Friday, July 15, 2011

Samad Said: 1Malaysia 'memang kejamlah'

Sasterawan Negara Datuk A Samad Said menyifatkan Datuk Seri Najib Tun Razak sebagai perdana menteri yang "memang kejam" berbanding dengan beberapa perdana menteri sebelum ini.

"Kalau tengok (perdana menteri) yang sudah-sudah itu, (Najib) memang kejamlah," katanya ketika diminta membandingkan pentadbiran Najib dan dua penyandang sebelumnya - Tun Dr Mahathir Mohamad dan Tun Abdullah Ahmad Badawi.

NONEMenceritakan kembali "kebengisan" polis dalam menangani perhimpunan BERSIH 2.0 Sabtu lalu, A Samad (kiri) mendakwa pentadbiran Najib sekarang mengarah kepada menjadikan Malaysia negara kuku besi.

Ketika diwawancara Malaysiakini di sebuah restoran di Bangsar hari ini, A Samad berkata, perkara itu boleh dilihat melalui rakaman video dan gambar di internet yang mana kerajaan "berantakan dengan orang awam".

"Youtube siarkan, kita boleh lihat semua dan (dia) tak boleh tipu. Cuma, malangnya dalam akhbar-akhbar (dan) media utama, sudah tentu kamu nampak berat sebelah," katanya yang mesra dengan panggilan Pak Samad.

"Tapi kalau (di) Youtube, tak boleh tipu. Kamu kata tidak jentik-jentik, (itu) pun nampak (di Youtube). Kamu kata tidak ada orang yang dipijak, (tetapi ada) yang ditendang berulang kali," katanya.

Kepimpinan 'bangsawan'

Sehubungan itu, A Samad mendesak Najib meletakkan jawatan, selaras dengan kempen sama di Facebook yang kini sudah digemari hampir 200,000 orang.

"Ya, saya mahu (beliau letak jawatan). Saya ikut (perkembangannya) dalam Facebook, amat bagus (kempen itu). Kalau di Jepun, orang lain buat salah pun, menteri itu tunduk depan orang.

NONE"Ada perdana menteri Jepun tidak sampai satu penggal pun, (letak jawatan). Tapi di sini tentu, orang sangat mengidam kuasa," katanya sambil menambah kerajaan tidak lagi memerintah "dengan sukaan umum".

Bagaimanapun, ditanya tentang perdana menteri mana yang yang paling bagus, A Samad tidak menjawabnya secara langsung, sebaliknya menyebut tentang penguasaan "bangsawan" bagi jawatan itu.

Katanya, sepanjang lebih 50 tahun kemerdekaan, kecuali Dr Mahathir, kesemua perdana menteri disandang oleh golongan itu yang disifatkannya "hidup mudah".

"Laporan-laporan yang sampai ke telinga (mereka) itu, semuanya yang cantik sahaja. Jadi, mereka tidak merasakan (kesusahan rakyat).

"Saya merasakan sudah waktunya, kepimpinan harus datang dari bawah, bukan dari atas," tegasnya lagi.

Ditanya berapa lama BN boleh bertahan untuk memerintah negara ini, sasterawan yang membiasakan dirinya dengan panggilan "bapak" berkata beliau sukar untuk meramalkannya.

"Tetapi bapak harapkan dalam pilihan raya akan datang, mereka undur ataupun jatuh. Itu harapan saya," katanya. -MK

20 comments:
Write comments
  1. Masing2 ada pendapatnya sendiri. Kalau dah tak suka kerajaan, takkan dia nak memuji2 kerajaan pula. Begitu juga sebaliknya.

    ReplyDelete
  2. itu pandangan A. Samad Said mengenai kerajaan sekarang, tapi apa pula pandangan orang ramai.

    ReplyDelete
  3. Jangan2 A. Samad Said ni dulu mahu jadi ahli politik tapi masuk bidang lain. Asyik2 salahkan kerajaan dan polis. Jadi mereka yang terlibat dengan Bersih tempoh hari tu tiada kesalahan langsung? Kuman di seberang nampak tapi gajah di depan buat2 tidak nampak pula.

    ReplyDelete
  4. lain orang lain pandangannya. itu adalah pandangan A. Samad Said.

    ReplyDelete
  5. namun masih ramai rakyat yang menyokong kepimpinan PM sekarang ni..

    ReplyDelete
  6. Tak sangka penulis dan penyair yang terkenal A Samad Said pun berpendapat begitu.

    ReplyDelete
  7. PM "memang kejam"? rakyat fikir-fikirkanlah.

    ReplyDelete
  8. A.Samad Said tidak menyukai kepimpinan Najib atau beliau memang tidak suka dengan kerajaan BN?

    ReplyDelete
  9. memang itupun tujuan Bersih iaitu menjatuhkan kerajaan untuk memberikan jalan pintas kepada Pakatan merampas kerajaan tanpa melalui pilihanraya.. 8 agenda itu hanya alasan semata2..

    ReplyDelete
  10. penganjur Bersih patut bertanggungjawab kerana mereka juga tahu bahawa polis akan bertindak jika mereka terus berdegil.

    ReplyDelete
  11. Salah sendiri jangan salahkan orang lain.

    ReplyDelete
  12. tak kira siapa juga harus diberi peluang menyuarakan pendapat.

    ReplyDelete
  13. Kerajaan Najib harus mendengar dan menerima nasihat dari seorang sasterawan. Beliau bukan sekadar sasterawan biasa tetapi Sasterawan Negara.

    Jangan mengatakan beliau dipengaruhi pihak pembangkang. Itu tidak mungkin.

    ReplyDelete
  14. Apabila lebih ramai cendikiawan tanahair turut menunjukan tanda ketidakpuasan mereka terhadap isu negara, itu buka tanda baik bagi sebuah kerajaan.

    ReplyDelete
  15. tahu tak apa jangan menilai seorang dengan fikiran sendiri

    ReplyDelete
  16. slogan '1Malaysia' ini memang baik kerana ianya melambangkan suku kaum Malaysia yang bersatu cuma ada segolongan pihak yang suka memutarbelitkan maknanya.

    ReplyDelete
  17. jadi rakyat mestilah pandai menilai.

    ReplyDelete
  18. betul 2 hamid saya sokong pendapat anda,orang lama lagi arif menilai kepimpinan negara,seperti a samad2....mereka kantahu menilai satu2 kepimpinan yang jujur iklhas dan bersih.

    ReplyDelete
  19. The one who made 1malaysia must walk the talk to show a good example to the people.

    ReplyDelete
  20. When GE comes, hope everyone come out to vote.

    ReplyDelete

Note: Only a member of this blog may post a comment.