Ceramah PAS yang diadakan di Kepala Batas, Pulau Pinang, malam semalam tegang apabila kira-kira 100 anggota polis tiba-tiba muncul di tapak ceramah itu.
Sebahagian daripada 600 hadirin kemudiannya bertindak membuat benteng bagi menghalang polis memasuki pusat operasi parti itu di Pongsu Seribu.
Pasukan polis yang tiba itu juga termasuk kira-kira 50 anggota Pasukan Gerak Am yang tiba pada jam 10.15 malam. Mereka disambut dengan teriakan “mereka dah datang, tutup pintu pagar!”
Akibatnya, berlaku sedikit kekocohan dan kesesakan lalu lintas apabila anggota polis bertindak mengawal di jalan berkenaan.
Sekumpulan pasukan keselamatan PAS yang berjaket kuning kemudiannya mententeramkan hadirin dan menghalang mereka mendekati anggota polis berkenaan.
pas ceramah, kepala batasJuruacara majlis kemudiannya meminta orang ramai supaya tidak 'panik' kerana ceramah yang dianjurkan itu dibuat dalam lingkungan kawasan PAS sambil berkata “mereka tidak boleh berbuat apa-apa kerana ini tanah kita sendiri”. -mk
Kredit foto - malaysiakini & sharpshooter
Friday, July 1, 2011
FRU Wujudkan Ketegangan Di Ceramah PAS
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Yang penting tiada sesiapa yang tercedera.
ReplyDeleteGambar pun tak terang...mana kekecohannya? FRU datang nak jaga agar sesi ceramah ni tak bertukar jadi perhimpunan haram di luar kawasan ceramah saja...mereka yg menghadiri ceramah ini pun satu, nak provoke2 polis pula....
ReplyDeleteBila dah provoke, mulalah nak jadi hero drama. FRU datang untuk jaga ketenteraman sajalah.
ReplyDeleteBelum lagi 9 Julai, dah kecoh2.
ReplyDeletebila lihat keadaan ni, seolah-olah bukan berada di Malaysia pula.
ReplyDeletedalam gambar tu tak nampak pun sebarang bentuk kekecohan.
ReplyDeletetidak nampak pun sebarang kekecohan..apa pun, pekara yang boleh memberikan kesan yang tidak baik harus dielakkan.
ReplyDeleteTidak diberkati sebab itulah ada timbul kekecohan.
ReplyDeleteKekecohan demi kekecohan berlaku, baik tak perlu la buat sebarang perhimpunan.
ReplyDeleteCara PAS mengendalikan perhimpunan ini agak teratur jika tiada campur tangan polis.
ReplyDeleteJika bukan 709, polis tidak bertindak proaktif demi mencegah sesuatu yang tidak diingini berlaku.
ReplyDeleteHarap apa yang perlu bagi setiap parti adalah mengutamakan keamanan dan ketenteraman.
ReplyDeletePolis tidak patut menganggu ceramah orang lain jika ie dilakukan secara aman dan baik. Pulau pinang polis diarah oleh Ketua Menteri dari DAP? Apa yang berlaku sebenarnya antara DAP dan PAS?
ReplyDeletedengan jumlah yang begitu ramai, memang patut ada polis berkawal dan memantau keadaan di kawasan itu.. kalau betul mereka mahu menghentikan atau menggangu ceramah itu, mereka boleh buat bila2 masa.
ReplyDelete