Undangan yang dibuat oleh pihak Umno ke atas keluarga Kiram dari Sulu, Filipina pada Perhimpunan Agung Umno menimbulkan pelbagai tanda tanya kepada orang ramai.
Bekas Setiausaha Eksekutif Umno Silam, Mutalib MD berkata, jemputan itu tidak sewajarnya dilakukan oleh Umno kerana keluarga Kiram bukan lagi mewakili sebarang kerajaan.
Menurut beliau, Kesultanan Sulu sudah hancur sejak 1936 dan kini keturunan sebenar Kesultanan Sulu telah tiada lagi bukan sahaja di Sabah tetapi juga di Filipina.
Katanya, orang Sulu yang tinggal di Pulau Sulu di Filipina sememangnya orang Sulu, tetapi mereka yang tinggal di pulau itu sekarang bukan lagi keturunan Kesultanan Sulu yang sebenar.
"Jadi, jika ada pihak yang mendakwa mereka Sultan Sulu atau keturunan Kesultanan Sulu, itu adalah bohong atau pihak yang menyamar semata-mata.
"Ini termasuklah dalam kalangan keluarga Kiram yang dikaitkan dengan pencerobohan ke atas Lahad Datu, Sabah sejak 9 atau 12 Februari lalu," katanya ketika dihubungi 22 Mac lalu.
Mutalib MD yang juga penulis buku politik mendakwa, jemputan ke atas keluarga Kiram bagi menghadiri Perhimpunan Agung Umno itu dilakukan oleh Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah, Dato' Seri Mohd Shafie Apdal sehingga dilihat seperti mempunyai motif tertentu.
"Untuk apa jemputan ke atas Sultan Ismail Kiram, adik kepada Jamalul Kiram itu dibuat? Mereka bukan pun mewakili mana-mana kerajaan, malah sekarang dikaitkan dengan tragedi berdarah di Sabah pula?" katanya.
Lebih mengelirukan keadaan, apabila keluarga Kiram ini mendakwa mereka dari keturunan "Kesultanan Sulu", pada hal keturunan Kesultanan Sulu yang sebenar bukanlah pengganas, malah telah pun tiada lagi, ujar beliau.
Mutalib berkata, bukti tiada lagi keturunan Kesultanan Sulu, boleh dirujuk kepada tiada sebarang peninggalan Kesultanan Sulu, baik perkuburan, masjid dan sebagainya di Sabah dan di Filipina.
"Yang masih ada lagi sekarang hanyalah pemegang amanah keturunan Kesultanan Sulu, iaitu Ulka Ulama. Ulka Ulama itu adalah peguam, bukan pun waris Kesultanan Sulu.
"Tetapi Ulka Ulama itulah yang memegang amanah penyerahan pembayaran nafkah oleh Sabah bagi pihak Malaysia kepada pihak keturunan Kesultanan Sulu, ekoran penyerahan Sabah yang dilakukan oleh pihak Kesultanan Sulu kepada British dahulu atau kini kepada Malaysia.
"Wang itu pun tiada pihak yang berhak menuntutnya sebab keturunan sebenar Kesultanan Sulu telah tiada lagi.
"Keluarga Kiram III tak boleh menuntutnya sebab mereka bukan keturunan sebenar Kesultanan Sulu. Kerajaan Filipina juga tidak berhak mengambilnya.
"Ulka Ulama hanya sekadar memegang amanahnya sahaja, berdasarkan keputusan Mahkamah Filipina, Macaskie Judgement pada 18 Disember 1939 dahulu. -DD
Sunday, March 24, 2013
Umno iktiraf 'Kesultanan Sulu' yang tak wujud
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Buang duit sahaja jemput sultan palsu nih...
ReplyDeleteangkara UMNO berjinak-jinak dengan sultan sulu..
ReplyDeleteSultan Sulu terakhir yang diiktiraf pemerintah Filipina ialah Ismael Kiram I pada 1974. Selepas kematiannya pemerintah Filipina enggan mengiktiraf sultan-sultan seterusnya walaupun mereka ditaati oleh penduduk setempat, DAH JELAS DAN TERANG..
ReplyDeleteIC projek dr mahathir aka san miguel...
ReplyDeletesaya ingin perbetulkan sedikit "fakta" di atas...
ReplyDeletegambar yg ditunjukkan diatas bukan gambar pemimpin Sulu ke perhimpunan agong umno tahun lepas... Itu merupakan pemimpin2 Moro dari MILF (yg menandatangani perjanjian damai dgn filipina baru2 ni dibantu oleh Malaysia)... Yg berkopiah tu Pengerusi MILF El Haj Murad Ebrahim...