Friday, March 29, 2013

Risalah ‘Kenapa saya mesti tolak Umno BN’ diedar

Gelombang Anak Muda Tolak Umno BN (Tolak) hari ini telah melakukan Speaker Corner penerangan kepada rakyat Malaysia khususnya di kawasan Kuala Lumpur tentang kesedaran mengundi dan menolak Umno BN dalam pilihanraya umum yang akan datang.



“Speaker Corner pada hari ini sengaja kita pilih untuk buat di Masjid Negara untuk mendekati masyarakat dan rakyat menerusi kempen-kempen penerangan demi suatu perubahan dalam pilihanraya umum yang akan datang,” ujar Pengerusi Majlis Politik Nasional Gamis, Ahmad Afif Zulkipli.

Katanya, Gelombang Tolak telah dilancarkan pada 15 Mac lalu di Bangunan Umno PWTC dan turut mendapat sokongan moral daripada beberapa NGO termasuk Royalti Kelantan, Anak, Himpunan Hijau Lynas dan Sasterawan Negara, Datuk A. Samad Said dan sidang media yang kedua di KLSCAH pada 27 Mac lepas.

Dalam masa yang sama, katanya edaran 1,000 risalah ‘Kenapa Saya Mesti Tolak Umno BN’ berjaya diedarkan kepada masyarakat selepas selesai solat Jumaat di Masjid Negara.

Jelasnya, antara sebab Umno BN mesti ditolak yang terkandung dalam risalah tersebut ialah pengamalan politik lucah dan samseng, kos sara hidup rakyat yang tinggi, pengamalan rasuah dan kronisme dalam negara, menyekat kebebasan akademik unversiti, ketempangan sistem demokrasi dan pilihanraya, penafian hak rakyat seperti royalti rakyat Kelantan dan kegagalan mengangkat martabat kaum wanita.

“Kita harapkan maklumat kempen pada hari ini dapat disebarkan kepada seluruh masyarakat agar mereka dapat turut bersama dengan kita melakukan perubahan dalam pilihanraya yang akan datang,” katanya.

Pengerusi Tolak, Mohd Azan Safar pula berkata, untuk program berikutnya, mereka akan mengadakan konvoi berkenderaan sebelum memulakan siri jelajah Tolak Umno BN ke seluruh negara.

“Ini untuk memberikan kesedaran kepada rakyat di peringkat akar umbi di samping mengumpulkan tanda tangan sokongan rakyat untuk menolak Umno BN dalam pilihanraya umum yang akan datang,” jelasnya. -HD

64 comments:
Write comments
  1. Saya tolak umno kerana! Madey sanggup jual negara kpd pendatang asing. Kerana Najib tak berani nak berdebat ngan Anuar. Kerana Umno hanya berani berkokok di gelanggang sendiri sahaja.

    ReplyDelete
  2. BN memerintah bukan utk kebaikan rakyat...Tetapi demi utk memuaskan nafsu dari pemimpin hingga keakar umbi mereka. BN dok berkokok sini...Dok berkokok sana, menafikan hak rakyat. Banyak kesalahan yang BN lakukan...BN mengaburi mata rakyat dgn bermacam macam BR1M. Diajak berdebat dgn cara terhormat...Diam membisu..Kelu....Musnahnya kepimpinan BN krn pemimpin BN sendiri.. Mereka pandai bermain silap mata...Tetapi sekarang rakyat dah sedar dah nampak tipu helah mereka. Ayuhhh.. Pada detik PRU13, pasti mata pena lancar memangkah PR...

    ReplyDelete
  3. Pakatan pembangkang perlu ditolak, ia tidak boleh disokong sama sekali.Itulah peringatan tegas bekas Ketua Penerangan Parti Keadilan Rakyat (PKR), Ruslan Kassim kepada rakyat khususnya para pengundi pada Pilihan Raya Umum Ke-13 nanti.

    ReplyDelete
  4. Penolakan terhadap pakatan pembangkang itu, kata Ruslan, sangat penting memandangkan pakatan itu, dakwa beliau, hanya menjadi alat kepada bangsa Yahudi.

    ReplyDelete
  5. Beliau mendakwa, secara lebih tepat, pakatan pembangkang mendapat bantuan dan tajaan kuasa asing itu untuk memporak-perandakan Malaysia.

    ReplyDelete
  6. Menurut beliau, pakatan pembangkang menjadi alat-alat Yahudi di negara ini bersama-sama beberapa portal berita propembangkang dan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) yang mana fungsi mereka hanya menyokong pakatan pembangkang semata-mata.

    ReplyDelete
  7. "Yahudi ini seperti Ah Long antarabangsa yang menaja pakatan pembangkang untuk menjajah kembali negara kita.

    "Pakatan pembangkang pula akan menggunakan si kitul (orang suruhan) mereka untuk memusnahkan negara," katanya.

    ReplyDelete
  8. Kenyataan Ruslan itu disokong bekas Setiausaha sulit Datuk Seri Anwar Ibrahim, Anuar Shaari yang menyifatkan pakatan pembangkang aktif dan disokong oleh NGO-NGO tempatan.

    ReplyDelete
  9. Katanya, NGO-NGO tempatan yang memihak kepada pembangkang sememangnya mendapat tajaan daripada luar negara.

    "NGO-NGO tempatan bekerja rapat dengan badan-badan atau pertubuhan dari luar.

    ReplyDelete
  10. "NGO-NGO yang propembangkang ini mempunyai agenda dan mereka ini telah membantu pakatan pembangkang dalam setiap aspek," ujarnya.

    ReplyDelete
  11. Datuk Seri Najib Razak berkata, kekalahan pihak pembangkang bukan kerana tekanan Barisan Nasional (BN), sebaliknya disebabkan pelbagai pendekatan dan dakyah yang disebarkan mereka ditolak rakyat.

    ReplyDelete
  12. Perdana Menteri berkata, pembangkang seharusnya menerima hakikat itu walaupun sebenarnya mereka lebih awal menjelajah ke seluruh negara untuk mengadakan ceramah, selain menyebarkan pelbagai isu dan menabur janji menerusi blog, emel dan SMS.

    ReplyDelete
  13. "Jika rakyat tidak sokong mereka dan trend didapati memihak kepada BN, ini bukan disebabkan kita menekan mereka (pembangkang), sebaliknya ini bererti rakyat menolak mereka.

    ReplyDelete
  14. "Ia juga bermakna kempen mereka tidak diterima rakyat," katanya.

    ReplyDelete
  15. Dr Mahathir said the people should count their blessings and not fall prey to the intimidation of certain quarters to change the current government in the next general election.

    ReplyDelete
  16. He said the people should not want to change a government when they were receiving various benefits.

    ReplyDelete
  17. “We like to find fault. Some people do not appreciate what they receive. They allege that the government is cruel, that it oppresses the people and does not provide freedom, when we receive all kinds of benefits.

    ReplyDelete
  18. “They have no valid reason to change the government. They seek to do so just because of hatred. One must ponder carefully, give preference to those who serve, not those who cannot be accepted at all,” he said.

    ReplyDelete
  19. Much of the development has been undertaken by the federal government. One has to decide who can (bring development) and who cannot. There must be a credible government; otherwise, we will suffer. Do not vote with anger,” he said.

    ReplyDelete
  20. UMNO dan BN akan ditolak rakyat malaysia kerana pelbagai masalah moral pemimpin2 BN termasuk pemimpin tetinggi..... moral pemimpin pembangkang masih tinggi berbanding pemimpin UMNO dan BN....

    ReplyDelete
  21. Siapa kata orang jews along, mereka adalah bangsa pilihan tuhan , kalau bukan mereka dunia akan huru-hara jangan hairan sudah tertulis dalam bible dan koran palistine adalah musuh mereka ini adalah sumpahan tuhan.

    ReplyDelete
  22. amenobn 50 th lbih berkuasa rakyat masih ada lagi hidup dlm kemiskinan nama aje negara pengeluar minyak, apa taknya segala kekayaan tidak diagihkan dgn cara adil yg kaya betabah kaya yang miskin hanya cukup makan pagi dan ptg bukan kerana malas tapi kerana sara hidup yg semakin meningkat malahan perkerjaan diagihkan kepada org pendatang disebabkan para majikan ada yg tamak megejar keuntungan semata mata. KALI INI LA.........KITA TUKAR!!!!!

    ReplyDelete
  23. Jelasnya, antara sebab Umno BN mesti ditolak yang terkandung dalam risalah tersebut ialah pengamalan politik lucah dan samseng, kos sara hidup rakyat yang tinggi, pengamalan rasuah dan kronisme dalam negara, menyekat kebebasan akademik unversiti, ketempangan sistem demokrasi dan pilihanraya, penafian hak rakyat seperti royalti rakyat Kelantan dan kegagalan mengangkat martabat kaum wanita......tak sebutpun nak laksanakan hukum hudud...perkara benar mesti dikatakan benar walaupun sumpah laknakh,...melawatlah di selatan thailand dan isi imyak petro serta makan lah nasi pagi disana nak tahu berapa harganya......, mahasiswa tugasnya wajib menuntut ilmu...lepas belajar bolehlah nak telan politik pun..., apakah tidak demokrasi lagi pr menag lima buah negeri..., apakah kelantan ada telaga minyak...hasilbalak kelantan 1.5 juta hektar mana royaltinya kepada rakyat...hampir separuh wanita zaman sekarang di malaysia ada ilmu dan pekerjaan... apakah kita ingin berada zaman 60,70 an....dimana rakyat akan berhijrah ke thailan (siam) untuk menoreh getag..atau ke singapura untuk menjadi buruh kasar....tetapi sekarang anak muda dan rakyat berkerja dinegara kita sendiri..siapa yang bina ladang pekerjaan anak-anak muda.dengan adanya felda.... rakyat dapat tanah sendiri bukannya bagi kepada bangsa asing...berfikir dahulu pendapatan bukanya...nanti menag baru kita berfikir....siapa nak jadi pm la..., nak buat apala...nak jual putrajayala...

    ReplyDelete
  24. Yg pasti, UMNO hanya mnghidangkan :

    POLITIK SAMSENG, BUDAYA LUCAH, KRONISME & NEPOTISME, RASUAH MNJADI2, TIDAK MMBENARKAN SYIAR ISLAM DI BUMI MALAYSIA, ROSMAH LEBIH KEDEPAN DR PM, TIADA LG PNDIDIKN PERCUMA UTK RAKYAT, MNGHADIAHKN KEPERLUAN RAKYAT KPD KRONI UTK DISYARIKATKN SPT API AIR DLL, KENAIKAN HARGA BARANG ASAS serta banyak lagi utk disenaraikn.

    TQVM.

    ReplyDelete
  25. Kerajaan Barisan Nasional (BN) sentiasa peka akan masalah dan harapan golongan muda dan sehubungan itu mereka perlu mempertahankan kerajaan sedia ada dalam pilihan raya umum ke-13 (PRU13) nanti, kata Menteri Besar Johor Datuk Abdul Ghani Othman.

    ReplyDelete
  26. Beliau berkata generasi muda mendapat perhatian lebih baik di bawah kepimpinan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak sehingga mereka boleh berinteraksi dengan pemimpin nombor satu negara melalui media alternatif.

    ReplyDelete
  27. Oleh yang demikian, katanya generasi muda tidak boleh bereksperimen dengan membiarkan pakatan pembangkang berkuasa pada PRU13 kerana sesuatu perubahan itu tidak semestinya membawa kebaikan.

    ReplyDelete
  28. Beliau berkata demikian ketika merasmikan karnival mesra belia fiesta kawasan Parlimen Ledang di Dataran Pulau Penarik,

    ReplyDelete
  29. Kira-kira 3,000 belia dan beliawanis menghadiri majlis itu yang turut dihadiri Pengerusi Jawatankuasa Sumber Manusia Negeri M. Asojan dan Anggota Parlimen Ledang Ir Hamim Samuri.

    ReplyDelete
  30. hanya nak tanya APA ITU APCO JENAMA DARI MANA APCO NI.DAN SIAPA YANG BAYAR pr kah atau bn jadi jangan seperti pribahasa TELUNJUK LURUS TAPI KELINGKING BERKAIT

    ReplyDelete
  31. Plkn adalah salah satu program yang merugikan. Kalau nak buat national services ikutlah negara jiran. Selama 2 tahun masuk tentera. Bukan mcm plkn yang byk menguntungkan pihak kroni. Tu haaa...tender menjahit pakaian seragam plkn siapa yang punya? X hairan dapat beli cincin 24 juta....

    ReplyDelete
  32. SPR JANGKA PARLIMEN BUBAR AWAL MEI 2012
    PUTRAJAYA: Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof memberi bayangan Parlimen mungkin dibubarkan seawal Mei 2012 bagi membolehkan Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13) diadakan dalam tempoh 60 hari selepas itu sama ada pada Mei atau Jun.
    Beliau berkata, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak tidak mungkin membubarkan Parlimen dalam masa terdekat kerana Jawatankuasa Pilihan Khas Penambahbaikkan Proses Pilihan Raya (PSC) hanya dijangka selesai mengemukakan semua cadangan ke Dewan Rakyat untuk dilaksanakan SPR pada April depan.

    Justeru, Abdul Aziz berkata, beliau berharap Perdana Menteri memberikan tempoh beberapa bulan kepada Ahli Panel SPR berbincang dan melaksanakan penambahbaikan proses pilihan raya seperti dicadangkan oleh PSC.

    - BERITA HARIAN

    ReplyDelete
  33. Bila PRU da dijalankan disanalah kita akan nampak lagi banyak karenah dan makin banyak juga yang akan failkan saman. Yang pasti, undi rakyat adalah penentu segalanya.

    ReplyDelete
  34. Apakah alasan untuk belia khasnya pengundi muda dan pengundi pertama kali pada pilihan raya umum ke-13 ini untuk menyokong pembangkang?

    Bagi David Choong, 28, tiada alasan untuk menyokong pakatan pembangkang kerana kerajaan di bawah kepimpinan Datuk Seri Najib Tun Razak sudah melayani setiap masyarakat dengan baik tanpa mengira kaum, malah membuka peluang dalam pelbagai bidang kepada orang Melayu, Cina dan India.

    “Apa yang penting ialah awak berusaha sendiri dan mengejar peluang itu dan bukannya menyalahkan orang lain. Percayakah awak kepada janji-janji yang mustahil dibuat contohnya hapuskan tol?” katanya yang mengusahakan perniagaan jual beli emas terpakai milik keluarganya di sini.

    “Saya berani bercakap bahawa kekayaan di negara ini dikongsi semua bangsa sama ada Melayu, Cina dan India atau pribumi lain. Awak lihat senarai orang yang terkaya di Malaysia. Ini meliputi semua bangsa. Ini bukan soal perkauman,” katanya.

    “Kenapa asyik komplain kerajaan. Kerajaan kita bukanlah sampai ke tahap ekstrim sehingga membunuh rakyatnya sendiri,” tambahnya, yang tidak mahu memperjudikan masa depannya dengan membuat pilihan yang salah berdasarkan emosi.

    ReplyDelete
  35. Malah, banyak belia berpendapat kerajaan hari ini memberikan tumpuan besar kepada golongan belia dan ini dilakukan secara berterusan.

    Contoh paling ketara ialah Perhimpunan Sejuta Belia di Putrajaya dari 23-27 Mei yang merupakan penghargaan besar kerajaan terhadap belia, menyediakan 500 program yang pelbagai, bagi menampung minat mereka dan memberi peluang mereka berekspresi.

    “Tidak pernah ada negara lain di dunia ini yang berani menyerahkan pusat pentadbirannya kepada golongan belia bagi menjalankan aktiviti berfaedah untuk menghargai usaha dan bakat mereka,” memetik kenyataan Menteri Belia dan Sukan Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek.

    Jadi, jika difikir secara mendalam, perlukah belia yang mewakili 45 peratus penduduk Malaysia dengan membabi buta menolak kerajaan yang ada seperti yang dilakukan kumpulan tertentu dalam masyarakat yang mungkin didalangi pembangkang?

    ReplyDelete
  36. Najihah Amney, 28, seorang graduan Universiti Malaysia Sarawak berkata sokongan kepada kerajaan perlu diberikan untuk meneruskan dan menentukan hala tuju yang betul selepas 54 tahun merdeka di bawah kepimpinan Barisan Nasional (BN).

    Beliau memberikan analogi seorang ayah yang sudah berpuluh tahun berpengalaman memandu kereta tentulah lebih diyakini oleh anak-anak untuk perjalanan jauh berbanding anak sulung yang baru sebulan mendapat lesen, tambahan lagi perjalanan bagi Malaysia dan generasi mudanya masih jauh dan panjang.

    “Apatah lagi kerajaan BN terbukti berjaya mentransformasi Malaysia sehingga menjadi maju seperti sekarang, tentunya kita tidak bijak jika menggadai masa depan sendiri hanya kerana janji-janji manis yang belum tentu ditunaikan,” katanya.

    Katanya walaupun BN mungkin ada kealpaan atau terlepas pandang dan memang terdapat rakyat yang hidup lebih susah daripada yang lain tetapi keadaan it bukannya ditentukan oleh kerajaan, tetapi lebih kepada rezeki yang dikurniakan oleh Allah.

    “Orang yang susah di Malaysia tidaklah hidup sampai kebuluran. Maknanya, dengan bantuan yang kerajaan hulurkan, kita perlulah berusaha menggunakan peluang yang ditawarkan. Jadi kita perlu faham dengan situasi ini,” katanya yang kini menguruskan sebuah rumah anak yatim.

    ReplyDelete
  37. Pengurus syarikat swasta, Shamsul Idham Abdul Iahad, 38, berkata kenapa rakyat perlu memperjudikan nasib memilih kerajaan yang baharu sedangkan kerajaan yang sedia ada iaitu BN sudah membuktikan bahawa mereka adalah kerajaan yang baik dan menjaga kebajikan rakyat.

    “BN juga memacu negara kepada hala tuju dan membangunkan negara seperti yang rakyat mahukan. Bagaimanapun ketelusan di dalam kerajaan juga satu perkara penting dan perlu diberi perhatian,” katanya.

    Shamsul berkata cita-cita pakatan pembangkang perlu ditolak kerana mereka sesama sendiri pun tidak mempercayai satu sama lain dan gabungan itu hanyalah untuk kepentingan masing-masing pada masa-masa tertentu sahaja.

    ReplyDelete
  38. The much anticipated 13th General Election (GE13) is set to be announced soon, with the political parties, observers, investors and the man on the street probably having one thing in their mind, will BN return with a solid mandate and prove its detractors wrong?

    ReplyDelete
  39. While it is up to the 13 million voters to decide, an academician who has been closely following the political developments in the country believed that the current political tide favours BN.
    “BN will recapture the seats taken by the opposition. BN will win big. BN will return with two thirds majority.”

    ReplyDelete
  40. This is the personal analysis of Prof Dr Kamaruddin M Said, the head of the Historical Heritage and Socio-Culture Cluster of the National Professors’ Council during an interview with Bernama here recently.
    Kamaruddin conceded that while some might consider his views being overly optimistic, the views were based on the voter sentiment and fundamentals that favour BN.

    ReplyDelete
  41. As for Kamaruddin, the GE13 would ‘correct’ the outcome of GE12 in 2008 as the voters now could appreciate better the good and bad, the strength and weaknesses of both BN and the opposition pact (PR).
    And the ‘correction’ made by the voters would help BN wrest back most, if not all, of the Parliament seats that the alliance lost to the opposition in 2008.

    ReplyDelete
  42. As for the record, in the 2008, BN lost its two thirds majority when it only won 140 Parliament seats while another 82 Parliament seats going to PR. At the state assemblies, BN secured 307 seats while PR won 198.

    Kamaruddin’s assumption of BN’s big win is very much based on his optimistic analysis of Prime Minister Datuk Seri Najib Tun Razak’s leadership of the government and BN.

    ReplyDelete
  43. BN’s leadership at present is a stark contrast of what it was before 2008. Dynamism, clear vision and strategic development plans have been the cornerstone of the present leadership. He believed that these were the fundamentals that would make voters favour BN. Najib’s has proven a dynamic leadership with numerous transformation programmes and the 1Malaysia initiatives have been the battle cry for BN to return with a resounding victory in GE13.

    ReplyDelete
  44. According to Kamaruddin, the 1Malaysia concept has served as a strategic initiative in establishing all-inclusiveness with the Chinese and Indians. The success of the initiative is largely due to the fact that the Malays no longer fear competing with others. “This is due to the success of the New Economic Policy that gave rise to many Malay professionals.

    ReplyDelete
  45. “If the same initiative was introduced in 1970, it would not be acceptable due to the May 13, 1969 tragedy. The Malays then were dependent on the poverty eradication efforts and advocacy of their rights.
    “But when it was announced in 2009, the new generation of Malays found it acceptable as they were confident enough to compete, and bold enough to take to the international stage,” noted Kamaruddin.

    ReplyDelete
  46. Kamaruddin who is also a lecturer with Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA) pointed out that Najib has also introduced changes to the sensitive laws viewed as draconian by the opposition.
    They include the repeal of the Emergency Ordinance Act and Internal Security Act.
    “The University and University Colleges Act 1971 too were revised and there is no longer any restriction for undergraduates to participate in politics.

    ReplyDelete
  47. “The 1Malaysia programmes with the slogan People First, Performance now indicates all citizens will receive help regardless of their ethnicity.
    “This will be seen as something fair to all especially by the fence-sitters”, he explained.

    ReplyDelete
  48. Setelah lebih 4 tahun berlangsung pilhanraya umum bagi negara Malaysia yang melihatkan beberapa buah negeri jatuh ke tangan Pakatan Rakyat, kini pilhanraya umum ke 13 sudah berada di ambang pintu, hanya menunggu masa untuk di umumkan oleh Perdana Menteri Malaysia Datuk Seri Najib Razak.

    ReplyDelete
  49. Pelbagai perkara telah terjadi sepanjang tempoh 4 tahun ini yang mana kita semua melihat kejatuhan pimpinan Pakatan Rakyat negeri Perak yang di pimpin oleh Datuk Seri Nizar Jamaluddin dan di monopoli oleh kepimpinan DAP.

    ReplyDelete
  50. Pakatan Rakyat mengatakan bahawa kejatuhan ini adalah disebabkan oleh penggulingan Barisan Nasional walaupun pada hakikatnya kepimpinan kerajaan Pakatan Rakyat negeri Perak tidak lagi mendapat kepercayaan dari beberapa orang Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) yang seterusnya keluar dari parti dan menyokong kepimpinan Barisan Nasional.

    ReplyDelete
  51. Kita juga melihat bagaimana Datuk Dr Hasan Ali dipecat dari menjawat jawatan EXCO kerajaan negeri Selangor dan ahli PAS, ini semua kerana kepimpinan DAP serta PKR tidak bersetuju dengan cara Hasan Ali menguatkuasakan undang-undang islam di negeri tersebut.

    ReplyDelete
  52. Kita juga dikejutkan dengan kes EXCO kerajaan negeri Kedah yang tidak dilantik semula oleh Menteri Besar hingga mengheret PAS Pusat untuk membuat keputusan dengan mewujudkan jawatankuasa bertindak untuk menyelesaikan krisis tersebut.

    ReplyDelete
  53. Pulau Pinang pula kita semua dapat lihat bahawa kerajaan negeri telah bertindak zalim terhadap orang-orang melayu terutamanya peniaga-peniaga yang merasakan diri meraka sentiasa ditindas dan ditekan oleh kerajaan negeri.

    ReplyDelete
  54. Itu semua adalah kes-kes dimana melibatkan kerajaan negeri dibawah kepimpinan Pakatan Rakyat. Ini belum lagi termasuk dengan kes pemberian daripada sebuah syarikat kepada Mursyidul Am PAS berupa pakej haji bernilai lebih dari setengah juta ringgit.

    ReplyDelete
  55. Begitu juga dengan kes Ellizabeth Wong yang gambar bogelnya tersiar di dalam laman-laman web, belum lagi kisah khalwat yang melibatkan ADUN PAS dan kes khalwat yang melibatkan Dr Badrulamin baru-baru ini di Pahang.

    ReplyDelete
  56. Kes yang melibatkan menantu kepada Mursyidul Am PAS yang memegang jawatan tinggi dalam anak syarikat kerajaan negeri Kelantan. Kes pasir di Selangor, Pemberian kontrak secara runding terus oleh kerajaan negeri Selangor dan banyak lagi.

    ReplyDelete
  57. Semua kes-kes ini dipandang sepi oleh pihak Pakatan Rakyat dan mereka masih lagi mengatakan kes-kes tersebut semuanya adalah konspirasi UMNO dan Barisan Nasional.

    ReplyDelete
  58. Kes yang melibatkan Datuk Seri Anwar Ibrahim yang dituduh meliwat Shaiful Bukhari dan kemudian dibebaskan kerana masalah teknikal dan kes video seks beliau yang didedahkan oleh Datuk Eskay serta video terbaru dari papagomo mengenai skandal seks sejenis Anwar...

    ReplyDelete
  59. Ini semua jelas mnunjukkan bahawa Pakatan Rakyat tidak mampu dan tidak layak untuk memerintah sebuah negara, mana mungkin mereka layak untuk memerintah, sedangkan belum lagi memerintah negara sudah bermacam-macam kisah yang dilakukan oleh pihak Pakatan ini.

    ReplyDelete
  60. Jadi untuk PRU13 nanti, marilah sama-sama kita memberikan semula kepercayaan yang telah diberikan oleh datuk dan nenek kita dulu kepada UMNO dan Barisan Nasional.

    ReplyDelete
  61. siapa taja pembuatan risalah tersebut?

    ReplyDelete
  62. Belia Sokong BN. InsyaAllah :)

    ReplyDelete

Note: Only a member of this blog may post a comment.