Pemilik blog, Papa Gomo malam ini, mendedahkan episod ketiga klip video perbualan mesra yang didakwa antara seorang pemimpin politik pembangkang dengan seorang lelaki lain yang tidak kelihatan di dalam sebuah bilik dipercayai bilik hotel.
Klip video berdurasi dua minit 32 saat itu merupakan sambungan kepada siri pertama dan kedua video sama yang disiarkan pengendali blog berkenaan dalam tempoh kira-kira dua minggu lalu.
Video itu disiarkan menerusi http://www.papagomo.com.
Menurut pengendali blog berkenaan, pendedahannya menerusi video itu bukanlah fitnah kerana beliau mempunyai pengakuan lelaki yang dikaitkan di dalam video tersebut yang tidak boleh disangkal pemimpin politik pembangkang berkenaan.
Malah katanya, beliau masih lagi menunggu pemimpin politik pembangkang itu membuat laporan polis berhubung pendedahannya menerusi video tersebut.
Tambahnya, laporan polis itu pastinya akan membuka kepada siasatan lanjut seterusnya mendedahkan dengan lebih luas berhubung isu video tersebut.
-utusan.com
Sunday, March 31, 2013
Papa Gomo dedah episod ketiga video
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
bagus kasih santet itu PAPAGOMO.baru mungkin akan berubah dan insaf dari terus melakukan fitnah bikin malu saja
ReplyDeleteVideo perbualan pemimpin pembangkang pulakkk. Aku tau dah kerangka perbualan tu iaitu mesti bersabit pncerobohn Sulu di Lahad datu . Kena tudoh DS Anwar yg berbual tu mnta Sultan Sulu iaitu Sir Sos Tiram hantar org tausug ke LDatu. Lepas ni ada chance le polis nak tangkap Anwar dan terus declare General Election. Politik UMNO kena baca semua tu.
ReplyDeletePanas : Papa Gomo Akhirnya Ditangkap Dengan IGP!!!
ReplyDeletehttp://warta-jingga.blogspot.com/2013/03/panas-papa-gomo-akhirnya-ditangkap.html
Tindakan ini keluar dari jiwa dan hati yang kotor akhirnya melahirkan tindakan yang bertentangan dengan syarak, etika dan moral kita sebagai orang Melayu.Ianya juga mendedahkan siapa kita sebenarnya dari segi pemikiran sosiologi manusia, ia menggambarkan indentiti sebenar kita, tetapi masyarakat boleh menilainya.
ReplyDeletetindakan memfitnah tersebut diambil ekoran kegagalan Umno-BN menyelesaikan isu penyelewengan pemimpin mereka yang didedahkan pemimpin Pakatan Rakyat.kita harus ingat, perbuatan kita tidak berakhir di dunia, tetapi di akhirat dan memfitnah juga termasuk dosa-dosa besar yang menghapuskan segala amalan lain.
ReplyDeleteBerdasarkan kepada gambar2 hubungan rapat antara Papagomo dengan pemimpin2 tertinggi Umno seperti yang dipamerkan oleh YB Sdr Husam, jelas sekali Wan Nazri atau Papagomo adalah orang suruhan pemimpin2 Umno; a front man untuk membuat kerja2 jijik tu.Mana mungkin seorang penjenayah yang dibuang kerja kerana rasuah boleh bergambar mesra dengan pemimpin2 Tertinggi Umno seperti Hishamuddin, Zaid, Shafie Afdal, Rais Yatim dan Peguam Negara!
ReplyDeletePapagomo, adakah papa yang bergelomang dengan dosa, nauzubillah
ReplyDeleteklu papagomo adalah sumber berita, anjing percaya meeehh???
ReplyDeleteTunda dah tentu taktik biasa Anwar tetapi sampai berapa lama Anwar boleh tunda. Akhirnya dia kena bersedia dengan hujah untuk bela dirinya. Dia perlu ada saksi untuk menguatkan hujah penafiannya.
ReplyDeleteAda baik jika dia ada alibi yang mengatakan dia tidak berada di situ. Dalam dia kata dia ada alibi enam orang satu masa dulu. akhirnya alibi yang diketahui akan diguna seperti Wan Azizah, Rahimi dan Prof Arief belum tahu akan diguna pada hari bicara.
ReplyDeletePendikkata, dia memang ada di tempat kejadian seperti yang dikatakan Saiful. Buktinya lengkap. Ada orang akan beri pastian, ada CCTV untuk buktikan.
ReplyDeleteTaktik melengahkan pun sudah macam-macam Anwar gunakan. Mohon itu dan ini, dan bila kalah, rayu sampai ke puyu untuk lewatkan. Setakat nak gugurkan hakim, dah berapa kali.
ReplyDeleteAlasan terakhir yang Anwar guna adalah alasan MC Karpal Singh pun hanya mendpaatkan tunda ke 22hb yang mana hakim dah kata, temubual kamu sedia atau tidak, kamu kena bela diri.
ReplyDeleteMemang pun, dah begitu lama Anwar dibicara , dah main tahun, takkan dai tak ada persediaan ini semua. Malahan pihak mahkamah dah beri peluang untuk benarkan peguamnya menemubual semua kononnya saksi seperti Najib, Rosmah, Musa Hasan Rozwan dll.
ReplyDeleteDalam hal bela diri, saksi-saksi ini semua tahu Anwar hanya nak mempolitikkan mereka dalam bilik bicara. Ini semua saksi hostile kepada Awnar.
ReplyDeleteMereka lebih sesuai jadi saksi pendakwa raya tetapi kes pendakwa dah mantap dan sedia tanpa perlu babitkan mereka. Ini yang peguam anwar melongoh. Taktik lengah satu hal. Taktik bela diri yang mesti dah sedia.
ReplyDeleteAnwar akan naik stand dan dia perlu bawa satu alasan. Dia perlu tunjukkan DNA di dubur Saiful tidak betul. Itu Anwar tak boleh kata.
ReplyDeleteItu pakar DNA yang dibawa dan jaja Anwar Dr Brian dan sapa sorang lagi nama akan testify. Kalau nasib baik, boleh menimbulkan persoalan dari segi teknik, method dan atau tapi tidak mudah untuk
ReplyDeleteTaktik tunda guna perjalanan jauh mereka dah pun diguna. Anwar tidak boleh kata dia tak ada tapi satu saja ruang tinggal iaitu menimbulkan persoalan dari samada penetrasi ada berlaku atau tidak. Ini memerlukan keupayaan kedua pakar DNA menyangkal langsung bukti DNA.
ReplyDeleteAlasan mesti ada untuk kata tak berlaku penetrasi. Anwar boleh kata dia bukan seorang homoseks dan Saiful tidak mengghairahkannya. Tapi alasan itu tidak cukup solid.
ReplyDeleteBagaimana kalau Anwar ngaku bahawa bukan saja Saiful tak menimbulkan erotik kepadanya, tetapi segala macam nama termasuk Fatimah, Mei Ling, Margret dan Manichi pun sama tidak menimbulkan erosnya?
ReplyDeleteIni tentu amat memalukan seorang lelaki untuk mengaku keris sudah tidak boleh dikeluarkan dari sarong, punai tidak bisa menyanyi dan pam tak boleh menolak air. Sanggupkah Anwar gadaikan benteng maruah yang terakhir?
ReplyDeleteDemi kuasa, Anwar tidak ada had dan malu lagi hingga akidah pun sudah dipertaruhakan? Masaalahnya, itu semua tahunya di akhirat dan dunia kubur. Mati pucuk malunya masa didunia perlu dihadapi.
ReplyDeleteMasaalahnya bisakah Dato Eskay dan Papagomo percaya. Bisakah rakyat terima dengan video yang sudah menelanjangkan habis Anwar Ibrahim? Satu lagi, doktor mana yang sanggup letakkan reputasi untuk testify bahawa “rakan nakal bersama sudah lama tiada meninggalkan diri ku berseorangan”.Kah kah kah
ReplyDeleteAnwar tahu PRU13 merupakan pilihanraya terakhir kepadanya, sebab itulah Anwar sudah membayangkan bahawa jika kali ini beliau gagal, beliau akan kembali ke Washington untuk mengajar di sana. Anwar sudah ada plan B sekiranya plan A beliau tidak berjaya.
ReplyDeleteBerbeza dengan DS Najib Tun Razak yang berjaya melestarikan keamanan di Mindanao, melalui Perjanjian Damai MILF-Manila. Semasa Anwar berkuasa, beliau mempunyai hubungan yang akrab dengan Presiden Josepf Estrada, seorang yang anti MNLF, MILF dan umat Islam di Kepulauan Selatan Filipina.
ReplyDeleteIanya dibuktikan melalui penghantaran besar-besaran tentera Filipina pada zaman Estrada untuk menghalang umat Islam Moron yang berjuang melalui MNLF dan MILF.
ReplyDeleteketika DSP Pairin Kitingan sebagai Ketua Menteri Sabah, kerajaan negeri Sabah telah meminta kepada Anwar yang ketika itu Menteri Pelajaran supaya ditubuhkan sebuah Universiti khas untuk orang-orang Sabah. Namun, Anwar menolaknya dengan alasan "ianya bukan prioriti". Anwar menafikan hak rakyat Sabah.
ReplyDeleteKedatangan UMNO ke Sabah adalah hasil usaha Allahyarham Tun Ghafar Baba, bukannya Anwar Ibrahim. Hanya apabila berlakunya Pemilihan UMNO 1995, barulah Anwar masuk campur hal-hal UMNO di Sabah. Jika pada zaman Allahryaham Tun Gafar Baba dan Allahyarham Tun Datu Mustapha, kedudukan UMNO Sabah sangat aman, tenteram dan tenang. Namun, kerakusan Anwar yang tidak sabar mahu menjadi Timbalan Perdana Menteri, telah merosakkan keamanan UMNO Sabah.
ReplyDeleteMaka berlakulah pertarungan di Bahagian-Bahagian UMNO Sabah antara Ketua-Ketua Bahagian yang menyokong Anwar dan Calon-Calon Ketua Bahagian yang menyokong Tun Ghafar Baba. Anwar mula menghambur wang ringgit kepada bahagian-bahagian (di sinilah mulanya politik wang dalam UMNO). Di akhir cerita, hanya Bahagian Tun Datu Mustapha sahaja yang mencalonkan Tun Gafar Baba di Sabah, selebihnya mencalonkan Anwar Ibrahim.
ReplyDeleteKetua-ketua Bahagian yang mencalonkan Anwar ketika itu tidak boleh dipersalahkan juga, kerana bagi saya mereka berada di bawah tekanan. Tekanan, paksaan dan desakan itu datangnya dari Anwar yang tidak sabar sekali untuk menjatuhkan Tun Ghafar Baba.
ReplyDeleteDi sebalik cerita 16 September 2008,etika itu, Anwar sudah bercakap di luar negara beliau akan menjadi Perdana Menteri Malaysia menjelang 16/9/2008 apabila beliau berjaya membeli YB-YB dari Sarawak dan Sabah khususnya. Mantan TYT Sarawak (2008) Tun Abd Rahman Yaakob, beliau berkata " Anwar turut memujuk anak saya supaya keluar dari BN, dan saya menghalangnya".
ReplyDeleteDi mata Anwar, untuk membeli YB-YB dari Sabah sangat mudah, murah dan senang. Begitu sekali tahap harga YB-YB Sabah di mata Anwar.
ReplyDeleteAnwar pasti makin pening.
ReplyDelete