Sunday, March 31, 2013

BN, PR kini masuk fasa 'berkampung'

BN, PR kini masuk fasa 'berkampung'Barisan Nasional (BN) dan Pakatan Rakyat (PR) kini memasuki fasa berkampung di kawasan masing-masing bagi memastikan pengundi mengenali pemimpin dan calon mereka.

Kedua-duanya menegaskan mereka sudah lama mengadakan program mendekati rakyat dan bukannya hanya ketika pilihan raya sudah semakin hampir.

Ketua Penerangan Umno, Datuk Ahmad Maslan menegaskan rakyat sentiasa berpeluang menyertai program anjuran BN kerana parti itu kerap menganjurkan majlis ramah mesra bersama rakyat.

“Kita buat majlis sepanjang masa dan ada macam-macam program. Saya sendiri pun buat program setiap minggu di Pontian selama lima tahun ini,” katanya kepada Sinar Harian, semalam.

Ahmad Maslan juga yakin BN mampu menang 160 kerusi Parlimen pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) kerana sokongan rakyat terhadap BN semakin kuat saban hari.

“Kita bukan takbur tapi kita yakin kita dapat menang dua pertiga. Saya dah pergi ke banyak tempat dan saya nampak sokongan terhadap BN semakin meningkat.

“Kami buat apa yang kami cakap dan tepati janji walaupun apa yang BN tunaikan tiada dalam manifesto parti,” jelas beliau.

Sementara itu, Setiausaha Agung Pas, Datuk Mustafa Ali menyifatkan PR akan terus mengadakan majlis bertemu rakyat sehingga pilihan raya berlangsung.

Menurutnya, program bersama rakyat dijalankan secara berterusan selepas pilihan raya bersedia 2008 dan bukan hanya secara berkala.

“Momentum sekarang semakin meningkat kerana sudah hampir dengan PRU13. Saya rasa lebih banyak majlis akan berlangsung selepas ini,” ujarnya.

Ketika ditanya persiapan PR menjelang PRU13, Mustafa berkata persiapan mereka sudah lengkap dan PR yakin dapat menewaskan BN.

“Rakyat sekarang mahu tengok perubahan. Saya yakin PR boleh mencapai kemenangan tetapi tidaklah sampai dua pertiga, mungkin majoriti mudah,” katanya.

-sinarharian.com

24 comments:
Write comments
  1. Ahmad Maslan kata BN mampu raih 160 kerusi Parlimen. Dia sedar ke atau masih dlm pengaurh alkohol?

    ReplyDelete
  2. sebagai umat islam yg percaya kepada Allah...setiap perkara baik tu..walau tiada kepastian kejujurannya..haruslah kita terima..kerana jujur itu antara dia dan Allah shj..jika Allah berkehendakkan jatuhnya dia..akan berlaku..dh disebut juga d dalam Al-Quran..kita jgn terikut dgn perangai mereka2 yg sedang berjuang mendapatkan sokongan..sebab mereka tidak kan pernah nampak kebaikan seseorang..baik dari Pas @ BN...wallahualam...

    ReplyDelete
  3. Perancangan pembangkang untuk menimbulkan huru hara ketika pilihan raya umum ke 13 nanti seperti yang didedahkan pihak media menunjukkan mereka kini sudah hilang keyakinan dan sedar perjuangan mereka sudah tidak menadapat sambutan serta sokongan daripada rakyat.

    ReplyDelete
  4. Bekas Setiausaha Sulit Datuk Seri Anwar Ibrahim, Anuar Shaari menyifatkan apa yang ingin dilakukan pembangkang itu membuktikan mereka sudah begitu terdesak dan terpaksa bertindak sedemikian bagi memastikan perjuangan mereka diterima rakyat dalam apa jua keadaan.

    ReplyDelete
  5. “Jika mereka yakin mendapat sokongan, mengapa perlu buat huru hara, ini semua perbuatan orang terdesak yang inginkan kuasa, mereka berpendapat dengan cara ini rakyat akan menyokong mereka dan menyalahkan kerajaan terhadap apa yang berlaku nanti.

    ReplyDelete
  6. “Mungkin juga mereka cuba menakut-nakutkan rakyat supaya tidak keluar mengundi, apabila perkara ini berlaku mereka beranggapan peluang untuk menang lebih berpihak kepada mereka kerana orang ramai tidak keluar mengundi,” katanya

    ReplyDelete
  7. Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas laporan media berhubung pihak pembangkang akan menimbulkan huru hara pada pilihan raya nanti seperti yang didedahkan oleh berdasarkan kepada dokemen yang diedarkan kepada beberapa pihak.

    ReplyDelete
  8. Anuar berkata, apa yang berlaku itu boleh diibaratkan seperti orang penakut yang sengaja mencari pelbagai alasan atau perbuatan untuk menutup kelemahan serta kegagalan mereka untuk mendapatkan sokongan dan cara terbaik untuk itu adalah menimbulkan satu suasana tidak sihat dan akhirnya menyalahkan pihak kerajaan apabila mereka kalah dalam pilihan raya nanti.

    ReplyDelete
  9. Beliau turut mengingatkan rakyat terhadap apa yang pernah dilakukan oleh pembangkang apabila Anwar dipecat daripada kerajaan dan UMNO dengan mengadakan tunjuk perasaan serta perarakkan di ibu negara seperti yang pernah diadakan dahulu sehingga menimbulkan rasa tidak selesa kepada rakyat dan pelancong yang berkunjung ke negara ini.

    ReplyDelete
  10. “Kita perlu ingat apa yang dilakukan oelh Anwar bila dia dipecat dahulu, perkara yang serupa mungkin akan dilakukan pada pilihan raya nanti, bukan suatu yang mustahil jika perkara itu berlaku kerana kumpulan ini sanggup untuk melakukan apa sahaja untuk mendapat kemenangan dan kuasa,” katanya.

    ReplyDelete
  11. Menurutnya, orang ramai tidak perlu takut seperti apa yang dilaporkan dan keluar untuk menunaikan tanggungjawab masing-masing pada hari pengundian nanti kerana pihak keselamatan mampu untuk menanggani serta bersiapa sedia untuk menghadapi apa jua kemungkinan.

    ReplyDelete
  12. Landskap politik berubah ekoran anjakan politik daripada politik lama kepada baru. Politik lama banyak ditentukan oleh sejauh mana parti politik dan calon dapat membawa pembangunan.

    ReplyDelete
  13. Namun, dalam politik baru, pembangunan bukan lampu ajaib untuk menawan pengundi. Pengundian dalam politik lama berlaku atas garis etnik, tetapi politik baru merentasi sempadan etnik. Ramai pihak beranggapan politik baru muncul dalam Pilihan Raya Umum Ke-12 (PRU-12) di Malaysia.

    ReplyDelete
  14. Hakikatnya, benih awal politik baru menjelma sejak PRU-1999 ketika negara dilanda kegawatan ekonomi dan politik. Negara kita sudah banyak berubah terutama sejak 15 tahun lalu.

    ReplyDelete
  15. Struktur masyarakat beranjak ekoran pelbagai dasar ekonomi, sosial dan pendidikan. Justeru, lahir lebih banyak golongan kelas menengah. Sebahagian kelas menengah ini berasal dari luar bandar. Hasil kejayaan pendidikan terutamanya, berlaku bukan saja mobilisasi mendatar, tetapi juga menegak. Maksudnya, berlaku peningkatan dari segi sosioekonomi.

    ReplyDelete
  16. Dalam politik baru, pengundi tidak lagi sekadar tertarik dengan janji dan rancangan pembangunan. Mereka mahu melihat parti politik yang responsif terhadap aspirasi dan tuntutan mereka.

    ReplyDelete
  17. Pengundi terutama muda melihat lebih jauh berbanding mana parti dan wakil rakyat dapat melaksanakan projek pembangunan jalan raya, klinik, sekolah atau bekalan air dan elektrik.

    ReplyDelete
  18. Pendidikan, ekonomi dan media baru, khususnya media alternatif menyebabkan perubahan dari segi pendirian politik mereka. Kesan ledakan teknologi maklumat mentransformasikan hampir semua bidang. Di negara luar, termasuk di Asia Barat, kita akui bagaimana generasi muda yang sekadar menggunakan telefon bimbit berupaya mengubah landskap sosiopolitik. Kerajaan menyedari kempen politik klise dan tradisional tidak lagi relevan.

    ReplyDelete
  19. Bagi pengundi era politik baru, yang jauh lebih penting adalah bagaimana parti dan calon dapat membawa pembaharuan. Isu tabir urus yang baik, ketelusan, akauntabiliti, keupayaan menangani rasuah dan penyelewengan menjadi perhitungan utama dan bukan lagi soal keupayaan menyelesaikan masalah yang dianggap remeh-temeh.

    ReplyDelete
  20. Tetapi di luar bandar Sabah dan Sarawak politik baru belum menonjol. Politik pembangunan masih menawan pengundi. Ada 5,000 penempatan terdiri daripada kampung tradisional dan rumah panjang. Lebih daripada 50 peratus kawasan itu mempunyai sekitar 30 keluarga saja. Kejayaan parti untuk menawan hati pengundi sebahagian besar ditentukan rekod silam dan keupayaan membawa pembangunan serta menunaikan janji.

    ReplyDelete
  21. Media konvensional masih penting. Bagi pedalaman Sabah dan Sarawak, radio dan televisyen menjadi sumber politik utama. Politik di luar bandar dan rumah panjang di kedua-dua negeri itu, memerlukan adunan strategi lama dan baru.

    ReplyDelete
  22. Bagi politik baru, penggunaan internet, Facebook, blog dan khidmat pesanan ringkas (SMS) penting untuk meraih undi. Di Sarawak pembangkang mendekati rakyat melalui radio kerana mereka menyedari radio sumber utama politik penghuni rumah panjang.

    ReplyDelete
  23. Pelbagai kehendak kontemporari telah menyaksikan kerajaan melakukan perubahan. Perdana Menteri melakukan banyak reformasi termasuk reformasi politik dengan memansuhkan dan meminda beberapa undang-undang.

    ReplyDelete
  24. masing2 dah mula berkempen dalam mendapatkan sokongan rakyat.

    ReplyDelete

Note: Only a member of this blog may post a comment.