Wednesday, July 13, 2011

Rakyat Indonesia Turut Sokong BERSIH

Dilihat tindakan membantah langkah kerajaan Malaysia menghalang perhimpunan Bersih 2.0 di ibu negara Sabtu lalu, kira-kira 20 warga Indonesia mengadakan demonstrasi di pekarangan Kedutaan Malaysia di Jakarta semalam.

Sekumpulan rakyat Indonesia pernah mengadakan demonstrasi di pekarangan Kedutaan Malaysia sebelum ini berhubung isu membabitkan Malaysia dan Indonesia.

Usaha Bersih 2.0 mengadakan perhimpunan menuntut pembaharuan sistem pilihan raya bersih dan adil turut disambut rakyat Malaysia di beberapa negara lain.

Menurut laporan Jakarta Globe hari ini, mereka yang menyertai perhimpunan di depan Kedutaan Malaysia semalam melaungkan “bersih”, malah peserta yang mewakili pertubuhan Gabungan Pertubuhan Sivil Untuk Malaysia Bersih turut membawa sepanduk tertulis “Bersih Malaysia Bersih Indonesia”.

Malah menurut laporan itu, peserta perhimpunan seolah-olah bertindak membersihkan pintu pagar kedutaan dengan pencuci lantai dan berus.

Selain itu, ada peserta yang turut memakai topeng daripada animasi kanak-kanak popular Malaysia iaitu “Upin & Ipin”.

Salah seorang peserta berkata perhimpunan itu tidak bermaksud mahu kerajaan Indonesia bercampur tangan tetapi ingin mengingatkan pentadbiran Susilo agar memenuhi janji-janji yang telah dibuat sejak 10 tahun lalu diikuti kejatuhan presiden Suharto.

“Indonesia juga harus mendesak sistem demokrasi di Malaysia kerana ia boleh menjejaskan ramai rakyat Indonesia di Malaysia dan ini satu peringatan kepada Indonesia supaya tidak kembali seperti dahulu,” kata Haris Azhar, pengerusi Suruhanjaya Orang Hilang dan Mangsa Keganasan (Kontras), dengan merujuk kepada ribuan warga negara itu yang bekerja di Malaysia.

Kontras, satu pertubuhan yang terdiri daripada Lembaga Studi dan Advokasi Masyarakat (Elsam), Pemerhati Rasuah Indonesia (ICW), Lembaga Bantuan Hukum (LBH) dan Kumpulan Hak Asasi Manusia serta beberapa pertubuhan lain.

Sabtu lalu, lebih 1,600 peserta termasuk pimpinan Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (Bersih 2.0) dan ahli-ahli politik kebanyakannya dari Pakatan Rakyat ditahan.

Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hishammuddin Hussein menafikan pihak keselamatan bertindak ganas sewaktu perhimpunan itu.

Wakil Elsam, Wahyudi menuntut pihak berkuasa Malaysia membebaskan semua tahanan yang menyertai perhimpunan Bersih 2.0.

Aktivis itu berkata perhimpunan hujung minggu lalu mengingatkan tentang reformasi di Indonesia pada 1998.

“Sebagai negara berjiran, Indonesia perlu menjadi contoh kepada Malaysia,” katanya.

Sementara itu, Nurkholis Hidayat dari LBH berkata, gabungan tersebut berkemungkinan akan mengadakan satu perhimpunan walaupun tidak mempunyai sebarang kerjasama rasmi dengan Bersih 2.0.

“Kami lakukan ini sebagai menghormati hak asasi manusia dan kebebasan bersuara, kami membantah penahanan aktivis Malaysia yang berhimpun secara aman di atas prinsip itu,” katanya. -TMI

19 comments:
Write comments
  1. Tak sangka warga Indonesia juga turut menyokong perjuangan ini.

    ReplyDelete
  2. Nampaknya perjuangan Bersih ini sudah mendapat status dunia.

    ReplyDelete
  3. rakyat Malaysia kt Indon pun tak wat demo, rakyat Indon pula lebih2.

    ReplyDelete
  4. setuju dengan junta,..lebih baik mencari penyelesaian tanpa perlu melakukan pekara yang memberikan kesan yang negatif kepada sesiapa.

    ReplyDelete
  5. "peserta perhimpunan seolah-olah bertindak membersihkan pintu pagar kedutaan dengan pencuci lantai dan berus."

    Yang ini patut dicontohi. Selepas demo Bersih di KL, sampah-sarap bertempiaran di jalanan. Lebih baik peserta2 demo ramai2 gotong-royong buat kerja2 membersih. Ada lagi hasil.

    ReplyDelete
  6. Sambil2 buat demo depan kedutaan m'sia, pada masa yang sama tujuan mereka adalah untuk mengingatkan kerajaan Indonesia akan janji2 terdahulu. Kira 2 in 1 lah ni kan.

    ReplyDelete
  7. ini mengenai hak asasi manusia dan kebebasan bersuara. kalau ikutkan, perhimpunan tersebut tak salah dijalankan.

    ReplyDelete
  8. rasanya misi penganjuran Bersih sudah tercapai.. seluruh dunia sedang menuding jari kepada kerajaan Malaysia.. mungkin saat ini bolehlah pemimpin2 Pakatan merancang siapa yang bakal dapat jawatan kabinet..

    ReplyDelete
  9. nampaknya peranan BERSIH membawa kesan di mata dunia.

    ReplyDelete
  10. jadi apa cerita seterusnya?

    ReplyDelete
  11. Menghormati hak asasi manusia dan kebebasan bersuara adalah hak manusia sejagat.
    Tidak terhad pada sempadan, bangsa dan agama.

    ReplyDelete
  12. Lihat di Indonesia, mereka tidak dilayan gas pemedih mata atau dipukul.

    ReplyDelete
  13. Ada juga sokongan dari seberang laut sana. Terbukti keadilan ada dalam hati semua manusia.

    ReplyDelete
  14. 'Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hishammuddin Hussein menafikan pihak keselamatan bertindak ganas sewaktu perhimpunan itu.'

    Menteri mungkin tidak tahu bahawa dunia ini canggih dengan berbgai alat yang boleh mengambil gambar dan video. Seperti telefon bimbit.

    ReplyDelete
  15. Setakat ini belum ada laporan mengenai kerosakan, keganasan atau sabotaj harta awam yang dilakukan oleh Bersih.

    Terbukti mereka berarak secara aman dan cukup berdisiplin.

    ReplyDelete
  16. Lihat perhimpunan Bersih yang diadakan di bandar-bandar utama sedunia serentak dengan Bersih Malaysia.
    Mereka yang jauh dari tanahair turut perihatin dengan hal tanahair.

    ReplyDelete
  17. mat indon ni mahu juga ikut-ikut.

    ReplyDelete
  18. Whoa, even the indons support BERSIH. Shoking!

    ReplyDelete
  19. Looks like BERSIH has alot of supporters not only in Malaysia but other countries.

    ReplyDelete

Note: Only a member of this blog may post a comment.