Saturday, March 23, 2013

Video Kedua Kaitkan Skandal KM Sarawak

Global Witness (GW) mengeluarkan satu lagi video menunjukkan seorang peguam mengatakan Ketua Menteri Sarawak Tan Sri Abdul Taib Mahmud (gambar) akan meluluskan perjanjian tanah di negeri tersebut.

Taib, walau bagaimanapun mengatakan pada Selasa lalu bahawa mereka yang dipaparkan dalam video pertama kumpulan alam sekitar global itu, juga dikeluarkan Selasa lepas, cuba mempromosikan diri mereka untuk menjadi agennya demi kepentingan peribadi masing-masing.

“Ini telah mendapat pelepasan, kelulusan, secara lisan, dari ketua menteri kita. Beliau merupakan menteri untuk perancangan sumber, dia boleh membuat keputusan melalui lembaga menteri,” kata Huang Lung Ong memberitahu penyiasat GW, yang menyamar sebagai pelabur asing, dalam video bertajuk “Outtakes — Inside Malaysia’s Shadow State”.

“Sebaik sahaja kami dapat nama, kami hantar. Kami akan mendapat kelulusan. Ini adalah sebahagian daripada syarat awal bagi transaksi itu,” tambah peguam dari Huang & Company Advocates, dirakamkan dalam video pertama GW sebagai percubaan untuk menjual tanah bapa saudaranya, Datuk Hii Yii Peng, yang merupakan seorang ahli perniagaan terkemuka di Sibu.

GW mengeluarkan video sepanjang 2.5 minit di Youtube hari ini sebagai respon kepada Huang, yang dipetik oleh The Malay Mail Rabu lalu sebagai berkata: “Kenapa perlu saya bercakap mengenai ketua menteri?”

Huang juga dilaporkan berkata beliau tertekan dan beliau mengeluarkan kenyataan kerena kecewa penyiasat GW terus menerus menyoal beliau.

Video kedua GW walau bagaimanapun, menunjukkan Huang semasa perbualan dengan penyiasat GW di bilik hotel.

Dalam video pertama, Huang dirakamkan berkata sekurang-kurangnya 10 peratus daripada harga jualan akan diberikan kepada Taib sebagai komisen.

Huang, walau bagaimanapun dipetik berkata kepada The Malay Mail, perbualannya dengan penyiasat GW merupakan perbualan kedai kopi.

Peguam tersebut juga sebelum ini memberitahu GW, beliau tidak pernah dilantik oleh Hii.

GW, organisasi berpengkalan di United Kingdom, mengeluarkan bukti video mengenai urusan jual beli haram tanah di Sarawak yang dilihat untuk mengaitkan ketua menteri dan keluarganya dimana turut dikeluarkan oleh media antarabangsa Al-Jazeera dan The Huffington Post.

Dalam penyiasatan rahsia, Global Witness (GW) merakamkan video mengenai urusan sepupu Taib dan beberapa lagi rakan rapat dalam mendapatkan ribuan hektar tanah hutan yang didakwa oleh aktivis berpengkalan di London itu sebagai rasuah sistematik di negeri terbesar Malaysia.

Dalam klip video 16 minit, penyiasat GW, yang menyamar menjadi pelabur asing, merakamkan perbualan mereka dengan sepupu dan peguam Taib, yang membeli tanah dengan keuntungan tinggi dan bakal mengakibatkan ribuan orang asli kehilangan tempat tinggal.

Taib, 76 telah menjadi ketua menteri selama 32 tahun semenjak 1981.

Kekayaan peribadinya telah menimbulkan kontroversi dengan pengkritiknya menuduh beliau memperolehinya dengan cara salah.

Persatuan Peguambela Sarawak (AAS) telah membuat laporan polis terhadap Huang dan Alvin Chong, seorang lagi peguam dalam video pertama GW.

AAS juga berkata akan membawa dua peguam tersebut ke Badan Inkuiri untuk siasatan. -TMI

6 comments:
Write comments
  1. TAIB ADA KEKEBALAN TAK BOLEH DISIASAT!!!!!!!!!!!KALAU DI JEPUN PEMIMPIN MACAM INI AKAN BUNUH DIRI ATAU LETAK JAWATAN.

    ReplyDelete
  2. Dah aku agak dah, xde siapa berani nak siasat Taik Muhmud ni...Skrip sama je tiap2 kali melibatkan pemimpin2 tertinggi dlm UMNO/BN...Siap x mengaku saudara lg bila dikaitkan dgn dia...Sebelum ni pon dah byk sgt dah pendedahan pasal Taik Mahmud ni...Nampak gayanye mcm xde jalan lain lg dah nak bawak puak2 ni ke muka pengadilan melainkan dengan cara tumbangkan UMNO/BN...Ini kalilah...ABU...ABCD...

    ReplyDelete
  3. Antara yang tersenarai terkaya di malaysia.... diragui... patut disiasat...

    ReplyDelete
  4. tak apalah umur di pun dah lebih 80 tahun biarkan lah dia dengan kekayaan nya

    ReplyDelete
  5. kalau DSAI buat macam tuh, mcm halilintar jer jer sprm buat siasatan dan tangkapan serta dakwaan..tv1,2,3 suku siang malam menjaja kisah yg sama, bgitu juga dgn utusex mmg x pernah mkn dek saman...asyik2 kalah jer..
    Sarawak masih miskin lagi lah, pembangunan mmg ada tapi, sosial ekonomi utk rakyat srwk mana?Ape kerajaan negeri buat? anak2 sarawak berhijrah ke Semenanjung membuktikan kerajaan negeri adalah GAGAL, Negeri kaya dgn minyak pun, kalau kerajaan mcm ni, seratus tahun memerintah pun tak guna!
    ABU!!

    ReplyDelete
  6. Pulau Bruit pun sudah habis dijual kepada rimbunan hijau tetapi kaum melanau yg tinggal disana masih kuat menyokong bn.

    ReplyDelete

Note: Only a member of this blog may post a comment.