Friday, March 22, 2013

Pengganas Lahad Datu akui 'disuruh dan diupah'

Seorang daripada tertuduh yang didakwa menjadi anggota pengganas yang menceroboh Sabah hari ini memberitahu Mahkamah Tinggi Tawau bahawa dia disuruh dan diupah oleh seseorang yang tidak dinamakannya.

Hooland Kalbi yang bercakap dalam bahasa Bajau dari kandang tertuduh mendedahkan demikian pada prosiding pendakwaan terhadap lapan individu yang didakwa menjadi anggota kumpulan pengganas, dua daripadanya turut dituduh melancarkan perang terhadap Yang di-Pertuan Agong.

Kenyataan Hooland di hadapan Hakim Ravinthran diterjemah oleh jurubahasa mahkamah.

Hooland turut menyatakan bahawa dia bodoh kerana melakukannya.

Sejurus kenyataan Hooland diterjemah, Hakim Ravinthran meminta jurubahasa menjelaskan kepada tertuduh bahawa dia tidak perlu berkata demikian dan segala pengakuan akan dibuat selepas diwakili peguam pada 12 April nanti.

Ketika prosiding pagi ini, Hakim Ravinthran memberi peluang kepada setiap tertuduh untuk memberitahu mahkamah berhubung pertuduhan ke atas mereka dan jurubahasa perlu menjelaskan beban hukuman bagi setiap kesalahan.

Tertuduh juga diterangkan tentang pembelaan mereka yang perlu diwakili peguam kerana tuduhan ke atas mereka membabitkan hukuman berat iaitu gantung dan penjara seumur hidup, jika sabit kesalahan.

Lapan warga Filipina didakwa di Mahkamah Tinggi Tawau hari ini dan dua daripadanya bakal berdepan hukuman mati kerana dituduh melancarkan perang terhadap Yang di-Pertuan Agong.

Dua tertuduh itu bersama empat yang lain turut didakwa menjadi anggota kumpulan pengganas manakala dua lagi didakwa cuba melindungi pengganas.

Ini merupakan kali kedua tuduhan melancarkan perang terhadap Yang di-Pertuan Agung dikenakan di negara ini selepas insiden kumpulan pemberontak Al Maunah di Bukit Jenalik Sauk, Perak pada tahun 2000.

Sementara itu Timhar Hadir, yang juga didakwa atas kesalahan sama (menjadi anggota pengganas) memberitahu bahawa dia datang ke Malaysia pada Febuari lepas menggunakan pasport antarabangsa.

Bagaimanapun Hakim Ravinthran meminta dia tidak menyatakan selanjutnya sebelum berbincang dengan pihak peguam.

Seorang lagi tertuduh yang menghadapi tuduhan sama, Habil Suhaili merupakan tertuduh yang mengambil masa agak lama untuk memahami pertuduhan.

Dia yang kelihatan berusia lebih daripada 60 tahun tidak dipakaikan 'straight jacket' seperti tertuduh lain dan jurubahasa membacakan pertuduhan berulang kali dalam bahasa Suluk.

Habil sempat menyatakan bahawa dia tidak melakukannya namun hakim menjelaskan pengakuan itu tidak akan direkod.

Tertuduh pertama Atik Hussin Abu Bakar yang didakwa atas tuduhan melancarkan perang dan menjadi anggota pengganas hanya memohon penjelasan hukuman yang akan dihadapinya.

Atik Hussin yang berbahasa Bajau kelihatan bersahaja seperti tertuduh lain.

Empat tertuduh lagi, Lin Mad Salleh, Basad Manuel, Kadir Uyung dan Lating Tiong hanya menyatakan 'nothing to say' (tiada apa yang hendak dicakapkan).

Basad menghadapi dua pertuduhan yang sama seperti Atik Hussin manakala Lin hanya didakwa menjadi anggota pengganas dan Kadir serta Lating menghadapi tuduhan melindungi kumpulan pengganas.

Kesemua terduduh hanya menundukkan kepala ketika berada di kerusi sebelum dibawa ke kandang tertuduh untuk dibaca pertuduhan.

Kesemua mereka tidak dibenarkan jamin.

Sementara itu, wartawan dan jurugambar yang membuat liputan di Mahkamah Tinggi Tawau hari ini dikawal ketat oleh anggota polis lengkap bersenjata dan hanya seorang wartawan daripada setiap organisasi yang dibenar masuk.

Kesemua wartawan yang dibenar memasuki mahkamah pada pukul 9 pagi hanya dibolehkan membawa buku nota dan pen manakala semua alat komunikasi dan peralatan lain tidak dibenarkan.

Tiada wartawan asing hadir membuat liputan prosiding hari ini.

Lapan tertuduh yang ditutup bahagian kepala dibawa menaiki lori polis kira-kira 10.10 pagi.

-Bernama

89 comments:
Write comments
  1. Lapan warga Filipina didakwa di Mahkamah Tinggi di sini hari ini dan dua daripadanya bakal berdepan hukuman mati kerana dituduh melancarkan perang terhadap Yang di-Pertuan Agong. Dua tertuduh itu bersama empat yang lain turut didakwa menjadi anggota kumpulan pengganas manakala dua lagi didakwa cuba melindungi pengganas.

    ReplyDelete
  2. Ini merupakan kali kedua tuduhan melancarkan perang terhadap Yang di-Pertuan Agung dikenakan di negara ini selepas insiden kumpulan pemberontak Al Maunah di Bukit Jenalik Sauk, Perak pada tahun 2000. Sementara itu Timhar Hadir, yang juga didakwa atas kesalahan sama (menjadi anggota pengganas) memberitahu bahawa dia datang ke Malaysia pada Febuari lepas menggunakan pasport antarabangsa.

    ReplyDelete
  3. Bagaimanapun Hakim Ravinthran meminta dia tidak menyatakan selanjutnya sebelum berbincang dengan pihak peguam.


    ReplyDelete
  4. Seorang lagi tertuduh yang menghadapi tuduhan sama, Habil Suhaili merupakan tertuduh yang mengambil masa agak lama untuk memahami pertuduhan.

    ReplyDelete
  5. Dia yang kelihatan berusia lebih daripada 60 tahun tidak dipakaikan 'straight jacket' seperti tertuduh lain dan jurubahasa membacakan pertuduhan berulang kali dalam bahasa Suluk.

    ReplyDelete
  6. Habil sempat menyatakan bahawa dia tidak melakukannya namun hakim menjelaskan pengakuan itu tidak akan direkod.

    ReplyDelete
  7. Tertuduh pertama Atik Hussin Abu Bakar yang didakwa atas tuduhan melancarkan perang dan menjadi anggota pengganas hanya memohon penjelasan hukuman yang akan dihadapinya.

    ReplyDelete
  8. Empat tertuduh lagi, Lin Mad Salleh, Basad Manuel, Kadir Uyung dan Lating Tiong hanya menyatakan 'nothing to say' (tiada apa yang hendak dicakapkan).

    Basad menghadapi dua pertuduhan yang sama seperti Atik Hussin manakala Lin hanya didakwa menjadi anggota pengganas dan Kadir serta Lating menghadapi tuduhan melindungi kumpulan pengganas.

    ReplyDelete
  9. The Tawau High Court today was told by one of the men charged with engaging in terrorism in Sabah that he was asked and paid to do so by someone.

    ReplyDelete
  10. Hooland Kalbi, who spoke in the Bajau language which was translated by the court interpreter, said this in the trial of the eight Filipinos charged with the offence, including two of them who were also charged with waging a war against the Yang di-Pertuan Agong.

    ReplyDelete
  11. He also said he was foolish for doing so, but judge P Ravinthran told the court interpreter to explain to him (accused) that it was not necessary for him to say that as his plea would only be recorded after he had obtained a lawyer.

    ReplyDelete
  12. At today’s proceeding, Ravinthran gave all the accused the opportunity to tell the court the charges made against them and also told the court interpreter to explain to the accused the punishment involved.

    ReplyDelete
  13. Hooland was among the eight Filipino charged in the High Court in Tawau today with engaging in terrorist activities in Sabah.

    ReplyDelete
  14. This is the second time that a charge for waging a war against the Yang di-Pertuan Agong is made in the country after an incident by the Al Maunah group at Bukit Jenalik Sauk, Perak, in 2000.

    ReplyDelete
  15. Meanwhile, Timhar Hadir, who is also charged with engaging in terrorism, told the court that he entered Malaysia last February using an international passport. He was prevented from saying more by Ravinthran without consulting his lawyer.

    ReplyDelete
  16. Another accused charged with the same offence was Habil Suhaili, who took quite some time to understand the charge made against him. Habil, believed to be in his 60s, was not wearing a straitjacket like the other accused.The charge was read out to him several times in Suluk. Habil said he did not commit the offence, but was told by the judge that his plea would not be recorded.

    ReplyDelete
  17. The first accused, Atik Hussin Abu Bakar, who spoke in Bajau, sought the court to explain the charges made against him. Besides being charged with engaging in terrorism, he is also charged with waging a war against the Yang di-Pertuan Agong.

    ReplyDelete
  18. The other four accused, Lin Mad Salleh, Basad Manuel, Kadir Uyung and Lating Tiong, said they had nothing to say. Basad is charged with engaging in terrorism and waging a war against the Yang di-Pertuan Agong, while Lin is charged with engaging in terrorism. Kadir and Lating are charged with protecting the terrorist group. All of the accused were not allowed bail.

    ReplyDelete
  19. Mahkamah Tawau yang menempatkan Mahkamah Majistret, Sesyen dan Tinggi mula dikawal anggota pasukan keselamatan bersenjata.

    ReplyDelete
  20. Anggota polis tambahan mula memasuki perkarangan mahkamah bermula 7.30 pagi menaiki dua buah lori polis dan beberapa buah kereta.

    ReplyDelete
  21. Kira-kira 40 anggota lengkap bersenjata berada di sekitar kawasan yang telah ditutup kepada orang awam bermula 5.30 petang semalam.

    ReplyDelete
  22. Kawasan luar mahkamah juga disita dan dikawal. Pekerja mahkamah sahaja dibenarkan masuk sementara wartawan hanya dibenarkan berada di luar kawasan.

    ReplyDelete
  23. Prosiding pendakwaan terhadap lapan lelaki Filipina akan dijalankan di Tawau pagi ini setelah kes terhadap mereka dipindahkan ke Mahkamah Tinggi di Tawau

    ReplyDelete
  24. Kesemua mereka yang berusia antara 17 hingga 66 tahun itu didakwa atas pertuduhan melancarkan perang ke atas Yang di-Pertuan Agong dan menjadi ahli kumpulan pengganas

    ReplyDelete
  25. Bagi pertuduhan pertama, mereka didakwa mengikut Seksyen 121 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman mati dan pertuduhan kedua di bawah Seksyen 130KA kanun yang sama.

    ReplyDelete
  26. Akhirnya mereka (pengganas) mengaku bahawa mereka disuruh dan diupah
    oleh seseorang yang tidak dikenali yang merupakan orang tempatan.

    ReplyDelete
  27. Sekarang baru mereka sedar, apa yang mereka lakukan adalah bodoh dan
    sia-sia. Tapi, semuanya sudah terlambat. Sekarang siapa nak tolong
    mereka?

    ReplyDelete
  28. Berfikir dari segi logik akal fikiran kenapa Kerajaan Malaysia mahu
    mendakwa mereka di Mahkamah? Alasan yang dikeluarkan di berita arus
    perdana adalah untuk mencari keadilan pada pengganas.

    ReplyDelete
  29. Tapi adalah lebih kepada mencari bukti siapa dalang disebalik tragedi berdarah ini.

    ReplyDelete
  30. Penjara seumur hidup dan tali gantung sedang menunggu mereka.

    ReplyDelete
  31. Persoalannya, siapa orang tempatan yang mereka maksudkan itu??
    Harap-harap ianya akan di bongkar semasa hari perbicaraan kelak.

    ReplyDelete
  32. Kita kan lihat kebenaraanya dan kita juga akan tahu juga sapa haram
    jadah atau dalang di sebalik serangan berdarah di Lahad Datu.

    ReplyDelete
  33. Kenyataan Presiden Filipina Benigno Aquino yang melihat tragedi penceroboh bersenjata di Sabah sebagai tindakan tidak bertanggungjawab pihak-pihak tertentu untuk mengadaikan nyawa penduduk Islam bangsa Moro. Yang paling mendukacitakan dalang utama terhadap serangan tersebut, hidup dengan selesa berbanding kesengsaraan keadaan para pengikut diperdaya sehingga terpaksa mengorbankan nyawa.

    ReplyDelete
  34. Lebih menarik lagi, apabila Aquino turut mengatakan tindakan bodoh Jamalul Kiram III ini adalah merupakan satu pengulangan sejarah. Mengikut fakta ketika zaman bekas Presiden, Ferdinand Marcos, beliau turut pernah melancarkan rancangan untuk menceroboh Sabah pada 1968, yang dikenali sebagai pembunuhan Jabidah.

    ReplyDelete
  35. Menurut maklumat yang diperolehi pembunuhan tersebut merupakan satu perancangan jahat Marcos untuk menyerang dan merampas Sabah dari Malaysia. Kemasukan Sabah ke Persekutuan Malaysia pada 16 September 1963 semakin menaikkan kemarahannya yang menegaskan bahawa Sabah adalah milik Filipina dari Kesultanan Sulu.

    ReplyDelete
  36. Maka Marcos merancang menubuhkan satu kumpulan tentera komando khas dengan tujuan mengganggu-gugat genggaman Malaysia terhadap Sabah. Dengan keluarnya Singapura dari Malaysia selepas dua tahun Malaysia memperolehi kemerdekaan dan konfrontasi antara Malaysia-Indonesia menambahkan lagi keyakinan Marcos bahawa Sabah akan dapat dirampas semula sekurang-kurangnya berjaya mewujudkan kacau bilau di Malaysia.

    ReplyDelete
  37. Maka satu operasi khas ini dinamakan “Operasi Merdeka” telah tubuhkan dengan fasa pertama mereka telah melatih hampir 200 orang Tausug dan Bajao Muslim yang berusia kira-kira 18 tahun hinga 30 tahun. Rekrutmen baru tersebut pada awalnya dilatih dalam perang hutan di Camp Sophia dalam pulau kecil Simunul di Tawi-Tawi yang akhirnya dihantar ke Pulau Corregidor untuk latihan militari lebih lanjut.

    ReplyDelete
  38. Pada awalnya mereka diberitahu bahwa mereka sedang menjalani latihan ketenteraan yang mencakupi perang hutan dan sebagai pasukan penerjun payung udara untuk berperang melawan pemberontak komunis.

    ReplyDelete
  39. Namun keengganan para pemuda tersebut untuk berperang dengan saudara seIslam di Sabah apabila mengetahui tujuan asal misi tersebut, ialah “Penyerangan Sabah” seramai 28 dari 300 orang rekrut telah dibunuh secara kejam. Seterusnya pada malam yang gelap-gelita 18hb Mac 1968 kesemua mereka telah dibunuh secara beramai-ramai.

    ReplyDelete
  40. Aquino melalui kenyataan semalam turut mengatakan di sebalik tragedi itu, mereka yang melakukan pencerobohan bersenjata di Lahad Datu, GAGAL untuk belajar daripada apa yang telah berlaku sebelum ini, iaitu mematuhi dan menghormati undang-undang.

    ReplyDelete
  41. Malah beliau turut mengkritik tindakan Kiram III yang mengaku sebagai Sultan Sulu, namun langusng tidak mempunyai perasaan untuk menjaga keselamatan dan nyawa para pengikutnya. Presiden Filipina itu turut mengulangi gesaan sebelum ini yang meminta Azzumudie dan para pengikutnya untuk berundur dan pulang kerana pengunaan keganasan tidak akan memberikan sebarang hasil.

    ReplyDelete
  42. Kumpulan militan dari selatan Filipina yang menceroboh pesisir pantai Lahad Datu mendakwa mereka adalah pejuang Islam, tetapi berdasarkan tanda-tanda yang ditemui pada mayat pengganas itu, mereka menggunakan ilmu kebatinan berunsur syirik

    ReplyDelete
  43. Menurut sumber pasukan keselamatan, terdapat pengganas mati ditembak memakai tangkal dan ada tatu ayat al-Quran di badan.

    ReplyDelete
  44. “Mereka mungkin kebal dengan peluru tetapi tidak setiap masa. Malah jika kulit mereka tidak lut namun letupan mortar mampu membunuh mereka. Peliknya, pengamal ilmu batin ini, mayat pengganas cepat busuk dan dihurungi ulat dalam tempoh sejam. Jika manusia biasa ulat akan hurungi mayat itu jika dibiar lebih daripada dua atau tiga hari,” katanya.

    ReplyDelete
  45. Pegawai Kor Agama Angkatan Tentera (Kagat) Sabah, Mejar Anuar Mat Zin berkata, Islam melarang guna ilmu kebatinan yang boleh sekutukan ALLAH kerana ia lari daripada landasan agama.

    ReplyDelete
  46. Beliau berkata, perbuatan itu boleh merosakkan akidah, sekali gus menjadikan perjuangan mereka adalah perbuatan sia-sia.

    ReplyDelete
  47. Jadi siapakah itu?

    ReplyDelete
  48. See, there is someone who paid for them.

    ReplyDelete
  49. Pengganas ni semestinya dibayar pasal mereka ini bukan orang kaya pun.

    ReplyDelete
  50. Serangan pengganas ni memang serangan penakut.

    ReplyDelete
  51. They need to be digged out!!

    ReplyDelete
  52. Siapakah yang menjadi penyumbang tu?

    ReplyDelete
  53. Let the truth speaks now.

    ReplyDelete
  54. Jangan perlekehkan keselamatan negara ini.

    ReplyDelete
  55. Jangan biarkan mereka terlepas.

    ReplyDelete
  56. They should be charged and dont let them freed.

    ReplyDelete
  57. Lahad Datu: Filipino accused says he ‘foolishly’ took part in Sabah intrusion

    TAWAU: A Filipino accused of being part of a terrorist group told the High Court here yesterday that he had been “foolish” and that he was “paid” to join a group of intruders which occupied a remote seaside village in Lahad Datu.

    Holland Kalbi said he was asked by “someone” to be part of the terror group and was paid for it.

    “I was just being foolish,” said Holland who was among eight Filipino nationals who were produced before Tawau High Court judge P. Ravinthran yesterday.

    Kalbi said this through a Bajau court interpreter when asked by Justice Ravinthran whether he had anything to say about the proceedings.

    Justice Ravinthran subsequently advised him that he should bring this to the attention of his lawyer that would be arranged for him if he did not have one of his own.

    Kalbi is one of four Filipinos charged under Section 130K of the Penal Code for being a member of a terror group.

    The others are Lin Mad Salleh, Habil Suhaili and Timhar Hadir. All four face life imprisonment upon conviction.

    ReplyDelete
  58. Another two fellow Filipino nationals Atik Hussein Abu Bakar and Basad H Manuel also face a similar charge as well as being accused of waging war against the Yang di-Pertuan Agong under Section 121 of the Penal Code that carries the death penalty.

    The offences were alleged to have occurred between Feb 9 and March 3, 2013 at Kampung Tanduo or Kampung Tanjung Labian in Lahad Datu district.

    ReplyDelete
  59. Another two men Kadir Uyung and Lating Tiong also face life imprisonment after being charged under Section 511 of the Penal Code for harbouring a terrorist group.

    Both were accused of committing the offence on March 4 near the General Operations Force post at Kampung Tanjung Labian.

    No plea was recorded from the eight men following an application by Attorney-General Tan Sri Abdul Gani Patail who led the prosecution team.

    ReplyDelete
  60. Gani told the court that though only two of the accused faced charges that carried the death penalty, the prosecution would see that all eight would have legal representation in the interest of human rights.

    He said he was in contact with the Sabah Law Association and the Bar Council over the matter.

    He told the court that some of the accused would be jointly tried while there would be individual hearings for others as they were arrested at different places or time.

    ReplyDelete
  61. Police cordoned off the court house at Tawau town centre as early as 6.30am and the eight men were brought in an hour later.

    At the start of the hearing, Justice Ravinthran granted Gani's application for the eight accused to be handcuffed or placed in straight jackets for security reasons.

    Justice Ravinthran subsequently fixed April 12 for the cases to be mentioned.

    ReplyDelete
  62. "Lapan warga Filipina didakwa di Mahkamah Tinggi Tawau hari ini dan dua daripadanya bakal berdepan hukuman mati kerana dituduh melancarkan perang terhadap Yang di-Pertuan Agong.

    Dua tertuduh itu bersama empat yang lain turut didakwa menjadi anggota kumpulan pengganas manakala dua lagi didakwa cuba melindungi pengganas."

    hukuman yang setimpal perlu kerana ini melibatkan keselamatan dan kedaulatan negara

    ReplyDelete
  63. Kesemua mereka ialah antara 108 individu yang disiasat mengikut Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) (SOSMA) 2012.

    ReplyDelete
  64. Berhubung statistik terkini pencerobohan, Khalid berkata 30 mayat militan berjaya dikeluarkan dan selesai dibedah siasat, namun sehingga kini tiada pihak tampil menuntut mayat-mayat itu.

    ReplyDelete
  65. menurut Timbalan Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar, jumlah tangkapan di bawah SOSMA kekal 108 orang, manakala 268 individu ditahan mengikut lain-lain akta setakat ini...

    ReplyDelete
  66. Panglima Angkatan Tentera Jen Tan Sri Zulkifeli Mohd Zin berkata, "Dari segi kerosakan fizikal agak mudah untuk dinilai tetapi dalam aspek keselamatan kami perlu pastikan keadaan benar-benar bersih dan selamat sebelum penduduk dibenar kembali ke kediaman mereka,"

    ReplyDelete
  67. Kerajaan Filipina menemui beberapa bukti mengenai penglibatan tokoh pembangkang di negara itu yang dipercayai membiayai keluarga Jamalul Kiram III, pemimpin kumpulan pengganas yang bertanggungjawab dalam insiden pencerobohan di Lahad Datu, Sabah.

    ReplyDelete
  68. Menteri Pertahanan, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi berkata, perkara itu didedahkan oleh Setiausaha Pertahanan Filipina, Voltaire T. Gazmin yang mengunjungi beliau di Putrajaya.

    ReplyDelete
  69. Ahmad Zahid berkata, Gazmin dalam pertemuan itu turut menyatakan komitmen Manila untuk melakukan apa sahaja bagi membantu Kuala Lumpur mengenal pasti dalang sama ada di Filipina, Malaysia atau pihak ketiga yang terlibat dalam pencerobohan tersebut.

    ReplyDelete
  70. Ternyata, hubungan Anwar dengan Misuari adalah lebih dari sekadar hubungan ‘diplomatik’, kerana Anwar telah digambarkan sebagai ‘kawan lama’ oleh Misuari. Malah, pendedahan ini juga membuktikan bahawa Anwar dan Misuari telah pun mula berhubungan semula sejak 2007 lagi.


    ReplyDelete
  71. Nampaknya Anwar mempunyai ramai kawan dan sahabat di kalangan ‘orang-orang’ yang kontroversi, termasuk musuh-musuh negara dan musuh-musuh Islam. Sebelum ini, pembunuh Umat Islam, iaitu Wolfowitz juga pernah merujuk kepada Anwar sebagai ‘sahabat baik’. Begitu juga Al-Gore yang tidak segan silu membela Anwar secara terbuka di pentas Malaysia sendiri, demi persahabatan yang ikhlas.

    ReplyDelete
  72. Berikut adalah petikan pendedahan laman web Wikileaks yang didapati dari kabel Kedutaan Amerika (http://wikileaks.org/static/html/faq.html) http://wikileaks.org/cable/2007/05/07MANILA1534.html
    Dreaming of Sabah...?

    ReplyDelete
  73. MG Dolorfino commented that Malaysia is not only concerned about Misuari's intentions toward Sabah, where Misuari apparently still has hundreds of followers, but also about his recent contacts with Malaysian opposition figure Anwar Ibrahim, described as an "old friend" of Misuari's. Over the past several months, Malaysian officials have held at least three meetings with Misuari and/or Misuari's wives, according to Jainal and Dolorfino. During an April 10 meeting, a special envoy from Malaysian Prime Minister Abdullah Ahmad Badawi told Misuari not to meddle in Malaysia's domestic politics, Dolorfino said. According to Jainal, Misuari promised Badawi's representative that he had no intention of getting involved in Malaysia's internal affairs.

    ReplyDelete
  74. Rakyat Malaysia tidak boleh mengambil mudah apabila seorang yang bercita-cita untuk menjadi Perdana Menteri Malaysia mempunyai sahabat dari kalangan musuh-musuh negara. Selain itu, secara logiknya, tiada umat Islam yang waras yang sanggup menerima sahabat kepada pembunuh saudara-saudara seagama dengan kita, sebagai Ketua Negara ini.

    ReplyDelete
  75. Hubungan baik dan pertemuan kedua-dua pihak yang gemar ‘mengganggu’ pentadbiran kerajaan di negara masing-masing ini tidak boleh dianggap sebagai biasa.Apatah lagi dengan kedua-duanya terbukti mempunyai kecenderungan dan keupayaan untuk mencetuskan huru-hara.

    ReplyDelete
  76. Kita sedia maklum bahawa bukan sekali Anwar bercakap mengenai ‘Arab Spring’ dan bukan sekali Anwar cuba mencetuskan keganasan melalui demonstrasi jalanan. Semua ini dibuatnya berkali-kali dengan harapan untuk menaikkan semangat penyokong-penyokongnya agar bangkit dan membuat huru-hara sehingga kerajaan terpelanting keluar dari Putrajaya.

    ReplyDelete
  77. Seperti juga pengganas Sulu yang menceroboh Sabah, Anwar turut beberapa kali mengundang campurtangan asing dalam pilihanraya, malah dalam kes mahkamahnya.Tindakan ini jelas menunjukkan kebergantungan Anwar kepada pihak asing sekali gus memberi gambaran jelas tentang jenis pemerintahannya sekiranya beliau mendapat mandat untuk memerintah; iaitu, negara pasti akan hilang kedaulatannya.

    ReplyDelete
  78. Berdasarkan pendedahan Wikileaks serta laporan-laporan risikan Manila yang disebarkan dan juga sikap dan tindakan Anwar sendiri sebelum dan selepas insiden Lahad Datu, kita tidak Namun, apa yang dihairankan lagi kerana Anwar telah membuktikan yang beliau tidak kisah menggadaikan masa depan penyokongnya, mahupun keselamatan mereka dalam siri-siri demonstrasi yang didalanginya sebelum ini.

    ReplyDelete
  79. Justeru, kenapa kita harus hairan jika Anwar sanggup menggadaikan nyawa penyokongnya dalam insiden Sulu? Bukankah Arab Spring yang diidamkan Anwar itu juga mempunyai objektif yang sama iaitu pertumpahan darah di kalangan penyokong kerajaan dan penyokongnya?

    ReplyDelete
  80. Serahkan kepada mahkamah untuk membuat dakwaan yang berpatutan terhadapnya.

    ReplyDelete
  81. Peserta demonatrasi jalanan faham undang-undang berhimpun yang telah diluluskan oleh Parlimen. Masaalahnya bila mereka berarak untuk menyerahkan nota dan melalui jalan yang dihajati dihalang sebelum kesampaian hajat mereka. Masa perarakan semangat sudah memuncak, apabila dihalang mulalah kekecohan. Macam perhimpunan Pakatan Rakyat di Stadium Merdeka baru-baru ini tiada pun kekecohan, walaupun peserta hadir begitu ramai kerana tiada halangan dari pihak berkuasa.

    ReplyDelete
  82. DS Anuar bersama pakatan rakyat berusaha untuk mendapatkan mandat dari undi rakyat Sabah, Sarawak bersama Semenanjung M'sia pada PRU13 ini. Dalam masa yang sama DSAI dikaitkan dengan pencerobohan di Lahad Datu. Jika difikirkan secara lojik, apa untungnya dari segi politik beliau menyerahkan Sabah kepada pihak kesultanan sulu? Sudah penat-penat kempen sampai ke pedalaman, sudah menang nanti bagi kepada Sultan Sulu, ndak lojik langsung.

    ReplyDelete
  83. Siapakah yang mengupah mereka ini? Apakah tujuan disebaliknya?

    ReplyDelete
  84. Apakah agenda yang tidak diketahui sehingganya kematian yang banyak?

    ReplyDelete
  85. Kenapa tiada keluarga yang menuntut mayat terkorban ini?

    ReplyDelete
  86. Siasatan akan dilaksanakan agar dalagn pencerobohan ini dapat dikesan dan ditanggani dengan terbaik.

    ReplyDelete
  87. Ini seolah mengkhianat negara. Yang disabit harus dikenakan tindakan undang yang ketat.

    ReplyDelete
  88. Harap-harap hukuman berat akan dikenakan.

    ReplyDelete
  89. Diharapkan dalang di sebalik kejadian di LD akan di tangkap.

    ReplyDelete

Note: Only a member of this blog may post a comment.