Thursday, March 28, 2013

RM1,000 untuk penduduk 5 kampung Lahad Datu

Wang ihsan RM1,000 untuk penduduk 5 kampung Lahad Datu
LAHAD DATU - Seramai 370 penduduk dari lima kampung yang terjejas akibat insiden pencerobohan pengganas Sulu, menerima bantuan wang ihsan RM1,000, sumbangan kerajaan persekutuan hari ini.

Sumbangan kepada ketua keluarga dari Kampung Sungai Bilis, Kampung Sungai Merah, Kampung Lok Sambuang, Kampung Tanjung Batu dan Kampung Tanjung Labian itu disempurnakan anggota Dewan Undangan Negeri Tungku Datuk Mohd Suhaili Said di perkarangan pejabat urusetia daerah kecil Tungku, dekat sini.

Hadir sama Pegawai Daerah Lahad Datu Zulkifli Nasir dan Pengarah Majlis Keselamatan Negara bagi Sabah Rodzi Md Saad.

Mohd Suhaili dalam ucapannya berkata walaupun sumbangan itu tidak dapat mengembalikan segala kerugian yang ditanggung penduduk berkenaan, tetapi sedikit sebanyak, tentunya mampu membantu mengatasi kesusahan yang ditanggung.

"Pemberian ini ialah manifestasi tanda kasih sayang dan keprihatinan kerajaan pimpinan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak kepada rakyat walau kita tahu jumlah yang diberi kecil berbanding penderitaan yang dialami penduduk," katanya.

Pemberian wang ihsan itu ialah sebahagian daripada tiga bentuk bantuan yang diumum Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin pada 12 Mac lepas bagi membantu penduduk tempatan yang menjadi mangsa akibat insiden pencerobohan itu.

Selain bantuan ihsan wang tunai RM1,000 kepada setiap keluarga, kerajaan turut menyediakan bantuan pembinaan semula rumah yang musnah dengan kos setiap rumah RM50,000 serta pembaikan kecil untuk rumah yang rosak, dan penjadualan semula bayaran pinjaman kepada penduduk yang berniaga dan meminjam daripada Majlis Amanah Rakyat (Mara), Tabung Ekonomi Usahawan Nasional (Tekun Nasional) dan Amanah Ikhtiar.

Mengenai Kampung Tanduo yang ditutup daripada menjadi kawasan kediaman, Mohd Suhaili berkata semua penduduk akan ditempatkan sementara di Projek Perumahan Rakyat Masej Nala, kira-kira 60 kilometer dari kampung itu, dan tanah kampung berkenaan diserah untuk pembangunan Kawasan Keselamatan Khas Sabah (Esscom).

"Bagi penduduk yang memiliki tanah, mereka tidak perlu bimbang, kami tahu perumahan rakyat itu tidak sepadan dengan apa yang mereka miliki sebelum ini tetapi itu hanya sementara, kerajaan akan sediakan petempatan baharu yang bertanah untuk mereka selepas ini," katanya.

Semalam, Pesuruhjaya Polis Sabah Datuk Hamza Taib memaklumkan bahawa Kampung Tanduo, yang menjadi kubu kumpulan militan, ditutup ekoran terjejas teruk dalam insiden pencerobohan itu.

Mohd Suhaili berkata satu kajian juga akan dijalankan bagi mengenal pasti petempatan baharu untuk penduduk kampung yang terjejas dalam insiden pencerobohan itu.

Mohd Suhaili yang juga pengerusi Majlis Agama Islam Sabah berkata kajian yang dijangka siap dalam tempoh tiga bulan itu penting bagi membolehkan kerajaan menyusun semula petempatan masyarakat kampung yang terjejas.

"Dalam kajian itu, pegawai daerah akan menentukan 120 hektar tanah untuk petempatan baharu di tanah kerajaan bagi membina kawasan perumahan dan pekan yang mampu merancakkan aktiviti sosioekonomi penduduk dan secara tidak langsung dapat membasmi kemiskinan penduduk kampung," katanya.

Sementara itu, Zulkifli berkata kerajaan sedang mempertimbang untuk menempatkan penduduk dari Kampung Tanjung Batu dan Tanjung Labian di satu petempatan baharu yang akan diputuskan dalam masa terdekat.

Bagaimanapun katanya pembangunan kawasan petempatan baharu itu yang akan dilengkapi dengan kemudahan asas seperti klinik kesihatan, surau dan tadika memerlukan sedikit masa untuk disiapkan.

- Bernama

23 comments:
Write comments
  1. Bantuan yang sangat bermakna buat penduduk mangsa yang terlibat.

    ReplyDelete
  2. Harap penduduk dapat menerima perkampungan baru mereka.mudah-mudahan tragedi tidak akan berulang lagi.

    ReplyDelete
  3. Menteri Pertahanan Datuk Seri Ahmad Zahid meminta orang ramai supaya tidak memperlekehkan usaha yang sedang dijalankan oleh tentera dan polis menggeledah lokasi pertempuran dengan kumpulan pengganas di Kampung Tanduo.

    ReplyDelete
  4. Katanya, kerajaan tiada apa-apa yang hendak disembunyikan sebaliknya usaha itu terpaksa dilakukan dengan berhati-hati kerana ia berisiko tinggi.

    "Jangan diperlekehkan apa yang dilakukan ini," katanya.

    ReplyDelete
  5. Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Musa Haji Aman, merasa terharu dan berbesar hati atas kepercayaan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak yang mengumumkannya sebagai Pengerusi Zon Selamat Sabah Timur (ESSZONE) berkuatkuasa serta-merta itu.

    ReplyDelete
  6. Menurut beliau, amanah yang diberikan kepadanya akan digalas sebaik mungkin malahan akan berusaha bagi memastikan keamanan dan keselamatan seluruh rakyat jelata terus terjamin.
    Beliau juga akan melakukan yang terbaik untuk negeri ini terutama melibatkan 10 daerah di bawah ESSZONE iaitu Kudat, Kota Marudu, Pitas, Beluran, Sandakan, Kinabatangan, Lahad Datu, Kunak, Semporna dan Tawau.

    ReplyDelete
  7. "Saya amat menghargai perlantikan sebagai Pengerusi ESSZONE dan berikrar untuk menjalankan tanggungjawab seperti yang diamanahkan demi keselamatan sekali gus memberikan kesejahteraan kepada kita semua," katanya.

    Bercakap kepada pemberita semasa ditemui pada program Dryrun Simulasi PRU-13 BN Libaran di Dewan Serbaguna Sri Libaran, dekat sini, kelmarin Musa berterima kasih kepada Perdana Menteri atas kepercayaan melantiknya sebagai Pengerusi ESSZONE.

    ReplyDelete
  8. Katanya, pengumuman Perdana Menteri untuk mewujudkan ESSZONE yang merangkumi 10 daerah itu membuktikan bahawa komitmen tinggi beliau terhadap penduduk di negeri ini dengan memastikan keselamatan terus terjamin.

    "Saya yakin dan percaya, Sabah akan berada dalam keadaan aman dan selamat dibawah pelaksanaan ESSZONE saya bersyukur dan berterima kasih kepada Perdana Menteri diatas amanah yang diberikan ini.

    ReplyDelete
  9. "Dari situ, kita boleh nampak keprihatinan beliau yang bertindak cepat demi keamanan dan keselamatan rakyat negeri ini ... sudah pasti pendekatan ini akan menambah lagi keyakinan rakyat," jelas Musa.

    ReplyDelete
  10. Jgn2 yg terima tu pun kaum Sulu' dan Peg daerah pon macam Sulu' jugak. Kalau betul,alangkah trtipunya UMNO ..eh kita.

    ReplyDelete
  11. Selepas 24 hari Op Daulat dilancarkan untuk memusnahkan kedudukan militan Kiram, akhirnya penduduk Kampung Tanjung Batu dibenarkan memasuki kawasan tersebut sambil ditemani oleh pasukan keselamatan.

    ReplyDelete
  12. Kedatangan penduduk ke kampung ini bertujuan untuk menilai tahap kerosakan yang dialami, namun beberapa kawasan kampung tersebut belum boleh dimasuki kerana masih berada dalam Zon Merah.

    ReplyDelete
  13. Ketua Kampung Tanjung Batu, Mahmud Mallang, 72, berkata, dia berasa amat sedih apabila melihat kehancuran kampung yang didiaminya sejak tahun 1959 lagi.

    ReplyDelete
  14. Katanya, perasaan marah penduduk terhadap militan Kiram begitu meluap-luap kerana segala usaha dikerjakan selama ini musnah sekelip mata.

    ReplyDelete
  15. “Hari ini pertama kali saya menjejakkan kaki di Kampung Tanjung Batu sejak pencerobohan bermula, saya rasa amat sedih dan marah.

    ReplyDelete
  16. Baguslah, pasti bantuan ini amat membantu mengurangkan bebanan penduduk yang terlibat.

    ReplyDelete
  17. Semoga keselamatan bukan saja penduduk di LD tapi juga seluruh rakyat Sabah terjamin.

    ReplyDelete
  18. Families of 8 cops killed in Lahad Datu get RM10,000

    The families of the eight policemen slain in Lahad Datu yesterday received RM10,000 each from the Ministry of Information, Communications and Culture.
    Minister Datuk Seri Utama Dr Rais Yatim presented a cheque to family representatives of the eight policemen who were killed since the Lahad Datu intrusion erupted early this month.

    ReplyDelete
  19. "The sacrifice of our security forces will never be forgotten as they died protecting our country's sovereignty.
    "It is a tragic loss for every Malaysian and their efforts should be honoured," Rais said during the function held at the police training centre in Jalan Semarak.
    Besides the money, Rais also presented Ampang traffic police with RM20,000 to improve the standard of investigating cases and summonses.
    The Ministry also gave 1Malaysia netbooks to 126 students.
    These students are children of policemen based in the Internal Security and Public Order (KDN/KA) department. The Netbooks were in recognition for academic excellence or excellence in arts and culture activities achieved by the children.

    ReplyDelete
  20. The administrative side of the KDN/KA department also received 10 1Malaysia Netbooks to further help improve services.
    The police welfare fund received RM115,000 from the Information Department Heroes Supporters' Club.
    Inspector-General of Police Tan Sri Ismail Omar thanked Rais for the support shown to the security forces and said it would spur his men to fight harder in maintaining internal security and public order.
    "Although there were policemen who fell in the line of duty, but their sacrifices have not been in vain as there have been various parties acknowledging the role that they played in defending the country," Ismail said.


    Read more: Families of 8 cops killed in Lahad Datu get RM10,000 - General - New Straits Times http://www.nst.com.my/nation/general/families-of-8-cops-killed-in-lahad-datu-get-rm10-000-1.244512#ixzz2P2QFZTYV

    ReplyDelete
  21. The government is indeed a caring one.

    ReplyDelete
  22. These aid would surely help the village folks to lighten their burden.

    ReplyDelete
  23. harap ia dpt meringankan beban penduduk

    ReplyDelete

Note: Only a member of this blog may post a comment.