Sunday, March 31, 2013

BERGAMBAR : Ribuan Banjiri Jelajah Merdeka Rakyat

Kalau dilihat pada sambutan yang diberikan oleh rakyat pada Ceramah Jelajah Merdeka Rakyat di Tapak Pasar Malam MPS, Gombak malam tadi 29hb Mac 2013 walaupun para pemimpin PR terutamanya DSAI, TGNA, Nurul Izzah, TGHA, Lim Guan Eng, Lim Kit Siang, Karpal Singh, Mohamad Sabu dll diserang bertubi-tubi bertali arus tanpa henti dan jemu oleh UMNO melalui media milik dan kawalan mereka, sudah pasti UMNO akan bertambah panik, gelabah, cuak, gentar dan takut bila tarikh PRU 13 semakin hampir sama ada dibubar atau terbubar secara automatik.

Fitnahlah..tipulah...edar dan siarlah video seks rekacipta.. ugutlah... gunalah cara samseng..Rakyat tetap akan bangkit sepak terajang UMNO keluar dari Putrajaya.

Nampaknya mood dan hasrat rakyat mau melakukan perubahan adalah real dan bersungguh-sungguh.

Rakyat sudah bertekad akan menobatkan Pakatan Rakyat untuk ambil alih Putrajaya dari rejim UMNO/BN yang terkenal sebagai pemerintah yang korup, zalim, penakut, rakus, boros dan rasis.

INI KALILAH TUKAR...JOM UBAH... SELAMATKAN MALAYSIA... PAS GANTI UMNO... PR GANTI BN....UMNO IS DEAD!!!!! -wargamarhaen





20 comments:
Write comments
  1. Alhamdulillah wa masya allah, hebat kebangkitan anak2 muda sekarang dimana mnggunakan sepenuhnya maklumat yg ada dihujung jari. Semakin akhbar suara setan brdendang sayang semakin rakyat lari dr akhbar terbabit ditambah pula dgn maklumat sejagat tersedia dihujung jari. Ptik shj pelbagai sumber maklumat sampai...allahu akbar.

    ReplyDelete
  2. Datang kerana sedap dengar mengata orang...tapi yang datang 40% tak layak mengundi kerana belum berdaftar. Melayan telinga sahaja. Ramai yang tak dtg ceramah BN kerana tahu BN telah banyak menyumbang..Tak payah dengar apa lagi yang mereka nak sumbang..Nanti keputusan PR13 baru kita tahu....siapa bakal pembentuk kerajaan dan menetap di PJ.

    ReplyDelete
  3. Nampak gaya, gigit jari laa UmnoBn... hik hik hik..

    ReplyDelete
  4. BN dh bnyk sgt menyumbang dan pada masa yg sama menyonglap. Sdh masanya kita perlukan kerajaan yg baru dan fresh.

    ReplyDelete
  5. HIDUP PR HARAPAN RAKYAT MALAYSIA

    ReplyDelete
  6. Sebanyak 60 anggota Parti Keadilan Rakyat (PKR) dari kawasan Bayan Lepas di sini keluar daripada parti itu dan menyertai UMNO kerana hilang keyakinan terhadap kemampuan parti itu untuk membela nasib rakyat Pulau Pinang.

    ReplyDelete
  7. Wakil kumpulan itu, Mohd Eruwan Yusof, 35, berkata selama lebih lima tahun bersama dengan PKR, beliau mendapati perjuangan parti itu tidak mempunyai makna untuk rakyat.

    ReplyDelete
  8. “Dahulu kami terlalu ghairah inginkan perubahan kerana itu kami beri sokongan penuh tetapi akhir-akhir ini kami merasakan keadaan di Pulau Pinang ini bukannya bertambah baik sebaliknya menjadi kelam-kabut dan bergolak,” katanya.

    ReplyDelete
  9. Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menerima borang keahlian daripada Anggota Dewan Undangan Negeri (Adun) Bayan Lepas Syed Ameruddin Syed Ahmad di Flat Taman Emas, Sungai Batu, di sini.

    ReplyDelete
  10. Katanya keputusan beliau dan rakan-rakannya keluar daripada PKR dibuat dengan kerelaan hati tanpa paksaan atau sogokan dari mana-mana pihak.

    ReplyDelete
  11. Sementara itu Syed Ameruddin berkata tindakan Mohd Eruwan dan rakan-rakannya memilih UMNO membuktikan bahawa sokongan rakyat terhadap Umno dan Barisan Nasional kini semakin kuat.

    ReplyDelete
  12. Katanya rakyat mulai sedar bahawa permainan politik kerajaan pakatan pembangkang hanya membuang masa dan kerajaan negeri itu tidak mampu melakukan sebarang perubahan untuk membela nasib rakyat.

    ReplyDelete
  13. parti yg dah lama memegang kerajaan pastinya susah unk menerima hakikat dan kenyataan yg parti bn/umno akan terkubur dan berkubur .....rakyat dah lama menderita dek kerana janji2 kosong dan fitnah sana sini yg tak ada penghujungnya. "Sesungguhnya Allah itu Maha mengatahui apa yg mereka lakukan."

    ReplyDelete
  14. Parti pembangkang mengaburi pemikiran rakyat dengan pembohongan sebagai taktik menjatuhkan kerajaan Barisan Nasional (BN), kata Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin.

    ReplyDelete
  15. Beliau berkata pembangkang kini risau kerana rakyat, khususnya di negeri-negeri yang ditadbir oleh pembangkang, semakin sedar bahawa BN adalah satu-satunya kerajaan yang mampu membela dan menjaga kebajikan rakyat.

    ReplyDelete
  16. Sambil menyifatkan ketua pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai pengkhianat nombor satu negara di dunia luar, Muhyiddin berkata Anwar sengaja memberi gambaran buruk mengenai situasi dalam negara.

    ReplyDelete
  17. “Barisan pemimpin pakatan pembangkang datang ke Sabah dengan mengatakan BN semakin kalah di Semenanjung.Itu adalah pembohongan...dan kononnya Sabah juga akan jatuh ke tangan mereka.”

    ReplyDelete
  18. Mereka mengatakan rakyat di Malaysia menderita, tetapi pembangkang yang sebenarnya tertekan kerana mereka sudah nampak gelombang iaitu kebangkitan rakyat yang tahu bagaimana BN berjuang untuk rakyat.

    ReplyDelete
  19. “Anwar semakin kurang mendapat sambutan rakyat ketika turun berkempen,” katanya. “Jadi apabila rakyat tidak lagi percaya kepadanya, dia ke luar negara seperti Australia dan Indonesia untuk memburukkan Malaysia.”

    ReplyDelete
  20. PRU nnti baru tau siapa yang mendpat lebih sokongan rakyat

    ReplyDelete

Note: Only a member of this blog may post a comment.