Dewan Pemuda PAS (DPP) kesal dengan tindakan RTM yang menyiarkan iklan khas bagi memberikan gambaran buruk kepada himpunan Bersih mulai semalam di TV2.
Ketua penerangannya, Ustaz Riduan Mohd Nor berkata, iklan pendek berkenaan dimulai dengan salah seorang pelakon menunjukan risalah Bersih yang kemudiaannya disambut baik oleh pelakon Bell Ngasri yang menyatakan minat untuk menyertai perhimpunan di awalnya.
Kemudian pelakon ketiga, Ezany Nizariff pula menunjukan klip video huru hara yang berlaku di luar negara dan mengatakan bahawa itulah yang akan berlaku dalam himpunan Bersih, rakyat terancam dan pelancong pun akan lari.
Iklan itu diakhiri dengan Bell mencampakan risalah Bersih dan mengatakan perhimpunan itu adalah perhimpunan kotor.
“Iklan yang dirakamkan di sebuah kedai kopi ini sengaja disiarkan bagi meningkatkan salah faham rakyat terhadap Bersih,” katanya kepada Harakahdaily.
DPP, katanya kesal kerana RTM sanggup menyalahgunakan wang rakyat untuk membuat fitnah kepada himpunan rakyat yang aman Bersih.
“Dengan sendirinya RTM membiarkan dirinya menjadi alat politik pihak-pihak yang takut kepada himpunan Bersih.
“Lebih mendukacitakan bila mana RTM tiada bukti untuk menggambarkan keganasan dan huru hara yang berlaku dalam himpunan Bersih hingga terpaksa mencuri rakaman video dari luar negara pula,” katanya.
Sehubungan itu, ujarnya DPP mendesak agar RTM menghentikan fitnah mereka dan menarik balik iklan tersebut.
DPP juga, katanya mencabar RTM untuk menganjurkan debat secara langsung di TV1 dan TV2 dengan menjemput wakil Bersih atau komponennya dan juga wakil SPR atau BN supaya rakyat boleh menilai sendiri tuntutan Bersih dan perjuangannya. -HD
Friday, July 1, 2011
RTM dicabar anjur debat iklan fitnah Bersih
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Takkan RTM nak siarkan iklan menyokong Bersih? Dah semua stesyen tv dikawal oleh kerajaan.
ReplyDeleteHarap media tidak akan terpengaruh oleh politik.
ReplyDeletePandai2 lah rakyat menilai.
ReplyDeleteRTM janganlah menjadi alat politik pihak-pihak tertentu.
ReplyDeleteApa peranan media kepada masyarakt?
ReplyDeletebagaimana pula dgn perhimpunn Hindraf dulu, bukankah ia menimbulkan huru-hara. polis dibaling dgn batu.
ReplyDeletesetiap individu perlu berfikir dengan rasional. sebarang pekara yang boleh menimbulkan masalah perlu dielakkan.
ReplyDeleteApa tunggu lagi terima cabaran ini.
ReplyDeletedimana letaknya AMAN itu jika perhimpunan tersebut disertai beratus ribu orang sambil berarak di jalan raya?? kesesakan itu bagi saya bukan sesuatu yang boleh digambarkan sebagai AMAN.
ReplyDelete