pilihanraya umum kali ke-13 (PRU-13) akan datang ini.

Manakala seorang pendatang baru dalam PKR bekas pesara Pegawai ATM Haji Rakim N.C Rikin dicalonkan untuk bertanding bagi kawasan Dun Kemabong dimana kewibawaan dan pengalaman yang ada padanya mereka yakin peluang Haji Rakim untuk memenangi kawasan Dun Kemabong amat cerah.

Difahamkan sayap AMK dan wanita juga turut menyokong kedua dua pemimpin yang dicadang itu dan dijangka akan menghantar satu memorandum yang bertanda tangan daripada para ahli jawatankuasa sayap itu untuk pertimbangan pucuk pimpinan.

Oleh: JACOB BALANG (sabahkini)

2 comments:
Write comments
  1. Apa dah jadi dengan DAP.... perlu ada perbincangan terlebih dahulu dengan gabungan PKR... beri keutamaan kepada yang berpotnsi meraih banyak undi...

    ReplyDelete
  2. Ini kali lah, ajar itu ABCD..

    ReplyDelete

Note: Only a member of this blog may post a comment.