Pejabat Peguam Negara akan mempertimbangkan cadangan Majlis Peguam untuk membuka semula kes pembunuhan Altantuya Shaariibuu, kata Peguam Negara Tan Sri Abdul Gani Patail.
Bagaimanapun, pertimbangan itu perlu dijustifikasi dengan bukti baru untuk membolehkan siasatan dibuka semula ke atas kes pembunuhan wanita Mongolia itu.
"Kita akan pertimbang cadangan Majlis Peguam, tapi kita tidak boleh (sewenang-wenangnya) buka semua kes, termasuk (kes) tahun 1960-an. Mesti ada bukti baru untuk menjustifikasi (tindakan) membuka semula kes tersebut.
"Kes itu sudah melalui perbicaraan, di mana kesemuanya sudah dikemukakan," kata Gani.
Majlis Peguam merekodkan cadangan tersebut selepas mesyuarat agung tahunannya ke-66.
Badan itu juga mencadangkan supaya peguam kanan Tan Sri Cecil Abraham derujuk ke lembaga disiplin peguambela dan peguamcara atas dakwaan berlaku salah laku profesional.
Majlis Peguam mencadangkan demikian susulan kenyataan seorang anggotanya, Americk Sidhu bahawa Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak mengarahkan Cecil untuk membuat pengakuan berkanun kedua PI Bala bagi mengubah kenyataan asal. -MK
Tuesday, March 26, 2013
Sanggupkah Gani Patail buka semula kes Altantuya?
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
aku tengok muka gani petail ni jenis berani juga i tabik yu gani
ReplyDeleteSiasat hingga selesai kes Altantuya ni.masih ada yang tak puas hati.
ReplyDeleteTerlalu ramai individu yang terlibat dalam perkara ni dan begitu banyak juga tuduhan.
ReplyDeleteBukan nak kondem Peguam Negara kita tetapi bberapa muka AG yg pernah dan telah dilantik lebih kearah anggo ta UMNO pun...bukan kktgn kerajaan yg professional.
ReplyDeleteNak bubar Parliment pun dia takut apa lagi nak buka kes Antantuya, yg menunjuk kan dia suspect utama. Yang penting, rakyat kena bersatu dan pangkah PR di PRU 13 ini. Semoga berjaya. In shaa Allah.
ReplyDeletetakkan gani patail sanggup korek kubur UMNgOk...
ReplyDeleteperlu ada sebab kukuh untuk ia dibuka semula
ReplyDeleteKes Altantuya masih boleh disiasat semula?
ReplyDeleteKami menanti sama ada kes ini benar dibuka semula?
ReplyDeleteAdakah bukti baru dikesan?
ReplyDeleteHarus mengkaji secara mendalam sama ada kes ini boleh dibuka semula. Yang penting, bukti baru dapat dikesan agar pihak berkuasa bertindak.
ReplyDeleteSerahkan bukti baru sebelum bertindak.
ReplyDelete