Sunday, March 24, 2013

SPR dakwa ada 'ajaran sesat' mahu buat kecoh

Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof mendakwa suruhanjaya itu mengesan usaha yang dirancang pihak tertentu untuk menimbulkan kekecohan di tempat mengundi dalam pilihan raya umum ke-13.

Abdul Aziz mendakwa demikian berdasarkan satu nota, yang didakwa diterimanya, berhubung panduan untuk menimbulkan protes berhubung kesahihan kertas undi.

"Berdasarkan maklumat nota ini, pengundi diminta persoalkan (status) kertas undi dan mendesak diberi kertas undi lain dan jika tidak dilayan, akan menjerit di tempat mengundi untuk tarik perhatian ramai dan media," katanya seperti dipetik dalam laporan Sinar Harian hari ini.

Abdul Aziz mendakwa perkara itu terkandung dalam satu nota yang digunakan pihak berkenaan, yang tidak dinamakannya, bagi tujuan latihan.

Beliau juga mendakwa kumpulan itu turut menghasut pengundi dengan mendakwa dakwat kekal yang bakal digunakan tidak halal.

Aziz bagaimanapun berkata beliau tidak membuat laporan polis tentang perkara itu dan hanya mengingatkan pegawainya agar berhati-hati.

"Pegawai pengurus perlu berhati-hati dengan kumpulan yang menyebarkan ajaran sesat ini, yang meminta pengundi cetus kekecohan pada hari pengundian," katanya. -MK

9 comments:
Write comments
  1. Sapa lagi yg akan buat kecoh??? Sapa lagi yg suka ganggu org lain berkempen??? Sapa lagi samseng ala-ala Sarip Dol??? Sapa lagi kalu bukan UMNgOk dan pengikut berbayar dia orang....

    ReplyDelete
  2. Propaganda terakhir untuk membatalkan dakwat jari disaat saat akhir macam PRU lepas........
    Pemerintah yang semakin terdesak mengolah skrip disaat akhir untuk membatalkan kemaraan kuasa rakyat!!!

    ReplyDelete
  3. Ini hanya lah modal BN sekiranya BN tewas nanti, BN akan salahkan pakatan yang buat provokasi pada hari mengundi nanti, sekarang ni BN memang dah tahu mereka akan kalah pada pilihanraya, sebab tu BN akan cari alasan apabila BN tewas nanti, aku doa kan semoga PR akan dapat mandat dari rakyat untuk menjamin kesejahteraan rakyat pada akan datang.

    ReplyDelete
  4. Tan Sri...tunjukkan bukti nota yang kamu terima, rakyat hendak lihat apa kandungannya. Bukannya susah pun. Jangan kamu cuba untuk memutarbelitkan isu dengan mendakwa kumpulan terbabit akan menghasut pengundi dengan mengatakan dakwat kekal yang bakal digunakan tidak halal..dahulu siapa yang tidak bersetuju dengan penggunaan dakwat kekal kalau bukan pihak UMNO..Ini lah perangai puak2 kerajaan ala-ala UMNO, kalau ada bukti tidak mahu ditunjukkan...hanya pandai bercakap macam orang sudah terdesak......

    ReplyDelete
  5. SPR ni tak patut buat kenyataan dangkal seperti ini. Nampak mcm akan batalkan lagi penggunaan dakwat kekal mcm PRU12 lalu. Kes dulu smpai skrg SPR gagal buktikan dan diam membisu... tiba2 ada pulak cerita baru. Tolong jgn buat lawak antarabangsa,.. memalukan sungguh bila tgok perangai pegawai SPR ini.. mereka boleh merujuk kpd satu kenyataan yg dibuat2 sbb tu tak buat laporan polis ...(cerita mengarut yg sengaja direka utk publisiti murahan)... Kalau repot polis.. polis nak siasat siapa.. last2 SPR yg kena sbb buat cerita palsu pasal semua ni.. Semua dah tau .. tak payahlah buat cerita mengarut di alaf baru. CMK sbgai aktivis bebas menggesa SPR berhati2 keluarkan kenyataan yng memperbodohkan agensi itu. Berpijaklah di bumi yg nyata.. Rakyat bukan selamanya boleh ditipu ........

    ReplyDelete
  6. SPR dah ketandusan idea.

    ReplyDelete
  7. BIKIN MALU SAJA TUAN SARIP DOL SEKOK NI

    ReplyDelete
  8. bangang; kc bersih dulu daftar pengundi [buang itu anak2 "pungut" dr mahathir]!!!

    ReplyDelete

Note: Only a member of this blog may post a comment.