Ketua Polis Negara Tan Sri Ismail Omar Ismail Omar yang biasanya tenang hari ini kelihatan berang apabila ditanya tentang dakwaan bekas ketua menteri Sabah Tan Sri Harris Salleh bahawa polis menjalankan operasi merampas dan memusnahkan dokumen pengenalan diri yang diberikan kepada masyarakat Suluk di negeri itu.
"Saya tak akan layan cakap-cakap mengarut... Saya tiada masa untuk dakwaan liar - sama ada mereka main politik atau tidak.
"Kalau kamu tuduh macam itu, bawalah bukti pada saya," katanya kepada pemberita semasa sesi wawancara khas media di Bukit Aman hari ini.
Ketika mengulas lanjut, suaranya semakin lantang dan tidak dapat mengawal marah sehingga menepuk meja.
"Saya sudah diam lama, tetapi biar saya beritahu sekarang! Saya tak layan cakap-cakap mengarut. Kita menghadapi keadaan di mana orang saya mati (di Lahad Datu).
"Sekarang mereka di barisan depan menggadai nyawa. Kamu ingat ini main-main? Katanya, membuatkan wartawan terdiam seketika. -MK
Saturday, March 23, 2013
IGP berang terhadap bekas KM Sabah
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Haris bodoh masih mahu meyebelahi pendatang peliharaannya....
ReplyDeletePersatuan Rumpun Etnik Suluk Sabah(PRESS) menyangkal dakwaan melalui laporan media luar negara kononnya terdapat warga Filipina, khususnya yang berketurunan Suluk, ‘dikasari’ pihak berkuasa Malaysia ekoran kes pencerobohan pengganas di Lahad Datu.
ReplyDeleteSetiausahanya, Mohd Zaki Harry Susanto berkata berdasarkan maklum balas dan pemantauan anggota persatuan itu, ternyata laporan berkenaan hanya satu tohmahan yang sengaja dibuat untuk memburukkan imej negara ini di mata dunia.
ReplyDeleteApa yang sebenarnya berlaku ialah mereka (warga Filipina) boleh mencari makan dengan baik di negara Malaysia yang tercinta ini, dan tiada masalah bagi mereka untuk menikmati kehidupan seperti keadaan sebelum ini.
ReplyDelete“Jadi, tidak benar mereka dilayan sedemikian rupa seperti yang digembar-gemburkan oleh media luar negara, malah kami juga difahamkan tiada laporan polis dibuat berhubung isu (warga Filipina dikasari) setakat ini,”
ReplyDeleteMohd Zaki juga menyangkal dakwaan terdapat pemusnahan dokumen pengenalan diri sama ada kad pengenalan, pasport atau dokumen IMM13 di kalangan suku kaum Suluk di Sabah.
ReplyDelete
ReplyDelete“Setakat ini, tiada laporan polis dibuat berhubung perkara ini, dan kalaulah ada orang Suluk yang memegang dokumen yang tulen dan dokumen mereka telah dimusnahkan oleh pihak tertentu, kami merayu kepada mereka untuk tampil membuat laporan polis,
Dokumen IMM13 merujuk kepada pas khas yang dikeluarkan Jabatan Imigresen kepada pelarian tulen Filipina akibat perang bagi membolehkan mereka tinggal sementara di negeri ini.
ReplyDeleteMohd Zaki turut berharap rakyat negeri ini tidak terus ‘menghentam’ rakyat Malaysia berketurunan Suluk, terutama di media sosial.
ReplyDelete“Kami telah memutuskan mulai hari ini, kami akan memantau semua media khususnya media sosial, supaya tidak terus memperkecilkan etnik Suluk tempatan di Sabah.
ReplyDeletePengukuhan kehadiran anggota keselamatan secara berterusan di kawasan yang terlibat dengan aktiviti pengganas dan penubuhan kawasan Eastern Sabah Security Command (ESSCOM) sepanjang 1,400 kilometer di pantai timur Sabah, akan dapat mengekalkan keselamatan di Sabah.
ReplyDeleteKetua Polis Negara Tan Sri Ismail Omar berkata kedua-dua strategi jangka pendek dan jangka panjang itu dapat menyekat kemasukan pengganas yang cuba menggugat ketenteraman dan keselamatan Sabah pada masa-masa akan datang.
“Kita percaya musuh sekarang tertekan kerana ramai rakan mereka telah ditahan dan ada yang kini didakwa di mahkamah,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan majlis penutup Persidangan Pesuruhjaya Polis/Ketua Polis Negeri/Komander dan Komandan di Maktab PDRM Cheras hari ini.
ReplyDeleteIsu pencerobohan pengganas Sulu di Sabah adalah antara isu yang dibincangkan dalam persidangan itu selain mengenai persiapan Polis Diraja Malaysia (PDRM) untuk menghadapi pilihan raya umum ke-13 (PRU13).
Ismail berkata anggota keselamatan telah menambah baik persiapan awal PRU13 dan kini bersedia untuk mengawal keselamatan sepanjang PRU.
ReplyDelete“Orang ramai mempunyai peranan yang sangat penting, jadi mereka diminta bersikap rasional dan jangan bertindak seperti negara kita tiada undang-undang,” katanya.
Terdahulu beliau menerima sumbangan berjumlah RM354,782 daripada 10 penyumbang meliputi badan bukan kerajaan dan sektor korporat antaranya Bank Islam, Adabi Consumer Industries serta Persatuan
ReplyDeletePolis Agama Buddha.
Sumbangan itu akan diagihkan kepada lima penerima iaitu Ibu Pejabat Polis (IPD) Tawau, Balai Polis Lahad Datu, Balai Polis Tungku Lahad Datu, Balai Polis Cenderawasih dan Komtek Felda Sahabat 16 Lahad Datu.
IGP yakin strategi jamin keselamatan Sabah, semuanya ok.
ReplyDeleteMarah...??? tapi rakyat pribumi Sabah berhak utk lebih marah jika DALANG Projeck IC tidak ditangkap dlm masa terdekat..!!! dan pada KPN...askar dan tentera yg gugur diLahad Datu adalah perwira negara.. itu pendirian PR.. tapi perlu dijelaskan 'SIAPA' mereka yg menyebabkan 10 perwira negara terkorban
ReplyDeleteKegagalan mngheret mereka yg mnjadi dalang projek ic, mnunjukkan polis double standrad dn tdk mngikuti sistem prundangan Mlysia.. Klu lah yg mnjadi dalang itu adalah Anwar, nescaya Anwar da mrengkok di dlm penjara..
ReplyDeleteHarris Salleh giler dan KPN tolol.!! 2x5 sama-sama anjing UMngok.
ReplyDeleteKalau kat negara luar...polis yg mcm kat Mesia ni la yg mngakibatkn jatuhnya sesbuah kerajaan contoh IRAN zaman Shah Iran, kan rakyat sanggup mmberontak lawan Raja Iran yg dilindungi polis SAVAK, IRAQ pun sama oleh rejim revolusi Saddam serta bbrapa negara Islam lain. Yg bagusnyer, takde pulak negara maju spt EU, Jepun atau Korea nak lakukn benda2 mcm nih. Malah Thailand pon tak mcm kat mesia. SPR mereka pun kena heret ke mahkamah pd zaman peralihan PM Abhisit. Di Jepun, Menteri buat hal,PM akan letak jawatan..alasan malu kerana gagal mntadbir dan kalau Kementerian yg buat hal,menteri pulak letak jawatan. Morale of story..Jepun mmpunyai sejumlah ramai menteri2 yg trdidik agar mmentingkn organisasi atau negara bukan kroni atau anak isteri. Maju jauh kedepan negara Jepun walauuuu selalu tukar PM. Negara kita,bukan setakat tipu dan kebas hasil negara,siap bg ic percuma lagi kpd rakyat asing asalkan selamat politik UMNO.
ReplyDeleteIsmail Omar tu meraung bukan apa..makin ramai peg polis yg brpencen brminat dgn perjuangan rakyat. Jenderal2 jgn cakap le.
ReplyDeleteAda masyarakat suluk yang memang lama tinggal di sabah dan wujud sebelum negara merdeka lagi.mereka ni memang layak dapat dokumen pengenalan diri.
ReplyDeleteJangan main2 dengan anggota keselamatan negara.tanpa mereka,negara pasti kucar kacir dan huru hara sekarang ni.
ReplyDeleteHarris ni bila ada isu hot mesti dengar sudah dia bersuara.
ReplyDeleteBercakap biar dengan bukti sekali.jangan main lepas cakap ja.
ReplyDeleteDalam keadaan yang tegang di Lahad Datu ni, jangan pula panaskan hati pihak yang sudah berusaha bersungguh-sungguh dan sanggup berhadapan risiko nyawa bagi pertahankan negara. sebaliknya bagilah sokongan.
ReplyDeleteSuluk yg ganas wajib d tangkap, tp suluk yg cari mkn n sukakan keamanan jgn skali2 d perslhkan, mcm bangsa2 laen gak ada yg baek dan ada yg jahat, jgn krn nila stitik hbis susu setempayan renung2kan bersama... Dunia hanya pinjaman sementara tuk manusia
ReplyDelete