Anggota kanan pengganas Sulu yang menceroboh Sabah, Datu Piah merupakan antara seorang daripada 30 jeneral yang dihantar oleh Ketua Pengganas Sulu, Jamalul Kiram III untuk melakukan pencerobohan ke atas Sabah.
Menurut satu sumber, sebelum menceroboh Sabah, kumpulan pengganas tersebut telah mengatur strategi serangan mereka secara terancang.
"Datu Piah dibantu anak saudaranya, Datu Amirbahar Hushin Kiram untuk koordinasi pasukan pengganas di Simunul (Semporna), manakala Azzumuddie dibantu Komander Habib Musa A. Abdullah pula mengatur pergerakan di Kampung Tanduo, Lahad Datu," katanya.
Baki 28 lagi jeneral kumpulan pengganas itu dipercayai ditugaskan untuk mengerakkan rancangan jahat mereka di wilayah lain seperti Kunak, Tawau, Sandakan dan Kota Kinabalu.
Difahamkan, jeneral-jeneral pengganas tersebut merekrut ahli-ahli untuk menyertai kumpulan pengganas dalam kalangan penduduk Suluk yang tinggal di perkampungan atas air di negeri ini.
Dalam pada itu sebelum ini, seorang panglima yang juga pengawal peribadi kepada Datu Piah mati selepas ditembak oleh pasukan keselamatan ketika menyerang polis di sebuah rumah atas air di Simunul, Semporna.
Lelaki yang dikenali sebagai Salib Sampang atau Imam Mas berusia 50-an itu dipercayai adalah orang kuat Datu Piah yang menetap di kampung tersebut.
Dalam operasi pada pukul 10 pagi itu, pasukan keselamatan turut menahan enam orang termasuk dua wanita dengan salah seorang daripadanya dipercayai isteri kepada Salib serta seorang lelaki lain dikenali sebagai Totok.
Pesuruhjaya Polis Sabah, Datuk Hamza Taib berkata, kejadian berlaku apabila sepasukan anggota keselamatan pergi ke perkampungan tersebut yang majoritinya didiami warga Filipina untuk melakukan operasi pemeriksaan.
Katanya, bagaimanapun, penghuni di salah sebuah rumah kayu di kampung itu enggan memberi kerjasama kepada pihak polis yang mahu memeriksa rumah tersebut.
"Apabila seorang pegawai berpangkat Deputi Superintendan memecahkan pintu, seorang lelaki yang bersenjata parang bertindak agresif menyerang dan cuba menetak pegawai itu bertubi-tubi.
"Ketika kejadian, pegawai polis itu bernasib baik kerana sempat mengelak manakala suspek yang enggan menyerah diri mati ditembak," katanya pada sidang akhbar baru-baru ini. (KOSMO)
Friday, March 29, 2013
Datu Piah General Sulu Di Semporna
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Elok le kita beri ic pd wrga Filipina tu cepat2...umno dah nak mampos ni . PRU coming soon.
ReplyDeleteBerita yang diterima berhubung insiden ‘penaklukan’ Lahad Datu, yang mengakibatkan beberapa orang anggota keselamatan terkorban, begitu mengejutkan masyarakat di negara ini. Kemelut yang memakan masa hampir sebulan ini telah mengakibatkan Malaysia menjadi perhatian dunia berhubung pendekatan penyelesaian yang bakal diambil.
ReplyDeletePelbagai cara dan kaedah telah digunakan oleh pihak kerajaan, antaranya melakukan rundingan demi rundingan dengan ketua penceroboh bersenjata bagi mengelakkan sebarang perkara yang tidak diingini berlaku.
ReplyDeleteTambahan sekiranya isu ini tidak ditanggani dengan cara yang berkesan, ia boleh mengugat hubungan dunia hala antara kerajaan Malaysia dan Filipina. Namun semua pendekatan tersebut menemui jalan buntu, bilamana pihak penceroboh tetap berkeras dan enggan menerima keputusan kerajaan.
ReplyDeleteKerajaan sebelum ini bertegas meminta mereka pulang ke negara asal sekaligus menghormati kedaultanan sesebuah negara. Namun disebalik kesedihan itu, tidak dilupakan juga setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada pihak keselamatan negara atas tindakan yang diambil terhadap kumpulan penceroboh bersenjata itu. Dan yang paling penting, ia dilakukan setelah kerajaan dan pihak keselamatan negara mengunakan semua pendekatan dan ruang perbincangan.
ReplyDeleteMenurut sumber, kejadian serangan bermula ketika pihak keselamatan negara yang sedang berkawal di salah satu pos kawalan di sekitar Kampung Tanduo diserang oleh pihak penceroboh bersenjata. Selain senapang dan mesingan, pihak penceroboh turut dilaporkan menyerang pihak keselamatan dengan mengunakan mortar.
ReplyDeleteApa yang menyedihkan, ada di kalangan pencacai pembangkang yang mempertikai tindakan tersebut dengan menyalahkan kerajaan dan pihak keselamatan negara di atas serangan tersebut. Namun ia bukanlah satu perkara yang pelik, kerana sudah menjadi resam pembangkang untuk ‘spin’ apa sahaja isu yang boleh digunakan semata-mata untuk merosakkan imej dan kredibilti kerajaan. Sedangkan pada hakikat, sekiranya benar pihak berkuasa bertindak gopoh dan terburu-buru untuk menamatkan kemelut pencerobohan ini, sudah pasti strategi kumpulan penembak tepat akan digunakan.
ReplyDeleteIa bukan sahaja dapat mengelakkan nyawa pihak keselamatan negara dari menjadi korban, namun di masa yang sama ia akan dapat diselesaikan tanpa perlu mengambil masa yang lama. Dengan kelengkapan kepakaran dan peralatan terkini yang dimiliki oleh pihak tentera, bukanlah satu perkara yang mustahil buat kerajaan untuk segera bertindak.
ReplyDeleteNamun sekiranya tindakan tersebut di ambil, maka sudah pasti pihak kerajaan khususnya Datuk Seri Najib akan dikecam oleh masyarakat dunia yang sentiasa cemburu dan iri hati dengan pencapaian negara selama ini.
ReplyDeleteDan apa yang pasti, pada ketika itu, para pencacai pembangkang akan turut sama mengambil kesempatan untuk mengkritik kepimpinan kerajaan, kononnya telah gagal menanggani kemelut pencerobohan ini dengan cara yang berkesan. Anwar pula pada ketika itu, yang telah lama merasa kononnya dirinya adalah pilihan yang terbaik bagi menerajui kepimpinan Putrajaya akan memgeluarkan kenyataan menyelar tindakan tersebut.
ReplyDeleteIsu yang pada mulanya berpunca dari pendekatan dan perancangan sulitnya dengan pemimpin kumpulan penceroboh bersenjata akhirnya telah bertukar menjadi konflik antarabangsa. Dan sekiranya gagal, kerajaan akan dijadikan sebagai kambing hitam, bagi menanggung semua masalah cipntaannya ini. Oleh yang demikian, sekali lagi diucapkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada kerajaan dan pihak keselamatan negara diatas kecekapan dalam menghadapi kemelut ini.
ReplyDeleteMalaysians have been urged to remain united and support the security forces in defending the country’s sovereignty.
ReplyDeleteInformation Communications and Culture Minister, Datuk Seri Rais Yatim said Malaysians must defend the country as other people will not do it.
ReplyDelete“Support the government and give moral support to the authorities so that our security and sovereignty are not threatened by enemies from inside and outside,” he said at PDRM Operation Daulat donation programme at Police Training Centre (PULAPOL) here today.
ReplyDeleteRais said efforts to defend the sovereignty and security of the country became more difficult with the existence of traitors within our midst. “Traitors who come in the form of Si Kitul as told in Malay history exist in any civilisation. It’s not easy for security forces to work in an environment where we are threatened from within.”
ReplyDeleteHe challenged the traitors who hide behind the Lahad Datu intrusion to come forward and take responsibility for their action. “They must be held accountable as society wants to know them. They can’t say “we don’t know” because information received shows they have the intention.”
ReplyDeleteRata2 pasukan keselamatan kita yg trlibat dgn Ops Daulat kini nampak dgn mata kepala sendiri akan betapa jijiknya UMNO zaman Mahathir serta Harris Salleh dulu yg mmberi ic palus dan mmbiarkn kaum itu mnjadi majoriti di LDatu. Insha allah, tentera dan polis ini akan mnyokong pembangkang 100% selepas ini. Memang bukan sandiwara atau lakonan tetapi terpampang perkara lain disebalik isu pencerobohn ini dan mmmerlukan UMNO dihumban ke longkang.
ReplyDeleteNasihat pada rakyat Malaysia, jgn lagi masih alpa dan lalai, anak Malayasia bumiputera asyik bercinta, merempit, berkaraoke dan melaram saja. Musuh dah berbelas belas tahun memerhati akan keadaan kita, ini baru orang Sulu, tapi cuma alih pandangan ke org Mynmar, Afrika, Bangla dan bermacam2 bangsa lagi yang berlambak lambak sekarang. Bangsa Indon tu telah lah
ReplyDeleteSebanyak 26 daripada 140 rumah di Kampung Tanjung Labian disahkan mengalami kerosakan teruk dan tidak lagi boleh diduduki, manakala 16 rumah lagi didapati rosak tetapi masih boleh didiami.
ReplyDeletePesuruhjaya Polis Sabah, Datuk Hamza Taib berkata, di Kampung Tanjung Batu pula, sebanyak 23 rumah musnah teruk dan 45 lagi rosak tetapi masih boleh diduduki.
ReplyDelete"Pengiraan itu dibuat oleh pasukan penilai yang melawat kedua-dua kampung terbabit bersama lebih 140 ketua keluarga.
ReplyDeleteMengulas mengenai Ops Daulat, Hamza berkata, ia masih diteruskan sehingga kini.
ReplyDelete"Semua penduduk di Kampung Tanjung Labian dan Tanjung Batu sudah dibenarkan pulang ke rumah masing-masing," katanya dalam sidang akhbar di sini hari ini.
ReplyDeleteINI LAH KESAN IC PROJEK UMNO....
ReplyDeletekini pengganas makin lemah berikutan beberapa ketua dan jeneral mereka telah terbunuh
ReplyDeletepasti insiden ini akan berakhir tak lama lagi
ReplyDelete