TAJUK nota saya agak keras. Nak marah? silakanlah. Ada aku kesah? Memangpun begitu hakikatnya. Nak menolak mesti ada agumentasi dan apa agumentasinya? Silakan!
Sebelum ini saya memang duduki kerusi terpenting di kerajaan dan bertanggungjawab terhadap hal kebudayaan di Sabah dan juga terlibat di kebangsaan dan antarabangsa. Jadi pengalaman saya adalah sedikit kalau bicara hal kesenian/kebudayaan negeri, kebangasaan dan antarabangsa.
Sebelum ini juga sekian ratusan, malah ribuan mahasiswa termasuk pensyarah ketemu saya untuk mendapatkan bahan dan itu memang tanggungjawab saya untuk menunjuk jalan dan sampai sekarang masih ramai terus mahasiswa baik di sabah atau di Malaya terus berhubung dengan saya kalau menyentuh hal kesenian dan saya pula memang terus memberikan kerjasama.
Kelmarin dan hari ini ada 4 orang menghubungi saya termasuk dua orang pensyarah yang beda universiti dan yang dua untuk kertas sarjana dan yang satu untuk kedoktoran dan memang saya akan terus berikan perhatian yang sungguh demi masa depan mereka.
Setelah saya bercakap melalui telefon dan ada yang melalu sembang serta nota di in box, maka ada yang katanya mahu ketemu dan berbicara secara lebih mendalam dan saya kata tiada masalah asal saya nantinya ada waktu yang kelak disesuaikan dengan kerja rutin saya.
Nah, perbincangan saya dengan yang calon PHD itu jelas menyentuh soal kesenian gerakpuisi dan ini memang kerja saya dan pernah meletakkan UITM sebagai juara Malaysia 3 kali/tahun berturut tanpa kalah dan Matrikulasi Labuan sekali juara dan ada yang lain universiti juga dua kali juara kebangsaa dan antara universiti.
Disamping gerakpuisi, ada sekitar 3 orang pelajar saya muncul juara deklamator peringkat kebangsaan dan ada juga naib juara kebangsaan dan kalau di negeri biasa yang saya didik akan merangkul juara pertama, kedua dan ketiga dan tahun ini jelas anak murid juara, naib juara negeri sabah, Cuma yang anak murid yang satu tidak ikut apa yang diajar dan kecundang.
Nah, tadinya saya berbicara soal dunia kesenimanan di Sabah dan saya katakan Seniman di Sabah ini dianggap macam sampah sahaja seolah tidak menyumbang sesuatu demi kepentingan negara bangsa. Siapa yang melihat begitu katanya dan saya jawab “siapa lagi kalau bukan kerajaan sendiri”
Tentu ada yang marahkan saya dan saya ulang, kalau ada marah, silakanlah/saya tak kesah sebab saya bercakap kerana saya yakin apa yang saya cakapkan. maaf, ini bukan bicara politik tetapi seni.
Buktinya?
Ada siapa ingat jasa John Gaisah? Ada siapa ingat jasa AJ Ajamain? Ada siapa ingat jasa MY Ahmad? Aisah Muhiddin? PA Ahmad, PA Zainal dan ramai lagi? Apa mereka dapat? Jelas dianggap sampah yang tidak berharga.
Saya kenal semua orang ini dan saya tahu mereka berusaha siang dan malam demi seni hingga mengharumkan nama Sabah dan menang diperingkat kebangsaan/bukan sekali tetapi berkali2, lalu apa kerajaan berikan buat mereka? tahu kucing!
Ingat, seniman di sabah ini jenis yang selalu bersyukur dan memang mereka tidak mahu itu dan ini, apa lagi pingat atau harta sebab mereka berjuang semata-mata untuk seni dan negara bangsa, tetapi meski mereka tak bersuara sekurang kerajaan menghargai jasa2 mereka dan yang kita nampak perhatikan apa?
Barangkali ada yang usaha menyanggah kenyataan saya ini, silakan dan saya siap dan tentu ada yang tidak senang tetapi silakanlah kita siap berhujjah kalau dibicarakan kasus ini dan saya sungguh derita payah terasakan bila memikirkan keadaan ini dan ada orang seni kita sampai mati tidak dapat apa-apapun, walhal selama hidupnya cukup berjuang memertabatkan kesenian negara bangsa kita di sabah ini.
Kenapa saya katakan seniman sabah macam sampah?
Pemimpin di Sabah ini hanya melihat manusia luar yang ada kepentingan hal politik atau membantu peribadi orang lain meski kekadang yang dapat anugerah pingat itu sebenarnya sejarah hidupnya penyamun tarbus dan banyak berbuat jahat banding sumbangan yang tiada kalau banding dengan seniman kita di Sabah ini.
Cuba kita fikirkan semula bahawa apa saja DJ Dave lakukan di sabah yang menyebabkan TYT kasih anugerah beliau pingat yang membawa gelaran Datuk. Ada sesiapa tahu apa sumbangannya? Dan apa bezanya dia dengan para seniman kita di Sabah ini?
Barangkali sudah sampai masanya kasus ini diperhatikan oleh kerajaan negeri bawah musa aman terutama kementerian yang bertanggungjawab di Sabah ini dan anugerah kesenian ini bukan saja bidang teater dan nyanyi, malah segala macam termasuk seni khat, seni anyaman, seni tenun, pahat dan segala macam yang saya kira orang sabah punya seniman yang tersorok, cuma tidak didedahkan.
Salam kekal abadi
Dari Facebook :
ISMAILY BUNGSU
SABAH
Saturday, March 23, 2013
Seniman Kita Macam Sampah?
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
ini lah kesan apabila pemimpin Sabah lebih menghargai hasil seni dari luar berbanding org Sabah sendiri, malah mereka tak mengetegahkan hasil seni rakyat Sabah ke peringkat antarabangsa... Cth dulu masa mendiang john gaisah masi hidup lagu2 mendiang boleh lagi berkumandang d tv RTM tapi sekarang apa??? NAMA JA 1 MALAYSIA TAPI LAGU-LAGU TEMPATAN SABAH DAN SARAWAK LANGSUNG TIDAK DI BERI PELUANG DALAM SEBARANG ANUGERAH MALAHAN SENI DARI LUAR NEGARA PULA YANG DI BANGGA-BANGAKAN SEHINGGA DAPAT ANUGERAH DARI MALAYSIA....
ReplyDelete1 malaysia hanya pada nama
ReplyDeletehargailah seniman kita
ReplyDeletetiada yang lama tiada baharu.
ReplyDeleteNamun tidak bererti hal kebajikan ahli dihentikan. SENIMAN akan terus bertanggungjawab menjaga kebajikan ahli terutama yang sakit, kematian, uzur, pendidikan anak-anak dan bantuan ehsan sempena musim perayaan.
ReplyDeleteKesian bah seniman kita macam hilang entah ke mana. Dah lah liputan tentang mereka macam takda.
ReplyDeleteSaya sendiri pun terus terang tak kenal sangat dengan dorang ini tapi kalau sebut pasal artis luar negara saya tahu lah.
ReplyDeleteJusteru perkara ini patut diberi perhatian sewajarnya. Ia penting untuk generasi macam saya yang langsung tak tahu pasal mereka.
ReplyDeleteRamai yang tidak sedar tentang kewujudan para seniman baru apatah lagi yang lama kalau langsung tidak ambil peduli tentang bidang2 yang berkenaan ni.
ReplyDeleteSekarang ni ramai yang lebih melihat pada kedudukan seseorang daripada pencapaian dan cara kerja mereka.
ReplyDeleteSeniman tempatan ni harus didedahkan kepada dunia luar.kena hargai hasil kerja mereka.
ReplyDeleteGelaran dan pangkat itu bukan segala-galanya.
ReplyDeleteMudah-mudahan seniman tempatan kita ini akan mendapat perhatian sewajarnya.Jangan lebih agung-agungkan seniman dari luar.
ReplyDeletehmmmm, sedar2 lh..
ReplyDelete