Saturday, March 23, 2013

VIDEO Pelajar Digari Dengan Kekerasan?

Tiga aktivis mahasiswa hari ini ditahan polis kerana cuba memasuki Angkasapuri bagi bertemu dengan pengurusan RTM untuk menuntut ruang berdebat dengan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak.

Siswa yang ditahan antaranya pengerusi Solidariti Mahasiswa Malaysia (SMM) Mohd Safwan Anang (gambar atas) di hadapan pintu masuk ke Kementerian Penerangan - yang menempatkan pejabat pengarah RTM.

Dua lagi yang ditahan adalah Pengerusi Persatuan Bahasa Melayu Univrsiti Malaya (PBMUM) Abdul Muqit Muhammad dan aktivis siswa Muhammad Akram Ahmar.

Ketika dihubungi Malaysiakini petang ini, Setiasusaha SMM Ahmad Syukri Kamaruddin berkata insiden itu berlaku selepas mereka berbincang dengan wakil kementerian dan pihak polis berhubung tuntutan mereka.

Dalam pembicangan tersebut, Ahmad Syukri berkata mereka bersetuju untuk bertemu dengan pengarah RTM pada Isnin depan dan diminta bersurai kemudiaannya.

"Kemudian Safwan patah balik selepas mendapat maklumat pengarah RTM ada di dalam.

"Dia nak masuk bersama dua lagi, tetapi ditahan polis," katanya.

40 berarak dari masjid UM

Kumpulan mahassiwa itu diminta hadir semula ke Angkasapuri pada Isnin depan jam 9 pagi untuk mendapat maklum balas yang diminta.

Sementara itu, Ahmad Syukri berkata, Safwan dan dua lagi kini ditahan kira-kira 4.30 petang dan dibawa ke Balai Polis Pantai tidak jauh dari situ.

Kumpulan mahasiswa kini beralih dari Angkasapuri ke hadapan balai itu untuk menuntut pembebasan rakan mereka.

Selepas solat Jumaat tadi, kira-kira 40 orang mahasiswa berarak dari Masjid Ar-Rahman dekat Universiti Malaya (UM) ke pintu masuk Angkasapuri.

Difahamkan kira-kira 30 anggota polis mengawal keadaan.

Awal Mac lalu, Gerakan Mahasiswa PRU13 (GM13) menghantar surat permohonan kepada RTM meminta supaya menganjurkan debat dengan perdana menteri berkaitan dasar pengajian tinggi.

Bagaimanapun selepas tiga minggu permohonan mereka kepada Pengarah Bahagian Khidmat Pengurusan Jabatan Penyiaran Malaysia Mohd Nadzir, tiada sebarang maklum balas diberikan.

Sehubungan itu, Ahmad Syukri berkata mereka menganjurkan "Occupy Angkasapuri" hari ini dengan memasang empat khemah bagi berkampung dan menuntut jawapan daripada pengurusan RTM.

Sementara itu, Ahmad Syukri memberitahu Malaysiakini malam ini bahawa ketiga-tiga mereka telah dibebaskan dengan jaminan polis pada jam 8.20 ini.












26 comments:
Write comments
  1. susah mahu kata nilailah sendiri

    ReplyDelete
  2. Najib nak berdebat..??? hehe..Pada Sdr. Safwan.. Najib telah berkali kali menolak pelawaan debat dari sdr. Anwar Ibrahim dan sesiapa saja..katanya 'Debat bukan budaya kita'... len kali jgn cakap nak debat.. tapi nak fitnah terbuka.. mungkin akan dipertimbangkan..

    ReplyDelete
  3. Belajar kat universiti belum tentu lulus ada hati nk berdebat dgn pm...cermin la diri sendiri sebelum bercakap...bodoh tak bertempat

    ReplyDelete
  4. Anonymous March 23, 2013 at 3:36 PM...Inilah mahasiwa dunia baru yang Malaysia inginkan, berani berdebat,,,bukan calang2 orang pulak tu...PM...tapi PM kita pulak yang kecut....baik kita tukarkan je,.....biar Budak 2 U ni yang mengajar PM cara berdebat...kesian bijak pandai digari, pengkhianat dibawa berbincang siap ada senjata pulak tu....budak2 U ni guna senjata mulut aje dah di gari....kesian negara Malaysia,makin lama makin kalut....ko pun bodoh tak bertempat..

    ReplyDelete
  5. Kenapalah poilis gari budak2 ni..sampai hati! bukanya mrka pesalah jenayah, hanya ingin menyatakan keinginan nak berdebat! tak tahu nak kata apalagi!!! Astragfirullah!

    ReplyDelete
  6. Ramai betul juga mahasiswa kita di Malaysia ini yang tunjuk pandai tetapi mereka ini tidak faham yang mahasiswa ini ada lah tergolong mahasiswa yang paling BODOH di DUNIA . . . Jika angap sudah pandai ada OTAK yang bagus kenapa pula tidak masuk OXFORD UNIVERSITY or HARVARD UNIVERSITY ....

    ReplyDelete
  7. Amat memalukan kepada orang malayu di Malaysia . . budak2 malayu yang budoh tunjuk perangai biadab, ini lah ajaran ibu dan bapak mereka. . . . kena pulang rumah minta ampun kepada ibu bapak sebab telah memburukan nasihat ibu dan bapak.

    ReplyDelete
  8. BIADAB SUNGGOH BUDAK-BUDAK INI . . . SUDAHLAH BODOH MAHU BERDABAT DENGAN PM.... SANGAT-SANGAT GILA MAHASIAWA INI.

    ReplyDelete
  9. HA . .ha . . ha inilah muka-muka syaitan, tidak ada perasaan MALU.

    ReplyDelete
  10. Nasib baik jumpa Polis di Malaysia ini . . . jika kena Polis di luar Negara sudah pasti dibuat seperti bangkai binatang ! . . . ha ha .... mahasiwa DODOH sunggoh malang muka kamu terpapar di internet dan youtube...... samah ada harga dari gambar muka ini.

    ReplyDelete
  11. Betul-betul macam mahasiswa perangai BINATANG. . . . . tetapi binatang lagi pandai dari mahasiswa ini.

    ReplyDelete
  12. Betul-betul mahasiswa ini ada perangai binatang, . . macam binatang pula lebih pandai dari mahasiswa ini.... apa suda jadi mahasiswa ini, sijil belum terima sudah tujuk2 terlebih pandai.

    ReplyDelete
  13. HA HA . . . ini anak dilahirkan oleh ibu bapaknya di luar nikah, jadi perangai beginilah.

    ReplyDelete
  14. Anonymous March 23, 2013 at 6:01 PM...he...he termasuk ko la..di luar nikah..

    ReplyDelete
  15. astaghfirullah :-(

    ReplyDelete
  16. komen org tak berpelajaran. Mencarut je lah .

    ReplyDelete
  17. Ijazah mudah diperolehi (terlalu mudah, jika setakat masters, hehe..) tapi keberanian sukar diperolehi! Jika anda beroleh keberanian untuk menyatakan kebenaran, saya (sekurang-kurangnya saya) yakin anda adalah pencari ilmu sejati keranai mencari kebenaran dengan merentas halangan adalah becnhmark kemurniaan ilmu. Anda seberani tukang sihir yang beralih 360 darjah bertukar dari diperbodohkan oleh Fir'aun untuk menjadi pengikut Nabi MUsa AS, malah berani pula mengambil segala risikonya. >> "mereka menjawab: "Kami tidak sekali-kali akan mengutamakanmu daripada apa yang telah datang kpd Kami dari mukjizat-mukjizat yang terang nyata, dan (tidak akan mengutamakanmu daripada) Tuhan Yang telah menjadikan kita semua. oleh itu, hukumkanlah apa sahaja Yang Engkau hendak hukumkan, kerana Sesungguhnya Engkau hanyalah dapat menghukum Dalam kehidupan dunia ini sahaja." [Thaha: 72]

    ReplyDelete
  18. Kan rakyat 1Malaysia dah kata..polis anjing UMNO,kau tak percaya. Bukti dah ada dlm video tu.

    ReplyDelete
  19. Mahasiswa yg cuba diMANDULkan oleh UMNO. Tak heran jika ranking Universiti dlm negara kita tak masuk senarai pun. Pemimpin hebat msa kini ada lah pemimpin pelajar hebat semasa di menara gading,zaman lalu. UMNO dah teliti benda ni dan demi kesinambungan mereka mntadbir negara sekali mncuri hasil negara tanpa halangan dgn meMANDULkan mahasiswa dan jgn lantang semasa belajar. Keluar nanti,kamu kerja la makan gaji dan jgn peduli apa yg KERAjaan nak buat. Itu yg UMNO dan bangsa melayu mahu kan???

    ReplyDelete
  20. Mahasiswa perangai mcm binatang?? Apa yg binatang nya? Hanya sekadar nak jumpa pihak pengurusan RTM..dh binatang?

    ReplyDelete
  21. Jumpa mahasiswa yang bodoh-bodoh . . . semuanya sudah jadi bodoh, lupakan saja mahasiswa bodoh ini, muka sudah jadi sampah, tidak ada nilai 1 sen dah.

    ReplyDelete
  22. Anonymous March 24, 2013 at 2:05 PM.. komen org tak berpelajaran. Mencarut je lah..cakap bodoh jadi ko tu apa?

    ReplyDelete
  23. Anonymous March 23, 2013 at 5:37 PM.oleh kerana dibiarkan siswa bodoh macam kamulah negara jadi jahanam sekarang dan melahirkan pemimpin xdk telor macam najib

    ReplyDelete
  24. Orang yang digari bagi sudut keamanan dan sistem negara kita sekarang ialah:
    1. ajak berdebat
    2. berhimpun
    3. pergi dengar ceramah

    p/s : betulkah sistem negara kita sekarang dan kepada macai2 UMNO, cuba bygkan n renungkan serta menilai mana perginya keadilan yang ada dlm pentadbiran negara kita sekarang...renung2kan dan selamat beramal..TUHAN bg otak n akal untuk menilai mana yang baik & mana yang buruk..INSYAALLAH...

    ReplyDelete
  25. ohh nie ke kes budak2 mentah yg nak jadi HERO... buang hingus tak bersih nak buat huru hara kat pejabat kerajaan... Kau sapa nak BERDEBAT ngan PM... apa kau ingat nak buat apa2 main terjah aje ke?? study kat U tapi mentality lagi teruk dari budak2 hingusan... klu nak jadi HERO PR tunggu laaa tamat pengajian boleh aje kerja bersama SDAI, jadi pembantu peribadi dia ke?? setiausaha dia ke?? jgn esok2 mendapat nasib spt Saiful...

    ReplyDelete
  26. untuk shared beramai2...
    pakatan haram (PR) ialah geng ORANG-ORANG BUSUK HATI....
    Tidak pernah bersyukur dengan keamanan yg Allah kurniakan.. Ibadah yg kita lakukan seringkali ditabur fitnah....
    Seringkali terasa yang DIA aje bangus... tak pernah amal sunah NABI... tak payah laa nak tunjuk bagus kat komen2 kat sini... tunggu laaa keruntuhan empayar PR yg nak memporak perandakan Bangsa Melayu dan Ugama Islam.. DEMI ALLAH AKU BENCI PAKATAN RAKYAT YG BAJET BAGUS..

    ReplyDelete

Note: Only a member of this blog may post a comment.