Seramai 7,475 pemegang kad pengenalan (IC) merah dan hijau telah dijumpai tersenarai sebagai pengundi didaftar sebagai pemilih terbaru Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR).
Pakar strategi pilihanraya Ong Kian Ming yang menjalankan penyiasatan ekoran testimoni Ruslan bin Alias, bekas Ketua Penolong Jabatan IC Sabah dan Sarawak di Jabatan Pendaftaran Negara, kepada Suruhanjaya Siasatan Diraja menangani masalah pendatang asing tanpa izin di Sabah.
Di dalam kenyataannya, Ruslan berkata IC merah telah diberikan kepada IC lama yang bernombor dari H6000000 ke H6040000 manakala IC hijau diberikan nombor H8000000 to H8040000.
“Semasa kita meneliti daftar pemilih suku ke-4 2012, yang dipercayai akan digunakan untuk pilihanraya yang bakal datang, kita menemui 7,029 pengundi dengan IC lama yang tergolong dalam lingkungan nombor IC merah dan 446 pengundi dengan IC lama yang tergolong dalam lingkungan nombor IC hijau,” kata Ong.
Ini bermakna, kata Ong, seramai 7,475 warga bukan Malaysia boleh mengundi di pilihanraya akan datang.
“Tidak mengejutkan, kerusi yang mempunyai paling banyak dan peratusan IC merah dan hijau ini adalah juga kerusi yang mempunyai nombor dan peratusan IC lama yang bermasalah. Malah, tiga kerusi teratas untuk pengundi IC Merah dan Hijau dan masalah IC lama adalah sama iaitu P188 Silam, P190 Tawau dan P191 Kalabkan,” tambah Ong.
Ong tidak menolak kemungkinan sebahagian daripada mereka telah menjadi warga Malaysia.
Tapi, kalau beliau, ‘kebetulan data’ ini berlaku di kerusi-kerusi yang mempunyai banyak masalah IC lama memberi lampu hijau kepada satu siasatan menyeluruh diadakan.
SPR bersama JPN diseru untuk menyiasat status pengundi Merah dan Hijau dan membuangkan mereka dari senarai pengundi sekiranya mereka bukan warganegara. -HD
Saturday, March 23, 2013
Sabah : Bagaimana IC merah, hijau boleh mengundi?
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Kan dah kata Umno ni le petualang neg.
ReplyDelete
ReplyDeleteHarap2lah pengundi hantu ini akan dibersihkan di dalam daftar oleh SPR sebelum PRU13.
Iya btl 2..harap2 la..
ReplyDeleteKenapa baru sekarang kita mengharapkan daftar pengundi akan dibersihkan? Kenapa tidak dari dulu lagi. Selama 55tahun kita telah diperintah oleh bn umno tetapi kenapa sekarang semua ini baru didedahkan? Terima kasih kepada perjuangan Bersih yang banyak mendapat kutukan dari orang2 yg telah berfikir menggunakan kepala lutut mereka yang bijak. Semua mengatakan perhimpunan haram akan menghancurkan negara. Tetapi pemberian taraf warganegara kepada pti, dan pengundi hantu merupakan satu ancaman dlm selimut yang akan menghancurkan negara dalam diam2. Siapa yang bersalah dlm perkara ini? Pembangkang ke? Fikirkanlah wahai penyokong dan pengundi tegar parti dacing karat dan umngok.
ReplyDeletebuang saja umno dan BN ini.mereka lah penghianat sebenar,beri IC kpd pendatang semata mata untuk menang pilihanraya.
ReplyDeletePengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof memberi jaminan senarai daftar pemilih adalah bersih dan proses pilihan raya umum ke-13 (PRU-13) akan menjadi yang terbaik.
ReplyDeleteTibai sahaja dia dalam PRU13.... mari tukar baju penduduk sabah... kita sudah di khianati oleh UMNO/BN...
ReplyDeleteBeliau berkata SPR membersihkan senarai daftar pemilih dengan bantuan Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) kerana JPN mempunyai bidang kuasa untuk menentukan sama ada seseorang itu adalah warganegara atau bukan warganegara. "Daftar pemilih yang kita ada sekarang iaitu sekitar 13.3 juta pengundi (termasuk di Sabah) sehingga Disember tahun lepas, adalah bersih. Pilihan raya umum ke-13 mungkin panas, mungkin mencabar tetapi tidak terkotor," katanya.
ReplyDeleteDatuk Seri Najib Razak menegaskan kerajaan komited terhadap usaha mengukuhkan proses pilihan raya di negara ini dan memberi jaminan akan melakukan apa saja bagi memastikan objektif itu tercapai.
ReplyDeletePerdana menteri berkata, buat pertama kalinya kerajaan memperkenalkan penggunaan dakwat kekal dalam Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13).
ReplyDeletePada masa sama, beliau berkata, rakyat Malaysia yang berada di luar negara turut dibenarkan menyertai proses pilihan raya di negara dan menunaikan tanggungjawab mereka dengan membuang undi pada PRU-13.
ReplyDelete“Kami membuat pertimbangan terhadap beberapa tuntutan (yang dikemukakan) daripada pelbagai kumpulan, dan sebahagian besar daripadanya dilaksanakan.
ReplyDeleteAntaranya. tujuh daripada lapan tuntutan BERSIH dilaksanakan,”
ReplyDeleteAhli srategi pilihan raya DAP Ong King Ming mendesak Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) untuk menyiasat dakwaan terdapat nombor kad pengenalan hijau dan merah dalam daftar pemilih.
ReplyDeleteWalaupun mengakui bahawa pemegang nombor lama itu mungkin sudah mendapat kerakyatan, Ong berkata, ia amat membimbangkan disebabkan ditemui dalam kawasan yang dianggap banyak masalah oleh Jabatan Pendaftaran Negara (JPN).
ReplyDelete“Ketika menyiasat daftar pemilih terkini untuk suku keempat 2012, kami dapati terdapat 7,029 pengundi dengan nombor kad pengenalan lama milik pemegang kad merah dan 446 lagi menggunakan nombor kad hijau.
ReplyDelete“Ini bermaksud, jumlah 7,475 itu mungkin bukan penduduk Malaysia dan tidak layak mengundi tetapi dimasukkan dalam daftar pemilih,” katanya.
ReplyDeleteOng menyemak nombor kad merah antara H6000000 kepada H6040000 dan untuk nombor kad hijau pula antara H8000000 hingga H8040000 yang dibekalkan oleh ketua jabatan kad pengenalan JPN Sabah dan Sarawak Ruslan Alias ketika suruhanjaya diraja pendatang asing Sabah berjalan.
ReplyDeletewahai Spr jangan sampai rakyat dah tak percaya lagi pada sistem demokrasi negara sudah la. Buat kerja tu ingat Allah melihat apa yg anda lakukan.
ReplyDeleteWahai SPR bersihkanlah senarai pengundi jadilah warganegara yang jujur semoga Allah mengampunkan dosa-dosa yang lalu.
ReplyDeleteSPR ( Suruhanjaya Penipu Rakyat )
ReplyDeleteMantera xpayak la ko nak pertahankan benang yg sudah lama kebasahan....
ReplyDeleteSPR & JPN telah digesa untuk menyiasat status pengundi Merah dan Hijau dan mengeluarkan mereka daripada senarai pengundi jika mereka bukan warganegara.
ReplyDeleteSuruhanjaya Pilihan Raya (SPR) telah menolak dakwaan bahawa suruhanjaya itu boleh mencari nama pengundi yang telah memilih calon-calon mereka dalam GE13.
ReplyDeleteSPR timbalan pengerusi, Datuk Wan Ahmad Wan Omar berkata kerahsiaan undi oleh setiap pengundi adalah dijamin.
ReplyDeleteOleh itu, beliau berkata parti tidak boleh tahu mana calon yang dipilih oleh pengundi.
ReplyDeletepolitikus digesa tidak memberi maklumat salah kepada pengundi berhubung pengundian yang bertujuan untuk menimbulkan kesulitan dan kekecohan di kalangan mereka
ReplyDeleteSeramai 7,475 pemegang kad pengenalan (IC) merah dan hijau telah dijumpai tersenarai sebagai pengundi didaftar sebagai pemilih terbaru Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR).
ReplyDelete---> harap SPR dapat menyiasat perkara ini dengan terperinci sebelum PRU13 berlangsung..
sabahan.......ini kalilah
ReplyDeleteApa ??? Najib komited nak....kepala banang kamu lah.
ReplyDeletemantera..ko nak kena saman rm100 juta, macam papagomo ka.?
ReplyDeleteMantera-banyak alasan pun kita ada hujah dan bukti... bukan pakai hantam macam cow , dengar belajar luar negara tapi intelectual tak ada langsung.
ReplyDeleteKepincangan SPR akan berpihak kpd UBN. Pasti SPR tidak akan menyiasat dakwaan ini. Memang sengaja ma..
ReplyDeleteBN TAKUT KALAH.KALAU DIA KALAH PEMIMPIN-PEMIMPIN MEREKA AKAN DIDAKWA DAN DI PENJARAKAN..DIA TAKUT KALAH SEBAB TU DIA BUAT MACAM-MACAM...BUKAN BEGITU MANTERA BONGOK..
ReplyDeletePresiden Pertubuhan Pasokmomogun Kadazandusun Murut Bersatu (UPKO), Tan Sri Bernard Dompok mencadangkan supaya pihak berkuasa mengkaji semula setiap kad pengenalan (MyKad) yang telah dikeluarkan selama ini.
ReplyDeleteKatanya, cadangan yang akan dikemukakan kepada Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) dan kerajaan ini merupakan salah satu langkah untuk membuktikan bahawa hanya penduduk Sabah yang benar-benar tulen sahaja yang akan mendapat dokumen kenegaraan seperti kad pengenalan baru yang akan dikeluarkan.
ReplyDeleteTambahnya, penubuhan RCI semata-mata tidak akan menyelesaikan sepenuhnya masalah pendatang asing tanpa izin maka polisi-polisi berkaitan dan penyelesaian haruslah direncanakan.
ReplyDeleteKatanya, insiden pencerobohan bersenjata di Lahad Datu memberi pengajaran bahawa cabaran utama yang mungkin menghalang Negara untuk mencapai halatuju masa depan ialah keselamatan, lebih-lebih lagi apabila rakyat asing sudah berada di bumi Sabah ini.
ReplyDeleteOleh itu, satu penyelidikan menyeluruh dan komprehensif mengenai insiden pertambahan luar biasa penduduk asing dan bagaimana mereka (penduduk asing) boleh mendapat dokumen Negara perlu dikaji, katanya.
ReplyDeleteKatanya, cadangan ini juga diharapkan akan mendapat persetujuan daripada semua parti-parti komponen Barisan Nasional di Sabah yang lain supaya sebuah kertas cadangan mengenai isu ini dapat dilaksanakan dan dikemukakan kepada RCI.
ReplyDeleteDalam pada itu, cadangan mengkaji semula MyKad ini turut mendapat reaksi yang positif daripada kedua-dua Presiden PBS dan PBRS. Menurut Presiden PBS, Tan Sri Joseph Pairin Kitingan cadangan ini dikemukakan memandangkan terdapat pelbagai hal yang tidak jelas berkaitan dengan statistik penduduk di negeri ini.
ReplyDeleteJadi katanya, rakyat Sabah yang ‘tulen’ perlu dikenal pasti bagi memudahkan usaha Kerajaan dalam membantu rakyat Malaysia di Sabah seperti usaha membasmi kemiskinan yang perlu dofokuskan hanya kepada rakyat Malaysia.
ReplyDeleteDalam pada itu, Presiden PBRS, Tan Sri Joseph Kurup, berkata di dalam isu MyKad yang begitu rumit ini, tidak dinafikan bahawa terdapat sesetengah individu yang tidak layak atau mempunyai dokumen yang sah tetapi memiliki MyKad dan mereka ini turut menikmati segala kemudahan yang disediakan oleh kerajaan kepada rakyat Sabah.
ReplyDelete