Kira-kira 1,500 orang terdiri daripada pelbagai pertubuhan bukan kerajaan (NGO) Jumaat mengadakan demonstrasi secara aman dengan berarak dari Masjid Melayu Lebuh Aceh ke Komplek Tun Abdul Razak (Komtar), di sini.
Perarakan sejauh kira-kira enam kilometer yang bermula 2.45 petang itu bagi membantah perhimpunan haram yang dijadualkan pada 9 Julai ini dan membantah pentadbiran Ketua Menteri Lim Guan Eng yang didakwa menyokong perhimpunan itu.
Antara NGO terlibat ialah Pertubuhan Suara Anak-anak Malaysia, Pertubuhan Insan Mulia dan Pribumi Perkasa Negara.
Sepanjang perarakan itu kumpulan berkenaan membawa sepanduk 'Jangan Berani Bangkitkan Komunis', 'Pulau Pinang Hak Kami' dan 'Guan Eng Dalang Perpecahan Melayu'.
Sejurus tiba di Komtar, mereka berarak mengelilingi bangunan itu dan setibanya di Jalan Penang pada kira-kira 3.10 petang, kumpulan itu bertindak nekad dengan duduk di atas jalan raya selama 10 minit.
Bekas Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK) Mohamad Ezam Mohd Nor yang turut menyertai demonstrasi itu berkata Malaysia perlu dipertahankan daripada kumpulan yang ingin merosakkan keharmonian negara.
"Perhimpunan ini untuk memberi mesej jelas kepada pengkhianat-pengkhianat ini bahawa negara kita masih ramai anak-anak Melayu, Cina dan India yang akan mempertahankan maruah negara," katanya.
Demonstrasi itu menyebabkan kesesakan di sekitar Georgetown dan banyak premis di sekitar Komtar ditutup.
Sementara itu, selepas diarahkan bersurai pada kira-kira 3.25 petang, kira-kira 30 orang daripada kumpulan itu bergerak ke Jambatan Pulau Pinang bagi mengadakan demonstrasi di tengah-tengah jambatan.
Tindakan itu menyebabkan kesesakan selama lebih dua jam sepanjang kira-kira lapan km dari Lebuh Raya Tun Dr Lim Chong Eu, di bahagian Pulau ke pertengahan jambatan, menuju ke Seberang Perai.
Di TAWAU, empat pertubuhan, dua daripadanya Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO) membuat laporan polis di sini bagi membantah rancangan kumpulan pengacau untuk mengadakan perhimpunan pada 9 Julai ini di Tawau.
Ketua Pemuda Umno Bahagian Kalabakan, Gasing Saling bersama wakil Kelab Sukan Komuniti Sebatik, Kelab Tinju Amatur Tawau dan Umno Cawangan Kampung Perdana, membuat laporan polis di Ibu Pejabat Polis Daerah Tawau pada 9 pagi tadi.
Pertubuhan berkenaan meminta pihak berkuasa supaya mengambil tindakan sewajarnya bagi menghalang rancangan perhimpunan haram yang dikatakan akan dibuat di kawasan Pasar Tanjung, Tamu Takada dan Pasar Sin On.
"Kita berharap orang ramai tidak mengambil bahagian dalam perhimpunan haram berkenaan kerana ia boleh menggugat keamanan dan keharmonian hidup rakyat pelbagai kaum di negara ini," katanya.
Gasing berkata beliau mendapat maklumat kononnya kira-kira 1,000 orang akan mengambil bahagian dalam perhimpunan berkenaan dengan 1,500 helai baju kuning telah dicetak untuk Sabah dan 200 helai daripadanya sudah dijual. - BERNAMA
Friday, July 1, 2011
UMNO Demo Tak Haram, Bersih Haram
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Susah2 saja nak berhimpun, berarak. Panggil saja TV3 dan buatlah ucapan pendek. Biar satu M'sia nampak. Tak pasal2 trafik menjadi sesak. Bukankah menyusahkan.
ReplyDeleteTiada tindakan diambil ke atas kumpulan inikah?
ReplyDeleteRupa-rupanya di Sabah ni pun ada yang nak buat perhimpunan Bersih juga.
ReplyDeleteHarap perkara ini akan mendapat menyelesaikan yang baik.
ReplyDeleteperhimpunan jalanan hnya mengganggu ketenteraman awam sahaja.
ReplyDeletelihat saja..banyak kesan yang timbul daripada perhimpunan seperti ini. perhimpunan yang boleh menimbulkan pelbagai masalah seperti kesesakan haruslah dielakkan.
ReplyDeleteJadi BERSIH boleh fikir sendiri apa yang berlaku kalau ada berlaku demo seperti diatas. BN baru membuat demo seramai seribu orang huru-hara satu Pulau Pinang. Bagaimana pula jika berpuluh-puluh ribu demo haram?? Hancur keamanan bandar KL. Menjejaskan ekonomi perlancongan, pelancong takut datang Malaysia kerana semua ini. Pelabur lari takut melabur kerana keamanan berkurangan. Malaysia yang merupakan antara negara aman akan bertukar status menjadi negara yang tidak aman..Jadi Presiden BERSIH sendiri boleh memikirkan perkara ini.
ReplyDeleteBERSIH perlu tarik balik keinginan mereka untuk anjurkan perhimpunan ini...mcm2 boleh berlaku kalau ramai orang berkumpul & berarak bersama2...kita pun tak boleh ramal apa yg boleh berlaku....
ReplyDeleteperhimpunan secara aman ada dalam perlembagaan... oleh itu hormatilah perlembagaan malaysia yang telah termaktub.
ReplyDeletebagi saya perhimpunan itu hanya boleh disifatkan aman apabila tidak mengganggu aktiviti orang awam yang lain. kerajaan sudah berkompromi dengan menyediakan tempat yang lebih selamat, kenapa perlu turun ke jalan raya?
ReplyDeletePerarakan ini telah menjejaskan kehidupan harian orang awam, kenapa mereka tidak dihalang dari berhimpun?
ReplyDeleteAdakah polis berlaku adil terhadap semua pihak? Premis ditutup, lalulintas dilhalang. Mana polis?
ReplyDeletePolis perlu neutral dan adil. Jika Bersih tidak dibenarkan, mana-mana pihak yang ingin berarak kenalah dilayan sama dengan bersih.
ReplyDeletePerbuatan mereka tidak membawa apa-apa perubahan dan cuma membazirkan sumber.
ReplyDeleteTahukah siapa sedang memerhati dan membuat penilaian? Jangan buat penipuan yang sukar dipercayai sendiri dan mengharapkan rakyat akan mempercayainya.
ReplyDeleteRakayt akan tanya kenapa perhimpunan ini tidak berhadapan dengan tindakan polis? Sudah dapar permit?
ReplyDeleteJika perarakan ini dibenarkan, kenapa Bersih tidak dilayan sedemikian?