Friday, March 22, 2013

Peguam dalam video skandal tanah Sarawak perlu disiasat

Dua peguam yang dirakam secara rahsia mengenai penyelewengan tanah melibatkan sepupu Tan Sri Abdul Taib Mahmud akan berdepan dengan soal siasat kerana salahlaku selepas Persatuan Peguam-Peguam Sarawak (AAS) membuat laporan polis di Kuching hari ini.



Dua orang peguam tersebut dikenali sebagai Alvin Chong dan Huang Lung Ong, ditunjukkan berasingan dalam video yang didedahkan oleh aktivis berpengkalan di London, Global Witness sebagai bukti penyelewengan tanah di Sarawak melibatkan keluarga ketua menteri, yang disiarkan di saluran berita Al-Jazeera.

Dalam penyiasatan rahsia, Global Witness (GW) mengambil video mengenai sepupu Taib dan beberapa lagi rakan terapat dalam mendapatkan ribuan hektar tanah hutan yang didakwa oleh aktivis berpengkalan di London itu sebagai rasuah yang sistematik di negeri terbesar Malaysia.

Dalam klip video 16 minit, penyiasat GW, yang menyamar menjadi pelabur asing, merakamkan perbualan mereka dengan sepupu dan peguam Taib, yang membeli tanah dengan keuntungan tinggi dan bakal mengakibatkan ribuan orang asli kehilangan tempat tinggal.

“AAS membuat laporan polis berkenaan tengah hari tadi dengan tujuan untuk polis menyiasat kandungan video tersebut dan mengambil tindakan ke atas tindakan yang boleh didakwa sebagai jenayah,” kata AAS yang ditandatangani oleh presidennya Khairil Azmi Mohd Hasbie.

AAS berkata Jawatankuasa Pusat semalam bertemu bagi membincangkan “perkara serius” mengenai video bertajuk “Inside Malaysia’s Shadow State”.

AAS juga berkata akan merujuk dua peguam tersebut kepada Jawatankuasa Inkuiri, yang akan mengadakan inkuiri jika melakukan salah laku profesional.

Jawatankuasa Inkuiri, badan disiplin bebas yang dipisahkan dari AAS, juga merupakan badan statutori dengan panel dari peguam senior yang dilantik oleh Ketua Hakim Sabah dan Sarawak.

AAS juga menasihatkan orang ramai untuk tidak membuat spekulasi mengenai perkara ini, dan berkata pihak berkuasa sedang menyiasat perkara ini.

“Sehingga siasatan dan lebih banyak fakta dibangkitkan, AAS menasihatkan orang ramai supaya biarkan undang-undang berjalan dan elakkan dari spekulasi.”

Peguam di Sabah dan Sarawak diwakili oleh AAS dan Persatuan Undang-Undang Sabah dan tidak di bawak Majlis Peguam, yang mewakili peguam di Semenanjung Malaysia.

Chong, salah seorang peguam dalam klip tersebut, dirakam memberi keterangan bagaimana pelabur asing boleh mengelak cukai keuntungan hartanah (RPGT) dan keperluan 51 peratus ekuiti Bumiputera.

Beliau mendakwa mewakili dua sepupu Taib, Fatimah dan Norlia Abdul Rahman, yang dirakamkan terlibat dalam penyelewangan tanah.

Namun syarikat peguam, Alvin Chong and Partners menafikan “menjadi jurucakap kepada yang dituduh”.

“Kami menafikan sebarang tuduhan mengenai pengelakan cukai dan jika sekiranya terdapat perbincangan, itu cuma hipotikal,” kata syarikat guaman yang berpengkalan di Kuching itu.

Seorang lagi peguam, Huang, dilihat bercakap dengan pemilik syarikat yang didakwa dimiliki oleh seorang individu bernama Datuk Hii Yii Peng dalam pembaharuan lesen.

Tetapi beliau memberitahu The Malay Mail semalam beliau “diperangkap” dan “ditekan” oleh lelaki yang mendakwa sebagai pelabur luar, dan berkata perbualan tersebut cuma perbualan “kedai kopi”.

“Saya tidak menolak kemungkinan untuk membuat laporan dengan pihak berkuasa dan menyaman Global Witness jika perlu,” kata Huang yang dipetik dari akhbar berbahasa Inggeris itu, dan berkata

Huang berkata sebelum ini merujuk kepada GW, berkata “Saya tidak pernah dilantik oleh Hii Yii Peng sebagai peguamnya, saya tidak tahu bagaimana Hii Yii Peng mengumpulkan asetnya.

“Tuduhan anda tidak berasas dan saya tidak tahu untuk menjawabnya,” katanya berkenaan dengan klip video GW tersebut.

Selasa lalu, Taib berkata sepupunya — anak perempuan kepada bekas ketua menteri Sarawak , Tun Abdul Rahman Ya’akub — dan yang lain di dalam video tersebut mempromosi diri mereka sebagai agennya demi kepentingan peribadi mereka.

“OK, semalam saya lihat kononnya bukti ini. Mungkin mereka cuba mempromosi diri sebagai agen untuk mendapatkan sesuatu untuk kepentingan mereka dari saya?

“Tidak ada kaitan dengan saya. Saya fikir ini tindakan nakal mereka. Mereka gunakan kuasa besar mereka untuk memburukkan saya,” kata ketua menteri Sarawak apabila ditemui oleh wartawan di Kuching. -TMI

43 comments:
Write comments
  1. walaupun taib mahmud di tuduh mengumpul harta di negeri sarawak tetapi dia tidak tergamak pula unutk memberi kad pengenalan pada pati.aku slute ko tiab

    ReplyDelete
    Replies
    1. Adakah anda betul2 pasti. Bagaimana dengan pekerja2 indonesia yang berada di simunjan yang mempunyai ic? Dari mana datangnya tu? Shopping complex?

      Delete
  2. Two lawyers secretly recorded in a covert video on shady land deals involving cousins of Tan Sri Abdul Taib Mahmud will face an inquiry and a criminal investigation for possible misconduct after the Advocates' Association of Sarawak (AAS) lodged a complaint with the police in Kuching today.

    ReplyDelete
  3. In a covert investigation, Global Witness (GW) captured on video dealings with Taib’s cousins and several other intermediaries to acquire thousands of hectares of forest land that the London-based activist said revealed the systematic corruption and illegality that lay at the heart of Malaysia’s biggest state.

    ReplyDelete
  4. In a 16-minute video clip, GW investigators, who posed as foreign investors, recorded snippets of their conversation with Taib’s cousins and lawyers, to purchase the land for hefty profit and which the environmental campaigner said would displace thousands of the indigenous people living there.

    ReplyDelete
  5. “The AAS lodged a police report this afternoon in respect of the video for the purpose of enabling the police to investigate its contents and to take further action in the event there is basis to allege criminal infractions,” the AAS said in a four-paragraph statement signed by its president Khairil Azmi Mohd Hasbie.

    ReplyDelete
  6. AAS said the association’s Central Committee had met yesterday to discuss “serious questions” arising from the video titled “Inside Malaysia’s Shadow State”.

    The association noted that the lawyers had spoke on what it described as issues “ranging from illegal means to circumvent the operation of Malaysian laws to allegations of corruption and kickbacks to high officials within the state administration.”

    ReplyDelete
  7. AAS also said it will refer the two lawyers to the Inquiry Committee, that will then conduct an inquiry for possible cases of professional misconduct.

    The Inquiry Committee, which is a disciplinary body independent and separate from AAS, is also a statutory body with a panel of senior lawyers appointed by the Chief Judge of Sabah and Sarawak.

    ReplyDelete
  8. Lawyers in Sarawak and Sabah are represented by the AAS and Sabah Law Association respectively and are not under the jurisdiction of the Malaysian Bar, which only represents lawyers in peninsular Malaysia.

    ReplyDelete
  9. AAS also advised the public not to speculate on the matter, saying that the authorities are now handling it.

    “Until the investigations are concluded and more facts come to light, the AAS advises the public at large to allow the law to take its course and to refrain from speculation.”

    ReplyDelete
  10. Taib had suggested that his cousins – daughters of former Sarawak Chief Minister Tun Abdul Rahman Ya’akub – and others implicated in the video were promoting themselves to be his agents in order to solicit favours.

    ReplyDelete
  11. A controversial video alleging corruption on the part of the Sarawak Chief Minister Tan Sri Abdul Taib Mahmud and his family and claims that they hide their illicit gains in Singapore, drew a strong response from the Monetary Authority of Singapore, last night.

    ReplyDelete
  12. “It has nothing to do with me. I think it is a bit naughty of them. They are using their big powers to blacken my name,” the Sarawak chief minister said.

    ReplyDelete
  13. Local newspaper, the Straits Times reported the central bank said a claim in the "sting video" that the Singapore Government withheld financial data from Malaysian authorities, was false.

    ReplyDelete
  14. It said Singapore has provided full information requested by Malaysia for tax purposes and the two countries have had a good working relationship on tax matters.

    ReplyDelete
  15. "The allegation is simply false," it said. "Contrary to what was claimed in the video, Singapore has to date provided information requested by Malaysia for tax purposes."

    ReplyDelete
  16. Nowadays some local newpaper cant be trusted too... but apa yg dapat saya katakan ialah...sesetengah kawasan di mana penduduk pribuminya terkejut apabila tanah yang mereka diami selama ini sudah menjadi milik orang lain. Terlalu banyak skandal tanah di sarawak yg berkaitan dgn CM. Tapi...dia ada kuasa and wang....ape sangatlah cakap and bukti org2 kecil....xkan dipandang punya....

    ReplyDelete
  17. kenapa TAIB tak disiasat.peguam itu pula yang disiasat.TAIB di lindungi sebab ramai pamimpin besar BN negar ada saham kat sarawak.takut TAIB kasi bocor.APALAGI sparm,TUNJUKAN KEHEBATAN ANDA.jangan jadi anjing kerajaan BN saja.

    ReplyDelete
  18. Kalau seseorang tu dah memerintah lebih dari 30 thn...jadi diktator dah tu....maju ke sarawak bwh pemerintahan taik matmut tu selama 30 thn. Aku tgok jalan raya makin teruk adalah....

    ReplyDelete
  19. Anonymous said...
    March 22, 2013 at 12:30 PM
    walaupun taib mahmud di tuduh mengumpul harta di negeri sarawak tetapi dia tidak tergamak pula unutk memberi kad pengenalan pada pati.aku slute ko tiab


    Saya setuju pula dengan komen ni. Teruk macam mana sekalipun Sarawakian rasa kehidupan mereka at least bumi kenyalang tetap mereka punya:)

    ReplyDelete
  20. Mungkin betul hanl ini hanya perangkap untuk memburukkan nama Taib. Tahu sajalah sekarang kan dah nal pilihan raya.

    ReplyDelete
  21. Pilihanraya umum ke-13 sebelum 25 MEI 2013

    Disaat ini tiada satu tarikh yang benar benar tersebar bila dewan dibubarkan dan bila tarikh hari mengundi. Pilihanraya umum ke-13 sungguh unit. Najib Razak sebagai perdana menteri Malaysia paling berani kerana berkuasa sehingga kegarisan waktu penat tempuh 5 tahun genap.

    ReplyDelete
  22. Namun ada berapa andian politik BN/UMNO dan Najib Razak yang menjadi keliru dan tidak terjadi.

    1- peristiwa tentera sulu menceroboh Lahad Datu. Peristiwa besar disekat segala maklumat dan apa yang berlaku. PDRM diberi kuasa sepenuhnya untuk mengeluarkan sebarang maklumat dan arahan kepada ATM.

    2-Rata rata yang mengamuk di Lahad Datu dalah orang pendatang dari Sulu atau penduduk Filipina yang ada kad pengenalan warna biru atau dua warga negara.

    Pendehan Deepak dan PI Bala menghantui Najib Razak

    Terkini Ayah Saiful kisah Liwat 2 membuat pengakuan adalah satu konspirasi oleh Najib Razak dan pegawainya.

    Kesimpulannya. Pilihan raya umum ke-13 akan berlaku berasingan dengan Sabah/Sarawak dan semenanjung.

    ReplyDelete
  23. Dewan dibubarkan sekitar bulan March ini dan Hari mengundi di Semenanjung Malaysia bulan Mei 2013 sebelum cuti pertengahan tahun.

    Namun mungkin Najib Razak melanjutkan tarikh pilihanraya umum atau dan membuburkan dewan atas nasihat YDP Agong memandangkan keadaan negara sekarang tidak aman dan tenteram. Atas kepasti perdana meteri boleh memberi nasihat beracun kepada ketua pemerimtah.

    Jika berlaku PRU13 bulan Mei 2013, Sabah dan Sarawak akan diasingkan dari Semenanjung Malaysia. Terutama Negeri Sabah.

    Kita tunggu dan lihat Najib Razak berlakun untuk mempertahankan BN/UMNO.

    ReplyDelete
  24. harap hal ini akan diperjelaskan

    ReplyDelete
  25. Jika beliau disabit bersalah, ambil tindakan.

    ReplyDelete
  26. Banyak skandal negatif terhadap Taib juga. Semoga RCI membuat siasatan terhadapnya.

    ReplyDelete
  27. Banyak juga golongan yang sudah tidak puas hati dengan pimpinan Taib. Moga-moga rakyat bijak menilai dan membuat undian yang paling tepat.

    ReplyDelete
  28. Global Witness (GW) mengambil video mengenai sepupu Taib dan beberapa lagi rakan terapat dalam mendapatkan ribuan hektar tanah hutan yang didakwa oleh aktivis berpengkalan di London itu sebagai rasuah yang sistematik di negeri terbesar Malaysia.

    Tuduhan ini amat kuat, harus juga membuat siasatan yang terperinci. Jangan biarkan unsur rasuah terus merebak.

    ReplyDelete
  29. Sejauh mana kebenaran video klip tersebut?

    ReplyDelete
  30. Kerajaan yang stabil akan menyumbang kepada kesejahteraan, keharmonian dan kemajuan yang berterusan sebagaimana perancangan yang digariskan, kata penganalisis politik Prof. Datuk Zainal Abidin Borhan.

    ReplyDelete
  31. Sebelum ini, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dalam program “Conversation With The PM” anjuran akhbar NST yang disiarkan di TV3 telah menyeru rakyat agar memberi mandat kepada kerajaan yang stabil dan mampu membawa Malaysia ke tahap kemajuan yang lebih tinggi menjelangnya Pilihan Raya Umum akan datang..

    ReplyDelete
  32. “Apa yang dinyatakan oleh Perdana Menteri adalah bersesuaian dengan tema ‘Janji Ditepati’ dan pelbagai bukti yang telah dilaksanakan oleh Barisan Nasional dalam menerajui kepimpinan negara,” katanya

    ReplyDelete
  33. Jelasnya, sejak pilihan raya pertama pada tahun 1955 hinggalah yang akan datang ini, Barisan Nasional telah melaksanakan tanggungjawabnya sebagai sebuah kerajaan yang benar-benar memastikan setiap rakyat terbela dan negara terus maju.

    ReplyDelete
  34. “Rekod pentadbiran ini adalah penilaian terpenting kerana kekuatan politik yang ada dapat memberi sumbangan ke arah kemajuan dengan masyarakat dapat membina kehidupan, peluang pekerjaan ada, kualiti pendidikan makin meningkat dan lain-lain lagi.

    ReplyDelete
  35. “Lihat kepada fakta pentadbiran kerajaan Pas yang telah lebih 20 tahun mentadbir Kelantan dengan tema ‘membangun bersama Islam’ tetapi malangnya ia tidak direalitikan sebaliknya pembangunan Islam yang sebenar dilakukan oleh kerajaan pusat iaitu BN sebagaimana aplikasi Bank Muamalat, insurans Islam, Tabung Haji dan macam-macam lagi.”

    ReplyDelete
  36. Tegasnya, sehingga ke hari ini tidak nampak sebarang usaha oleh kerajaan Pas di Kelantan yang membuktikan mereka benar-benar merealisasikan ‘membangun bersama Islam’ dan akhirnya tema tersebut ditukar menjadi ‘ negara berkebajikan’.

    ReplyDelete
  37. “Rakyat perlu belajar secara logik, dengan waras dan matang iaitu menilai apa yang berlaku sejak sekian lama dan menghalang diri daripada terperangkap dengan emosi-emosi dan janji-janji yang tak ditepati.

    ReplyDelete
  38. “Apabila ada pihak yang mengatakan bahawa manifesto bukan janji maka sebenarnya ia juga adalah satu perbuatan yang tidak sewajarnya dibuat kerana dalam politik manifesto itu melebihi dari janji-janji yang dijadikan pegangan oleh rakyat bagi membentuk sebuah kerajaan,” katanya.

    ReplyDelete
  39. “Kerajaan yang stabil akan mampu melaksanakan janji-janji yang dinyatakan dalam manifestonya dan mewujudkan masyarakat yang harmoni iatu membawa kejayaan.

    ReplyDelete
  40. “Kejayaan ini bukannya sebuah fantasi yang dikhayalkan kerajaan BN sebaliknya satu kejayaan nyata yang dapat disaksikan dan dinikmati setiap rakyat Malaysia. Bahkan ia juga merupakan kejayaan yang diiktiraf oleh institusi dan masyarakat antarabangsa.”

    ReplyDelete
  41. Katanya, kerajaan yang bertanggungjawab dan stabil ini telah menyediakan sebanyak 64,282 peluang pekerjaan diwujudkan menjelang 2020 menerusi 20 projek baru yang diumumkan Perdana Menteri dengan 11 daripada projek itu membabitkan Bidang Ekonomi Utama Negara (NKEA) manakala bakinya melibatkan Koridor Ekonomi utama, sekali gus bakal menyumbang RM10.08 bilion kepada Pendapatan Negara Kasar (PNK) serta menarik pelaburan RM26.09 bilion.

    ReplyDelete

Note: Only a member of this blog may post a comment.