Lawatan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Abdul Razak ke United Kingdom hari ini diberi sambutan 'hangat' oleh penunjuk perasaan yang berpakain serba kuning.
Mereka membidas tindakan kerajaan yang menekan ribuan peserta perhimpunan BERSIH 2.0 Sabtu lalu yang menuntut pembaharuan dalam sistem pilihan raya negara.
Puluhan penunjuk perasaan yang terdiri daripada rakyat Malaysia dan juga asing berkumpul di Mansion House di London sejam sebelum ketibaan Najib yang dijadual mengakan pertemuan dengan tokoh perniagaan Britain.
Sambil membawa kain rentang dan sepanduk, penunjuk perasaan juga mendesak Najib supaya membebaskan segera enam tahanan Parti Sosialis (PSM).
Mereka yang dinamakan sebagai "EO6" yang ditahan mengikut Ordinan Darurat. Di bawah akta itu, seseorang boleh ditahan untuk tempoh 60 hari dan dinafikan hak untuk dibicarakan.
Diiringi Rosmah
Menurut portal Sarawak Report, konvoi Najib sempat melambai kepada penunjuk perasaan yang berlangsung dengan aman. Kehadiran polis adalah minimum dan mereka juga agak mesra.
Najib kini dalam lawatan rasmi lima hari ke London atas jemputan rasmi rakan sejawatannya.
Semalam, beliau dengan isterinya, Datin Seri Rosmah Mansor juga sempat menghadap Ratu Elizabeth II di Istana Buckingham sebelum mengadakan pertemuan dua hala dengan Perdana Menteri David Cameron di No 10, Downing Street.
Turut mengiringi mereka adalah Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Hussein dan Menteri Luar Datuk Seri Anifah Aman.-MK
Apa agaknya perasaan Najib ya bila disambut oleh penunjuk perasaan berpakaian kuning malah Ratu Elizabeth II pun pakai baju kuning..?
ReplyDeletebiarlah mereka nak tunjuk perasaan, yng penting lawatan Rasmi Najib berjalan dgn lancar.
ReplyDeletesetuju junta, yang penting lawatan PM berjalan dengan lancar..
ReplyDeleteapa pun, harap lawatan PM akan mencapai matlamatnya.
ReplyDeleteWalaupun berada jauh di UK, tapi tetap disambut penyokong Bersih.
ReplyDeleteAdakah Ratu Elizabeth II pun sokong bersih? Ataupun secara kebetulan sahaja. inilah suara rakyat biarpun berada di luar M'sia tetap mengikut perkembangan semasa dalam M'sia.
ReplyDeletewalau macam mana sekalipun, saya tetap yakin bahawa semua ini telah dirancang oleh Pakatan dan penganjur2 Bersih yang lain.
ReplyDeleteBiarkan saja mereka mahu kuningkah, merahkah yang penting perjumpaan datuk Najib berjalan dengan lancar dan senang.
ReplyDeleteya neji,memang pun najib kena buat pembaharuan yang jelas,tentang sistem spr ni mereka sudah tuntut 17 perkara 2,tiada sepakat setakat ni dari mereka.
ReplyDeleteyang penting Najib dapat membersihkan namanya...
ReplyDeleteharap pertemuan ini dapat mengeratkan lagi pertalian antara dua buah negara.
ReplyDeleteTak payah nak komen untuk membodek pemimpin yang tidak mengikut ajaran agama...sekular memang itulah hakikatnya....apa yang perlu wajib kita sebagai seorang islam merujuk kepada ajaran al-quran dan hadis...dan bertanya pada diri kita apa yg kita telah atau boleh buat untuk menyedarkan saudara2 seagama termasuklah PEMIMPIN kita....????
ReplyDeleteSaudara@saudari Junta,len,neji dan betresiah.....sudah buta dan hitamkah hati...sampai tidak dapat menilai yang mana hak dan bathil???Jika seorang Islam dinasihati agar bermuhasabah diri dan berbalik pada AL-Quran dan Hadis...jangan pandang pada DUNIA yg penuh dengan kelpasuan semata2...akhirat jualah yang kekal dan abadi....sungguh sedih melihat saudara2 sesama islam bertelagah sedangkan itu tidak berlaku...benarlah dunia sudah berada dipenghujunya dan DAJAL akan menjelma memesongkan umat manusia.....sekadar peringatan untuk kalian...KERAJAAN ALLAH ADALAH YANG HAKIKI.....
ReplyDeleteBritain tidak menyuraikan mereka dengan gas pemedih mata atau pancutan air beasid.
ReplyDeleteSatu kebetulan yang tidak kena masanya. Ratu Elizabeth 2 memakai baju kuning menyambut kedatanagan PM. Seolah-olah disengajakan.
ReplyDeleteBaju kuning dimana jua. Sampai London pun ada baju kuning. Baju merah Thailand berlaku dalam Thailand, tidak sampai begitu jauh.
ReplyDeleteItu hak mereka menyuarakan bantahan mereka.
ReplyDeleteIni boleh dijadikan rujukan atau ajaran pada pihak berkuasa kita cara menangani perhimpunan jalan. Lihat, peserta tidak melanggar undang-undang dan polis juga tidak mengganggu mereka.
ReplyDeleteQueen Elizabeth 2 pakai baju kuning menyambut PM? Bukan sengaja kot. Mungkin itu warna kegemaran Queen.
ReplyDeleteada gak orang kuning kat U.K
ReplyDeleteEven the queen wore yellow.lols.
ReplyDeleteThe PM has no choice but to listen to the people. BERSIH is everywhere.
ReplyDeleteIts like, "di mana ada Najib, di situlah ada BERSIH!"
ReplyDeleteAnonymous
ReplyDeleteJuly 16, 2011 5:01 PM
bukan kami tidak dapat menilai hak, tapi ada pihak yang telah menyalahgunakan hak. mungkin juga saya boleh katakan hati saudara sudah hitam dan buta kerana tidak mampu membuat penilaian secara neutral tanpa memihak kepada mana2 parti politik.
untuk apa kita menyokong parti politik yang hanya tahu menggunakan jalan raya sebagai jalan penyelesaian sedangkan mereka tidak pernah menimbulkan isu ini di Parlimen(saluran tepat)? kenapa perlu sokong kumpulan2 yang telah melanggar titah AGong??