Friday, July 1, 2011

Anti-BERSIH naik ke mimbar Jumaat

Kempen anti-BERSIH oleh kerajaan nampaknya sudah naik ke mimbar masjid apabila khutbah Jumaat yang disediakan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) hari ini melarang umat Islam hadir berdemonstrasi pada 9 Julai ini.

NONEDengan menggunakan label yang keras seperti pengkhianat dan pelampau terhadap penganjur dan pesertanya, khutbah masjid-masjid di Kuala Lumpur dan Putrajaya mendakwa perhimpunan BERSIH haram diikuti umat Islam kerana boleh "mencampakkan manusia dalam kebinasaan".

Dalam khutbah itu, penganjurnya Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (BERSIH 2.0) juga didakwa memperjuangkan kepentingan individu atau fahaman tertentu tanpa mengambil kira sensitiviti dan kepentingan awam.

"Dalam usaha mencapai matlamat perjuangan, golongan ini akan melakukan demonstrasi jalanan, perhimpunan haram, mereka berarak ke hulu-hilir, berkumpul untuk bertindak ganas, merosakkan harta awam, melanggar undang-undang negara malah sanggup mencederakan pasukan keselamatan," khutbah itu dipetik.

Paling malang, menurut khutbah Jakim, golongan itu berlindung atas nama hak asasi manusia serta menggunakan media dan internet untuk menekan dan mengugut pemerintah dalam memenuhi tuntutan melalui peniruan keganasan di negara asing.

Khutbah berjudul "Memelihara Nikmat Keamanan" itu juga membayangkan pelbagai insiden buruk yang akan berlaku antaranya sehingga boleh mengakibatkan berlaku pertumpahan darah.

friday prayer with imam giving the khutbah 070205"Mimbar ingin menegaskan bahawa sebarang bentuk perhimpunan besar yang berasaskan protes tertentu kebiasaannya akan mencetuskan pelbagai insiden yang buruk," khutbah itu dipetik.

"Tidak kurang juga akan berlaku pertembungan antara dua pihak yang bertentangan dan akan mencetuskan lebih banyak perbalahan serta konflik yang akhirnya mengakibatkan berlaku pertumpahan darah."

Khutbah Jakim dibuat khas untuk empat masjid utama di Wilayah Persekutuan iaitu Masjid Negara, Masjid Putrajaya, Masjid Jalan Duta dan Masjid KLCC.

Di negeri lain, imam mempunyai pilihan sama ada memilih khutbah Jakim atau yang disediakan jabatan agama negeri-negeri. -MK

12 comments:
Write comments
  1. Rakyat perlulah bertindak dengan bijaksana pada hari itu.

    ReplyDelete
  2. Itu adalah sekadar ingatan kepada umat islam supaya jgn ikut kan hati dan berfikir secara rasional apabila menimbang2 sama ada nak ikut atau tidak perhimpunan bersih tu...

    lagipun, berhimpun tanpa permit adalah tidak dibenarkan, kenapa nak langgar undang2 negara pula?

    ReplyDelete
  3. Kononya ada akta yang membenarkan rakyat berhimpun secara aman. Tapi masalahnya, perhimpunan seperti ini akan amankah? Sah2 akan terjadi pergaduha etc.

    ReplyDelete
  4. Entah bagaimanalah keadaan 9 Julai tu nanti. Harap2 semuanya dalam keadaan terkawal.

    ReplyDelete
  5. Jangan dicampuradukkan agama dan politik.

    ReplyDelete
  6. perhimpunan bersih mmg dilihat bakal menimbulkan kekecohan oleh itu, kita kenalah berfikir secara rasional perkara ini.

    ReplyDelete
  7. sebarang pekara yang boleh menyebabkan berlakunya kekecohan perlulah dielakkan.

    ReplyDelete
  8. Kempen2 mereka tidak sedar mereka berkempen untuk membinasakan keamanan yang sedia ada.

    ReplyDelete
  9. siapa yang berkempen tu silalah berfikir masak2. Perkara lain akan timbul.

    ReplyDelete
  10. Betul..BERSIH ini sebenarnya bukan suara rakyat sebenar tapi adalah sebaliknya bahawa demi kepentingan seseorang saja. Mereka saja membuat semua ini supaya orang lain mendapat nama yang baik nanti.

    ReplyDelete
  11. Jangan membuat keputusan demi orang lain. Tapi buat keputusan demi diri sendiri. Janganlah mudah terpedaya dengan kata-kata kununnya BERSIH, sebenarnya sebaliknya.

    ReplyDelete
  12. memang patut mereka menghalang rakyat untuk menyertai perhimpunan itu sebagai langkah 'pencegahan'.

    ReplyDelete

Note: Only a member of this blog may post a comment.