Monday, March 25, 2013

Kehadiran Orang Asing Disembunyikan?

LAHAD DATU: Kerisauan beberapa penduduk Kampung Tanjung Labian dengan kehadiran sekumpulan ‘orang asing’ yang mendirikan rumah secara haram di pinggir hutan berhampiran nyata berasas.

Tindakan mereka melaporkan kehadiran ‘orang asing’ itu kepada ketua kampung Mahmud Mallang, 72, pada 27 Feb lepas, bagaimanapun ditempelak sesetengah penduduk yang kononnya tidak mahu berprasangka buruk.
“Lihat apa yang telah terjadi sekarang. Ternyata apa yang saya dan rakan-rakan risaukan sebelum ini ada asasnya. Keamanan kami dirampas malah ada rakan memberitahu rumah mereka dibakar pengganas militan.

“Kalau dahulu kita semua bersatu hati melaporkan kepada pihak berkuasa, sudah tentu keadaan tidak akan jadi seperti ini,” kata Idris Abdul Kahal, 49, dalam nada kesal kepada Bernama, di sini.

Mengimbau kembali kejadian serangan militan pada 1 Mac lepas, Idris yang melarikan diri dalam keadaan sehelai sepinggang, berkata mereka dipaksa pengganas supaya segera meninggalkan kampung itu.

“Mereka bercakap dalam bahasa Suluk meminta semua orang kampung lari dengan segera jika tidak mahu diapa-apakan. Saya hanya sempat mengambil dokumen peribadi dan melarikan diri bersama penduduk kampung lain ke dalam ladang kelapa sawit.

“Suara pengganas sangat parau menyebabkan kami takut mendengarnya. Waktu melarikan diri, kami juga tidak tahu ke mana kami hendak lari dan hanya berserah kepada Allah dan lepas empat jam berjalan, kami tiba di Lok Buani,” katanya.

Idris yang kini ditempatkan di Dewan Fajar Harapan, sebuah pusat penempatan sementara, berkata ekoran serangan pengganas militan itu, anak keduanya berumur 8 tahun, sering meracau dalam tidur berkemungkinan gangguan emosi.

Katanya keadaan anaknya kini semakin pulih setelah melalui proses pemulihan yang dianjur Jabatan Kebajikan Masyarakat dan Jabatan Pertahanan Awam (JPAM) dan dua anaknya yang berada di tingkatan dua dan lima masih enggan ke sekolah kerana takut.

“Perkara ini sangat menyusahkan dan saya rasa seperti tidak mahu balik lagi ke Tanjung Labian kerana saya takut jika pengganas akan kembali semula,” katanya yang menganggarkan mengalami kerugian hasil tanaman sawit, ternakan dan buah-buahan kira-kira RM10,000.

Penduduk Tanjung Labian keseluruhannya 3,500 orang merupakan antara penduduk yang dipindahkan selepas kampung itu diklasifikasi sebagai zon merah dalam Operasi Daulat susulan pencerobohan militan dari selatan Filipina di Kampung Tanduo, sejak 12 Feb lepas.

Halimah Naukan, 48, pula berkata beliau dimaklumkan rakan bahawa rumahnya yang berdekatan Tanjung Batu dibakar pengganas militan itu.

“Saya amat marah dan kecewa. Mereka (pengganas) ini semua bersifat binatang, langsung tidak memikirkan bagaimana kami mahu hidup semula selepas ini, tiada apa lagi yang tinggal untuk kami.

“Saya dengar haiwan ternakan pun mereka ambil. Mereka langsung tiada belas kasihan dan sepatutnya mereka ini mati. Inilah hukuman yang patut mereka terima,” katanya sambil menitiskan air mata. (NST)

41 comments:
Write comments
  1. Rakyat setempat yg krugian hasil dr bngapnyer PM UMNO nak mnta tentera kita gempur. Ya laa..mcm mna nak gmpur...tntera sulu tu shli umno juga. Yg sedih..UMNO mnta tv mereka mndendangkn irama brlainan dr lagu sebenar dLDatu. Saban hri tntera kita cedera...hilang sudah berita itu. Apa yg ada tntera dn polis adalh wira bngsa dn keluarga mngsa dlapurkn brbsngga. Apa yg bngga tu?

    ReplyDelete
  2. Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyidin Yassin mengingatkan rakyat bahawa keamanan dan keadaan selamat yang dikecapi negara kini bukan jaminan ia akan berterusan, kerana musuh dari luar akan cuba merosakkan negara.

    ReplyDelete
  3. Katanya pihak terbabit cemburu dan tidak senang dengan kemakmuran yang sedang dikecapi kini, lebih-lebih lagi Malaysia dikategorikan negara paling selamat oleh Indek Keamanan Global (GPI).

    ReplyDelete
  4. "Malaysia antara negara yang paling selamat dan ini diiktiraf oleh GPI yang membuat penilaian tentang soal itu, malah kita berada di antara 20 negara paling selamat mengatasi Singapura.

    ReplyDelete
  5. Muhyiddin berkata penghantaran pasukan keselamatan yang ramai ke Lahad Datu ialah untuk memastikan kestabilan keamanan di negara ini sentiasa dipelihara dan tidak menjejaskan kemasukan pelabur.

    ReplyDelete
  6. "Kita tak nak orang kata Malaysia tidak aman sehingga menjejaskan pelabur yang datang di negara ini. Kita nak pastikan negara aman dan tiada masalah," katanya.

    ReplyDelete
  7. Beliau turut menyeru supaya rakyat di Lahad Datu memberi sokongan kepada pasukan keselamatan dengan membantu menyalurkan maklumat. "Ketua kampung mesti kerjasama bagi maklumat, jangan kerjasama dengan musuh dengan beri mereka guna masjid atau rumah kita," katanya.

    ReplyDelete
  8. Pendatang asing disembunyikan?

    ReplyDelete
  9. I think some of them are merely terrorists. Cowards to be specific.

    ReplyDelete
  10. Kehadiran mereka seharusnya terhidu.

    ReplyDelete
  11. The police have found out that several individuals in Sandakan and Semporna in Sabah have been sending money to Jolo Island in the Philippines to support militants, deputy inspector-general of police Khalid Abu Bakar said today.

    ReplyDelete
  12. He said these people were under surveillance and would be arrested for treason.

    ReplyDelete
  13. The sending of money to finance militants in Jolo was a serious offence and those involved could be arrested under the Security Offences (Special Measures) Act 2012 (Sosma), he told a news conference at the operations command at Felda Sahabat 16, near Lahad Datu.

    ReplyDelete
  14. He said they could be prosecuted under laws which provided for life imprisonment or the death penalty upon conviction.

    ReplyDelete
  15. “My advice to these individuals is to stop doing so (sending money) as it amounted to treason. The police will not hesitate to act,” he said.

    ReplyDelete
  16. PENCEROBOHAN BERSENJATA DI SABAH TIDAK AKAN BERPANJANGAN: ZULKIFELI

    Panglima Angkatan Tentera Jen Tan Sri Zulkifeli Mohd Zain yakin insiden pencerobohan di Sabah dapat diselesaikan dalam masa terdekat berikutan sokongan dan kerjasama penduduk tempatan.

    “Kebelakangan ini penduduk tempatan semakin berani menyalurkan maklumat mengenai musuh negara,” katanya sambil menolak dakwaan sesetengah pihak kononnya insiden pencerobohan pengganas Sulu di Sabah yang menggunakan taktik perang gerila akan berpanjangan.

    ReplyDelete
  17. PENCEROBOHAN BERSENJATA DI SABAH TIDAK AKAN BERPANJANGAN: ZULKIFELI

    Beliau berkata kerjasama orang ramai itu juga membolehkan pasukan keselamatan menangkap panglima pengganas Sulu bersama isterinya di kawasan paya di Semporna, Sabtu lepas.

    Zulkifeli berkata demikian kepada pemberita semasa majlis makan tengah hari bersama media, pegawai tentera laut dan Menteri Pertahanan Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi di atas kapal perang KD Kelantan yang berlabuh di Markas Wilayah

    ReplyDelete
  18. PENCEROBOHAN BERSENJATA DI SABAH TIDAK AKAN BERPANJANGAN: ZULKIFELI

    Laut 3 sempena Pameran Maritim dan Aeroangkasa Antarabangsa Langkawi (Lima 2013) kelmarin.

    Sehingga kini 65 musuh ditembak mati manakala 110 ditahan mengikut Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) (Sosma) 2012 dan 416 yang lain ditahan atas pelbagai kesalahan termasuk berada dalam zon larangan Operasi Daulat.

    ReplyDelete
  19. PENCEROBOHAN BERSENJATA DI SABAH TIDAK AKAN BERPANJANGAN: ZULKIFELI

    Zulkifeli berkata malah ada sesetengah operasi pasukan keselamatan untuk menangkap pengganas itu disertai penduduk kampung.

    “Kekuatan pengganas Sulu sudah semakin lemah apabila ketua mereka lari meninggalkan anggota lain dan stor-stor simpanan senjata musuh yang ditanam berjaya ditemui pasukan keselamatan,” katanya.

    ReplyDelete
  20. PENCEROBOHAN BERSENJATA DI SABAH TIDAK AKAN BERPANJANGAN: ZULKIFELI

    Beliau bagaimanapun tidak menolak kemungkinan pengganas Sulu yang melarikan diri itu akan berpatah balik tetapi pasukan keselamatan akan sentiasa berada dalam keadaan bersedia.

    “Saya baru pulang dari Lahad Datu malam tadi (Isnin) sekarang ini kita sedang buat operasi pembersihan di Kampung Tanjung Batu, kita akan menguasai kawasan itu dengan meletakkan pasukan keselamatan kita,” katanya.

    ReplyDelete
  21. Sambutan Hari Polis ke-206 pada 25 Mac 2013 menjadi sejarah berharga buat negara apabila YAB PM, Datuk Seri Mohd Najib mengisytiharkan penguatkuasaan “Zon Selamat Sabah Timur” (ESSZONE) sebagai menzahirkan komitmen Kerajaan memastikan pertahanan dan keselamatan rakyat didahulukan.

    ReplyDelete
  22. ESSZONE telah berkuatkuasa secara rasmi bermula 25 Mac 2013 dan ianya meliputi 10 buah daerah, Kudat, Kota Marudu, Pitas, Beluran, Sandakan, Kinabatangan, Lahad Datu, Kunak, Semporna dan Tawau.

    ReplyDelete
  23. ESSZONE ditadbir Jawatankuasa Zon Selamat Timur Sabah yang ditubuhkan mengikut Peraturan-Peraturan Pemeliharaan Keselamatan Awam 2013 sebagaimana digubal oleh YB Menteri Dalam Negeri dan dipengerusikan Ketua Menteri Sabah dengan dibantu seorang Ketua Pegawai Eksekutif

    ReplyDelete
  24. Tunjang ESSZONE adalah untuk memelihara hak demokratik serta proses demokrasi untuk penduduk Sabah terutamanya di daerah-daerah Sabah Timur, mengukuhkan keselamatan dan ketenteraman awam serta kesejahteraan di timur Sabah ini.

    ReplyDelete
  25. Selain itu, pelaksanaan penempatan dan penyusunan semula penduduk di Sabah Timur terutama di beberapa lokaliti yang didapati terdedah kepada bahaya penyusupan masuk PATI dan orang tidak bernegara.

    ReplyDelete
  26. Ini berikutan keyakinan Kerajaan bahawa salah satu punca pencerobohan akibat kewujudan beberapa penempatan seumpama itu. Penempatan semula ini pasti berupaya meningkatkan perkhidmatan kesihatan awam, perkhidmatan perubatan dan sanitasi selain peluang pendidikan seperti pendidikan asas dan peluang pekerjaan.

    ReplyDelete
  27. Pendekatan istiqamah Kerajaan pimpinan YAB PM dalam mendaulatkan negara, memperkukuh aspek pertahanan dan sentiasa menjamin keselamatan rakyat terutamanya di wilayah pencerobohan di Sabah Timur.

    ReplyDelete
  28. SEBELUM kejadian pencerobohan Lahad Datu, Anwar sering benar ke Sabah,malah dengan egonya menggunakan helikopter melawat pedalaman Sabah, seperti dia lah Perdana Menteri Malaysia.

    ReplyDelete
  29. Namun selepas sahaja kejadian penerobohan Lahad Datu, meskipun Anwar melawat Sabah pada 24 Mac lalu, namun hanya berlegar-legar di tempat paling aman Kota Kinabalu.

    ReplyDelete
  30. Mengapa Anwar takut melawat Lahad Datu?

    ReplyDelete
  31. Satu fakta semasa puncaknya krisis Lahad Datu, Anwar bersama semua pemimpin Pakatan hanya berseronok di Semenanjung, dan sibuk memberi berbagai tohaman terhadap kepimpinan negara termasuk pasukan keselamatan.

    ReplyDelete
  32. Penyebab utama, Anwar enggan ke Lahad Datu, bukan sahaja takut berlaku sesuatu yang tidak dingini kepadanya, malah Anwar takut langsung tiada sambutan.

    ReplyDelete
  33. Kini penduduk yang dilanda krisis terutama pantai timur Sabah, rata-rata penduduknya begitu beremosi dan marah kepada "bakal Perdana Menteri" itu.

    ReplyDelete
  34. Anwar tidak dapat menyorok lagi pengelibatannya terhadap penerobohan Lahad Datu, kerana bukan sahaja media tempatan, malah antarabangsa seperti AFP, Reuters, Manila Times dan banyak lagi membawa laporan bahawa persengkongkolan antara Anwar dan Nur Misuari adalah punca pencerobohan Lahad. Datu.

    ReplyDelete
  35. Anwar boleh mengelak sementara waktu, tapi ingat, pelanduk selalu lupa pada jerat.

    ReplyDelete
  36. Jangan merosakkan anugerah negara selamat.

    ReplyDelete
  37. Wakil rakyat dan kerajaan sedia memberi bantuan wajar kepada mangsa yang terlibat dalam isu pencerobohan ini.

    ReplyDelete
  38. Kawalan masih perlu diteruskan agar tiada pencerobohan yang berulangi.

    ReplyDelete
  39. Isu pencerobohan ini perlu dibuat siasatan agar punca kemasukan mereka ini dapat dicari.

    ReplyDelete
  40. Sikap penceroboh ini tidak berkemanusiaan. Mereka sanggup buat apa sahaja demi mencapai matlamat tuntutannya.

    ReplyDelete
  41. selepas ini, jika nampak saja penempatan haram, buat laporan dan musnahkan penempatan tersebut.

    ReplyDelete

Note: Only a member of this blog may post a comment.