Amnesty International mendesak Britain memberi tekanan ke atas Perdana Menteri Dato' Seri Najihttp://transcurrents.com/tc/Amnesty_logotc0924.jpgb Razak kerana menghalang Himpunan Bersih 2.0 pada Sabtu lalu, yang menyaksikan tindakan keras pihak berkuasa ke atas peserta perhimpunan..
Timbalan Pengarah Asia Pasifik Amnesty International Donna Guest berkata, selain menahan peserta perhimpunan pihak keselamatan turut melepaskan gas pemedih mata secara terus kepada perhimpunan dan dalam kawasan hospital sebagai usaha menggagalkan perarakan ke Stadium Merdeka.
Seorang peserta, Baharuddin Ahmad, 56, jatuh pengsan berhampiran Menara Petronas dan didapati meninggal dunia di hospital kemudiannya.
Dalam kenyataannya, Guest berkata ramai peserta perhimpunan telah dikasari oleh pihak keselamatan.
"Terdapat rakaman video di YouTube menunjukkan anggota polis berpakaian preman menendang seorang peserta yang terbaring di atas jalan sementara polis yang berpakaian seragam hanya melihat.
"Pihak keselamatan juga menembak gas pemedih mata terhadap peserta perhimpunan termasuk Ketua Pembangkang Dato' Seri Anwar Ibrahim yang telah tercedera dan Khalid Samad (Ahli Parlimen Shah Alam) yang turut mengalami kecederaan," katanya.
Justeru kata Guest, kerajaan Britain pimpinan David Cameron harus campur tangan dengan menasihatkan pentadbiran Najib berhubung keganasan pihak keselamatan ke atas peserta Himpunan Bersih 2.0.
"Kerajaan Britain tidak harus memberi ganjaran terhadap keganasan ini dengan menghamparkan permaidani merah untuk Perdana Menteri Malaysia.
"David Cameron harus memberitahu Perdana Menteri Malaysia bahawa ia adalah pencabulan ke atas peserta perhimpunan aman dan ia tidak boleh diterima,” katanya.
Selain itu, kata Guest, beliau juga berharap Vatican dapat memberi tekanan kepada Najib supaya menghormati hak asasi manusia ketika pemimpin nombor satu Malaysia itu melawat ke Rom minggu ini.
"Kerajaan Perdana Menteri Najib telah bertindak keras ke atas ribuan rakyat Malaysia yang mempunyai hak untuk berkumpul secara aman.
"Keganasan yang dilakukan pihak berkuasa bertentangan dengan hak asasi manusia dan ia tidak boleh dibiarkan. Mana-mana perhimpunan selepas ini patut dibenarkan dan pihak berkuasa harus menghormatinya," katanya dalam satu kenyataan.
Justeru tegas Guest, pihaknya menuntut pentadbiran Najib menyiasat kegagalan pihak keselamatan memberi bantuan segera kepada Baharuddin sebelum dia menemui meninggal dunia.
"Ia termasuk dakwaan mengatakan ambulans tiba di tempat kejadian satu setengah jam selepas Baharuddin jatuh pengsan," katanya.
Lebih 1,600 peserta termasuk pimpinan Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (Bersih) dan Pakatan Rakyat ditahan.
Bagaimanapun kesemua peserta yang ditahan dilepaskan dengan jaminan polis dan Peguam Negara akan menentukan tindakan ke atas mereka.
"Penggunaan keganasan oleh pihak keselamatan secara berlebihan ini sepatutnya tidak perlu kerana ia akan menakutkan rakyat," kata Guest lagi.
Kira-kira 40 orang yang ditangkap menjelang perhimpunan tersebut masih berhadapan dengan pendakwaan. Kebanyakannya didakwa di bawah Seksyen 40 Akta Pertubuhan kerana memiliki risalah haram termasuk baju-T Bersih.
Enam ahli Parti Sosialis Malaysia (PSM) ditahan dibawah Ordinan Darurat sejak 2 Julai lalu. Salah seorang daripada mereka Ahli Parlimen, Dr Jeyakumar dimasukkan ke hospital kerana masalah jantung selepas disoal siasat. -DD
Friday, July 15, 2011
Amnesty International desak Britain tekan Najib?
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Harap Britain akan memberi bantuan.
ReplyDeleteTerpulang kepada Britain sama ada ingin mengambil tindakan ke atas M'sia ataupun tidak.
ReplyDeleteya.. itu terpulang pada Britain, tapi rasanya Britain takkan ikut campur dalam hal ini.
ReplyDeleteKerajaan mendapat kecaman dari badan2 luar ekoran demonstrasi Bersih tempoh hari.
ReplyDeletesudah dijangkakan perhimpunan yang besar akan menimbulkan kekecohan.
ReplyDeletesekarang ni pelbagai isu yang wujud ekoran daripada perhimpunan tersebut termasuklah mencalarkan imej negara.
ReplyDeleteNampaknya, lawatan Najib ke Rom juga akan mendapat tekanan. di Britain, permaidani merah tidak dihamparkan, apa pula di Rom?
ReplyDeleteperhimpunan Bersih meninggalkan kesan yang begitu besar ke atas imej kerajaan Malaysia.
ReplyDeleteribuan menyokong Bersih tapi jutaan rakyat membantah Bersih.. semua ini sudah dirancang dan adegan keganasan yang entah betul atau tidak sememangnya amat dinanti2kan oleh penganjur Bersih. menjadikan rakyat sebagai mangsa adalah rancangan utama mereka.. begitu juga dengan lakonan shuhardi yang tidak menjadi..
ReplyDeletebagi saya tidak wujud perhimpunan aman jika mengganggu aktiviti orang awam, peniaga2 serta menjejaskan ekonomi negara..
ReplyDeleteInilah akibat perhimpunan kurang aman ini. Jadi inikah rancangan BERSIH sebenarnya.
ReplyDeletejanganlah kita menuding jari siapakah yang bersalah, masalahnya bolehkah Malaysia menarik pelabur-pelabur asing di masa yang terdekat ini?
ReplyDeleteyang jelasnya, keamanan di Malaysia telah tergugat di mata dunia.
ReplyDeleteReputasi negara terjejas teruk akibat tindakan pihak berkuasa yang keterlaluan terhadap peserta perhimpunan aman Bersih.
ReplyDeletePekara ini diperhatikan seluruh dunia. Kenalah cari jalan yang lebih baik untuk membaiki keadaan yang semakin teruk.
ReplyDeleteBN/UMNO macam PERKASA ganas setiap tindakan dan BN/Umno sehaja betul rayat semualah macam Firaun dia sehaja boleh buat kebal segalanya,Neji orang yg subaha BN/UMNO termasuk dalam kisas dari tuhan kerana orang kena zalim tuhan terima doa nya.
ReplyDeleteBritain shouldn't interfere other country's matter.
ReplyDeleteBut i appreciate Britain concern towards Malaysia matter.
ReplyDeleteAnonymous
ReplyDeleteJuly 16, 2011 1:08 PM
apa yang saya lihat hari ini, seolah2 apa sahaja yang dilakukan oleh pembangkang semuanya betul bagi rakyat. meliwat dan main dengan pelacur pun boleh dihalalkan, malah mendapat sokongan. menimbulkan huru hara, menjadikan rakyat sebagai mangsa, memburukkan imej negara, semuanya disokong oleh rakyat atas dasar simpati terhadap parti pembangkang yang tergila2kan jawatan kabinet.