Rakyat Malaysia khususnya di Johor perlu menentukan sikap dalam memilih pemimpin pada masa akan datang, dengan menjadikan isu kehilangan Tanah Keretapi Tanah Melayu (KTMB) di Singapura sebagai pengajaran.
Ahli Parlimen Kubang Kerian, Salahuddin Ayub berkata, tanah tersebut merupakan warisan terakhir milik Malaysia yang gagal dipertahankan di bawah era pentadbiran Datuk Seri Najib Tun Razak.
“Kita tak tahu apa apakah kita akan kehilangan lagi perkara-perkara berkaitan pertindihan yang masih tidak selesai. Ia tak boleh dipertahan,” katanya kepada Keadilandaily.
Beliau memberikan reaksi kepada kehilangan tanah seluas 200 hektar atau 494 ekar termasuk laluan keretapi dan stesen di Tanjung Pagar mulai 1 Julai 2011.
Stesen KTMB akan dipindahkan dari Tanjong Pagar ke tempat pemeriksaan kereta api Woodlands (WTCP).
Menurut Salahuddin, tanah KTMB tidak sepatutnya hilang kerana ia melambangkan kedaulatan negara ini, yang sebelum ini terlepas Pulau Batu Puteh kepada republik negara itu.
“Sekarang, kita tak punya lagi warisan yang memberi erti yang besar dalam konsteks warisan negara.
“Seharusnya jika rundingan dibuat, pertimbangan tidak boleh merugikan negara, atau sekurang-kurang dalam keadaan ‘win-win situation‘,” jelasnya lagi.
Menurutnya lagi, masih banyak isu dan pertikaian yang tidak dapat diselesaikan kerajaan seperti isu air, pencerobohan ruang udara Malaysia, Tabung Perkerja Malaysia di Singapura (CPF) dan sebagainya.
“Kini kita kehilangan satu tanah warisan dan hak kedaulatan. Saya kesal dengan kehilangan itu. Dah sampai masanya rakyat untuk melihat sikap Barisan Nasional,” kata Salahuddin yang merupakan anak jati Johor.
Sementara itu, Ketua Pemuda Pas Johor, Suhaizan Kayat melalui paparan di laman sosial Facebook memaklumkan satu acara ‘Tangisan Tanjung Pagar’ dilakukan di stesen keretapi Johor Bahru jam 6 petang tadi.
Mereka memakai baju putih dan seluar gelap sebagai tanda simbolik kehilangan tanah milik KTMB.-Kd
Friday, July 1, 2011
Menggamit "Kehilangan" Tanjung Pagar Kepada Singapura
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Perkara ini sudah berlaku, tiada apapa yang boleh dibuat sudah.
ReplyDeleteKenapa ini boleh terjadi?
ReplyDeleteMungkin ada sebab kenapa ini terjadi.
ReplyDeletesayangnya Stesen Keretapi Tanjong Pagar ni diambil alih oleh Singapura.
ReplyDeletemmg merugikan juga kita kehilangan tanah tersebut. tapi mgkin ada sebab mengapa ia dilakukan.
ReplyDeleteWarisan seharusnya dipertahankan.
ReplyDeletepasti ada sebab setiap pekara itu boleh berlaku..
ReplyDeleteapa perasaan anda jika tempat tingal atau daerah kamu di serahkan kepada negara asing????
ReplyDeleteBiarlah rakyat Johor menilai sendiri dengan apa yang berlaku. Pengarang tidak perlulah risau rakyat tahu apa perlu untuk mereka.
ReplyDeleteBenar kata Faz, mungkin ada sebab kenapa perkara ini berlaku. Tapi memang kita akan merasa kecewa dengan kehilangan tersebut. Apa pun kita mengharapkan supaya PM membincangkan terlebih dahulu sebelum membuat sesuatu keputusan.
ReplyDeleteKita perlu melihat sesuatu isu itu dalam konteks yang menyeluruh, dan jangan dipengaruhi oleh emosi...
ReplyDeleteMenurut perjanjian yang telah termaktub sejak sekian lama, sekiranya KTMB tidak lagi menggunakan tanah2 tersebut, maka ianya perlu diserahkan kembali kepada Kerajaan Singapura.
Sebab itulah mengapa Kerajaan Singapura pada suatu ketika secara halus cuba untuk mengalihkan "CIQ" daripada Tanjung Pagar ke Woodlands. sejak sekian lama pula Kerajaan Malaysia telah berusaha sedaya-upaya untuk "mengekalkan" tanah2 tersebut sebagai milik negara dengan mengekalkan Stesen keretapi dan "CIQ" di Tanjung Pagar.
Bagi mereka yang terpengaruh dengan kempen pembangkang, pasti akan mengatakan penyerahan 40% hartanah "milik" negara kepada Kerajaan Singapura adalah merupakan suatu bentuk "pengkhianatan", tetapi jika diteliti, hak milikan tersebut hanyalah bersifat sementara, iaitu selagi tanah2 tersebut digunakan oleh KTMB, jika tidak, ia perlu dipulangkan semula kepada Kerajaan Singapura.
keputusan untuk "berkongsi" tanah2 milik KTMB tersebut dengan Republik Singapura adalah keputusan "menang dan menang" sebab kita tidak kehilangan 100% hak milikan terhadap tanah2 tersebut kerana kita masih memiliki 60% daripadanya dan dalam masa yang sama juga berpeluang untuk terlibat di dalam projek pembinaan di Republik itu, yang sudah tentu akan memberikan pulangan yang lumayan.