Saturday, March 30, 2013

Pak Lah yakin BN akan menang besar

Bekas Perdana Menteri Tun Abdullah Ahmad Badawi yakin dengan keupayaan BN untuk menang besar pada pilihan raya umum ke-13 (PRU-13).

Beliau berkata ini berikutan BN telah berusaha keras membawa perubahan besar kepada negara dan rakyat menerusi pelbagai perancangan dan program transformasi.

mca chinese new year open door 100213 24 abdullah badawi"Nak kerajaan yang kuat perlu menang dua pertiga kerusi Parlimen dan saya yakin BN boleh dapat kerana mereka telah bekerja keras.

"Saya harap mereka (rakyat) akan terus bagi sokongan (kepada BN) supaya segala program transformasi dan perancangan dapat diteruskan pada masa hadapan. Itu semua adalah untuk rakyat juga," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Program Jiwa Murni KD Sri Pinang bersama masyarakat Permatang Sintok di Kepala Batas hari ini.

Pada program sehari itu, seramai 75 anggota pasukan simpanan sukarela Tentera Laut Diraja Malaysia bersama penduduk kampung membaiki rumah orang miskin dan Orang Kurang Upaya (OKU), menjalankan kerja gotong royong dan aktiviti membersih rumah di kawasan itu.

Mengenai pembubaran Parlimen, beliau berkata ia bukan satu isu kerana Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak mempunyai jangka masa tertentu untuk berbuat demikian.

- Bernama

40 comments:
Write comments
  1. Pak Lah bole cakap.. tapi undi dia 1 jer.. hehe yg akan mengundi PR jutaan pengundi diPenang..!! hehe

    ReplyDelete
  2. Semasa jadi PM, Pak Lah pun cakap macam ni..Tapi akhirnya 2008 banyak kerusi UMN(BN) hilang..Dah2 lah tu Paklah, tak payah nak senangkan hati Najib dan Mahathir....lepas ni mereka akan gigit kau sama selepas 2008..

    ReplyDelete
  3. jangan banyak cakap...BUBAR saja..

    ReplyDelete
  4. Menjelang pilihan raya umum ke-13, Datuk Seri Najib Tun Razak memperkenalkan ‘Kit Jom Bertindak’ bagi membantu rakyat Malaysia menunaikan hak mengundi mereka dengan betul.

    ReplyDelete
  5. Kit yang diperkenalkan melalui laman Facebook perdana menteri pada 18 Mac itu antara lain mengandungi buku panduan mengundi dengan maklumat ringkas dan mudah berkaitan proses itu.

    ReplyDelete
  6. Buku setebal 12 halaman itu memberi panduan langkah demi langkah bagaimana seseorang pengundi perlu menyiapkan diri untuk menunaikan tanggungjawab mereka.

    ReplyDelete
  7. Ia mengandungi 10 tajuk berkaitan pengundian termasuk syarat kelayakan mengundi serta cara menyemak status daftar pemilih di laman web Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR).

    ReplyDelete
  8. Turut dimuatkan beberapa tips berguna pada hari mengundi termasuk membawa kad pengenalan, hadir di tempat mengundi mengikut masa yang ditetapkan dan memeriksa saluran khas untuk warga emas, orang kurang upaya dan wanita hamil.

    ReplyDelete
  9. Pemilih juga diberi gambaran melalui ilustrasi pelan tempat mengundi serta penerangan ringkas apa yang perlu dilakukan agar proses pengundian berjalan lancar.

    ReplyDelete
  10. Buku itu turut menjawab beberapa persoalan popular berkaitan peraturan baharu yang diperkenalkan SPR seperti status dakwat kekal yang akan digunakan dan kelayakan undi pos selain tindakan lanjut yang perlu diambil jika kad pengenalan hilang sebelum mengundi.

    ReplyDelete
  11. Tata cara menanda kertas undi dengan betul turut diperjelas melalui ilustrasi ringkas kerana cara penandaan yang salah boleh mengakibatkan sesuatu undi itu menjadi undi rosak.

    ReplyDelete
  12. ‘Kit Jom Bertindak’ sedang diedarkan secara percuma dan mana-mana individu berminat boleh memohon melalui laman web www.1Malaysia.com.my.

    ReplyDelete
  13. Selain buku panduan, kit itu turut mengandungi pelekat, pelekat kereta, pen dan pin kolar Jom Bertindak.

    ReplyDelete
  14. Beberapa pemimpin-pemimpin parti komponen Barisan Nasional (BN) hari ini menemui Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak, di pejabatnya di Bangunan Perdana Putra.

    ReplyDelete
  15. Difahamkan ia sebagai lanjutan kepada beberapa pertemuan antara Najib yang juga Pengerusi BN dengan semua pemimpin peringkat negeri yang bermula sejak minggu lepas bagi membincangkan soal calon yang akan bertanding pada pilihan raya umum ke-13 ini.

    ReplyDelete
  16. Pada sebelah pagi, Najib menemui Presiden MCA Datuk Seri Dr Chua Soi Lek, Presiden MIC Datuk Seri G. Palanivel dan Presiden Gerakan Tan Sri Dr Koh Tsu Koon, sebelum beliau mengadakan pertemuan dengan Persatuan Jawatankuasa Sekolah Cina Bersatu Malaysia (Dong Zong).

    ReplyDelete
  17. Kenderaan yang dinaiki Chua dilihat keluar daripada bangunan itu pada 10.40 pagi, namun usaha untuk mendapatkan komen beliau mengenai pertemuan itu tidak berjaya.

    ReplyDelete
  18. Minggu lalu, Najib turut mengadakan perjumpaan dengan Pengerusi Badan Perhubungan Umno dan BN negeri, meningkatkan lagi bahang pilihan raya yang semakin hampir.

    ReplyDelete
  19. Barisan Nasional (BN) dijangka akan menang Pilihan Raya 2013 oleh kerana saiz kawasan pilihan raya memberi kelebihan kepada pengundi luar bandar, menurut majalah antarabangsa The Economist

    ReplyDelete
  20. Financial Times dan Reuters membawa berita baik untuk rakyat Malaysia iaitu, Perdana Menteri, Dato’ Seri Najib, telah menyatakan keyakinannya bahawa Barisan Nasional mampu memenangi majoriti 2/3 di dalam Pilihanraya ini.

    ReplyDelete
  21. Keyakinannya amat bererti bagi kebanyakan golongan peniaga, terutamanya, kerana golongan inilah yang amat gusar dengan kredibiliti dan kebolehan pembangkang dalam menerajui ekonomi.

    ReplyDelete
  22. Hakikat bahawa Anwar Ibrahim juga menyatakan bahawa ini adalah peluang terbaik baginya untuk menang, dilihat sebagai satu kenyataan politik semata-mata daripada seorang yang asyik tertembak kaki sendiri di saat-saat genting ini.

    ReplyDelete
  23. Dengan mengenepikan skandal seksnya, rakyat Malaysia kini memerhatikan Anwar secara ‘dekat’ apabila namanya berkali-kali disebut dalam penyiasatan pencerobohan pengganas di Lahad Datu. Sehingga ke hari ini, Anwar gagal menjelaskan kenapa beliau berjumpa dengan pemimpin MNLF beberapa kali dan apa yang dibuat oleh ‘orang-orangnya’ di Filipina beberapa hari sebelum pencerobohan tersebut.

    ReplyDelete
  24. Ia tidak mungkin satu kebetulan untuk Anwar membangkitkan isu Malaysia akan kehilangan Sabah dan membuat bising mengenai pemberian kad pengenalan kepada warga asing di Sabah tanpa mengikut prosedur, sebelum peristiwa berdarah tersebut tercetus di Sabah.

    ReplyDelete
  25. Tetapi, kesilapan Anwar yang paling besar dalam menangani isu ini ialah beliau cuba menutup mulut media dari mengorek cerita sebenar darinya dengan cara mengugut untuk menyaman jika mereka bertanyakan kenapa beliau tidak menyaman pihak yang pertama sekali mendedahkan pendalangannya iaitu Reuters dan media Filipina?

    ReplyDelete
  26. Beliau mungkin meraih keuntungan politik jika berbuat demikian, tetapi hakikat bahawa beliau tidak melakukannya, menunjukkan yang laporan tersebut pastinya berasas.

    ReplyDelete
  27. Tiada siapa yang waras akan mengundi seorang yang tidak tahu menghargai nyawa manusia. Tiada siapa yang sanggup mengundi seorang yang sanggup menggadaikan sebuah negeri kepada pengganas demi untuk menjadi Perdana Menteri.

    ReplyDelete
  28. BEKAS Menteri Kewangan, Tun Daim Zainuddin yakin Barisan Nasional (BN) akan menang dengan majoriti yang lebih besar pada Pilihan Raya Umum ke-13.

    ReplyDelete
  29. Katanya, walaupun BN mungkin kehilangan beberapa kerusi Parlimen dan Dewan Undangan Negeri (DUN) di Johor, Sabah dan Sarawak namun keputusan keseluruhan akan lebih baik berbanding tahun 2008 kerana BN juga dijangka akan memenangi balik banyak kerusi di Selangor, Kedan dan Kelantan.

    ReplyDelete
  30. Kata beliau, BN memiliki peluang yang cerah untuk menawan kembali Selangor dan Kedah tetapi masih tidak mampu untuk mendapatkan kembali Pulau Pinang dan Kelantan.

    ReplyDelete
  31. Penduduk Kedah dilihat bersedia mahu membantu Mukhriz Tun Mahathir untuk menjadi Menteri Besar negeri itu,” katanya.

    ReplyDelete
  32. Selangor pula katanya berpeluang jatuh kembali ke tangan BN andai perikatan berkenaan dapat menyediakan calon menteri besar yang sesuai dan diterima ramai.

    ReplyDelete
  33. Perak pulak jelas beliau, wujud peluang sama rata atau 50-50 kepada BN dan Pakatan Rakyat bagi menguasainya.

    ReplyDelete
  34. Menurut Daim, permasalahan terbesar dengan pembangkang di negara ini ialah mereka tidak memenuhi janji-janji yang dibuat dalam manifesto tahun 2008.

    Katanya, disebabkan itu pembangkang dilihat kurang kredibiliti dan tidak dipercayai rakyat.

    ReplyDelete
  35. Beliau juga menafikan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak sebagai terlepas peluang keemasan untuk membubarkan Parlimen seperti yang dijaja beberapa pemimpin DAP.

    ReplyDelete
  36. Katanya, pembubaran boleh dilakukan pada bila-bila masa yang sesuai dan bukan dalam tempoh tertentu sahaja.

    ReplyDelete
  37. Pandangan Daim mengenai keputusan pilihan raya umum adalah sesuatu yang ditunggu terutama apabila meramal dengan tepat keputusan PRU ke 12 (2008) yang menyaksikan BN kehilangan beberapa negeri yang dilihat kubu kuat kerajaan ketika itu. –

    ReplyDelete
  38. Sudahlah..semua orang salahkan Pak Lah dan sebenarnya Mahathir lah angkara semua yang dah terjadi kini. Semasa Pak Lah ambil alih kuasa pak Lah dengan BN lah menang terbesar sekali dalam sejarah Malaysia dan bila pilihanraya berikutnya semasa kepimpinan Pak Lah, Pak Lah di tuduh penyebab BN kalah teruk dalam sejarah Pilihanraya Malaysia. Nak bagi semua orang fikir sedikit... jika Mahathir masih memerintah ketika Pak Lah menang besar tu, Mahathir dan BN akan kalah lebih teruk lagi teruk dari Pak Lah dan sebab Mahathir yang maha tahu itu dah tahu akibatnya maka Mahathir lepas jawatan bagi Pak Lah...
    Mahathir dudok diluar boleh hentam dan komen Pak Lah dan tuding jari pada Pak Lah....pikir pikirkan Lah.... Kesian Pak Lah terpaksa Tanggung akibat Buruk angkara Tun mahathir...

    ReplyDelete
  39. Walau apa pun Pak Lah tu diam lebih bagus dari jadi "tua" mulut celupar komen semua orang tak bagus dan dia seorang yang Maha Bagus... Tun Mahathir... saya hormat Tun dan jasa Tun,, maafkan saya yang belajar celupar macam Tun.. Adat Orang Melayu kita kalu di kampong dah pencen , selalunya orang orang tua pencen tu aktif di Masjid dan lebihkan masa dengan Ibadah, bertobat dan perbanyakkan amal dengan Allah maklumlah semasa muda berkerja, berpolitik dulu masa banyak terbuang dengan tanggungjawab kerja dan politik. tanggungjawab dengan Agama dan tanggungjawab pada Allah untuk diri sendiri banyak terabai. Tun penuhkanlah semula masa yang dah terabai dengan Allah tu dari aktif komen orang lain. Maaf kan saya Tun Mahathir yang dihormati dan disayangi. Takutlah kita dari sifat sifat Munafik tu.

    ReplyDelete
  40. Ya Allah beri ketenangan pada Pak Lah, Kesabaran pada Mahathir, Kejayaan pada Dato najib. Ya Allah berikan kemakmuran pada Rakyat Malaysia dari barah barah mahluk mu yang tamak kan Kuasa dari menghancurkan RahmatMu pada kami.
    WasallallahualaMuhamadwaAllaAlihiwasallam.

    "Aku tak pernah minta projek apa dari Pak Lah atau mana ahli politik tapi aku ada hadiahkan Pak Lah Kenangan Beliau Sebagai perdana menteri KeLima - Kasut Capal Asli Buatan Tangan dengan Tertera P.M Ke 5 yang pernah disiarkan oleh Majalah 3 suatu ketika yang lalu.

    ReplyDelete

Note: Only a member of this blog may post a comment.