Sebaikbaik sahaja sekretariat Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (Bersih 2.0) mengumumkan akan mengadakan himpunan aman menuntut pilihan raya bersih dan adil, pasukan keselamatan, kerajaan dan beberapa pertubuhan bukan kerajaan yang tidak senang dengan tindakan tersebut mula mengeluarkan pelbagai ancaman dan kecaman.
Apakah amaran dan kecaman tersebut melunturkan semangat PAS sebagai salah satu parti yang bertekad menggerakkan rakyat ke perhimpunan itu? Wartawan, NYZA AYOB mendapatkan pandangan Ketua Pemuda PAS Pusat, Ustaz Nasruddin Hassan mengenai perkara tersebut.
WARTAWAN: Himpunan untuk menentang Himpunan Bersih 2.0 yang akan dilakukan Perkasa dan Majlis Tindak Rakyat Kelantan (MTRK) tidak dikenakan apa-apa tindakan tetapi Himpunan Bersih 2.0 yang belum diadakan lagi sudah diugut untuk dilakukan tangkapan. Apakah tindakan terpilih ini hanya untuk menjaga kepentingan tertentu?
USTAZ NASRUDDIN HASSAN: Ini jelas menunjukkan sikap hipokrit dan double standard kerajaan yang sebenarnya bukanlah mereka mahu memastikan soal keselamatan, lalu lintas dan ketenteraman awam.
Sekretariat Bersih 2.0 telah berkali-kali membuat jaminan himpunan 9 Julai nanti satu himpunan aman yang tidak akan mengganggu ketenteraman awam. Jelaslah di sini kerajaan atau pihak keselamatan sebenarnya ingin menjaga ketenteraman Umno-BN. Sebab mereka nampak gelombang Bersih 2.0 ini satu ancaman kepada Umno-BN.
Pada tarikh yang sama juga Pemuda Umno akan adakan himpunan yang sama dengan alasan untuk memperkukuh demokrasi. Bukankah tuntutan Bersih 2.0 juga untuk memperkukuh demokrasi?
Saya melihat tindak Pemuda Umno tidak rasional dan tidak matang. Jika betul Pemuda Umno mahu menyuburkan demokrasi, masih banyak waktu dan hari yang lain yang boleh mereka adakan himpunan.
Kenapa harus pilih hari yang telah ditetapkan Bersih 2.0 sejak sekian lama?
Ini menggambarkan seolah-olah Pemuda Umno ingin mencetuskan sesuatu yang tidak harmoni.
Saya bimbang ia merupakan sebahagian provokasi yang mahu dirancakkan mereka. Jika betul mereka mahu membantah sebagaimana tindakan Bersih 2.0 ini dengan menggunakan lunas demokrasi, mereka boleh memilih tarikh lain sehari sebelum atau sehari selepas himpunan Bersih 2.0. Kenapa mesti dipilih tarikh 9 Julai? Berikan hak masing-masing.
Perkasa dan MTRK membuat laporan polis mengenai himpunan yang akan diadakan Bersih 2.0 dan menyifatkan akan menyebabkan prinsip demokrasi negara berperlembagaan diperkotak katik oleh kumpulan yang berkepentingan. Sedangkan kumpulan ini juga sebenarnya hanya bertindak untuk kepentingan mereka sahaja?
Walaupun laporan polis yang dibuat Perkasa mencecah seribu laporan sekalipun kerana kita konsisten dengan prinsip kita. Himpunan tersebut merupakan himpunan aman sekadar menyampaikan tuntutan kami terhadap kerajaan supaya dipenuhi ke arah sebuah pilihan raya yang bersih dan adil serta sistem pemulihan terhadap pilihan raya.
Jika mereka tidak bersetuju dan himpunan tersebut salah bagi mereka, terpulang pada mereka untuk melakukan apa sahaja yang mereka mahu. Tetapi jika mereka menganggap tindakan mereka itu juga untuk mempertahan demokrasi, sepatutnya mereka tidak bertindak sedemikian dengan membantah apa yang kita lakukan.
Amat jelas Perkasa tidak konsisten dan tidak mempunyai prinsip. Mereka mengatakan himpunan Bersih 2.0 ini mengganggu ketenteraman awam, tapi pada masa yang sama mereka juga mengadakan himpunan. Mereka jelas nampak diperalat pihak lain untuk menggagalkan himpunan tersebut.
Sekiranya benar lapan tuntutan Bersih 2.0 ke arah pemulihan pilihan raya yang bersih dan adil dipenuhi kerajaan, apakah perlu himpunan ini dihentikan?
Kerajaan harus membuktikan terlebih dahulu. Setakat kerajaan memberi jaminan, rakyat sudah muak dan cuak dengan apa yang dijanjikan kerajaan itu. Sebelum pada ini, SPR berjanji untuk menggunakan dakwat kekal tetapi di saat akhir menjelang PRU 12, SPR membatalkannya dengan alasan yang tidak relevan.
Begitu juga dengan undi pos. Berkali-kali mereka mengatakan akan mengkaji semula tetapi sehingga sekarang sistem undi pos masih dilaksanakan termasuk dalam siri-siri pilihan raya kecil.
Kita tidak boleh lagi mengambil kira janji dan jaminan kerajaan yang tidak boleh dipercayai. Jika mereka boleh buktikan, sila buktikan dalam PRU 13 nanti.
Bagaimanapun kami tetap menyokong agar himpunan ini diteruskan demi menuntut keadilan untuk rakyat memiliki pemerintahan yang adil dalam demokrasi yang jujur.
-Detikdaily
Friday, July 1, 2011
Bersih 2.0: Umno makin takut kebangkitan rakyat
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Kita tunggulah dan lihat macam mana perhimpunan 9 Julai itu nanti.
ReplyDeleteDua2 pihak pun hipokrit.
ReplyDelete"Sekretariat Bersih 2.0 telah berkali-kali membuat jaminan himpunan 9 Julai nanti satu himpunan aman yang tidak akan mengganggu ketenteraman awam."
ReplyDeleteDijamin 100% aman lah?
Rakyat berhak untuk menyuarakan ketidakpuasan hati mereka.
ReplyDeletejika dah begitu ramai yang berhimpun, tidak mustahil juga kekecohan boleh berlaku, bukan musdah nak mengawal beribu-ribu orang.
ReplyDeleteConfuse. Which one is really show the people voice. Are they really sincere or just gimmick.
ReplyDeleteperhimpunan yang terlalu ramai pasti sukar untuk dikawal dan macam-macam pekara boleh berlaku. kalau pelancong tengok pun mereka akan fikir yang kurang baik bila ada perhimpunan.
ReplyDeleteRasanya BN tidak pernah takut dengan semua ini. Memang perhimpunan ini akan menakutkan ekonomi negara merundum jatuh kerana faktor keamanan sudah tiada di Negara kita dengan pehimpunan haram ini. Itu yang BN takutkan. Dalam masa yang masa keselamatan orang awam juga.
ReplyDeleteApa yang ada dengan perhimpunan BERSIH ini?? Adakah mereka ini mempunyai fikiran. Tengok sendiri apa didunia apa yang mereka dapat dengan adannya perhimpunan haram? Kemusnahan berlaku bukannya kemajuan.
ReplyDeleteada yang mengatakan bahawa beberapa pemimpin utama dalam PAS akan pergi keluar negara dan balik ke negara ini semula pada 10hb sebaik perhimpunan itu selesai.. betul ka?? bukan kah mereka sepatutnya berada dibarisan hadapan perhimpunan ini?? atau memang betul la rakyat hanya di jadikan mangsa..
ReplyDelete