Selepas Datuk Seri Anwar Ibrahim, pejuang siber Umno sekarang bercadang menyerang anak perempuannya Nurul Izzah Anwar dengan video seks untuk merosakkan imej bersihnya, dakwa Datuk Saifuddin Nasution Ismail hari ini.
Setiausaha Agung PKR itu mendakwa, beliau dan beberapa pemimpin lain dijemput oleh agen “Umno-BN” untuk melihat beberapa keping gambar video seks dikatakan melibatkan Nurul Izzah , ahli parlimen Lembah Pantai dan kedua yang melibatkan bapanya.
Saifuddin menambah agen tersebut juga memberi amaran mereka mempunyai beberapa video lagi yang sedang disiapkan melibatkan pemimpin PKR lain termasuk Menteri Besar Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim. Menurut laporan media hari ini, Timbalan Presiden PKR Mohamed Azmin Ali juga dikatakan terlibat dalam satu video lain.
“Ia adalah amaran, ugutan politik.... sebagai ahli politik senior, kita tahu tujuan akhirnya untuk menyebabkan kerosakkan maksimum terhadap integriti pemimpin kita.
“Saya tidak tahu siapa mereka tetapi mereka kelihatan mempunyai banyak pengetahuan tentang produksi video,” kata beliau dalam satu sidang akhbar di Ibu Pejabat PKR hari ini. Saifuddin tidak menyatakan permintaan atau sebab mengapa agen tersebut membenarkan beliau untuk menonton video, disiarkan di dalam kereta tetapi mengulangi ia adalah ugutan biasa untuk memusnahkan karier politik mereka yang disiarkan menuju pilihan raya umum.
Beliau menegaskan video tersebut adalah palsu, mengatakan ia direka menggunakan manipulasi imej digital melibatkan gandingan adegan berasingan untuk memberi gambaran penggubal undang-undang yang diketengahkan telah melakukan salah laku seksual.
"Kami tidak rasa takut. Kami sudah biasa," katanya, sambil menambah jika dikeluarkan, kesahihan video dan gambar boleh dicabar di mahkamah.
Tetapi Saifuddin menerangkan, PKR mahu memberi amaran kepada rakyat Malaysia terlebih dahulu mengenai video mungkin akan dikeluarkan untuk menggelirukan pengundi dalam apa yang beliau labelkan sebagai tindakan terdesak.
"PKR ingin mengingatkan rakyat Malaysia bahawa sudah menjadi lumrah perjuangan bahawa mereka yang berada di barisan kebenaran akan diuji dengan sengit.
"Ia hanya mengukuhkan keazaman kami untuk terus mara ke hadapan," katanya. "Dan kami yakin video-video palsu ini akan dilihat rakyat sebagai taktik politik Umno yang terdesak, jijik dan keterlaluan."
Anwar telah berulang kali pada masa lalu dikaitkan dengan pelbagai video seks dan gambar, termasuk video terkenal yang mendakwa perlakuan seksnya dengan gadis China yang dikeluarkan oleh "trio Datuk T" tahun lepas.
Dalam serangan terbarunya, penulis blog pro Umno mengeluarkan gambar seorang lelaki menyerupai Anwar bercumbu dengan seorang lelaki dan menyiarkan sebahagian daripada videonya berbual dengan seorang pelajar lelaki berumur 19 tahun yang dituduh melakukan hubungan seks dengannya kemudian.
Anwar baru-baru ini memfailkan saman RM100 juta terhadap penulis blog pro Umno Papagomo selepas tuduhan video seks tersebut, mendakwa imej yang dikeluarkan palsu dan bertujuan untuk merosakkan imejnya.
Tuesday, March 26, 2013
Video Seks Nurul Izzah Pula Bakal Muncul?
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
semangkin sengit pkr Di fitnah oleh bn dan umno,tanpa rasa belas kemanusiaan,
ReplyDeletesemangkin la menghampiri kejayaan ke putra jaya,,
ayo..pkr lawan tatap lawan...
aging idup aging glaban....
no treat no surrender...
TOO FAST TOO YOUNG TOO FIGHT TOO LIVE.....
BAYUMURNI.....
Hairan betul dengan budaya politik UMNO ni.. Kalau ada pertandingan rekod fitnah..UMNO lah juaranya
ReplyDeletemudah mudahan orang buat fitnah ini.tuhan balas kepada kaum keluarga nya sendiri terpalit kepada isteri atau anak nya kah .tiada kerja lain selain memitnah orang.kotor punya orang mungkin org yang buat fitnah ini selalu merakam jika dia buat hubungan sulit dengan isteri nya kot.dajal dunia betui kamu ni
ReplyDeleteMula dengan Anwar,lepas tu anaknya pula..
ReplyDeletePermainan politik memang jarang yang bersih.moga bukan fitnah yang dijadikan senjata.
ReplyDeleteJika UMNO boleh menghina maruah wanita yg tidak bersalah dan pemimpin Islam yg menolak rasuah... bermakna UMNO melalui Unit Media Baru mereka tidak layak diberi amanah utk menerajui negara lagi. apa lagi kaum wanita..?? jgn biarkan maruah kaum kamu diinjak dan diperlekehkan..tolak politik kotor dan jijik ni...
ReplyDeletedemi mengekalkan kuasa UMNO sanggup melempar fitnah
ReplyDeleteBagus umngok main isu ini. Lagi porno lagi cepat umno mampus
ReplyDeleteRakyat dah lali dgn cara permainan Umno/Bn ni. Video sek yg tulin hanya video Chua Soi Lek saja. Yg lain semua palsu....
ReplyDeleteUBN memang kelakar. Sebab dah 14 tahun masih guna MODUS OPERANDI yang SAMA.
ReplyDeleteSebab tu aku PANAS dengan UBN. MENANG dengan cara KOTOR!!!!
KAMI UNDI PAKATAN RAKYAT!!!
mana laa peginye ahli ugama dalam kerajaan..... bagi,lah sepatah dua kata... nkk juge dengar....
ReplyDeleteIts inappropriate to attack opponent by using self made sex video.
ReplyDeleteDebate is still the best way to attack your opponent. Through debate, the people could decide which party is best for them.
ReplyDeleteAnyone could be responsible in spreading the sex video of Anwar. Its not necessary the work of the BN.
ReplyDeleteFor all we know, its Anwar own work so that the people would take pity on him and accuse BN for making the video.
ReplyDeleteI hope the best party will win this coming election.
ReplyDeleteAllegation is a serious offence. There is no need to do dirty politics.
ReplyDeletelepas ni UMNgOk akan kc keluar blockbuster kuda kongkek monyet, sila tunggu...ha ha ha
ReplyDeletekita tgk la video tersebut samada benar atau tidak
ReplyDeleteSatu lagi fitnah. Sedihnya taktik kotor ini.
ReplyDeleteFitnah demi fitnah, kesemua ini bertujuan politik sebenarnya.
ReplyDeleteIsu skandal seks sering dimainkan.
ReplyDeleteSakit sudah budaya politik Malaysia kini.
ReplyDeleteMereka yang menyebarkan maklumat dan laporan tidak benar ini harus dikenakan tindakan.
ReplyDeleteJika benar ada yang buat video tu sekurang-kurangnya dia adalah penyokong UMNO/BN walau pun dia bukan ahli UMNO/BN.
ReplyDelete