Wednesday, March 27, 2013

PRU13: 'Buku bertemu ruas' di Negeri Sembilan

Dewan Undangan Negeri (DUN) Negeri Sembilan adalah negeri pertama yang berakhir pada tengah malam ini.

Persoalan sama ada BN atau Pakatan Rakyat yang akan mentadbir Negeri Sembilan selepas pilihan raya umum ke-13, masih tidak dapat diramalkan dengan jelas kerana kedua-dua pihak dilihat mempunyai peluang yang sama rata.

Dengan situasi itu, pemerhati politik berpendapat, pertembungan dua musuh tradisi dalam situasi yang dianggap sebagai "ibu segala pilihan raya" itu kini ibarat "buku bertemu ruas".

Negeri Sembilan mempunyai 36 kerusi DUN. Pada tahun 2004, pembangkang hanya menguasai dua daripada 36 kerusi di Negeri Sembilan iaitu Lobak dan Bahau.

Namun, pada pilihan raya umum 2008, pembangkang menguasai tambahan 13 kerusi, sekali gus menafikan majoriti dua pertiga BN.

Kini pecahan kerusi DUN adalah seperti berikut - 21 milik BN dan 15 kerusi milik Pakatan Rakyat yang terbahagi kepada sepuluh kerusi milik DAP, empat dikuasai PKR dan satu dipegang oleh PAS.

Perhatian sekarang tertumpu kepada Pakatan Rakyat; sama ada mereka mampu meneruskan gelombang kebangkitan untuk terus merampas Negeri Sembilan atau kemaraan mereka mampu dikekang oleh BN.

Dengan anggapan Pakatan mengekalkan kerusi-kerusi yang telah dimenangi pada pilihan raya lalu, mereka kini hanya memerlukan empat kerusi sahaja lagi untuk menang majoriti mudah 19 kerusi.

DAP: Sasar majoriti mudah 19 kerusi

Strategi paling mudah untuk berbuat demikian adalah dengan mensasarkan kerusi-kerusi yang dimenangi BN dengan majoriti tipis dan semakin berkurangan daripada tahun 2004.

Lapan kerusi yang dikuasai BN kini berada dalam situasi yang agak berbahaya iaitu majoriti kemenangan yang menurun secara mendadak dan majoriti kemenangan sekitar 1,000 undi sahaja.

DUN Kuala Klawan contohnya dimenangi BN pada tahun 2008 dengan majoriti hanya 841 undi, penurunan daripada majoriti 1,308 undi pada tahun 2004.

BN juga menang tipis di kerusi Pilah, Labu, Lenggeng, Gemencheh, Johol. Bagi kerusi Jeram Padang dan Linggi, majoriti kemenangan BN pada tahun 2008 berkurangan separuh daripada tahun 2004.

Ahli Parlimen Rasah dan ahli DUN Lobak, Anthony Loke berkata Pakatan Rakyat mensasarkan untuk menawan lima kerusi yang dikuasai BN dengan majoriti sekitar seribu undi sahaja.

"Kita mensasarkan 20 kerusi kerana untuk mendapat majoriti mudah kita memerlukan 19 kerusi," kata Loke yang sudah disahkan akan bertanding di DUN Chennah.

Pengarah Pusat Kajian Demokrasi dan Pilihan Raya Universiti (Umcedel), Profesor Datuk Dr. Mohammad Redzuan Othman berkata setakat ini peluang 'masih terbuka' untuk kedua-dua pihak.

Menurutnya, inisiatif seperti Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) dan pemberian bonus kepada kakitangan kerajaan mempunyai kesan dalam mempengaruhi corak pengundian.

"Persiapan BN cukup hebat. Pemberian mereka ada kesannya. Malah, Negeri Sembilan juga mempunyai banyak tanah rancangan Felda yang dianggap deposit tetap BN.

"Kalau di sebelah Pakatan pula, pengundi Cina dianggap memihak kepada mereka," kata Mohamad Redzuan.

BN mahu rampas 8 dari Pakatan

Menurutnya lagi, isu-isu setempat juga dijangka tidak begitu berkesan sepertimana isu-isu di peringkat nasional dalam mempengaruhi pengundi di Negeri Sembilan.

Tambahnya, siapa di antara BN atau Pakatan yang mempunyai lebih banyak kelebihan masih tidak dapat ditentukan selagi calon-calon yang bakal bertanding tidak diumumkan.

Ahli parlimen Jelebu, Datuk Seri Rais Yatim baru-baru ini dilaporkan berkata BN mensasarkan sekurang-kurangnya menguasai 21 kerusi DUN dalam pilihan raya akan datang.

Menteri Besar, Datuk Seri Mohamad Hassan sebelum ini juga dilaporkan mensasarkan untuk menawan kembali lapan daripada 15 kerusi yang dikuasai Pakatan.

Kerusi-kerusi tersebut adalah Nilai, Temiang, Sikamat, Ampangan, Senawang, Paroi, Port Dickson, dan Repah.

Tiga daripada lapan kerusi itu dimenangi Pakatan Rakyat pada tahun 2008 dengan majoriti kurang daripada 1,000 undi.

Repah dimenangi DAP dengan majoriti 553 undi, Port Dickson dimenangi PKR dengan majoriti 733 undi dan Sikamat pula dimenangi PKR dengan majoriti 499 undi.

BN akan kembali mempunyai majoriti dua pertiga seandainya tiga kerusi ini kembali ke tangan mereka. -Mkini

48 comments:
Write comments
  1. Prnah juga macai MB N9 pgi warning kat petugs PAS/PR utk prsiapan ceramah mlm tu di kawsn DUN Rantau (DUN MB le tu). Jgn buat ceramah atau brdepan dgn masalah. Lari ptugss PAS dn tak jsdi ceramah mlm tu...DAYUS org PAS tu. Ini kn negara kita bkan kat israel..apa takut

    ReplyDelete
  2. Berilah peluang kepada PR takkan BN saja monopoly selama-lamanya

    ReplyDelete
  3. Haha rasanya berikanlah peluang untuk PR. Peluang untuk menjadi pembangkang di Malaysia selamanya.

    ReplyDelete
  4. Pelbagai tawaran terkandung dalam Manifesto Pakatan Harapan Rakyat gabungan parti-parti pembangkang – DAP, PKR dan PAS yang dilancarkan hari ini tidak lebih sekadar risalah ‘jualan murah penghujung tahun’, kata Ketua UMNO Bahagian Cheras, Datuk Seri Syed Ali Alhabshee.

    ReplyDelete
  5. Sambil menyifatkannya sebagai menabur janji-janji retorik, beliau berkata tawaran manifesto berkenaan sekadar untuk melengkapkan bahan kempen pakatan pembangkang menghadapi Pilihan Raya Umum (PU) ke-13.

    ReplyDelete
  6. “Tidak ada sesuatu yang konsisten dan mampu menjana kualiti hidup rakyat, sekadar mengulangi retorik yang terkandung dalam manifesto PRU ke-12 yang sehingga kini sebahagian besar janji tersebut masih gagal ditunaikan,” tegasnya.

    ReplyDelete
  7. Katanya, initipati manifesto Pakatan Harapan Rakyat tersebut juga merupakan cebisan ucapan pemimpin pembangkang terutama Datuk Seri Anwar Ibrahim pada ceramah politik beliau di seluruh negeri sebelum ini.

    ReplyDelete
  8. Beliau mendakwa, isu seperti penghapusan bayaran tol, pemansuhan PTPTN, pengurangan harga petrol dan tarif elektrik telah beberapa kali dipercakapkan oleh Anwar dalam ceramah umumnya sambil turut melemparkan pelbagai fitnah tidak berasas kepada kerajaan BN pimpinan Datuk Seri Najib Tun Razak.

    ReplyDelete
  9. Begitu juga janji-janji pembangkang untuk membina 150,000 unit rumah murah, menghentikan projek Lynas di Gebeng, Kuantan, penurunan harga kereta, bonus warga emas RM1,000.00 seorang dan caruman RM50 sebulan untuk isteri yang layak, juga merupakan janji-janji yang ‘sukar’ untuk dipercayai.

    ReplyDelete
  10. “Apa yang dikatakan oleh Anwar menerusi ceramah politiknya telah dimuatkan di dalam manifesto berkenaan, langsung tidak mencerminkan satu kaedah tawaran yang efisyen, konsisten, komprehensif dan berkualiti untuk manfaat rakyat,” katanya.

    ReplyDelete
  11. Menurut beliau lagi, manifesto tersebut yang digubal berdasarkan empat tonggak utama – Rakyat Bersaudara, Ekonomi Rakyat, Kesejahteraan Rakyat dan Kerajaan Rakyat jelas tidak meletakkan kepentingan Melayu sebagai kaum majoriti negara ini.

    ReplyDelete
  12. Sebagai contohnya kata beliau, jika disemak kepada empat tonggak tersebut langsung tidak dinyatakan secara khusus mengenai masa depan orang Melayu sebagai kaum majoriti dan usaha ke arah meningkatkan syiar Islam sepertimana terkandung dalam Perlembagaan Persekutuan.

    ReplyDelete
  13. The Negri Sembilan State Legislative Assembly automatically dissolved today, marking a historic first for the state and probably for the country.

    The automatic dissolution was in accordance with the state constitution.

    ReplyDelete
  14. The 36-member assembly, which was sworn in on March 27, 2008 and had its first sitting on April 25, 2008, had served the five-year term, making it the first state in the country to automatically dissolve, since the dissolution of Parliament has yet to be announced.

    ReplyDelete
  15. Mentri Besar Datuk Seri Mohamad Hasan said that after the dissolution, his state executive committee would continue to function as the caretaker state government, as provided for in the state constitution.

    ReplyDelete
  16. Mohamad had said that he would continue to remain as mentri besar and, together with his exco, see the day-to-day running of the government.

    “There has to be a caretaker government because we will have to pay wages and look into other matters during the period... without a caretaker government, there will be anarchy,” Mohamad was quoted in a local daily.

    ReplyDelete
  17. In the 12th general election, Barisan Nasional (BN) won 21 of the 36 seats while DAP won 10, PKR (4) and PAS (1).

    With the dissolution of the State Legislative Assembly, Negeri Sembilan must hold elections for state seats in 60 days.

    ReplyDelete
  18. Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz meminta Pejabat Peguam Negara untuk menentukan segala garis panduan bagi sesebuah kerajaan sementara.

    ReplyDelete
  19. “Apabila tiba masanya, perkara ini perlu dilakukan. Saya kira selepas ini kita minta AG’s Chambers (Pejabat Peguam Negara) untuk menentukan perkara yang boleh dan tidak boleh dilakukan oleh kerajaan sementara,” katanya.

    ReplyDelete
  20. Beliau berkata demikian selepas menandatangani perjanjian pembaharuan antara kerajaan Malaysia dengan Asian-African Legal Consultative Organisation (AALCO) di sini, Selasa.

    ReplyDelete
  21. Mohamed Nazri diminta mengulas mengenai Dewan Undangan Negeri (DUN) Negeri Sembilan yang akan terbubar secara automatik pada 28 Mac iaitu Khamis ini dan bukannya hari ini (Rabu) seperti dilaporkan sebelum ini.

    ReplyDelete
  22. “Saya tidak nampak apa-apa masalah kerana kita ada 60 hari selepas DUN dibubarkan dan saya fikir sebaik Parlimen dibubarkan kita akan tetapkan tarikh (pilihan raya).

    ReplyDelete
  23. “SPR (Suruhanjaya Pilihan Raya) mahukan supaya semua pilihan raya itu diadakan pada satu hari (serentak), itu adalah hak SPR untuk menentukan,” katanya.

    ReplyDelete
  24. Mohamed Nazri berkata sesebuah kerajaan sementara hanya boleh meneruskan segala komitmen yang telah dibuat sebelum DUN dibubarkan dan tidak boleh membuat komitmen baharu.

    ReplyDelete
  25. “Antara tarikh pembubaran dan pembentukan kerajaan baharu, kerajaan sementara hanya boleh mentadbir, tetapi anda tidak boleh membuat sebarang pengumuman atau komitmen baharu,” katanya.

    ReplyDelete
  26. Umno-Barisan Nasional (BN) Negeri Sembilan yakin memperolehi kemenangan 2/3 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) sekaligus menolak spekulasi mengenai pergolakan kepimpinan parti itu yang dikaitkan dengan perselisihan antara kepimpinan tertinggi dan Menteri Besar Datuk Seri Mohammad Hasan.

    ReplyDelete
  27. "Kita akan dapat kemenangan majoriti 2/3. Yang dulu mungkin rakyat nak menilai sejauhmana kekuatan BN.. Sekarang kita dah kembali pulih.

    ReplyDelete
  28. kepimpinan Umno di peringkat bahagian sentiasa menyokong penuh Mohamad sebagai Menteri Besar dan Pengerusi Perhubungan Umno negeri, selain menyatakan sokongan padu terhadap siapa jua yang memegang jawatan itu kelak.

    ReplyDelete
  29. "Kita nampak ada pergolakan tu tapi (apabila) hampir PRU13 nampak mereka sudah bersatu balik. Setakat ini tidak ada lagi," kata beliau.

    ReplyDelete
  30. Ya, ada sbb kenape datuk najib x bubarkan parlimen. Najib sbnarnya sedang mencari2 idea camne utk angkat kembali rating bn yg jatuh merudum teruk skrg. Malangnya, semakin ditangguh semakin x jumpa idea & semakin tersesat dlm pencarian. Trend skrg ini adalah trend penolakan rakyat terhadap bn. Apa2 sj idea, janji, tawaran, imbuhan dll x akan mampu menarik kembali sokongan rakyat terhadap bn. Krn mentaliti mereka dah set lama dah, iaitu utk perubahan total dlm PRU13. Krn dgn perubahan total, barulah nasib rakyat & negara akan berubah. Najib boleh menangguhkan lagi PRU13, namun percayalah, penangguhan PRU13 hanya akan memberi kelebihan pd Pakatan! Krn apa? Sekali lagi saya katakan, krn trend kejatuhan sokongan rakyat terhadap bn akan berterusan tanpa henti, & x ada apa2 lagi yg mampu dilakukan bn utk menghalangnya...

    ReplyDelete
  31. Bn boleh tanya diri mereka, knape agaknya, setelah sgala2nya dilakukan, setelah sgala2nya ditawarkan, namun rating mereka langsung x meningkat (lagi jatuh ada!) x nmpakkah lagi, signal yg jelas dari rakyat, bahawa mereka bakal melakukan perubahan dlm PRU13? x nmpakkah lagi, bahawa ketentuan Yg Maha Berkuasa adalah melangkaui usaha & ikhtiar manusia?? & x ada sesiapa yg dpt melawan ketentuanNya??...

    ReplyDelete
  32. Bn boleh tanya diri mereka, knape agaknya, setelah sgala2nya dilakukan, setelah sgala2nya ditawarkan, namun rating mereka langsung x meningkat (lagi jatuh ada!) x nmpakkah lagi, signal yg jelas dari rakyat, bahawa mereka bakal melakukan perubahan dlm PRU13? x nmpakkah lagi, bahawa ketentuan Yg Maha Berkuasa adalah melangkaui usaha & ikhtiar manusia?? & x ada sesiapa yg dpt melawan ketentuanNya??...

    ReplyDelete
  33. Urusan pentadbiran kerajaan sementara Negeri Sembilan yang bermula hari ini berjalan seperti biasa, kata Menteri Besar Datuk Seri Mohamad Hasan.

    ReplyDelete
  34. Katanya beliau dan 10 anggota exco tetap melaksanakan tugas seperti hari-hari lain sebelum ini sekalipun Dewan Undangan Negeri (DUN) sudah terbubar.

    ReplyDelete
  35. "Tiada masalah. Cuma yang membezakan adalah peranan kita iaitu sebagai kerajaan sementara ini kita tidak boleh membuat keputusan besar-besar terutama berkaitan soal dasar yang boleh memberi implikasi kepada rakyat dan kerajaan akan datang," katanya.

    ReplyDelete
  36. "Selain daripada itu kita masih lagi sebuah kerajaan yang sama yang bertujuan menjaga kebajikan masyarakat kerana sebagai sebuah negeri kita memang perlukan kerajaan kalau tidak kita akan jadi negeri anarki," katanya.

    ReplyDelete
  37. Mohamad juga berkata pihaknya tidak hairan jika ada kritikan terhadap kerajaan sementara itu kerana sebelum ini sudah kedengaran dakwaan Negeri Sembilan akan ditadbir kerajaan haram apabila DUN terbubar.

    ReplyDelete
  38. PRU akan berlangsung dalam masa terdekat

    ReplyDelete
  39. Abdul Malek, also a teacher, said he had heard of the ordeal underwent by the locals when the Communist posed a serious threat in Semenyih in the late 1940s.

    ReplyDelete
  40. Interestingly, some businesses and residents of Semenyih pre-dating to the Emergency period are still around.

    "The Semenyih town also witnessed the anti-communist rally in 1953," he said adding that Semenyih was a Communist hotspot due to a large Chinese population who symphatised or were forced to symphatise with the Communist.

    ReplyDelete
  41. "I have been trying to compile their narratives based on their experience.

    "Their narrative tells of the difficult life then and the Communist brutality, including Alias' first hand experience then," he said.

    ReplyDelete


  42. According to Abdul Malek, Semenyih located close to the Pahang and Negeri Sembilan border made the place a strategic location for the Malayan Communist Party to unleash their terror on ordinary citizens.

    During the day, the Communists were ordinary citizens working as rubber tappers or miners but during the night they strike terror as insurgents.

    ReplyDelete
  43. Those who don't subscribe to their cause are their target.

    Therefore to avoid becoming a victim, many of the Chinese had no choice but to work with the Communists by supplying them with rations and money.

    ReplyDelete
  44. And for those who did not comply, the consequences were obvious.

    "On 31 Oct, 1948 a tin mine was attacked after its owner refused to provide a helping hand to the Communists in securing food, medicine and weapons.

    ReplyDelete
  45. "They threatened the dwellers of Kampung Kachau, one of the places where the Chinese dwelt and burnt the rubber godown in Ladang Dominion that exists till today," he said.

    ReplyDelete
  46. "They threatened the dwellers of Kampung Kachau, one of the places where the Chinese dwelt and burnt the rubber godown in Ladang Dominion that exists till today," he said.

    ReplyDelete
  47. Abdul Malek said though he was born much later, the Emergency period then and the Lahad Datu episode now has taught Malaysians that the enemy can come from within and without.

    ReplyDelete
  48. "In fact we must all work together, cast aside the political differences to defend the nation as we do not want to see a repeat of these tumultuous periods," he said.

    ReplyDelete

Note: Only a member of this blog may post a comment.