Sunday, March 24, 2013

Datu Amir Bahar Hushin Kiram ditahan

Pasukan keselamatan hari ini mengesahkan panglima tentera Sulu yang ditangkap di Semporna semalam ialah Datu Amir Bahar Hushin Kiram.

Timbalan Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar berkata lelaki berusia lewat 40-an yang juga menteri pertahanan Sulu itu bertindak sebagai panglima yang memberi arahan sejak pencerobohan di Lahad Datu 12 Feb lepas.

“Dia kini ditahan di bawah Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) (Sosma) 2012,” katanya pada sidang akhbar bersama Panglima Angkatan Tentera Tan Sri Zulkifeli Mohd Zin di Markas Operasi Felda Sahabat 16, dekat sini hari ini.

Semalam, pasukan keselamatan menahan seorang pemerintah kumpulan penceroboh itu bersama isterinya di sebuah kawasan paya pada pukul 1.30 pagi.

Mengenai penduduk Kampung Tanduo yang dipindahkan, Khalid berkata pihaknya telah mencapai persetujuan bersama ketua-ketua keluarga dan ketua kampung itu untuk membawa mereka masuk ke kampung berkenaan Selasa ini.

Langkah itu adalah sebahagian daripada proses penilaian yang sedang dijalankan Majlis Keselamatan Negara dan mereka akan diiringi pegawai daripada Pejabat Daerah Lahad Datu dan pasukan keselamatan.

Mengenai statistik terkini Operasi Daulat, Khalid berkata sehingga kini 416 individu ditangkap dan daripada jumlah itu 110 orang ditahan mengikut Sosma. Dua tangkapan terbaharu Sosma itu ialah panglima tentera Sulu terbabit dan isterinya.

Sementara itu, Zulkifeli berkata kawasan Kampung Tanduo kini bersih sepenuhnya daripada ancaman pengganas dengan bilangan pasukan keselamatan yang ditugaskan di kampung itu turut dikecilkan.

Mengenai Operasi Daulat, beliau berkata operasi itu masih diteruskan.

“Kini, fokus utama Operasi Daulat ialah meneruskan pembersihan di kawasan Kampung Tanjung Batu dan yakin ia mampu diselesaikan dalam masa terdekat,” katanya. - Bernama

11 comments:
Write comments
  1. TKPN bagitau dalam berita Panglima Sulu ini bernama DATUK AMIR BAHA?.... Negeri mana yang bagi anugerah DATUK ni?....Ada IC biru ka.?

    ReplyDelete
  2. demi kedaulatan negara, pasukan keselamatan (ATM, POLIS, APMM dan yang lain2). majoriti rakyat mendoakan keselamatan kalian. hapuskan, kikiskan, lenyapkan setiap penganas yang cuba mencabar kedaulatan DYMMSPBYDA malayasia. buktikan kecekapan pasukan keselamatan Malaysia adalah sebagai tanda aras bagi pasukan keselamatan negara lain di nusantara. jangan tinggalkan walau hanya sentimen penganas sulu sekalipun di tanah air berdaulat ini. ya Allah, hanya Engkau yang lebih tahu dan memahami kekacauan yang berlaku di tanah berdaulat ini, dan pada Mu jugalah kami memohon keselamatan, kejayaan pasukan keselamatan kami, laknatkanlah pengganas yang melakukan pencerobohan dan jangan Kau tinggalkan juga sesiapa yang berkaitan menghasut pencerobohan ini. Amin

    ReplyDelete
  3. Mesti panglima sulu ini ada ic kerana bersama isteri mesti menetap di sabah... nama dia macam glamour jer...

    ReplyDelete
  4. bodoh, datu tu bukan datuk. 2 benda berbeza

    ReplyDelete
  5. Syabas PDRM! Hapuskan saki-baki pengganas Sulu!

    ReplyDelete
  6. Datu Amir Bahar Hushin adalah timb. ketua UMNO kawasan Lahad Datu. apa komen UMNO???

    ReplyDelete
  7. betul kah ni.menurut Anonymous 24,2013 at 1132 pm.kalau betul memang menjahanankan negara ni.perwira negara berkorban jiwa dan raga meka senang senang kasi my kad dan jawatan dlm umno.sial

    ReplyDelete
  8. Militan ahli UMNO?

    ReplyDelete
  9. ni mesti ketua cawangan UMNO kg Tonduo

    ReplyDelete
  10. Perkataan “Lahad Datu” berasal dari bahasa Bajau, iaitu “Lahad” bererti tempat dan “Datu” membawa makna orang-orang kenamaan pada zaman dahulu. Tempat ini mendapat nama kerana penghijrahan golongan Datu-datu dari kerajaan Suluk yang diketuai oleh Datu Puti sebelum tahun 1879 akibat daripada penyerahan kuasa kawasan ini oleh Sultan Brunei kepada Sultan Suluk.

    ReplyDelete
  11. Aku dah jumpa di KL berapa org Datu yg bekerja di sana iaitu sekiatr Briekfields. Masa tu trfikir..hoohh Datu le dia ni ,dahsyat. Kini baru aku tau Datu asalnya Kepulauan Sulu dan banyak di Pulau Simunul dan Pulau Jolo. Maknanya Datu-datu nih dah lama ke KL pun.

    ReplyDelete

Note: Only a member of this blog may post a comment.