Wednesday, March 27, 2013

Tanduo Ditutup, Penduduk Dipindah Ke Lokasi Baru

LAHAD DATU: Pasukan keselamatan memutuskan bahawa Kampung Tanduo yang menjadi lokasi pendaratan kumpulan penceroboh militan Sulu akan ditutup dan tidak lagi menjadi kawasan petempatan penduduk.

Pesuruhjaya Polis Sabah Datuk Hamza Taib berkata semua penduduk kampung itu yang kini menghuni pusat pemindahan sementara akan dipindahkan ke satu lokasi baru yang akan diputuskan kemudian.

Beliau berkata keputusan itu dibuat selepas pihak keselamatan mendapati kawasan yang menjadi kubu pengganas sejak pencerobohan 12 Februari lepas itu terjejas teruk susulan gerakan ofensif yang dilancarkan 5 Mac lepas.

"Setakat ini, itu yang kita putuskan, kita akan bincang perkara ini lagi tetapi perbincangan di peringkat pasukan keselamatan mendapati lebih sesuai penduduk kampung itu yang jumlahnya tidak begitu ramai ditempatkan di satu tempat yang akan dikenal pasti kemudian," katanya pada sidang akhbar di Markas Operasi Felda Sahabat 16, dekat sini, Rabu.

Beliau berkata penempatan semula penghuni 12 rumah di kampung itu akan dibuat di kawasan berdekatan Kampung Tanduo dan lokasinya akan dikenal pasti dengan kerjasama pengurusan Felda Sahabat.

Hamza turut memaklumkan kawasan Kampung Tanjung Batu kini bebas daripada ancaman pengganas dan pihaknya akan bermesyuarat bersama Majlis Keselamatan Negara, Pejabat Daerah Lahad Datu dan ketua masyarakat kampung berkenaan bagi membincangkan proses membenarkan penduduk untuk kembali ke rumah masing-masing.

Proses penggeledahan dan pembersihan kini diteruskan ke Tanjung Labian dan Tanagian sebelum memasuki kawasan Sungai Bilis dan beliau yakin proses itu mampu diselesaikan segera sebelum memutuskan untuk membenarkan penduduk kembali ke rumah atau sebaliknya, katanya.

Terdahulu, Hamza berkata pasukan keselamatan merampas sepucuk pistol, enam butir peluru dan sebilah parang yang ditinggalkan militan selepas berlaku pertempuran di kawasan Sungai Bilis, Gugusan Labian pagi Rabu.

Beliau berkata kejadian pada 7.30 pagi itu berlaku ketika pasukan keselamatan sedang menjalankan operasi pembersihan di kawasan itu sebelum terserempak dengan tiga pengganas yang bertindak melepaskan tembakan ke arah anggota keselamatan.

Pengganas kemudian melarikan diri apabila diserang balas dan tiada kecederaan dilaporkan di kedua-dua pihak, katanya. BERNAMA

34 comments:
Write comments
  1. Nak sgt ikut konvensyen Geneva tu..hilang suda kg walau negeri ndak hilang. Siol kau Umno.

    ReplyDelete
  2. Terima kasih perajuit Negara yg berjuang utk org sabah.....sabah milik Malaysia..

    ReplyDelete
  3. Rakyat negeri ini sekali lagi diberi jaminan bahawa keselamatan dan keamanan mereka sentiasa dijaga dan diawasi.

    ReplyDelete
  4. Pewujudan ESSZONE dan ESSCOMM selain memantapkan lagi aspek keselamatan khususnya di kawasan pantai timur dan utara Sabah, ia juga mampu menambah keyakinan rakyat terhadap keselamatan mereka.

    ReplyDelete
  5. Dengan kerjasama semua pihak termasuk pasukan keselamatan, matlamat penubuhan ESSZONE akan tercapai dengan jayanya.

    ReplyDelete
  6. Efforts to beef up the country’s defense in the eastern region of Sabah shows that the government makes appropriate decisions to look after the people’s safety from external threat.

    ReplyDelete
  7. Former prime minister Tun Dr Mahathir Mohamad said that the government had taken the incident as a lesson to protect the people from whatever threat.

    “We can use it as a lesson so that we can always provide protection to the people and ensure that the country continues to be stable and can develop rapidly,” he said in an interview with Radio Sandakan FM which was aired today.

    ReplyDelete
  8. He said the country could handle the challenge posed by the incident because it had the experience in facing guerrilla warfare.

    Dr Mahathir said the security forces had fought against the communist terrorists previously and had defeated them although the world community had said that the guerrillas could not be beaten.

    ReplyDelete
  9. Commenting on the action by individuals using the social media to question the action of the government in tackling the incident, he said the people were now wiser and better trained to master knowledge at the tertiary institutions.

    Thus, he said, they were more mature in their thinking and the government should take into consideration the people’s maturity in political, economic and social matters.

    ReplyDelete
  10. “The government can use tools such as the social media to have dialogues and communications with the people. I am certain that the people’s achievements in terms of knowledge and efficiency as well as their professionalism can contribute towards national development,” he said.

    Nonetheless, Dr Mahathir said the people should be given guidance so that they would not forget the aspiration to become a developed nation.

    ReplyDelete
  11. Syabas usaha dan perjuangan pasukan tentera dan polis.

    ReplyDelete
  12. Kerajaan harus menjamin keselamatan dan ketenteraman negara.

    ReplyDelete
  13. Operasi dan kawalan masih diperlukan.

    ReplyDelete
  14. Buruan harus diteruskan, mungkin ada yang masih bebas dari tindakan.

    ReplyDelete
  15. Pemulihan masih memerlukan masa.

    ReplyDelete
  16. Kampung Tanduo, where the armed Filipino intruders were first holed up, will be permanently closed. Tungku assemblyman Datuk Mohd Suhaili Said further disclosed that the affected villagers would be resettled at an area where they would be provided with better security and facilities. “The new settlement would be equipped with basic facilities such as a surau, kindergarten and clinic. Villagers are then assured with better security and comfort,” he told displaced villagers yesterday.

    ReplyDelete
  17. He said this when presenting the RM1,000 special allowance for affected villagers from eight villages at Felda Sahabat, some 100 kilometres from here.
    “The closure is not meant to chase villagers out of Kampung Tanduo but we believe that it would be better suited for the security forces base as it is strategically located as it faces the Sulu and Sulawesi seas,” said Suhaili.

    ReplyDelete
  18. Lahad Datu District Officer Zulkifli Nasir said a proposed 300-acre land had been identified at Kampung Sungai Merah to resettle the villagers from Kampung Tanduo.
    “The location has been approved by the National Security Council and the police, and will be submitted to Chief Minister Datuk Seri Musa Aman for approval,” said Zulkifli.
    There are some 15 houses and about 20 families in Kampung Tanduo.

    ReplyDelete
  19. State Police Commissioner Datuk Hamza Taib on Wednesday confirmed that Kampung Tanduo was now free from terrorist threats.
    He said there were less than 10 intruders left and believed that they would get them in no time.
    The armed Filipino intruders were first spotted in Kampung Tanduo on February 12.
    On March 5, the Malaysian security forces launched an offensive attack on the intruders at Kampung Tanduo.

    ReplyDelete
  20. Meanwhile, Suahili said economic growth in Lahad Datu is expected to be further boosted by the setting up of the Eastern Sabah Security Command (ESSCOM).
    “The setting up of ESSCOM would ensure the sovereignity and security in the east coast of Sabah and encourage investors to do business in the district,” he said.

    ReplyDelete
  21. ESSCOM, which encompasses Kudat, Tawau, Kunak, Sandakan and Lahad Datu as announced by Prime Minister Datuk Seri Najib Tun Razak on March 7, is poised to promote rapid economic growth.
    Lahad Datu, with a population of 195,000 and located in between Tawau and Sandakan, is set to be the administration centre of ESSCOM.

    ReplyDelete
  22. apapun, moga kebajikan penduduk Tanduo di jaga

    ReplyDelete
  23. Mana-mana penduduk tonduo dari suluk tu, pindahkan ke negara mereka... tak boleh percaya dah dengan mereka.... dah diberi IC projek tak bersyukur.... he he..

    ReplyDelete
  24. Ini adalah untuk kebaikkan mereka juga kerana di masa hadapan tidak tahu apa yang akan berlaku. Ini adalah untuk keselamatan mereka.

    ReplyDelete
  25. tempat itu sudah menjadi tempat bersejarah yang menyedihkan buat kita. Sampai bila2 ini akan menjadi kenangan yang tidak dapat dilupakan.

    ReplyDelete
  26. Kepada mereka yang terlibat ini adalah kenangan paling pahit yang mereka alami, dan ini juga mengigatkan kita tentang pengorbanan yang telah di dilakukan oleh pasukan polis dan juga askar kita. Hargailah pengorbanan ini.

    ReplyDelete
  27. Sokongan kita kepada pasukan keselamatan kita adalah amat diperlukan.

    ReplyDelete
  28. Semoga hal sebegini tidak akan berlaku lagi di masa akan datang dan jika ianya berlaku kita sudah lebih bersedia dan berpengalaman

    ReplyDelete
  29. Doakan agar mereka yang terlibat akan memberikan kerjasama yagn sepenuhnya kepada pihak berkuasa kita.

    ReplyDelete
  30. Lokasi baru pasti akan lebih selesa dan tidak mengingatkan keadaan perang yang berlaku di Kg Tanduo

    ReplyDelete
  31. Tidak ada banyak yang dapat kita lakukan selain dari berdoa agar semua berlaku akan berakhir dengan sebaik mungkin.

    ReplyDelete
  32. Semuanya harus memberi kerjasama dengan sebaik mungkin bagi mengelak sebarang kesukaran untuk menyelesaikan masalah ini.

    ReplyDelete
  33. Setakat ini belum ada berlaku sebarang tindakan yagn tidak diingini antara kedua negara Malaysia dan Philippine, kedua2 negara masih menjalinkan hubungan dengan baik

    ReplyDelete
  34. He said this when presenting the RM1,000 special allowance for affected villagers from eight villages at Felda Sahabat, some 100 kilometres from here.

    “The closure is not meant to chase villagers out of Kampung Tanduo but we believe that it would be better suited for the security forces base as it is strategically located as it faces the Sulu and Sulawesi seas,” said Suhaili.

    Lahad Datu District Officer Zulkifli Nasir said a proposed 300-acre land had been identified at Kampung Sungai Merah to resettle the villagers from Kampung Tanduo.

    ReplyDelete

Note: Only a member of this blog may post a comment.